🏅MEJOR ROMANZA🏅

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : Bahagia Buat Aisyah

PENULIS : jijahorkid

GENRE : Romance

BLURB / DESKRIPSI CERITA :

Aisyah seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Henry Gurney.  Dilabel 'budak jahat' merupakan takdir yang perlu dia tempuhi. Tidak cukup dengan itu, dia dihalau oleh ibunya.

'Anak aku dah lama mati. Kau siapa? Pergi berambus dari sini.' - Mak Temah

Akur dengan kehendak ibu tersayang, kakinya melangkah pergi. Pertemuan dengan Tengku Aminah yang tinggal bersama Rayyan dan si kecil, Adib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, itu hanya sementara.

'Kau nak kemana? Ada aku suruh kau pergi? Nasi aku siapa nak letakkan? Kau nak makan gaji buta ke apa?' - Rayyan

Demi membalas budi Tengku Aminah, dia kuatkan hati. Setiap cacian dan tomahan yang dilemparkan dia hadap. Tanpa dia sedar, hanya kerana satu ucapan terima kasih, dia jatuh hati pada Rayyan. Pelik tapi benar. 

Kehadiran Syafiq secara mengejut dengan niat untuk membantunya menjadi tanda tanya.

'Aku rasa aku patut berterus terang je dengan kau. Ada orang inform aku yang kau dalam bahaya. So, aku datang ni nak bagi kau warning siap-siap supaya lebih berhati-hati selepas ni.' -Syafiq

Di sebalik bantuan itu rupanya tersimpan satu rahsia. Punca dia dimasukkan ke sekolah itu dan juga misteri identiti Lelaki Ros Putih kian terbongkar. Kerana dendam, pelbagai kemalangan menimpanya.

'Aisyah, Aisyah...Hidup lagi kan kau? Aku ingat lepas kemalangan tu, kau dah jumpa Dian kat sana. Tak sangka pulak orang macam kau ni liat betul kan nyawa kau! - X

Mampukah dia terus bertahan? Siapa yang berdendam dengannya? Tatkala semuanya terbongkar, masih adakah bahagia buat dirinya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : Penghujung Pencarian

PENULIS : SFya049

GENRE : Romance

BLURB / DESKRIPSI CERITA :

Hanna Sofea bertemu Aidil Hariz di universiti ketika minggu orientasi.
Perasaan Hanna Sofea ketika melihat Aidil Hariz kali pertama seperti berjumpa seorang yang telah lama dia cari. Perasaan rindu yang dia sendiri tidak dapat gambarkan. Namun kemudian, perasaan marah dan kecewa pula muncul terhadap lelaki itu. Seperti lelaki itu telah melakukan sesuatu yang telah mengecewakan hati nya.
Hanna tidak pasti apa perasaan yang dia alami ketika itu.
Bagi Aidil Hariz, ketika melihat Hanna di sesi orientasi di universiti, dia seperti tertarik melihat seorang gadis. Seperti satu pencarian yang panjang akan berakhir.

I'm sorry for make our past memories become the sweet dreams just for me but totally a nightmare for you - Aidil Hariz

You should keep all the promises, Aidil - Hanna Sofea

Apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sebuah pencarian mereka?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : Love You Mr Jepun

PENULIS : lysaline

INSTAGRAM : @itslysaline

GENRE : Romance

BLURB / DESKRIPSI CERITA : 

Perjumpaan kali pertama mereka tidaklah seindah seperti di dalam drama malahan perjumpaan mereka sangat tragis apabila Nafiez hampir ditikam oleh seorang rakyat tempatan.

Disebabkan pertolongan Lisa, Nafiez berasa sangat berterima kasih.

''Kalau bukan sebab kau, maybe tadi aku dah mati. And thanks dear sebab selamatkan aku," - Nafiez Namasyi

Sejak kejadian itu, mereka sudah tidak lagi berjumpa. Namun tiada siapa sangka rahsia Allah SWT, mereka bertemu semula.

"Eh, awak." - Nafiesya Alisa

"Ingat?" - Nafiez Namasyi

"Mestilah ingat." - Nafiesya Alisa

Saban hari bertemu dan keluar bersama timbul perasaan suka sama suka. Namun apabila meningkat ke peringkat tersebut, ada sesuatu yang menghalang.

"Mak tak suka dia," - Datin Nafisa

"Kenapa mak ni, jangan disebabkan sejarah dulu mak nak benci dia," - Nafiesya Alisa

"Saya harap awak tak ambik hati dengan perangai mak saya," - Nafiesya Alisa

"It's okey, dear. Saya tak ambik hati pun." - Nafiez Namasyi

Adakah mereka bersama?

Semua akan terjawab di dalam cerita ini ✔
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro