EP 3 - Jara

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KERJA-kerjaku seperti biasa ke sana ke mari mempromosikan kepada orang ramai untuk membuka akaun simpanan ke bank kami. Sepanjang seminggu itu aku terlalu sibuk kerana terpaksa bergerak ke beberapa tempat. Hujung minggunya aku tidak berhasrat untuk balik ke rumah, namun memandangkan mak awal-awal lagi sudah memintaku untuk balik, terpaksalah aku memandu lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke kampung.

"Buang tabiat mak ni..." ucapku sebaik saja melihat kelibatan mak sedang berdiri di anjung rumah.

"Apa dia?" Berkerut-kerut dahi mak tidak memahami kata-kataku sebentar tadi.

"Maklah, tiba-tiba tunggu kat depan rumah sambut orang, tak pernah-pernah aje."

"Itu tandanya mak ada niat tersembunyilah, kak!" Jerit Jara dari dalam rumah. Masam muka mak selepas itu.

"Kamu diam, Jara. Yang mak nak kahwinkan ni kakak kamu, bukannya kamu!"

"Jara tak cakap pun Jara nak kahwin." Terjenggul muka Jara di depan pintu.

Aku senyum sambil melepaskan beg tanganku ke lantai. Terus duduk di situ sambil memandang segala perkakas membuat kuih.

"Selalunya mak buat kat dapur, yang mak buat kat luar ni kenapa pula?" Soalku hairan.

"Saja nak ambil angin. Mak nak buat onde-onde sikit dengan donat. Ada orang pesan untuk bacaan tahlil malam nanti."

Aku mengangguk kepala.

"Jara nak tolong tapi mak tak beri, kak." Adu Jara berdiri di sebelahku.

"Kamu tu bukan menolong, Jara. Habis kuih-kuih tu kamu kerjakan dengan bentuk-bentuk yang pelik-pelik. Kalau buat untuk makan sendiri tak mengapa, ini kita nak beri orang lain makan!"

Jara layar senyuman panjang. "Mak..." Rengeknya seraya duduk di sisiku dan memeluk lenganku.

"Manja-manja juga walaupun dah ada pakwe, ya?" Usikku sambil menjeling ke arahnya.

Umur baru saja 22, masih belajar lagi, tapi dah sibuk nak berpakwe-pakwe. Katanya dia jumpa pakwenya tu semasa di universiti, ala-ala CUDIPT gitu. Apa-apa ajelah, Jara! Asal dia bahagia dengan hidupnya.

"Minggu depan dia nak ajak Jara keluar lagi." Tergelak-gelak Jara bercerita.

"Bilanya nak kahwin tu, asyik bawa anak dara orang keluar aje." Tegur mak, terbias di wajah tua itu perasaan bimbang dan curiga.

"Katanya lepas aje kami dapat kerja dia pinang Jara, mak."

"Tahun depanlah tu," sampukku separuh mengusik. Tidak sangka budak kecil ni dah jadi dewasa. Punya perasaan, punya cinta dan hasrat untuk berkahwin.

"Eloklah tu. Mak tak suka Jara dengan dia selalu sangat keluar. Mak tak nak jadi apa-apa dengan anak-anak mak!"

Tegas mak. Jara memuncungkan mulutnya mungkin sedar mak sengaja cakap begitu untuk dia lebih berjaga-jaga.

"Jara tahu, mak. Kalau dia nak buat lebih-lebih memang Jara nak karate dia sungguh-sungguh! Mak jangan risau ya..."

"Bila kamu nak bawa dia ke sini?" Soal mak tanpa memandang wajah kami adik beradik. Mata Jara bersinar-sinar memandang wajahku dan mak silih berganti.

"Minggu depan nak mak?"


Aku menggeleng kepala sambil menahan senyuman yang mula mengorak lebar di bibirku.


Untung ada Jara, mak terus lupa tentang isu jodohku.

"Sukalah tu mak beri green light kat cik abang dia."

"Eleh, kakak... Dia tak tahu esok kena jumpa dengan bakal suami dia.
Seminggu ni mak beria-ia cari, tau. Sampai anak bujang Pak Cik Syamsul belakang rumah kita dulu pun mak tanya juga!"

Aku membulatkan mata. "Mak ni buat malu orang aje.. Nanti disangkanya anak mak ni tak laku pula."

"Memang tak laku pun," bidas mak selamba. Jara ketawa besar bila aku menarik muka masam.

"Anak Pak Cik Syamsul ke mak?" Aku tanya dengan nada malas. Tolonglah cakap bukan!

"Bukan, ni anak buah kawan mak dari kampung sebelah. Alim orangnya." Mak tersenyum lebar.

"Nama dia Nazri." Bisik Jara di tepi telingaku. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati pula. Mengada betullah hati ni! Dah eloklah tu mak tolong carikan..

Bawa-bawalah terima orang dalam hidup kau Abeer. Kalau mak tak cari, sampai bila-bilalah kau hidup membujang, Abeer!


🌻



Done edit part 3


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro