BAB 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KAU ni bodohlah, Kal. Ada ke cakap macam tu kat budak nerd tu. Hahaha!" Hilman sudah ketawa terbahak-bahak.

Haikal hanya tersenyum sinis. Dia tidak suka perenpuan yang mukanya menggerutu dan berjerawat. Sakit mata sahaja!

"Kau tengok muka budak nerd tu. Cicak kalau jatuh atas muka dia pun boleh mati. Menggerutu sangat!" tukas Haikal pula lalu dia ketawa kuat.

Rasydan sudah menggelengkan kepalanya. Apa lagi budak berdua ini telah lakukan? Sudah berbuih mulut dia menasihatkan dua sahabat baiknya, tetapi satu apa pun mereka tidak dengar. Rasydan mengeluh perlahan. Kadang-kadang, rasa putus asa pun ada.

Rasydan menjeling ke arah Haziq yang dari tadi hanya diam sahaja. Selalunya dia yang paling banyak berceloteh. Ini senyap sahaja. Mesti ada masalah dengan Hanna.

Ikutkan hati Rasydan, dia tidak suka Haziq bercinta dengan Hanna kerana jelas sangat perempuan itu hanya mengambil kesempatan sahaja. Dia mahu sahaja menegur Haziq tapi dia tidak berani. Takut tegurannya itu boleh membawa kepada pergaduhan.

"Kau kenapa diam je hari ni? Selalu kau yang paling bising."

Haziq hanya mengeluh perlahan. Soalan Rasydan tadi hanya dibiarkan sahaja. Malam tadi, dia membuat panggilan kepada kekasih hatinya. Apa yang paling mengejutkan, ada seorang lelaki yang menjawab panggilan tersebut.

Fikirannya sangat serabut. Pelbagai anggapan negatif yang bermain-main di benaknya. Takkanlah Hanna ada lelaki lain? Kalau nak dikatakan lelaki itu abang Hanna, tidak mungkin kerana Hanna tidak mempunyai abang langsung.

Sejak kebelakangan ini juga, hubungan dia dan Hanna tidak mesra seperti mereka mula-mula bercinta dahulu. Hanna sudah dingin dengannya. Beberapa kali Haziq mengajak Hanna keluar apabila masanya lapang  tetapi ditolak mentah-mentah oleh Hanna.

"Gaduh dengan Hanna?" duga Rasydan.

Haziq memandang Rashdan lalu menggeleng sahaja. Dia malas mahu bercerita. Kalau hal peribadinya, dia lebih rela untuk menyelesaikan hal itu sendiri.

"Tak adalah. Kitorang okey je," jawab Haziq Arfan perlahan.

"Aku nak tanya kau satu benda. Tapi kau jangan nak melenting pulak." Rashdan cuba untuk bertenang. Mungkin kata-kata dia ini boleh melukakan hati Haziq tapi dia kena menasihati kawannya itu. Kasihan sungguh tidak sedar dipergunakan oleh teman wanitanya sendiri.

Haziq pula hanya menunggu sahaja. Sempat lagi dia memandang sekilas ke arah Hilman dan Haikal yang sedang riuh bersembang. Tak habis-habis lagi kutuk si nerd itu. Dia ada juga perasan budak nerd itu memberikan senyuman kepadanya. Rasa geli pula. Memang patut pun Haikal kata begitu tadi.

"Ermm… kau tak rasa ke Hanna tu gunakan kau je? Maksud aku… kau bagi barang-barang mahal kat dia. Guna duit biasiswa kau pulak tu. Kau tak rasa sia-sia ke?"

Haziq mendengus perlahan. Here we go again. Apa yang salah kalau dia bercinta dengan Hanna. Mereka saling menyukai? Pelik pula kenapa Rasydan tidak suka Hanna itu.

"Rasy… aku peliklah dengan kau ni? Kau memang tak suka ke aku couple dengan Hanna tu? Ke kau cemburu dengan aku?" Suara Haziq keras sedikit. Panas pula hatinya bila ada orang lain mempersoalkan Hanna. Hilman dan Haikal yang riuh bersembang, terus sahaja senyap dan memerhatikan Haziq dan Rasydan berbicara.

"Aku bukan cemburu. Tak ada makna aku nak cemburu bagai. Tapi... kau tak sedar sekarang ni memang jelas Hanna tu gunakan kau. Sampai duit biasiswa yang guna untuk belajar kau tu pun, dia nak sapu. Kau biar betul, Haziq?"

Haziq mengepalkan penumbuknya. Rasa egonya tercabar apabila sampai duitnya pun ada orang yang nak tegur. Dia tidak suka. Cukup tidak suka!

"Aku malas nak gaduh dengan kau, Rasydan. Sebab kau kawan aku. Aku guna duit biasiswa ke apa… bukan guna duit kau pun. Yang kau nak gelabah sangat tu… dah kenapa? Malas aku nak layan kau." Haziq terus sahaja berdiri dan meninggalkan Rasydan, Hilman dan Haikal.

Rasydan ada mengeluh perlahan. Rasa bersalah pula tapi dia sedar apa yang dia katakan tadi sememangnya betul. Haziq saja yang buta. Entahlah…

"Aduh… Rasydan, kau buat apa ni? Diorang tu dah elok lovey dovey. Kau pulak nak hancurkan hubungan orang. Kau memang tak relaks la," ujar Hilman pula. Haikal pun mengangguk setuju.

"Korang pun buta jugak aku rasa. Sebab tu mulut korang ni macam longkang!" sela Rasydan. Seusai itu, dia mengemas begnya dan melangkah pergi meninggalkan Hilman dan Haikal di situ.






______________________________________






SITI Safea melihat jam tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan 2:15 petang. Lagi 15 minit sahaja lagi perjumpaan kelab pidato dan debat akan bermula. Sebenarnya, dia mahu berjumpa dengan Haziq Arfan. Mahu berbincang mengenai tutor Matematik. Tapi… nampaknya tidak ada masa sekarang ini.

Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah Haziq yang sedang berjalan dengan agak pantas. Mukanya bengis mulutnya terkumat-kamit marahkan sesuatu. Tetapi, dia tetap tampan walaupun sedang marah sekalipun.

Siti Safea mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Haziq. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Haziq. Baru sahaja dia mahu menghampiri, tiba-tiba sahaa badannya ditolak kasar ke tepi. Nasib baik sahaja dia tidak terjatuh ke longkang.

"Kau ni apasal halang jalan aku, perempuan rabun? Bengap ke apa!" tengking Haziq. Dia sudahlah tiada mood. Orang tengah berjalan, tiba-tiba sahaja perempuan rabun ini menghalang. Sudahlah menyampah!

"Ta… tapi saya... nak…" Belum sempat Safea menghabiskan ayatnya. Haziq terus sahaja berjalan meninggalkan Siti Safea.

Siti Safea hanya terkedu. Ini baru marah sikit. Selepas ini, dia akan banyak berjumpa dengan crushnya itu. Dia tidak tahu apa nasib yang bakal menimpanya selepas ini. Kenapalah dia cepat lemah begini?









______________________________________










AZRIN hanya memerhatikan Siti Safea dari jauh. Wajah Siti Safea yang mendung membuatkan Azrin tertanya-tanya. Sekarang ini, ahli jawatankuasa yang tertinggi sedang membuat saringan untuk wakil baru  untuk pertandingan debat perdana yang diadakan dua bulan saja lagi.

Ada yang tergagap untuk bercakap di hadapan. Ada yang takut sampai tidak datang ke perjumpaan kelab itu. Ada juga yang pergi ke tandas banyak kali. Ada juga yang lancar berkata-kata dengan penuh keyakinan.

"Terima kasih, Razi. Tapi awak cakap tadi banyak tergagap and muka awak banyak tengok ke bawah. So, suara awak jadi tenggelam. Tapi tak apa… nanti kitorang ajar awak cara cakap dengan betul. Tahniah!" ulas Rina sambil menepuk tangan untuk memberikan semangat.

Azrin menyemak nama ahli yang ke seterusnya. Dia tersenyum apabila membaca nama itu. Lalu dia melihat Siti Safea yang terkebil-kebil memandang ke luar. Apa yang difikirkan pun dia tidak tahu.

"Seterusnya, saya menjemput Siti Safea binti Sharifuddin ke depan."

Siti Safea tersentak. Lalu dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejujurnya dia berasa takut dan belum bersedia. Tiba-tiba sahaja, jantungnya berdebar dengan agak laju.

Siti Safea bangun perlahan-lahan dari kerusi. Semua mata pelajar yang berada di dalam bilik itu tertumpu kepada Siti Safea. Mulalah rasa takutnya datang. Rasa nak lari sahaja dari bilik ini.

Siti Safea menggenggam nota kecilnya dengan kuat. Dia pun melangkaj perlahan-lahan sehingga betul-betul sampai ke ruangan hadapan sekali. Tangannya mula berpeluh dan menggeletar.

"Tangan awak menggeletar, Safea. Jangan takut. Take a deep breath. Tenangkan diri. Yakin dengan diri sendiri apa yang nak sampaikan kat semua orang. Diorang tak makan awak pun," ujar Rina memberikan semangat.

Siti Safea mengangguk perlahan. Dia menolak notanya sekilas lalu. Dia cuba mengingat balik tips di dalam buku Panduan Pengucapan Awam yang dipinjam dari perpustakaan tempoh hari. Akhirnya dia menarik dan menghembuskan nafas perlahan-lahan.

Mata Siti Safea terpandang Azrin yang ralit memerhatikannya sambil tersenyum. Dia perasan Azrin mengangguk perlahan seolah-olah memberikan semangat kepadanya.

"A… assalamualaikum dan selamat se… sejahtera. Nama diberi Siti Safea binti Sharifuddin dari Kelas 3 Bestari. Pada petang ini, saya akan berkongsi tips, bagaimana cara untuk menguruskan ma… masa yang be… betul."

Siti Safea cuba membetulkan semangatnya. Dia bercakap sambil memandang ke dinding sahaja. Kalau pandang mata-mata penonton. Tiba-tiba sahaja fobianya akan datang semula. Gaya tangannya agak kekok tapi dia meneruskan sahaja sehingga perkataan yang terakhir. Ada juga ayatnya yang tergagap-gagap.

Azrin hanya tersenyum. Dia sudah membuat satu keputusan yang amat besar. Azrin memanggil Rina yang khusyuk mendengar.

"Aku dah buat keputusan untuk pertandingan debat tu."

"Kau dah pilih siapa?" tanya Rina dengan riak muka yang pelik. Memang sangat pelik kerana selalunya Azrin akan mengambil masa beberapa hari untuk mencari wakil yang baru. Ini sekejap pula.

"Aku dah fikir masak-masak. Aku pilih Siti Safea jadi wakil debat Bahasa Melayu untuk sekolah ni," ujar Azrin dengan penuh yakin.

"Kenapa?" tanya Rina lagi.

Azrin hanya diam sahaja sambil tersenyum sinis membiarkan persoalan Rina yang terbiar sepi. Dia tahu Siti Safea memang ada potensi sebagai wakil sekolah. Dia yakin tentang itu.





ShaDhia

Bersambung…












• Cer korang bukak lagu Lara Lagi by Adira and korang baca part yang Siti Safea kena marah dengan Haziq. Macam kena je... 😔🤣🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro