BAB 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

9 BULAN KEMUDIAN.

Delisha tersenyum sambil mengusap lembut perutnya yang sudah sarat itu. Asyik dia mengelamun, Delisha mengerut dahi apabila terasa senak dan sakit di bahagian perutnya. Dia terasa sesuatu mengalir keluar dari celah pehanya. Membuatkan Delisha perlahan-lahan duduk di atas kerusi. Menarik nafas dan dihembus perlahan-lahan. Tidak sia-sia dia menghabiskan masanya di kelas ibu hamil. Segala teknik yang dia pelajari digunakan olehnya.

"Delly? Are you okay?" Jacob yang kebetulan lalu di bahagian taman belakang berkerut dahi hairan.

Hanya Jacob yang memanggilnya Delly. Katanya mahu kelainan. Sempat juga beradu mulut dengan suaminya. Cemburu kerana lelaki lain memanggilnya begitu. Padahal, Delisha tidak kisah. Janji bukan panggilan yang pelik-pelik.

"I'm not okay. I think, I want to give birth right now!" Ucap Delisha dalam nafas tersekat-sekat. Tangan dia menahan bawah perutnya. Kontraksi mulai terasa.

Jacob yang mendengar akan itu tanpa sengaja menjerit kuat. Hingga mengejutkan penghuni di dalam mansion Rudov itu. Arnold, Daryan dan Reana bergegas turun dan menghampiri Jacob dengan wajah cemas mereka.

"Help! Delly nak beranak!" Jerit Jacob kecoh.

Daryan segera mendapatkan isterinya. Melihat air ketuban yang pecah, tanpa bertangguh lagi dia mencempung tubuh isterinya. Nasib baik, dia sudah menyediakan beg pakaian dan segala barang keperluan Delisha di dalam keretanya.

"Anne! Drive my car!" Kunci kereta dicampak laju kearah Reana. Gadis itu menyambut baik balingan kunci dari abang sepupunya.

Audi TT dihidupkan enjin. Daryan membaring Delisha di kerusi belakang dan berlapikkan pehanya. Tangan dia mengenggam kemas tangan kanan Delisha. Peluh di dahi wanita itu sesekali di lapnya. Arnod dan Jacob menyurusi mereka dari belakang. Menaiki Range Rover yang dipandu oleh anak buah Arnold sendiri.

Anne memandu umpama dia berada di litar lumba. Memotong dan menyelit cekap setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya itu. Pedal minyak ditekan rapat. Melanggar lampu isyarat dan Anne memekakkan telinganya mendengar bunyi hon. Lantak lah, disaman atau apa-apa pun. Janji, Delisha sempat sampai di hospital.

Arnold telah menghubungi doktor peribadinya. Mereka sudah menunggu kedatangan Daryan di hadapan lobi utama hospital. Setiba mereka di hospital, tubuh Delisha terus diusing ke atas strecher dan dibawa ke bilik bersalin. Daryan mengikuti langkah doktor dan perawat disitu.

Delisha bergerak gelisah. Perutnya seakan dirobek dari dalam. Airmata membasahi pipi. Tidak kisah penampilan macam mana, janji anaknya lahir dengan selamat. Tangan dia mencengkam dan mencakar kuat lengan kekar suaminya. Melepaskan rasa sakitnya. Daryan hanya menahan perit, dan sanggup mengorbankan dirinya.

"Sudah bukaan lapan! Get ready Mrs Noah" ucap doktor wanita itu. Dia mengarahkan perawat menyediakan segala alatan yang akan mereka gunakan untuk menyambut bayi.

Noah mengucup lembut dahi isterinya. Menyalurkan kata-kata semangat. Airmata Daryan turut tumpah melihat bagaimana kesakitan yang dirasai oleh Delisha. Ingin saja dia menukur rasa sakit itu dengannya.

"Okay, one...two...three...push!" Ucap doktor itu di sebalik kain yang menutupi kaki Delisha.

Delisha menarik nafas dalam-dalam. Dia berselawat di dalam hati, berharap proses persalinan dia dipermudahkan. Dengan bibir diketap kuat, dia meneran kuat tanpa mengeluarkan suara. Tangan dia mencengkam kuat tangan Daryan. Hingga kuku Delisha tertacap kuat dan melukakan lengan Daryan.

"One more!"

Dengan segala tenaga yang ada, Delisha meneran lagi kuat dari sebelum ini. Terasa sesuatu meluncur laju keluar dari celah pehanya. Kesakitan yang dirasainya mulai hilang. Digantikan dengan tangisan bayi yang sangat lantang. Airmata tumpah laju dan tersenyum lebar melihat anaknya di tangan doktor dan perawat itu.

Delisha tersandar lemah. Menangis mendengar tangisan bayinya. Hilang rasa sakit dan digantikan dengan airmata kegembiraan. Daryan mengucup lembut bibir isterinya.

"Thank you, mi amor! Our little Noah was here!"

Doktor itu kembali bersama bayi mereka yang telah dibersihkan. Diletakkan di atas dada Delisha. Bayi itu sudah berhenti menangis dan merengek kecil. Daryan menatap wajah bayinya. Sangat kecil dan kulitnya masih kemerahan. Daryan tertegun melihatnya.

Bayi lelaki. Yang sihat dan berat 3.6kg. Anak mereka berdua yang selama ini dinantikan kehadirannya.

"Our little Noah...he so cute just like you, mi amor" Daryan memandang wajah Delisha yang tersenyum gembira memeluk anak mereka.

"His face just like you, abang"

Di luar bilik rawatan itu, mereka yang lain menunggu penuh sabar. Arnold tidak sabar mahu melihat cucunya. Jacob dan Reana menjerit kecil mendengar suara tangisan bayi dari dalam bilik itu. Mereka saling berpelukkan.

"Little Noah was here!" Ucap mereka serentak.

Jantina bayi telah diketahui sejak kandungan Delisha berusia enam bulan lagi. Bayi yang bakal memeriahkan mansion Rudov tidak lama lagi.













































"Noah Alexander!"

Budak lelaki berusia 2 tahun setengah itu tertawa riang. Menghentak tangannya di atas lantai. Menyebabkan tepung yang berselerakkan di atas lantai itu berterbangan ke udara. Wajah comel budak lelaki itu hampir diseluputi tepung. Delisha yang ingin marah, tertawa melihatnya.

"Mi...mi..." Noah merangkak mendekati Delisha yang berdiri tidak jauh daripadanya.

Dengan rasa geram, Delisha mendukung tubuh montel anaknya. Digomol geram pipi tembam anaknya. Noah terkekeh ketawa dan menepuk-nepuk wajah Delisha. Mereka kini tinggal berasingan bersama keluarga Rudov. Daryan membawa keluarga kecilnya tinggal di mansion keluarganya.

"Nakal! Patut mami cari awak tak jumpa! Rupanya sepahkan dapur ya!"

Noah tersenyum lebar. Menepuk-nepuk perutnya. "Par...par...ti...ti..." ucap Noah dalam bahasa budaknya.

Delisha membawa tubuh kecil Noah ke bilik utama. Ruang dapur akan dibersihkan oleh pembantu rumahnya. Daryan mengupah dua orang pembantu rumah untuk membantu Delisha.

"Lapar ya sayang? Nak roti?"

Noah mengangguk laju-laju. "Ti...ti...nyum...nyum..."

Tubuh kecil Noah diletakkan di dalam bathtub yang sudah diisi air dan mainan Noah. Delisha membuka kardigan dan tudung sarungnya. Disangkut di dinding bilik air. Dia memandang Noah yang asyik menepuk-nepuk permukaan air.

"Okay, let's bath first! Lepas ni Noah mamam roti yaa..."

Delisha memandikan Noah. Si kecil yang makin hari makin aktif dan nakal. Rupa paras Noah yang kecil sudah nampak ketampanannya. Apatah lagi, bentuk wajah yang sememangnya mengikuti wajah Daryan. Hanya kening dan bibir saja mewarisi Delisha.

Selesai memandikan Noah, Delisha memakai baju untuk anaknya. Menyiapkan segala keperluan Noah pada petang itu. Mereka melepak di taman depan sambil menunggu kepulangan Daryan.

Daryan yang baru pulang dari kerjanya tersenyum mendengar celoteh Delisha dan anak mereka. Melihat Delisha yang tekun menyuap Noah roti dan disambut suara tawa dari Noah. Daryan melajukan langkahnya. Tidak sabar mahu berjumpa pengarang hatinya.

"Di! Di!"

Suara Noah terlebih dahulu kedengaran. Menjerit kuat menyambut kedatangan daddy nya. Daryan yang tidak tahan melihat wajah comel Noah, terus mencium pipi tembam Noah beberapa kali.

"Awal abang balik?" Delisha menundukkan wajahnya. Tangan suaminya dicium dan disalam olehnya.

"Kerja tak banyak. Lagi pun, abang rindu mi amor and our little Noah"

Daryan menyingsing lengan kemejanya. Kot dan beg bimbit miliknya diserahkan kepada seorang bodyguard untuk di bawa masuk ke dalam. Daryan memangku Noah yang terkinja-kinja di atas pehanya.

"Di...di...mam...mam..."

"Ya sayang, mamam. Noah mamam roti ya?"

"Mam...ti...ti...dap...dap..." sahut Noah dengan senyuman lebarnya. Duduk tenang di atas pangkuan daddynya.

Daryan mengusap rambut perang Noah. Dia memandang Delisha yang tersenyum memandang mereka berdua. Tiada kata lain selain bahagia. Ya, Daryan sangat bahagia dengan kehadiran keluarga kecil mereka. Melihat Noah membesar di depan mata, membuatkan Daryan ingin memutarkan masa kembali.

"I love you, mi amor..." ucap Daryan tiba-tiba. Membuatkan pipi Delisha berona kemerahan.

"Te amor, abang" balas Delisha dengan senyuman bahagianya. Daryan memeluk Delisha yang bersandar di dadanya.

Noah mendongak memandang mummy dan daddy nya. Tidak hiraukan keduanya, Noah kembali bermain dengan jam tangan mewah Daryan yang sudah basah dengan air liurnya.

"Abang...

"Yes, mi amor..." sahut Daryan lembut. Mengelus lembut pipi kemerahan isterinya. Setiap kali dia ungkapkan rasa cintanya, automatik pipi si isteri berona merah.

"I'm pregnant"

Daryan terkejut. Dia melihat wajah Delisha yang tersenyum lebar di sebelahnya. Daryan seakan tidak percaya.

"2 months. Our little baby was here, again..."

Daryan tidak dapat meneruskan kata-katanya dan langsung memeluk isterinya. Menyalurkan rasa kegembiraan yang tidak terhingga. Noah? Budak lelaki itu sudah turun ke bawah dan bermain dengan kereta mainannya.





























































6 TAHUN KEMUDIAN.

Noah menunggu penuh sabar dan bermain dengan adik kecilnya yang berusia setahun itu. Adam Luis; anak ketiga Daryan dan Delisha. Noah sudah siap memakai pakaian sekolahnya. Mereka masih lagi menetap di Itali dan Daryan membuat keputusan untuk mengelola syarikat peninggalan keluarganya.

Keluarga Delisha tidak kisah, asalkan mereka pulang ke Malaysia tiga kali sebulan. Masa tiga tahun beranjak hingga enam tahun. Membuatkan Delisha menetapkan pilihan dia untuk terus berada di negara itu.

"Mummy! Where my socks!" Suara kecil itu kedengaran kuat dan mampu mengegarkan penghuni mansion itu.

Noah yang mendengar derap langkah seseorang hanya mampu memutarkan wajahnya. Deane Alexandra. Adik perempuannya yang berusia enam tahun itu. Masih kecil, tapi perangai divanya sangat ketara. Cerewet dan garang. Noah sering kalah dengan tingkah laku hebat adiknya itu.

"Noah! Did you saw mummy and daddy?"

Xandra muncul bersama beg Elsanya. Menyeret beg itu hingga dia duduk di sebelah Noah. Rambut Xandra sudah diikat kemas. Xandra sangat mengikuti perangai Reana. Kerana asyik bersama Reana, membuatkan perangai Reana menjadi ikutan oleh Xandra yang masih kecil.

"Daddy dah pergi kerja. Mummy dekat dapur" balas Noah datar. Baik dia melayan Luis yang kecil dari Xandra.

Tidak lama itu, Delisha muncul membawa dua kotak bekal untuk Noah dan Xandra. Luis yang melihat kelibat mummynya segera menghulurkan tangan meminta dukung.

"Xandra, kan mummy dah pesan. Your sock dalam almari bawah. Tak cari betul-betul ke?" Suara Delisha kedengaran tegas.

Xandra menundukkan wajahnya. Antara daddy dan mummy, Xandra paling takut dengan Delisha. Mummy dia boleh bertukar menjadi perempuan sihir apabila marah. Berlainan dengan Noah. Dia lebih takutkan Daryan.

"I'm sorry mummy..." suara Xandra kedengaran perlahan. Sangat perlahan.

Tidak lama itu, Fiona pembantu paling muda di mansion itu datang bersama sepasang stokin putih milik Xandra. Fiona tersenyum kecil kepada cik mudanya. Xandra setiap pagi pasti akan membuatkan suasana mansion bertukar kecoh.

"Thank you, Fio" ucap Xandra dengan senyuman kecilnya.

Fiona mengangguk kecil. Dia membantu Xandra dan Noah mengenakan beg sekolah mereka. Delisha menghantar anak-anaknya hingga ke pintu utama.

"Take care boy, girl. Jangan nakal-nakal!" Pesan Delisha lembut. Setiap hari.

Noah dan Xandra angguk. Menyalami tangan Delisha. Mereka begitu menyayangi mummy mereka. Delisha lembut pada masa yang sesuai dan garang apabila anak-anak menjadi nakal. Luis pula tersenyum memandang pemergian abang dan kakaknya.

Delisha bahagia. Ya, dia sangat bahagia berada di sisi Daryan. Lelaki yang menjadi pelengkap dalam hidupnya. Tanpa Daryan, Delisha tidak akan sebahagia ini. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain.































TAMAT















Dengan ini, secara rasmi DARYAN DELISHA melabuh tirainya. Cerita pendek, tetapi memakan masa yang sangat lama untuk sampai ke ending nya. Harap, cerita ini membuat hidup para pembara ceria, bermain emosi dan tersenyum sama. Alhamdullilah, syukur kerana cerita ini siap juga akhirnya tanpa tertangguh.

Salam ramadhan dari saya ☺
Stay safe everyone. Jaga diri. Jaga hati. Jaga perasaan.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro