6 | PARTI HALLOWEEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GENRE : ROMANCE

PATAH PERKATAAN : 500 PP

AKU melihat kawan-kawan yang sedang seronok berparti di ruang tamu kerana malam ini aku mengadakan Parti Halloween.

Bagi aku, 'trick or treat' itu sudah ketinggalan zaman. Jadi, aku memutuskan untuk membuat Parti Halloween saja. Lagi seronok!

Paling mengejutkan lagi, William juga datang untuk memeriahkan lagi parti ini. Aku semakin teruja kerana William merupakan crushku.

Aku sudah lama jatuh cinta tetapi aku tidak ada keberanian untuk meluahkannya. Sedih, kan?

Kami berseronok berparti sehinggalah Alice, salah seorang kawanku mencadangkan untuk bermain satu permainan.

Kami pun bersetuju lalu Alice mencapai sebuah kotak yang dipenuhi dengan cebisan-cebisan kertas.

"Okey, semua. Dalam kotak ni ada semua nama-nama korang. Aku akan cabut dua nama. Lepas tu, nama yang bertuah tu kena selesaikan cabaran yang akan diberi."

Alice sudah menjongketkan dahinya. Nampaknya, permainan itu mestilah susah kalau Alice sudah buat mimik muka begitu.

Alice terus mengambil dua cebisan dari kotak tersebut. Alice membuka kedua-dua cebisan tersebut lalu dia menekup mulutnya. Aku pula yang gementar.

"Wah! Menarik ni! Tak sangka aku dapat cabut nama yang tepat." Alice teruja.

Suasana semakin riuh. Semua orang tak sabar nak dengar dua nama yang bertuah itu.

"Sarah dan William, nama yang bertuah pada malam ni." Nada suara Alice kelihatan teruja.

Kawan-kawan yang lain semua sudah bertepuk tangan.

Aku terdiam. Tak tahu nak seronok atau takut.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

AKU dan William sudah berada di dalam sebuah rumah usang yang dikatakan berhantu.

Semuanya gara-gara Alice. Ada ke patut dia bagi cabaran suruh melawat rumah yang berhantu ni. Tak patut!

Bulu romaku sudah meremang. Aku dapat rasakan ada orang memerhatikan kami berdua.

"William, saya takut la. Jom la keluar." Aku memeluk lengannya. Bukan mengambil kesempatan, tapi untuk meredakan ketakutan.

"Tak apa. Aku ada. Aku akan jaga kau." Dia mengusap kepalaku. Oh Tuhan! Romantiknya dia.

Kami terus berlalu ke ruangan dapur. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi pintu yang sedang dibuka.

Krek!

Aku terus memeluk William. Aku takut sangat. Kenapa aku kena main permainan yang merepek macam ni?

"Shh... bertenang. Aku ada. Jangan takut," pujuk William.

Aku terdengar bunyi derapan kaki. Dekat dan semakin dekat. William memeluk aku dengan ketat. Mungkin dia pun takut juga.

Dengan sekelip mata keadaan menjadi terang benderang. Aku perasan ada seorang lelaki tua yang sedang memandang kami dalam keadaan terpinga-pinga.

Aku terus melepaskan pelukan. Malu pula.

"Korang buat apa kat sini?" tanya lelaki itu.

"Ermm... kami... sa... saja melawat rumah hantu ni." Tergagap aku menjawab.

"Ni rumah aku. Siapa cakap ni rumah hantu? Aku la pemilik rumah ni."

"Ta... tapi... kenapa orang cakap rumah ni berhantu?"

"Entah. Mungkin aku jarang balik sini. Sebab tu orang cakap rumah ni berhantu."

Aku dan William mengangguk serentak.

Seusai itu, kami mohon maaf lalu keluar dari rumah itu. Rupa-rupanya, rumah itu bukan la rumah hantu. Semua itu salah faham.

"Aku nak main game ni lagi."

Aku terus memandang pelik. Sekarang, kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumahku semula.

"Kenapa?"

"Sebab... kau boleh peluk aku macam tadi," ujar William dengan senyuman yang manis.

Aku menekup pipi menahan malu. 


SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro