21 | DIA PSIKO

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : MYSTERI + THRILLER

PATAH PERKATAAN : 980


KAMALIA menyelak langsir yang ada di ruang tamu itu. Nampaknya, ada jiran yang baru berpindah di sebelah rumahnya. Dia melihat ada sebuah lori dan beberapa orang lelaki sedang mengangkat barang untuk dimasukkan ke dalam rumah itu.

"Lia tengok apa tu?" tanya seseorang. Bahu Kamalia terangkat sedikit. Terkejut kerana tiba-tiba saja ada orang muncul di belakangnya.

"Takde apa la, ibu. Kita akan dapat jiran baru nanti. Tak nak kenal-kenal dengan jiran baru ke?" Mata Kamalia masih lagi memandang ke luar.

"Ada tadi ibu tegur dia. Macam berumur jugak lelaki tu. Nampak tak sombong orangnya. Tak macam bekas jiran kita yang dulu."

Kamalia hanya mendiamkan diri. Tak mengapalah, ada orang tinggal di rumah itu. Tiadalah kosong saja tidak berpenghuni.

○○○

MALAM itu ibu Kamalia tidak ada di rumah kerana ada masalah di tempat kerjanya. Jadi, dia terpaksa pulang lewat.

Tetapi, Kamalia sudah biasa dengan keadaan seperti itu. Sejak bapanya meninggal dunia akibat masalah jantung, ibunya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki.

Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk. Pada mulanya, Kamalia tidak membuka pintu. Takut ada penjenayah atau orang jahat yang mahu mengacaunya.

Tetapi, ketukan itu semakin lama semakin kuat. Jadi, Kamalia sudah tidak tahan lagi.

Dengan malas, dia pun pergi ke arah pintu untuk membukanya. Kamalia berasa terkejut kerana ada seorang lelaki sedang tersenyum manis ke arahnya. Tangannya pula ada sebuah kotak.

"Ermm... ada apa datang malam-malam ni, ya?" Kamalia memulakan bicara.

"Oh! Maafkan saya, ganggu Lia malam-malam macam ni. Abang saja nak berkenalan dengan jiran baru."

Kamalia terus menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana lelaki ini boleh tahu namanya? Takkan ibu yang bagitahu?

"Kenapa, Lia?" tanya lelaki itu dengan dahi berkerut. Kamalia hanya tersengih kambing.

"Abang ni siapa, ya? Dan macam mana abang boleh kenal saya? Sedangkan kita tak pernah kenal pun sebelum ni?"

Lelaki itu terus tergelak kuat. Kamalia semakin keliru. Dia buat lawak ke tadi?

"Lupa pulak abang nak kenalkan diri. Nama abang, Mail. Boleh panggil Abang Mail atau abang je. Tak kisah. Pasal nama Lia tu... ibu Lia yang bagitahu Abang siang tadi."

Kamalia hanya menganggukkan kepala sahaja. Tak hairanlah sebab ibunya memang seorang yang peramah.

"Sebelum abang lupa, abang nak bagi kek ni untuk Lia sebagai hari perkenalan kita berdua."

Mail menghulurkan kotak itu kepada Kamalia. Kamalia pula hanya menyambutnya dengan senyuman yang manis.

"Terima kasih," ucap Kamalia. Mail hanya mengangguk sahaja.

"Kalau takde apa-apa, Lia masuk dulu, ya? Dah malam. Nanti orang cakap apa pulak bila nampak kita berdua je kat sini."

Tanpa membuang masa, Kamalia terus masuk ke dalam rumah lalu menutup pintunya.

○○○

SEJAK dari peristiwa itu, Mail selalu sahaja melawat Kamalia setiap malam. Ada juga Mail mengetuk pintu itu dengan kuat.

Kamalia tiada pilihan. Dia terpaksa melayan karenah Mail yang amat menyeramkan.

Semalam juga, baru Kamalia tahu bahawa umur Mail merupakan 43 tahun. Itupun ibunya yang bagitahu. Sudah pangkat pak cik-pak cik. Tapi... kenapa Mail suruh memanggilnya dengan gelaran 'abang'?

Kamalia mengeluh perlahan. Pening memikirkan hal itu. Kehidupannya kini seperti diperhatikan oleh seseorang sahaja.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi barang jatuh dari kawasan belakang rumahnya. Terus sahaja Kamalia berasa takut.

Kamalia terus melihat jam di dinding. Sudah pukul 11 malam. Ibunya masih lagi belum pulang kerana syifnya pada waktu malam.

Rasa ingin tahu Kamalia semakin membuak-buak. Kamalia terus pergi ke dapur lalu membuka pintu.

Kamalia terus membulatkan matanya. Tangannya pula sudah terketar-ketar. Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang ini.

Ada seekor bangkai tikus yang sudah ditikam beberapa kali di depan matanya. Bangkai tikus itu sudah hancur. Di sebelah bangkai itu, ada sehelai kertas yang bertulis 'You'll go to hell'.

Oh! Tidak...

Kehidupannya tidak selamat sekarang ini. Apa yang patut dia lakukan?

○○○

SEMINGGU telah pun berlalu, pelbagai kejadia pelik yang berlaku sejak kebelakangan ini. Semuanya Kamalia rahsiakan dari pengetahuan ibunya.

Ada juga bangkai gagak hitam yang tergantung di almari bajunya. Kamalia berasa hairan. Siapa punya kerja itu? Macam mana orang itu boleh masuk di biliknya. Bahaya ini!

Biliknya juga bersepah dengan darah-darah. Baunya agak hanyir.

Lagipun, orang itu tidak meninggalkan sebarang jejak. Macam mana dia mahu mengenalpasti pelakunya? Kamalia semakin buntu.

○○○

PADA suatu malam, Kamalia sedang bermain game di telefon bimbitnya di dalam biliknya. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tapak kaki di luar bilik.

Kamalia bingkas bangun lalu terus mengunci biliknya. Seusai itu, dia menyorokkan dirinya ke dalam almari.

Bunyi tapak kaki itu semakin dekat. Pada masa yang sama, dia terdengar tombol pintu bilik dipulas. Kamalia terus menekup mulutnya supaya tidak mengeluarkan sebarang suara.

Tiba-tiba, keadaan menjadi hening seketika. Tiada bunyi apa-apa. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya seperti dirempuah sesuatu. Akhirnya, pintu biliknya terbuka.

Di celah almari itu, Kamalia lihat ada seseorang lelaki yang bertopi sedang masuk ke dalam biliknya. Tangannya mempunyai pisau.

Orang itu mendekati almari lalu membukanya. Kamalia terus menjerit meminta tolong. Dia mahu melarikan diri, tetapi badannya ditarik lalu tercampak di tepi katil.

"Kau siapa, hah?" tengking Kamalia.

Kamalia tidak dapat melihat mukanya dengan jelas kerana dihalang oleh topi itu.

"Aku dah lama aim kau, Lia. Aku rasa membunuh perempuan sebaya dengan kau ni... memuaskan hidup aku. Aku suka tengok darah. Kau adalah mangsa aku yang seterusnya."

Orang itu terus ketawa dengan kuat. Kamalia semakin takut bercampur terkejut.

Tiba-tiba, matanya terarah pada sebatang kayu besbol. Dengan tangkas, Kamalia bangun lalu segera mengambil kayu besbol itu. Dia memukul leher lelaki itu dengan kuat. Lengkap tiga kali pukulan, lelaki itu sudah terjelepuk pengsan.

Kamalia terus membuka topi lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia... memang tidak sangka, orang yang dia sudah lama kenali adalah pembunuh psiko.

Kamalia segera menelefon polis dan ibunya.

○○○

KEJADIAN tersebut sudah tiga tahun berlalu. Pembunuh psiko itu merupakan kawan baiknya. Dia tidak tahu kawannya itu mempunyai masalah mental.

Mail pula adalah seorang anggota polis. Dia berpindah di kawasan perumahan itu untuk menyiasat kes pembunuh psiko tersebut. Ibu Kamalia pula sudah tahu akan hal itu, tetapi dia sengaja merahsiakannya kerana dia tidak mahu anaknya risau.

Kini, kehidupan Kamalia berubah menjadi sediakala.

SHADHIA | 2020


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro