BAB 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kesian kau kan, kak!"

Ilma tertawa jahat melihat Delisha yang terikat di atas kerusi. Gadis itu berusaha untuk melepaskan diri, namun ikatan pada kedua tangannya sangat ketat. Ilma mendekati Delisha. Melihat wajah Delisha yang sudah basah dengan airmata. Membuatkan Ilma seronok melihatnya.

"Lepaskan aku Ilma! Aku tak bersalah! Aku tak pernah kacau hidup kau pun!" Jerit Delisha kuat. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri.

"Memang! Memang kau tak pernah kacau hidup aku! Tapi, aku tak suka tengok muka hodoh kau ni tersenyum bahagia! Sedangkan, aku dan mummy sengsara!" Ilma menunjal kuat kepala kakak kembarnya.

Puan Nurlina hanya tersenyum menyaksikan Ilma yang asyik memarahi Delisha. Anaknya sendiri. Darah dagingnya sendiri. Tidak lama itu, senyuman Puan Nurlina melebar melihat sebuah kereta Vellpire berhenti di hadapannya. Dua orang lelaki bertubuh tegap melangkah turun dari kereta. Salah seorang daripada mereka, membukakan pintu untuk seseorang.

"Welcome Mr Lim" Puan Nurlina menyambut mesra lelaki cina itu. Seorang lelaki pemilik sebuah klub malam terkenal.

Dia juga menjual gadis-gadis malang untuk dijadikan pelacur di tempatnya. Puan Nurlina mencium tangan lelaki itu sebagai tanda hormat. Mr Lim memandang bangunan yang dijadikan tempat pertemuan mereka itu.

"Mana perempuan tu?" Soal Mr Lim terus tanpa kias-kiasan lagi. Dia tidak mahu berlama-lama.

"Ada. Mari I tunjuk budak tu pada you! I gerenti dia bakal memuaskan!" Puan Nurlina berjalan di hadapan.

Ilma yang melihat kehadiran Mr Lim dan mummy nya terus berdiri di tepi Delisha. Senyuman dia melebar melihat kedatangan bapa ayam itu. Terbayang wang yang bakal mereka terima tidak lama lagi.

Mr Lim meneliti wajah Delisha atas bawah dan mengangguk sendiri. Dia membisikkan sesuatu kepada salah seorang bodyguard nya. Lelaki itu mengangguk dan beredar. Tidak lama itu, dia kembali membawa sebuah beg hitam.

"I ambil ini budak. I sudah up kasi 50 ribu untuk you, Lina. This girl, still 'fresh' not like her" Mr Lim menunding jari kearah Ilma.

Membuatkan Ilma berdecit geram. Ingin saja dia memaki hamun lelaki tua itu. Berani betul memperlekehkan dirinya. Ilma menahan diri dari mengamuk. Daripada 50 ribu nanti jadi tiada langsung habuan mereka terima.

"Thank you tauke. You jangan risau, budak ni yang I pernah janjikan pada you dulu. You boleh ambil dia!" Puan Nurlina mendorong tubuh Delisha hingga tersembam di atas lantai.

Delisha teresak-esak menangis. Sungguh, dia tidak sangka. Ibu kandungnya sendiri sanggup menjual dia kepada bapa ayam. Malah, Puan Nurlina sedikit pun tidak berasa bersalah. Mata wanita itu sudah dikaburi dengan wang. Mr Lim memberi isyarat kepada dua bodyguard nya untuk membawa Delisha pergi.

Delisha pasrah. Dia tiada tenaga mahu melawan. Wajah dia teruk dipukul dan ditampar oleh Ilma. Delisha tidak mahu melawan dan menyakiti tubuhnya. Dia redha dengan takdir hidupnya. Menerimanya walaupun pada hakikatnya dia sangat ingin pergi dari dunia yang sangat kejam ini.

Mr Lim meninggalkan kawasan bangunan itu. Puan Nurlina bersorok riang melihat pemergian kereta Vellpire itu. Ilma menghampiri mummy nya. Senyuman sangat lebar membayangkan habuan yang akan mereka terima.

"Mummy, kau buka beg tu. Kita bahagia dua" ujar Ilma tidak sabar. Dia mahu pergi dari Malaysia.

Puan Nurlina menjeling anaknya. "Iya aku tahu lah. Kau sabar tak boleh ke hah!"

Ilma menjeling Puan Nurlina. Dengan kasar, beg hitam itu ditarik oleh Ilma. Puan Nurlina hanya membiarkan saja. Ilma sudah berbinar melihat beg itu. Berat. Pasti wang di dalam itu sangat banyak.

"Cepatlah buka! Kau terhegeh-hegeh apalagi hah!" Gesa Puan Nurlina tidak sabar.

Ilma membuka zip beg itu. Mereka membulat mata melihat isi di dalam beg itu. Sangat tidak dijangkakan. Ilma dan Puan Nurlina saling berpandangan. Senyuman di bibir mereka mati. Wajah berubah pucat basi.

"B...bom!"

Ilma segera menjauh. Puan Nurlina sudah terketar-ketar melihat isi di dalam beg itu. Bom jangka. Masa hanya tinggal 10 saat sahaja lagi. Mereka berlari pantas meninggalkan bangunan itu. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka.

3...
2...
1...

Bom!




























Mr Lim membukakan pintu keretanya apabila sudah tiba di sebuah rumah banglo di dalam hutan. Dia menarik hujung baju Delisha dan masih lagi tidak bersentuhan. Mr Lim menunduk kepada bodyguard nya dan mereka pun terus beredar setelah menghantar Delisha dan Mr Lim ke rumah itu.

"Ki...kita dekat ma...mana?" Delisha menyoal takut-takut. Sungguh, banglo itu nampak sangat seram pada waktu malam.

Ditambah lagi pokok yang menjalar hingga ke bumbung. Banglo yang dikelilingi belukar dan bunyi cengkerik yang sangat kuat membuatkan bulu roma Delisha berdiri. Kaki dia tetap melangkah mengikut Mr Lim.

Lelaki itu tidak menjawab pertanyaan dari Delisha. Dia hanya diam dan membuka pintu rumah itu dengan wajah tenangnya. Sedangkan Delisha, keringat sudah mengalir di pelipisnya. Sangat takut dan berasa seram dengan keadaan rumah itu.

Tetapi, indah khabar dari rupa. Dekorasi di dalam banglo itu sangat mewah dan seakan terjaga rapi. Lampu menerangi banglo tiga tingkat itu. Detingan jam kedengaran jelas. Mr Lim duduk santai di sofa ruang tamu.

"Duduk!" Arah Mr Lim tegas.

Delisha terus duduk. Kepala dia makin menunduk apabila mendengar bunyi derap kaki yang semakin mendekati mereka. Mr Lim yang tadinya duduk santai serta merta berdiri. Tersenyum melihat tiga lelaki yang berdiri tegak di hadapannya.

"As you wish. Aku bawa dia dengan selamat" ucap Mr Lim santai. Menyibak rambutnya yang telah memutih.

Lelaki itu mengangguk. Memandang wajah gadis yang asyik menundukkan kepalanya. Dia tersenyum melihat riak ketakutan gadis itu. Sangat comel di matanya.

"Thanks Mr Lim. I owe you this time" ucap lelaki itu dalam nada perlahan.

Mr Lim mengangguk. "You come with me!" Dan suara Mr Lim berubah serius. Memandang seorang lelaki yang berdiri sebelah kiri lelaki yang bercakap dengannya.

Leo menjuling matanya ke atas. Mr Lim adalah ayahnya. Tidak sangka, NurLina dan Ilma membuat urus niaga bersama ayahnya dan membuatkan mereka terus menukar plan pertama mereka. Membiarkan Mr Lim menguruskan segalanya atas arahan Daryan sendiri.

Leo pasrah mengikut Mr Lim. Pasti lelaki tua itu mahu membebel kerana dia sudah lama tidak pulang ke rumah. Faez dan Eric yang menyaksikan itu menahan tawa mereka. Tidak sangka, Leo sangat patuh pada ayahnya. Muka ganas, tapi hati tetap jambu.

"Leave us!"

Faez dan Eric segera beredar meninggalkan Daryan dan Delisha di ruang tamu itu. Daryan mendekati Delisha. Melihat wajah gadis itu penuh dengan luka membuatkan Daryan terasa ingin merobek wajah Ilma dan Puan NurLina.

"Nak tunduk sampai tahun depan ke?"

Delisha mengerut dahinya. Suara itu...suara seakan orang yang sangat dia kenal. Delisha mengeleng kepalanya perlahan. Tak mungkin itu Daryan. Pasti dia berhalusinasi. Delisha tergelak sendiri. Jauh betul halusinasinya.

"Gila ke?" Daryan yang pelik dengan tingkah Delisha tanpa sengaja memicit kuat pipi gadis itu. Membuatkan Delisha meringis kesakitan.

Delisha membulat matanya melihat sosok tubuh Daryan yang duduk di sebelahnya. Riak lelaki sangat datar. Delisha berkerut dahi.

"A...aku tak mim...mimpi kan?" Dia menyoal sendiri. Lebih kepada menyoal diri sendiri.

Daryan yang melihat reaksi Delisha menghamburkan tawa kecilnya. Sangat merdu di telinga Delisha. Daryan yang tidak tahan melihat keadaan Delisha yang masih tidak percaya dirinya terus memicit kedua pipi gadis itu.

"Aduh! Sakitlah!" Delisha meringis sakit dan menepis kedua tangan Daryan asyik mencubit pipinya. Kesan tamparan Ilma masih belum hilang lagi. Ditambah sakit baru.

"Itu tandanya kau tak mimpi, budak!" Ucap Daryan keras. Dia memeluk tubuh di sebelah Delisha.

Bersandar santai di sofa dan menonton siaran TV dengan wajah tidak berperasaannya. Delisha yang tersedar, mengalirkan airmata bahagianya. Sangat gembira kerana cik tunang berada di sebelahnya. Tanpa sedar, dia memeluk tubuh Daryan di sebelahnya. Menyentakkan Daryan yang asyik mengelamun.

Dia tersenyum nipis apabila telinganya menangkap bunyi esakkan dari cik tunang. Dia mengusap kepala Delisha yang dilapisi tudung itu. Teragak-agak mahu menyentuh gadis itu. Maklumlah, Daryan masih ingat batas antara dia dan Delisha.

"Huawaa...saya ingatkan saya dah kena jual awak! Tak sangka, awak ada depan saya! Hik...hik...hik...terima kasih Daryan!" Ucap Delisha dalam esakkannya.

Daryan mengangguk kecil. "Kau jangan risau, sekarang kau dah selamat. Aku tak akan biarkan sesiapa sakitkan kau tanpa izin dari aku!"

Delisha mengangguk. Mereka berpelukkan dan saling merasai kehangatan tubuh masing-masing. Tetapi, deheman keras seseorang membantutkan suasana romantis itu. Delisha segera meleraikan pelukkannya. Sedangkan Daryan, dia mendengus keras melihat Faez sedang tersenyum snis padanya.

"Ingat sikit. Korang belum halal nak peluk-peluk sekalipun. Aku masih hidup lagi. Jangan sampai aku mogok dan kau tak sah jadi bakal abang ipar aku!" Ugut Faez sambi meneguk air di dalam tin.

Daryan hanya buat bodoh. Lagipun, bukan Faez yang bakal akad nikah nanti. Kecoh je budak sorang ni. Dengus hati Daryan.

"Iyad! I miss you my lil bro!" Delisha berlari memeluk tubuh tinggi adiknya. Terjengket kakinya kerana ketinggian mereka yang berbeza.

Faez tersenyum. Membalas pelukkan si kakak dengan sebelah tangan. Sebelah lagi memegang tin minuman. Dia memeluk Delisha tidak kalah eratnya.

"Miss you too my beloves sister" bisik Faez lembut. Mengucup kedua pipi Delisha. Kakak yang sangat dia rindui. Kehilangan Delisha cukup membuatkan separuh jiwa Faez jatuh merundum.

Kerana dia sangat rapat dan begitu menyayangi Delisha.

Daryan yang menyaksikan itu, berusaha menahan api cemburunya. Dia nampak, senyuman jahat dari Faez. Disabarkan hati untuk tidak membelasah budak seorang itu. Daryan berusaha memantapkan kesabaran dia. Cuma menangkis rasa cemburunya pada Faez.
































Satu letupan besar berlaku di sebuah bangunan lama di Jalan xxx. Siasatan telah dijalankan dan menemui dua mayat wanita yang telah mati akibat letupan tersebut. Mangsa dipercayai seorang wanita berusia 54 tahun dan seorang lagi berusia 22 tahun. Siasatan lebih terperinci telah dijalankan dan tidak menemui apa-apa bukti kukuh.


Daryan tersenyum lebar. Mr Lim sangat boleh diharapkan dan tidak meninggalkan bukti. Dia menyaksikan anggota forensik dan polis yang memeriksa kawasan bangunan itu. Hancur dan tiada sisa yang tinggal. Dua petugas polis membawa dua mayat yang telah hangus dalam letupan itu. Daryan tertawa gembira. Akhirnya, dia berjaya melenyapkan dua parasit dalam hidupnya.

"Aku dah cakap, dad aku boleh diharapkan" suara Leo kedengaran dari belakang.

Lelaki itu asyik menghisapnl rokok sambil bersandar pada dinding. Memerhati Daryan yang sudah pun mematikan TV. Daryan berdiri menghadap cermin kaca di dalam bilik kerjanya. Memerhati suasana alam yang masih berkabus tebal.

"Aku tak cakap pun dad kau tak boleh diharapkan" balas Daryan santai. Memejam matanya buat seketika sambil mendengar desiran halus dari hutan.

Leo berdecit geram. Ingin saja dia menumbuk wajah kacak Daryan pada tika itu. Mulut seakan minta ditampar. Entah macam mana, mereka berdua boleh berbaik dan menjadi kawan rapat.

"Okay! Lepas ni aku tak nak cakap apa-apa dengan kau! Dasar manusia air batu!" Kutuk Leo yang berasa sangat geram.

Daryan buat bodoh. Dia kembali membuka matanya dan meninggalkan Leo bersendirian di dalam bilik kerjanya. Leo berdecit geram. Kedua tangan dikepal disisi badan.

"Huh! Sabar Leo! Kau tak boleh marah-marah untuk lelaki tak guna macam tu! Nanti kekacakkan kau hilang"

Leo akhirnya memilih untuk turun ke tingkat bawah. Di bawah sana, Tengku Zahin dan Qistina asyik bermesra. Ada Eric juga disitu. Lelaki itu seakan tidak peduli kemesraan dua merpati sejoli itu. Asyik bermain game di telefonnya. Leo melompat dari belakang dan duduk di sebelah Eric.

"Aku nak join kau" ucap Leo tanpa nada. Dia membuka telefonnya. Aplikasi game PUBG di dalam telefon dibuka.

Eric sekadar mengangguk. Dia tersenyum lebar apabila dia berjaya memenangi permainan itu. Kini, dua lelaki kacak itu hanyut bermain game tanpa mempedulikan sekeliling.

"How's my baby today?" Tengku Zahin mengusap perut boyot isterinya.

Tidak sabar menantikan kelahiran anak pertama mereka. Tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan. Dia terima asalkan bayinya dalam keadaan sihat. Qistina menyandar selesa di dada bidang Tengku Zahin. Memeluk lelaki itu secara mengiring.

"Alhamdulillah baby sihat. Tak banyak ragam. Mungkin sebab tak nak tengok mama dia letih-letih ulang alik ke bilik air banyak kali"

Di trimester pertama, Qistina sering mengalami gejala ibu hamil yang satu itu. Muntah-muntah pada tengah malam hingga membuat tubuhnya melemah tidak terdaya. Pagi dia aktif, malam dia akan muntah-muntah. Sepanjang kehamilannya, Tengku Zahin sangat menjaganya. Lelaki itu tidak akan tidur selagi isterinya tidak tidur. Risau sesuatu yang buruk terjadi pada buah hatinya.

"Sayang dah tengok keadaan Isha? Macam mana? Okay?"

Qistina mengangguk. "Okay. Cuma maybe Isha akan trauma sedikit dan luka pada muka dia akan ambil masa untuk pulih. Tapi, tak perlu risau sebab tiada luka dalaman. Cuma dia perlukan rehat yang secukupnya."

Dia mengulang kembali ayat yang tadinya dia beritahu kepada Daryan. Tengku Zahin mengangguk dan menghela nafas lega. Mujurlah tidak jadi apa-apa kepada adik iparnya.

"Daryan mana?"

Tengku Zahin mencari kelibat sahabatnya seorang itu. Melihat tiada bayangan lelaki itu akhirnya Tengku Zahin memutuskan untuk bermesra dengan isterinya di taman belakang. Bising sangat dengan suara Eric dan Leo yang bermain game di sebelah mereka. Bingit dan Tengku Zahin segera beredar sebelum dia melempar dua lelaki itu masuk ke dalam kolam luar sana.

Di dalam bilik, Tengku Zahin menatap Delisha yang tertidur pulas sambil memeluk bantal golek. Nafas gadis itu kedengaran halus dan tenang. Daryan duduk di birai katil. Menatap wajah cantik Delisha yang sudah membuka pintu hatinya yang tertutup selama ini.

"Aku sayang kau, Isha" ucap Daryan perlahan.

Ingin dia membelai pipi Delisha yang masih terdapat kesan merah dan lebam. Juga goresan kuku yang tidak terlalu panjang di pipinya. Gadis itu seakan tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan oleh seorang lelaki.

Daryan yang melihat Delisha tertidur nyenyak di atas katilnya, akhirnya kembali berdiri. Tidak mahu menganggu gadis itu. Dia kembali ke bilik kerjanya. Menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak di dalam sana. Dia juga menghantar tiga orang anak buahnya untuk menuntut kembali mayat Puan NurLina dan Ilma.

Mayat mereka berdua akan dikuburkan di sebuah tanah perkuburan. Walau apapun, Daryan tetap berasa puas melihat mereka tidak lagi menganggu kesayangan dia. Sekali mereka sentuh, akan dia balas berkali lipat tanpa amaran. Daryan bersiul-siul kecil mengingati kekejaman dalam dirinya yang sukar dihakis. Sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan sangat sebati dalam hidupnya. Akses yang dimiliki, membuatkan dia mampu menutup mulut pihak berkuasa.

"Tak akan ada lagi yang berani sentuh hak aku. Jika ada yang berani, mereka akan berhadapan dengan aku!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro