4 | ANGKARA WABAK

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : FIKSYEN SAINS

PATAH PERKATAAN : 493

PROMPT :






AKU mengambil telefon bimbitku lalu membuka aplikasi Instagram. Cuti Perintah Kawalan Pergerakan ini menyebabkan universiti ditutup. Aku juga tidak sempat untuk pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan menyebabkan aku terperangkap di kolej.

Aku terus membuka Instagram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Melihat data-data kes Covid 19 yang terpapar di skrin menyebabkan aku mengeluh perlahan. Semakin hari kes Covid 19 semakin meningkat.

Kalau rakyat Malaysia masih meneruskan kedegilan mereka, akan wujudlah kluster yang baru dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan tempohnya.

Aku terus meletakkan telefon bimbit di tepi. Tiba-tiba sahaja mataku terasa berat. Mungkin terlalu bosan sehingga mahu tertidur. Lama-kelamaan, aku pun terlelap juga.



* * * * *

AKU membuka mataku perlahan-lahan. Benda pertama yang aku lihat ada dinding putih dan beberapa orang yang memakai satu set personal protective equipment atau nama lainnya PPE.

Aku terus berdiri dan melihat pakaianku. Kenapa aku berpakaian seperti doktor yang sedang merawat pesakit?

Aku meluru ke arah cermin panjang yang terletak di penjuru bilik. Footwear, protective head cover, penutup mulut tiga lapisan, N-95 mask, disponsable face shield, disponsable fluid resistant apron, jumpsuit protective cover dan plastic gown elok terpakai di badanku.

"Korang… cepat. Ada pesakit baru sudah sampai," jerit seseorang. Aku hanya terpinga-pinga. Semua orang terbangun dan bergegas keluar dari ruangan ini. Aku hanya mengekori mereka sahaja.


* * * * *

AKU sudah terpaku. Ada seseorang yang terbaring lemah di katil. Badannya bersisik dan ada kesan hitam di bawah matanya. Bukan pesakit ini seorang sahaja yang keadaannya seperti itu. Terdapat ramai lagi pesakit yang ada tanda-tanda gejala yang sama.

"Apa yang sudah terjadi?" Aku tidak dapat menahan persoalan yang terbuku di hati.

"Pelik… kalau kamu tak tahu ni. Sekarang ini, kita mengalami pandemik cegacovirus. Virus dari makhluk asing kepada manusia biasa. Virus ini sangatlah bahaya sebab berjangkit melalui sentuhan. Protein di dalam virus itu menyebabkan melarut di dalam kulit dan menyebabkan gelembung seperti sisik ikan," ujar seorang perempuan panjang lebar.

Aku terngadah. Cegacovirus? Kenapa aku tidak pernah dengar istilah ini?

Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, tiba-tiba pesakit itu sesak nafas. Ada juga darah mengalir di mulutnya. Keadaan menjadi huru hara. Ada beberapa doktor dan jururawat meluru ke arah pesakit itu.

Data-data yang terpapar di ventilator dan electrocardiograph direkodkan. Tulisan yang dipaparkan di dalam kedua-dua alatan tersebut menunjukkan pesakit itu semakin kritikal.

Tiba-tiba, ada seorang doktor menunjuk ke arahku dengan muka yang bengis.

"Kau kenapa berdiri tu? Cepat! Ambil defribilator kat bilik sebelah."

Aku hanya mengangguk sahaja lalu bergegas keluar dari bilik rawatan itu. Dalam hati, aku risau kerana aku tidak tahu apa 'defribilator' itu. Aku mengesat peluh yang menitik di dahi. Pakaian PPE yang mempunyai banyak lapisan menyebabkan aku kepanasan.

Aku semakin pening dan akhirnya aku tidak sedar apa yang berlaki selepas itu.

* * * * *

AKU membuka mataku perlahan-lahan. Aku tetdengar azan berkemundang. Terus sahaja aku melihat telefon bimbitku. Jam sudah menunjukkan pukul 7:30 malam.

Baru aku tersedar bahawa semua itu hanyalah mimpi belaka. Aku tersenyum kelegaan.

FiksyenSainsMY
AmbassadorsMY




SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro