13 | PELUANG KEDUA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : GENERAL FICTION + SPIRITUAL

PATAH PERKATAAN : 1500








AMRAN hanya berteleku di atas sejadah. Dia hanya berzikir dan terus berzikir. Itu sahaja yang dia mampu buat sekarang ini untuk mengumpulkan amalannya.

Setiap yang hidup, mesti merasai mati. Begitu juga dengan Amran, seorang manusia yang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan.

Mata Amran terus melihat keadaan dinding-dinding di penjara tersebut. Sangat usang. Ada yang dindingnya sudah tertanggal catnya.

Dia terus menoleh ke belakang. Matanya bergerak melihat keadaan besi itu. Ada yang sudah berkarat. Amran terus memandang ke hadapan semula.

Amran tahu dia bukannya manusia yang sempurna. Hanya disebabkan dia terlampau mengikut nafsu dan kawan-kawan, akhirnya dia terjebak dalam kancah jenayah mencuri beberapa tahun yang lepas.

Nasibnya pada ketika itu tidak menyebelahi dirinya. Dia sahaja yang tertangkap. Kawannya yang lain semuanya sempat melarikan diri.

Itu memang tindakan yang paling bodoh.

Hari ini adalah hari terakhir dia menjalani kehidupannya sebagai seorang banduan. Esok adalah hari Amran dibebaskan dari penjara ini.

Selepas ini, Amran berazam akan berubah ke arah yang lebih baik. Dia takkan sesekali melakukan perangai lamanya. Dia sudah menyesal.

Apa yang dia mahukan dalam kehidupannya sekarang ini adalah untuk menggembirakan dan membahagiakan emaknya sendiri. Insyaallah.









___________________________________








KEESOKAN harinya, Amran dibebaskan daripada hukuman penjara. Alhamdulillah.

Dia bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepadanya untuk menebus kesilapannya kepada ibunya sendiri. Harap semuanya berjalan lancar.

Amran terus melewati pagar besar. Dia menoleh ke belakang, melihat bangunan Penjara Sungai Buloh itu. Tempat inilah yang mengajar dia erti kehidupan dan agama yang sebenar.

Amran banyak belajar ilmu-ilmu agama dalam penjara ini. Dia amat bersyukur.

Amran terus menyeluk poketnya untuk mengeluarkan duit. Sekarang ini, hanya dua not RM50 sahaja. Cukuplah untuk membayar tambang teksi nanti.

Duit ini pun Encik Kasman yang sedekahkan. Encik Kasman merupakan warden di Penjara Sungai Buloh. Dia banyak mengajar Arman ilmu-ilmu agama seperti solat, membaca al-quran dan tazkirah.

Amran terus menyimpan duit itu di poketnya semula. Dia terus melangkah ke hadapan. Sudah tiba masanya dia memulakan hidup baru.

Amran terus melangkah ke perhentian bas untuk menaiki teksi. Dia mahu pulang ke rumahnya kerana rindu akan ibunya.









____________________________________








MAK Senah sedang menyapu daun-daun kering yang bertebaran di halaman rumahnya. Kalau dia tidak sapu daun-daun kering ini, nampak bersepahlah. Mak Senah tak suka kalau hal itu terjadi.

Sedang dia khusyuk melakukan kerjanya, Mak Senah melihat ada sebuah teksi yang masuk ke halamannya.

Mak Senah terus menggaru kepalanya yang dilitupi tudung. Dia tidak dapat meneka siapakah gerangan yang datang ke rumahnya pada waktu petang begini.

"Siapa pula yang datang rumah aku petang-petang macam ni?"

Mak Senah melihat ada seorang lelaki yang keluar dari teksi itu. Mata Mak Senah tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki tersebut kerana kedua-dua mata Mak Senah memang mengalami masalah penglihatan, iaitu rabun.

Dia dapat lihat figura lelaki itu melangkah mendekatinya. Semakin lama semakin jelas rupa paras lelaki itu. Mak Senah terus menekup mulutnya.

Dia terkejut bercampur teruja. Anak tunggalnya sudah kembali ke pangkuannya. Dia tidak percaya sekarang ini. Terasa semua yang jadi sekarang ini hanyalah mimpi.

"Am... Amran."

"Mak..."

Amran tidak dapat menahan sebak. Dia amat rindu dengan ibunya. Dia banyak berdosa kepada ibunya. Dia sangat menyesal.

Dia terus meletakkan beg bajunya di atas tanah. Kaki menapak ke hadapan. Amran terus memeluk ibunya. Dakapannya terlalu kuat untuk melepaskan rindu.

Air mata jantannya meleleh ke pipi tanpa segan silu. Malu? Tak! Amran tiada rasa malu sekarang ini. Biarlah orang yang mengejek keadaannya begini, dia tidak kisah dengan itu semua. Apa yang penting dia mahu membahagiakan ibunya dan menebus kesalahannya yang lalu.

Setiap orang berhak mendapat peluang kedua. Begitu juga dengan Amran.

"Am... Amran minta maaf, mak. Amran tahu... Amran banyak dosa dengan mak selama ni. Amran anak derhaka, mak. Ampunkan dosa Amran..." Teresak-esak tangisan Amran memohon keampunan.

Mak Senah pun terasa sebak juga. Dia pun sangat rindu dengan anaknya. Mana mungkin dia membenci Amran, sedangkan Amran itu anak kandungnya sendiri.

"Sudahlah Amran. Mak ampunkan dosa kamu, nak. Yang penting sekarang ni, kamu sihat. Berubah ke arah kebaikan. Tebus balik kesalahan kamu yang lalu, nak," nasihat Mak Senah sambil mengusap-usap belakang tubuh Amran.

Dia tahu Amran sudah berubah. Mak Senah harap Amran terus istiqamah dengan penghijrahan dia ini. Insyaallah.











____________________________________









SUDAH dua minggu Amran pulang ke pangkuan ibunya. Selama dua minggu itu, Amran berkerja sebagai kerani di sebuah kilang makanan berjenama tempatan.

Dengan kelulusan diploma yang dia miliki, akhirnya dia mendapat juga kerja tersebut.

Pada mulanya, pengurus kilang itu berasa was-was untuk mengambil Amran bekerja di kilang itu. Bekas banduan... takut Amran melakukan perangai lamanya iaitu mencuri

Tetapi, Amran tidak berputus asa dan terus mencuba meyakinkan pengurusnya untuk mengambil dia bekerja di situ. Amran sudah berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh dan tidak melakukan apa-apa kesalahan tatatertib selama dia bekerja di kilang itu.

Pengurus itu berpuas hati dan akhirnya membuat keputusan untuk mengambil Amran bekerja di kilang itu. Amran memang sangat gembira dan bersyukur sangat kerana diberi peluang dan rezeki seperti itu.

Selama Amran bekerja di situ, kebanyakan pekerja-pekerja yang ada di situ memulaukan Amran.

Mungkin Amran ini kan... bekas banduan. Jadi, mana mungkin sesuai bergandingan orang suci seperti mereka.

Tetapi, Amran tidak kisah itu semua. Dia sudah lali. Mulut orang tidak boleh ditutup. Biarkan saja orang mahu mengatanya, asalkan orang-orang seperti itu tidak menganggu kehidupannya secara fizikal. Itu sudah memadai.









____________________________________







PADA suatu hari, Amran pulang lewat dari pejabatnya. Beberapa laporan yang perlu dia siapkan. Sudahlah tebal-tebal dan memerlukan ketekunan yang tinggi untuk menyiapkan laporan tersebut agak tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Amran terus melihat jam tangannya. Jarum jam sudah menunjukan pukul 10 malam. Amran terus bangun dari kerusi lalu mengemas fail-fail dan kertas-kertas yang berselerak di atas meja.

Dia tidak mahu pulang ke rumah agak lewat kerana Mak Senah duduk di rumah keseorangan. Dia risau akan keselamatan ibunya semasa ketiadaannya.

Seusai itu, Amran terus menutup lampu pejabat dan berlalu dari situ.

Semasa Amran melangkah ke arah lif, tiba-tiba Amran merasakan tapak kasutnya terpijak sesuatu yang amat keras. Dia terus mengangkat kakiknya.

Kelihatan ada seutas gelang tangan emas. Amran terus mengambil gelang tangan itu dan melihatnya dengan lebih dekat lagi.

Nampaknya, ada pekerja tercicir gelang tangannya. Kalau ikutkan hatinya, Amran mahu sahaja menjual gelang tangan itu esok di kedai-kedai emas yang berhampiran. Tetapi, dia tidak akan melakukan hal seperti itu. Dia sudah berubah. Dia bukan pencuri.

Amran terus memasukkan gelang tangan tersebut ke dalam poketnya lalu dia terus masuk ke dalam lif untuk turun ke tingkat bawah.










____________________________________








KEESOKAN harinya, Amran pergi ke pejabatnya seperti biasa. Belum sempat dia membuka pintu bilik pejabatnya, lengannya ditarik dengan kasar.

Dia tidak dapat mengawal keseimbangan badannya lalu dia terjatuh seperti nangka busuk.

"Apahal ni? Tarik-tarik orang bagai," marah Amran.

Rafiq, lelaki yang menarik Amran tadi sudah tersenyum sinis. Dia terus mendekati Amran lalu menumbuk muka Amran tanpa sebarang amaran.

"Kau ni memang tak tahu malu, kan? Kau ni memang tak serik kot duduk dalam penjara tu, sampai buat kerja haram kau tu! Kau ni memang tak reti nak insaf eh?"

Rafiq terus menunjal-nunjal kepala Amran. Pekerja-pekerja yang menyaksikan kejadian tersebut, ada yang tersenyum sinis. Ada juga yang bersimpati dengan nasib Amran.

Amran terus menepis tangan Rafiq yang masih menunjal kepalanya lalu berkata, "Apa yang kau merepek ni? Aku buat salah apa ni, sampai korang hukum aku macam ni?"

"Kau tak payah nak acah-acah baiklah, wei. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau curi gelang tangan Julia semalam!" tengking Rafiq.

Amran terus membulatkan matanya. Gelang tangan? Adakah gelang tangan yang dia jumpa itu adalah milik Julia?

"Tak! Aku tak curi. Gelang tangan tu aku jumpa di depan lif. Aku baru bercadang nak bagi balik gelang ni kat tuan dia. Kau jangan salah faham." Amran cuba menjelaskan situasi yang sebenarnya.

"Ah! Dah la kau. Kalau dah penipu tu, sampai bila-bila pun penipu. Bodoh!"

Rafiq mahu menumbuk Amran buat kali keduanya. Belum sempat dia bertindak sedemikian, tiba-tiba ada seseorang yang menegur dari arah belakang.

"What's going on here?" tanya pengurus.

Rafiq terus melangkah ke arah pengurus itu lalu menceritakan tentang kehilangan gelang tangan Julia. Dia juga menuduh Amran bahawa gelang tangan Julia dicuri olehnya.

Pengurus itu terus menggelengkan kepalanya.

"Jangan tuduh melulu. Saya ada pada waktu kejadian semalam. Amran tidak mencuri. Dia terjumpa gelang tangan tu kat depan lif. Saya nampak dengan mata saya sendiri," jelas pengurus itu dengan panjang lebar.

Rafiq dan pekerja-pekerja yang mendengar kata-kata pengurus mereka terus terkesima. Lidahnya terkelu.

"Haih... kalau korang tak percaya, saya boleh tunjuk rakaman CCTV."

Rafiq terus menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Maknanya, tuduhan dia terhadap Amran adalah salah sama sekali.

"Sebagai pengurus di kilang ini, saya nak nasihatkan korang semua supaya jangan sesekali menuduh orang lain tanpa bukti. Fitnah!"

"Lagi satu, korang ingat bekas banduan penjara tu semua jahat-jahat ke? Tidak! Kadang-kadang, mereka lebih baik dari kita yang biasa-biasa ni. Tolonglah nilai dulu diri sendiri sebelum menilai keburukan orang lain."

Semua pekerja di situ sudah tertunduk malu. Ya... memang salah mereka kerana mempulaukan Amran.

Tidak lama kemudian, semua pekerja meminta maaf kepada Amran. Amran pula hanya memaafkan kesalahan mereka dengan seikhlas hati.

Sejak kejadian itu, ramai yang mahu berkawan dengan Amran dan saling membantu jika ada seseorang yang memerlukan pertolongan.

Setiap orang berhak diberi peluang kedua. Tidak semestinya orang yang pernah melakukan kejahatan, dia akan melakukan kejahatan itu buat selama-lamanya. Begitulah sebaliknya.

Muhasabah diri. Itu jalan terbaik untuk mengesan kelemahan dan kekuatan diri serta menebus kesilapan yang lalu supaya menjadi hamba yang sentiasa dirahmati Allah.

SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro