BAB 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PUAN Hani melihat jam dinding. Sudah pukul 3.30 petang. Sudah lebih satu jam Haziq Arfan keluar untuk membeli makanan. Tak pernah pula anak sulungnya itu berperangai seperti ini. Tiba-tiba, ada seseorang menarik kain batiknya. Puan Hani menoleh. Kelihatan Hanif sedang memandangnya dengan muka yang tersebek-sebek.

Puan Hani terus berlutut sehingga menyamai paras kepala anak bongsunya itu. Puan Hani mengusap kepala anak kecil yang berusia lima tahun itu seraya berkata, "Kenapa muka sayang ibu tersebek-sebek ni?"

"Adik apar," rengek Hanif sambil memeluk ibunya. Terus sahaja Hani tersenyum. Pada masa yang sama juga, dia melihat Haziq sudah masuk ke perkarangan rumahnya. Terus hatinya berasa lega.

"Tu along dah balik. Adik pergi tunggu kat dapur," pujuk Puan Hani. Terus sahaja Hanif tersenyum panjang lalu dia pun terkedek-kedek berlari ke dapur. Puan Hani terus menuju ke pintu utama. Kelihatan Haziq sedang menongkat motornya. Puan Hani sudah memeluk lengannya.

"Ramai sangat ke orang kat kedai makan tu sampai lambat balik?" tanya Puan Hani.

Haziq hanya menggeleng sahaja. Dia memang benar-benar tiada selera makan dek kejadian yang berlaku di restoran tadi. Hatinya semakin sakit. Apa yang diucapkan oleh Hanna sebentar tadi sangat-sangat merobek hatinya.

"Ibu dengan adik makanlah dulu. Along ada kerja sikit kat bilik tu. Nanti along makan." Haziq berkata perlahan sambil memberikan beberapa bungkus makanan kepada Puan Hani. Puan Hani pula mengerut dahinya. Pelik pula perangai anak sulungnya kali ini. Selalunya, dia yang paling laju untuk menjamu selera.

"Makanlah dulu. Nanti sejuk… tak sedap pula. Adik pun dah tunggu."

Haziq hanya menggeleng sahaja seraya berkata, "Tak apa. Along memang dah kenyang. Along masuk bilik dulu."

Belum sempat Puan Hani berkata sesuatu, terus sahaja Haziq Arfan masuk ke dalam rumah. Puan Hani sudah menggarukan kepalanya. Apa kena dengan anak bujangnya itu? Baru bergaduh ke? Puan Hani hanya menggeleng perlahan. Seusai itu, dia pun membawa bungkusan makanan ke dapur.






HAZIQ mengunci pintu biliknya. Dia tidak mahu sesiapa pun untuk mengganggunya. Akhirnya, Haziq Arfan tersandar di sebalik pintu. Dia meramas rambutnya. Sungguh lelaki itu tidak percaya, sanggup Hanna buat dia begitu. Kenapa dia begitu bodoh sekali tidak mengesyaki bahawa selama ini memang Hanna sudah curang? Haziq Arfan menepuk dahinya. Dia memang bodoh!

Terimbau kembali kejadian di restoran sebematar tadi. Kejadian yang menjadi sejarah hitam dalam hidupnya. Hari di mana seorang Haziq Arfan telah dilukai hatinya oleh cinta pertamanya sendiri.








Haziq Arfan mengepal penumbuknya. Dia tidak mampu menahan sabar lagi. Dia mahukan penjelasan. Dia tidak mahu untuk berteka teki lagi. Lengan Hanna ditarik dan Haziq Arfan membawanya ke luar restoran untuk berbincang. Hanna pula sudah terjerit sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Ramai pelanggan di restoran itu memandang pelik ke arah mereka. Ada juga yang berbisik-bisik, tapi Haziq Arfan tidak kisah dengan semua itu.

"Hish! Lepaslah, Haziq! You ni kenapa? Sakitlah!" Hanna cuba melepaskan tangannya dari pegangan Haziq tapi kudrat Haziq terlalu kuat. Pegangannya sangatlah kejap.

"Haziq! Lepaslah!" jerit Hanna. Haziq benar-benar geram lalu dia melepaskan tangan Hanna. Sekarang ini, mereka berada di tepi restoran. Hanya Haziq dan Hanna sahaja di situ. Ada beberapa buah kereta dan motorsikal terparkir di tepi restoran tersebut.

"Apa benda semua ni, Hanna?" tanya Haziq Arfan memulakan bicara. Dia memandang wajah Hanna sedalam-dalamnya. Dia harap kejadian itu merupakan gurauan.

"Apa? You ni kacau betul la. I tengah lepak dengan kawan I," jawab Hanna sambil bermain-main dengan ekor tudungnya.

Haziq hanya tersenyum sinis. Perempuan ini memang suka berpura-pura. Ingat dia buta dan pekak. Memang di hadapan matanya, Hanna bermesraan dengan lelaki itu. Itukah namanya 'kawan'?

"Kau jangan nak tipu la! Semua dah terbongkar. Hebat betul ya lakonan kau." Sinis sahaja suara Haziq Arfan sambil menepuk tangannya. Hanna hanya menjeling matanya ke atas.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Apa lagi yang tak cukup sampai buat aku ni macam sampah? Aku sayangkan kau, tapi ni balasan kau kat aku. Kau memang perempuan tak tahu malu!" tengking Haziq. Badannya sudah menggeletar menahan marah. Mahu sahaja dia melempang perempuan ini tapi dia tidaklah dayus sehingga memukul perempuan.

"You tak boleh nak salahkan I. You tahukan I cantik. Ramai yang nak tackle I. Lagipun Amar tu kaya. Dia banyak belikan barang-barang 'branded'. You… haram tak dapat."

Haziq Arfan mengetap bibirnya. Memang betul kata Rasydan dulu bahawasanya Hanna seorang yang materialistik. Dia sahaja yang bodoh tidak mempercayai kawan baiknya itu sampaikan mereka bertengkar hanya disebabkan Hanna sahaja.

"Jadi… sebabkan duit, barang-barang 'branded'… kau sanggup curang dengan aku? Kau sanggup buang cinta aku macam tu je? Hah?" tanya Haziq Arfan lagi dengan sedikit menggeletar.

"Kalau ya... kenapa? Dahlah, Haziq. Baik kita putus je. I pun dah naik muak dengan you. You tak pernah faham I macam mana Amar fahamkan I. I dah rimas," ujar Hanna sambil memeluk lengannya. Gayanya sangatlah angkuh.

"Oh… macam tu je kau mintak putus? Habis… hati aku ni macam mana? Kau senang buang aku macam tu je? Kau ingat aku ni tunggul ke apa?" Haziq meramas rambutnya. Tidak sangka perangai Hanna sebegini rupa. Dia benar-benar kecewa.

"Habis tu… you nak I buat apa lagi? Kita putus je la. Apa susah sangat?" Sempat lagi Hanna mendengus kasar. Bakal bekas teman lelakinya ini memang tidak faham bahasa.

Haziq Arfan sudah mengetap bibirnya. Terbit rasa menyesal dalam hatinya menghabiskan duit biasiswa untuk membeli tudung-tudung Hanna. Disebabkan terlalu percaya, satu ikatan persahabatan dia dan Rasydan terputus begitu sahaja. Disebabkan perempuan itu juga, Siti Safea dihina oleh dirinya dengan teruk padahal gadis itu berkata jujur.

Tiba-tiba, Amar menghampiri Hanna. Tangannya terus memeluk bahu gadis itu. Hanna pula hanya tersenyum sahaja sambil mengusap tangan Amar dengan lembut. Haziq Arfan sudah mengepal penumbuknya. Dia masih lagi mampu menahan sabar.

"Lambat lagi ke, sayang? Nanti lambat pulak kita nak pergi shopping," kata Amar sambil mengusap bahu Hanna. Hanna pula hanya tersenyum. Puas hatinya melihat reaksi Haziq sebegitu. Haziq perlu sedar bahawa hubungan mereka ini tidak akan ke mana kerana Haziq tiada duit yang cukup untuk memenuhi kehendaknya.

"You tunggu I dalam kereta. Sikit je lagi. Okey, baby?" pujuk Hanna. Amar hanya mengangguk sahaja lalu dia mencium pipi Hanna. Hanna hanya tersenyum. Baginya, bercium pipi adalah perkara yang biasa  Keadaan semakin tegang. Tangan Haziq semakin menggeletar. Hanna hanya membiarkan lelaki itu mencium pipinya macam itu sahaja.

"Wow! A… aku tak sangka kau macam ni, Hanna. Kau memang perempuan tak tahu malu! Memang sepatutnya dari dulu lagi aku tak ada terhegeh-hegeh kat kau! Baru aku faham. Walaupun muka kau tu cantik, tapi perangai kau macam haram," tengking Haziq lagi. Dia sudah penat. Nak selamatkan hubungan cinta mereka? Bagi Haziq memang tidak boleh diselamatkan. Tak sangka perangai Hanna begitu teruk. Selama ini, dia dikaburi oleh kecantikan sahaja.

"Whateverlah, Haziq. Kau nak cakap aku ni, perempuan murah ke… perempuan tak ada maruah ke… teruskan. Yang penting, aku tak nak ada hubungan apa-apa dengan kau. Aku rimas. Dan jangan kacau aku lagi. Okey? Bye…" Hanna hanya tersenyum sinis. Rasa hidupnya sudah bebas. Dia pun menoleh ke belakang untuk menuju ke kereta Amar.

Haziq tersentak. Panggilan 'I' dan 'you' sudah bertukar kepada 'aku' dan 'kau'. Nampak benar perangai sebenar Hanna semakin terbongkar.

Baru beberapa langkah, Hanna teringat sesuatu. Kebenaran yang masih dia belum beritahu kepada Haziq. Hanna menoleh ke arah Haziq sambil tersenyum sinis seraya berkata, "One more thing… for your infomation, kejadian minggu lepas bukan salah budak rabun tu. Aku yang sengaja jatuhkan diri aku kat tangga gazebo tu untuk  kenakan budak rabun tu. So..  aku rasa kau lagi teruk and bodoh dari aku."

Seusai itu, Hanna pun meninggalkan Haziq yang kelihatan terkedu. Kebenaran demi kebenaran terungkap. Haziq mengepalkan penumbuknya lalu dia menyepak botol plastik yang berdekatan sehingga terpelanting ke dalam longkang.

"Setan!"











Haziq bangun dari duduknya dengan perlahan-lahan. Dia mengambil sebuah kotak dari bawah katilnya. Seusai itu, penutup kotak itu dibuka. Banyak kertas-kertas dan beberapa bungkus coklat berada di dalam kotak tersebut.

Ya… itu surat-surat kecil dan hadiah dari Siti Safea. Dia benar-benar bersalah terhadap gadis polos itu. Siti Safea mahu membantunya tapi akhirnya gadis itu ditengking dan dihina. Haziq benar-benar rasa bersalah. Dia rasa malu dan jijik pada diri sendiri. Mungkin itu adalah balasan Allah kerana dia sentiasa menilai rupa dari akhlak.

Telefon pintar diambil dari meja solek. Aplikasi Instagram ditekan. Banyak pula notifikasi yang terpapar. Haziq sudah tekad untuk menghapuskan semua gambar yang berkaitan dengan Hanna. Walaupun hatinya berat untuk menghapuskan gambar-gambar tersebut tapi itu sahaja jalan terbaik untuk melupakan Hanna.

Tiba-tiba matanya tertancap ke arah rekomendasi. Macam kenal pemilik akaun ini. Akaun 'ct.safea' ini semestinya akaun Instagram gadis polos itu. Terus sahaja dia menekan akaun itu. Pengikut Instagram Siti Safea sudah menjangkau 3500 pengikut.

"Ramai jugak followers dia ni." Haziq berkata perlahan. Akhirnya Haziq meneliti satu persatu post yang berada di dalam akaun Instagram Siti Safea. Kebanyakkan gambarnya tidak menunjuk muka. Macam terbalik pula situasi mereka sekarang ini. Pada mulanya, Siti Safea yang selalu mengusyar Instagram Haziq Arfan. Tapi sekarang ini, Haziq Arfan pula yang melakukan perkara yang sama.










ShaDhia

Bersambung…

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro