BDHSBN :02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


" KAU pekak ? Aku cakap keluar dari bilik ni . Aku geli nak tidur sekatil dengan kau "

Pandangan tajam menikam mata bundar isteri tak dianggapnya .

" Takpe saya boleh tidur bawah "

Taehyung menghela nafas kasar .
" Kau faham tak istilah 'keluar' ? Haih lupa , miskin macam kau mesti tak sekolah kan? Tulah bengap "

Sekali lagi taehyung menghinanya .
Tiada rasa bersalah pun terdetik dihati lelaki itu saat berbicara biadap sebergitu rupa .

" Tapi saya isteri awak .. "

Taehyung menampar -nampar telinganya berkali-kali . Kononnya taknak dengar apa yang dikatakan Jihyo tadi .

" Kau dengar sini baik-baik , sampai mampus pun aku takkan anggap kau isteri aku ! Kau takkan sesekali jadi kim Jihyo ! Kau tu Hwang Jihyo ! Perempuan bodoh ! Miskin dan menyusahkan aku ! "

Herdiknya lantang .
Tangan Jihyo ditariknya keluar dari bilik .

" Awak nak bawa saya kemana ! " Soal Jihyo resah tatkala kim taehyung menariknya turun anak tangga menuju ke muka pintu utama .

Pintu dibuka kasar .
Jihyo didorongnya keluar , hingga terjelupuk gadis itu ke lantai ditolak seperti barang tidak berharga sahaja .

Pintu dihempas kuat
Lalu dikunci , smirk menghiasi wajah kacaknya .

" Aku suruh keluar kau taknak , malam ni kau tidur luar ! "

Jihyo yang mengetuk-ngetuk pintu merayu padanya diabaikan .
Malah lelaki itu tenang berjalan ke tingkat atas dengan niat untuk tidur .

Jihyo memeluk lutut kesejukan .
Air matanya tidak henti-henti mencurah-curah keluar ,
Matanya melilau memandang sekeliling yang gelap . Takut menyelubungi diri , dia berharap taehyung mempunyai sedikit belas kasihan padanya dengan membuka pintu kembali .
Namun siapalah yang dia bersama sekarang ni nak berbuat sedemikian ?
Insan yang bergelar suami tapi langsung tidak menganggap nya sebagai seorang  isteri .




T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro