BAB 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ALONG!"

Langkah Haziq terhenti. Baru sahaja dia mahu menghampiri gadis itu tetapi ibunya pula sudah memanggil. Haziq Arfan mengeluh perlahan. Dia tiada peluang untuk meminta maaf kepada Siti Safea.

"Ya, ibu," sahut Haziq sambil menoleh ke arah Puan Hani. Puan Hani bercekak pinggang. Dia tidak jumpa barang yang diminta oleh Siti Safea. Nasib baik anak sulungnya itu pulang tepat pada masanya.

"Nasib baik along dah sampai rumah. Safea nak kalkulator dangan buku Math. Ibu cari kat bilik along tak jumpa. Along pergi ambilkan. Kesian Safea dah lama tunggu." Puan Hani sudah mula membebel.

Haziq Arfan terus melihat Siti Safea lagi. Gadis itu sepertinya tersentak lalu memandang ke arah lain. Mungkin sejak kejadian itu, gadis itu tidak sudi memandangnya. Haziq mengeluh perlahan.

"Okey, ibu." Haziq berkata perlahan lalu dia terus masuk ke dalam rumah. Puan Hani mengerut dahinya. Pelik pula perangai anak sulungnya itu. Macam ada yang tidak kena. Puan Hani terus menghampiri Siti Safea yang sedang menguis-nguis jarinya.

"Safea, tak nak masuk rumah dulu ke? Minum-minum dulu. Dah lama Saf tak datang rumah ni."

Siti Safea hanya menggeleng sahaja. Bukan tidak sudi, tetapi dia tidak berasa selesa lagi-lagi apabila berhadapan dengan Haziq Arfan. Lelaki itu sangat membencinya. Biarlah dia mengundur diri sahaja. Dalam tidak sedar, Siti Safea asyik menundukkan mukanya dan membuatkan Puan Hani berasa pelik.

"Saf okey ke?" tanya Puan Hani lembut. Apa masalah gadis itu? Ada kena mengena dengan Haziq ke? Gadis itu seperti ada masalah yang besar sahaja.

"Tak ada. Kenapa mak cik tanya macam tu?" tanya Siti Safea sambil tersenyum.

Belum sempat Puan Hani mahu menjawab, tiba-tiba terdengar bunyi derapan kasut yang menghampiri mereka berdua. Serentak Puan Hani dan Siti Safea menoleh. Kelihatan Haziq Arfan sedang menghampiri mereka sambil memegang buku dan kalkulator Siti Safea.

Jantung Siti Safea berdegup laju. Dia mahu segera untuk pergi dari sini. Terngiang-ngiang kata-kata nista yang dilemparkan oleh bekas crushnya itu beberapa minggu yang lalu. Dia tidak mahu juga Puan Hani mensyaki sesuatu.

"Lambatlah along ni. Kesian Safea tunggu," bebel Puan Hani lagi sambil mencekak pinggang. Haziq Arfan hanya mengurut tengkuknya sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ada 'benda' yang dilakukan di bilik tadi. Harap gadis itu perasan 'perubahan' buku latihan Matematiknya itu.

"Sorry lambat." Terus sahaja Haziq Arfan menghulurkan buku dan kalkulator tersebut. Matanya tidak lepas memandang Siti Safea. Siti Safea hanya mengangguk sahaja lalu dia terus menyambut barang-barangnya itu. Dia tidak betah lama-lama di situ. Lagi-lagi mata Haziq Arfan yang cantik itu asyik melihat dirinya seperti mahu menelan sahaja. Rasa seram sejuk pula.

"Ada apa-apa lagi, Saf?" tanya Puan Hani lagi. Siti Safea tersenyum sambil menggeleng. Rasanya tiada barang lagi yang tertinggal. Semasa peperiksaan awal tahun yang lepas, nasib baik dia mempunyai dua kalkulator. Entah macam mana kalkulatornya  yang selalu digunakan boleh tertinggal.

"Terima kasih, mak cik. Saya balik dulu. Assalamualaikum," pamit Siti Safea. Muka Haziq pun tidak dipandang dan membuatkan lelaki itu seperti terasa hati. Haziq hanya melihat Siti Safea yang sedang mengayuh basikal.

"Peliklah dengan Safea tu. Senyap semacam je. Korang gaduh ke?" tanya Puan Hani sambil memeluk tangannya. Kadang-kadang Haziq Arfan tidak boleh percaya. Mulutnya itu kadang-kadang suka cakap lepas.

Terus sahaja Haziq Arfan terkedu. Dia cuba untuk bertenang seraya berkata, "Tak adalah, ibu. Mana ada along gaduh dengan dia."

Puan Hani mengecilkan matanya seakan-akan tidak percaya. Haziq Arfan sudah tidak selesa. Dia tidak mahu ibunya tahu tentang hal itu. Biarlah dia simpan sendiri.

"Kamu jangan buat hal, along. Dia budak baik. Jangan nak cari pasal." Seusai Puan Hani berkata begitu, terus sahaja dia pergi melakukan kerjanya yang tergendala tadi. Haziq hanya mengeluh perlahan.

"Dia memang budak baik, ibu. Haziq je yang tak nampak semua tu."








HANNA mengoleskan lip gloss di bibir mungilnya. Hari ini Amar mengajak dirinya berkaraoke dan makan malam di restoran mewah di sebuah hotel. Dia berasa sungguh teruja. Tidak sia-sia dia memutuskan hubungan dengan Haziq. Amar memang sangat memahami dirinya.

Kerja rumah dan kerja kursus yang diberikan oleh gurunya, dia malas mahu ambil kisah. Nanti dia akan mengupah beberapa orang pelajar untuk menyiapkan kerja rumahnya. Tabur sahaja duit, pasti mereka akan buat.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Hanna mendengus kasar. Ada sahaja menganggunya. Hanna menghampiri ke pintu lalu membukanya. Kelihatan  Puan Liyana sedang tersenyum.

"Hanna, jom makan. Mama ada masak lauk kesukaan Hanna," ajak Puan Liyana.

Hanna memeluk tubuhnya. Berani betul perempuan murahan ini membahasakan dirinya 'mama'. Sudahlah masuk ke dalam keluarga ini tidak diundang. Dasar perempuan tak sedar diri.

"Mama? Kau siapa nak bahasakan diri tu 'mama'? Kau bukan mak aku. Kau memang tak sedar diri, eh?" Nada Hanna begitu sarkastik dan membuatkan Puan Liyana terkedu.

"Ermm… maksud mak… mak cik… jom makan."  Terketar-ketar suara Puan Liyana. Dia berusaha menahan air matanya. Sudah banyak kali dia mencuba mengambil hati anak tirinya itu tetapi semuanya tidak berhasil. Memang Hanna sangat bencikannya.

"Aku dah kenyang. Lagipun aku tak nak makan benda yang kau masak. Entah-entah kau buat nasi kangkang ke… letak benda kotor macam hati kau." Hanna tidak berhenti memprovok. Dia tidak sedar kata-kata itu telah membuatkan hati ibu tirinya sakit. Puan Liyana cuba untuk bertenang.

"Tak… jangan risau. Mak cik tak buat semua tu." Hanna hanya menjelingkan matanya ke atas. Rasa menyampah. Perempuan itu memang munafiq. Buat-buat baik konon.

Hanna melangkah ke arah Puan Liyana perlahan-lahan. Matanya tajam menikam pandangan wanita itu. Puan Liyana sudah gementar. Apa lagi Hanna nak buat padanya? Sekarang jarak antara mereka hanya beberapa inci sahaja.

"Aku sebenarnya… kesian tengok kau ni. Terdesak sangat sampai keluarga orang pun kau nak hancurkan. Kau sedar tak yang kau tu orang luar. Jangan berlagak mem besar kat dalam rumah ni. Dengan papa boleh la kau tipu. Tapi dengan aku, tak payah la. Kau ingat aku bodoh." Sempat lagi Hanna menunjal bahu Puan Liyana.

"Aku malas nak cakap banyak dengan orang macam kau ni. Status kau orang gaji je kat sini. Nasib kau baik sebab kau kahwin dengan papa aku. So… kau nampak baju kotor aku tu?" Hanna menunjukkan sebakul baju yang sudah penuh.

"Kenapa?" tanya Puan Liyana perlahan.

"Kau tanya aku lagi kenapa? Cuci semua baju aku tu. Tu kerja kau kan kat rumah ni. Jangan nak goyang kaki je." Seusai berkata begitu, Hanna terus mengambil tas tangannya. Sebenarnya banyak lagi benda yang mahu diperkatakan tapi tangguhkan sahaja dulu. Amar lagi penting sekarang ini.

"Hanna nak pergi mana?" tanya Puan Liyana sambil melihat penampilan Hanna dari atas sampai ke bawah.

"Kau tak payah nak sibuk. Kau buat je kerja kau. Cuci baju aku!" marah Hanna.

"Tapi papa Hanna kan dah pesan jangan keluar. Papa Hanna suruh belajar kat rumah je." Puan Liyana cuba memujuk Hanna. Dia tidak mahu suami dan anak tirinya asyik bertengkar sahaja.

"Kan aku cakap… kau tak payahlah sibuk. Tak faham bahasa ke? Dan lagi satu… kau jangan nak bagitahu papa. Kalau kau bagitahu… siap kau!" Sempat lagi Hanna memberikan amaran sambil tangannya menunjuk ke arah Puan Liyana. Nak hormat dengan perampas? Memang taklah dia akan buat begitu. Baginya status Puan Liyana adalah di bawah tapak kaki sahaja.

Seusai itu, Hanna terus sahaja keluar dari biliknya. Sempat lagi dia melanggar bahu Puan Liyana sehingga wanita itu hampir terjatuh. Nasib baik tangannya sempat memegang tombol pintu. Kalau tidak pinggulnya sudah tersembam di lantai.

Puan Liyana hanya melihat Hanna yang sedang menuruni anak tangga sambil menggeleng perlahan. Ya… dia akui perbuatan Hanna tadi sangatlah kurang ajar tapi dia tidak mahu mencetuskan pergaduhan yang boleh memburukkan hubungan mereka nanti.

"Tolong aku, Ya Allah. Cara apa lagi untuk aku lembutkan hati Hanna…"










SITI Safea mengunci pintu biliknya. Tudung sarung dan hoodienya dibuka. Buku dan kalkulator diletakkan di atas meja. Terus sahaja Siti Safea duduk di atas kerusi. Kenapa pandangan Haziq Arfan asyik mengganggu benaknya? Kenapa dia perlu ingat tentang lelaki itu?

"Tak! Tak! Aku tak suka dia. Dia benci aku!" Siti Safea berkata sendirian sambil memejamkan matanya. Kepalanya digeleng berulang kali. Dia tidak mahu ingat sedikit pun tentang Haziq Arfan.

Siti Safea membuka matanya perlahan. Tiba-tiba dia melihat ada kertas putih yang terkeluar dari dalam buku Matematiknya. Siti Safea mengerutkan dahinya. Dia terus menarik kertas tersebut. Kertas yang bersaiz kecil itu telah dilipat dua. Automatik hatinya berdegup kencang.

Tanpa membuang masa, dia membuka lipatan surat tersebut. Aksara jawi yang ditulis diamati satu persatu. Terus sahaja Siti Safea menekup mulutnya. Tidak mungkin ini terjadi!

اكو مينتق معاف

- H.A




ShaDhia

Bersambung…

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro