🏅MEJOR ACCION🏅

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : Kerana Aku Bukan Dia

PENULIS : Syaf_Asriqa

INSTAGRAM : @nukilan_syafasriqa

GENRE : Action Mystery

BLURB / DESKRIPSI CERITA :

HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga.

"Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!"

NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain.

Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu...

"Aku bencikan kau!  Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina

Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam , dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya!

"Kau memang dah buat aku naik gila! Sebelum kau bunuh perempuan tu, aku boleh rodok jantung kau dan bagi anjing kau tu makan!"- Hud

Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti!

"Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina

"Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud

Deskripsi: Terleraikah amarah saat cinta menguasai diri?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : Mr. Mafia My Savior

PENULIS : umniii

GENRE : Action

BLURB / DESKRIPSI CERITA :

Carl Naufal-
Sangat kejam perangainya. Lelaki? perempuan? bagi dia semua sama! dia yang berminat dengan pistol telah menjadikan dia seorang ketua mafia yang terkenal.

Liya Qiasarah-
Telah menjadi kambing hitam kepada Joe iaitu pembunuh kekasih hati kepada Carl Naufal. Liya yang telah menjalani dengan berliku-liku kesusahan kini telah ditambah lagi apabila dia dituduh menjadi kekasih Joe.

"Aku akan bunuh kau lepas kau bunuh bapak ayam kau tu dengan kau sendiri cakap yang kau suruh aku bunuh kau!" -Carl

"Saya tak kenal pun Joe tu siapa!" -Liya

"Cukuplah kau seksa dia, biar aku sahaja yang jaga dia." -Mike.

"Aku pun akan jaga dia, kalau kau nak pecat kita orang, aku tak kisah." -Luke

"Aku nak hapuskan perempuan tu!"-Joe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : DENDAM

PENULIS : nrrxihxn

INSTAGRAM : @_nrrxihxn

GENRE : Action Teenfiction

BLURB / DESKRIPSI CERITA :

HANA ARIANA merupakan remaja yang berusia 17 tahun. Dia hidup hanya sebatang kara sahaja setelah keluarganya pergi. Mujurlah ada seorang wanita yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat. Hanya pada satu hari, dia kehilangan semuanya. Hari yang paling gembira baginya bertukar kepada hari yang paling tidak diinginkan oleh Hana.

Hana sungguh tabah dan kuat dalam menghadapi setiap masalah yang datang padanya. Akan tetapi, dia tidak percaya bahawa keluarganya sudah menghadap ilahi. Oleh sebab itu dia berusaha mencari lelaki yang bernama Alif Azyan yang sudah merosakkan kebahagiaannya. Hidupnya hanya untuk membalas dendam dan membuktikan bahawa keluarganya masih hidup.

Dia juga merupakan ahli kepada 'SPY J' yang bermaksud 'spy junior'. Terdapat enam ahli 'SPY J' termasuk dirinya sendiri.

Dia mendapat misi baru yang melibatkan pemindahan sekolah bagi memudahkan kerjanya untuk memerhatikan setiap gerak-geri penjenayah tersebut.

AIDAN ADRIAN ialah ketua pengawas bagi sekolah baharu Hana. Ramai yang takut akan Aidan kerana sikap dinginnya. Tanpa sengaja Aidan sudah terjatuh suka terhadap Hana. Setiap hari dia mengusik Hana.

Hana yang benci akan Aidan terpaksa menukar perasaan itu kepada parasaan cinta setelah kedua-dua ibu mereka bercadang ingin menyatukan mereka.

My future wife sihat?-Aidan

Aku rasa kau yang tak sihat-Hana

AQILAH SOFEA ialah anak kepada 'Tan Sri'. Dia selalu memakai pakaian yang menjolok mata. Dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Aidan.

Apa kurangnya I?-Aqilah

Aku just tak suka kau-Aidan

Disebabkan misinya Hana dipertemukan semula dengan Alif Azyan.

Kau masih hidup?-Alif

Kau akan mati di tangan aku, Alif!-Hana

Apakah yang bakal berlaku? Adakah Hana dapat membalas dendamnya? Benarkah keluarga Hana masih hidup?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro