08 - end

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Selamat tinggal."

Bum! Splash! Bunyi air laut memercik kuat kedengaran dek tubuh berat ku yang terjun masuk ke dalam dasar lautan.

Akhirnya, semua penderitaan aku akan berakhir. Semua kesedihan, rasa terseksa akan terhenti dan terhapus bersama diriku.

Tiada lagi air mata kristal dan hangat yang akan menitis seperti tiada harga pada pipi ini lagi.

Tiada lagi bunyi kesakitan meraung yang akan kuat kedengaran apabila malam mula menjelmakan diri.

Tiada lagi hati yang akan sakit seakan di robek dari dalam dan berdarah. Ya, ia berdarah dan terus berdarah tanpa belas kasihan. Aku sakit. Sakit yang teramat sakit.

Jujur, ini adalah keputusan yang paling tepat sepanjang aku hidup di dunia ini sebagai manusia yang paling malang.

Lautan gelap gelita yang hanya bercahayakan sinar rembulan membolehkan aku melihat dunia buat kali yang terakhir.

"Bagus Jungkook."

Suara itu.

"Bagus. Akhirnya kau bebas. Terbang lah seperti burung di langit. Berenang dengan bebas lah engkau di dalam laut. Pergi, jauh dari dunia ini dan caranya hanya satu iaitu,"

"Mati. Kerana mati itu adalah permulaan bagi hidup yang baru."

Mata ku yang terasa sakit dek akan masuk air laut masin aku cuba memaksa diri untuk melihat dengan jelas kelibat seorang yang datang menghampiri diri.

"Jungkook. Jangan sedih lagi. Tak perlu lagi kita berpura-pura bahagia tetapi di dalam hanyalah sengsara. Kita sudah bebas."

Tidak mungkin.

Itu. Itu aku? Diri aku sendiri? Apa semua ni? Apa yang aku lihat sekarang ini? Tidak masuk akal!

Mulutku yang masih menyimpan sedikit oksigen ku lepaskan semuanya di dalam laut. Buih-buih mula terlihat.

"Ya, sekarang baru kau sedar? Sekarang baru kau sedar yang aku ini adalah kau. Aku dan kau adalah orang yang sama! Hahahaha! Bodoh!"

Tidak! Tidak!

Penipu!
Penipu!
Penipu!

"Tak! Diam! Diam! Gluhagsjsp!" Nafasku mulai sesak. Rongga hidung ku terasa sakit akibat air yang sudah masuk ke dalam saluran pernafasan ku.

"Sudah Jungkook. Kau sudah pun terlambat. Masa tidak boleh diputarkan kembali. Semuanya sudah berakhir. Kau, kau patut berhenti berhalusinasi! Jungkook! Sedar lah ini semua hanya ilusi bodoh kau semata-mata!"

"Kau terlalu banyak berfikir dan duduk di dalam dunia kau sendiri sehingga lupa bahawa semua ini tidak nyata. Buka mata kau, lihat! Kau buta?!"

Kelibat yang berwajah seperti ku tadi mula hilang dari pandanganku. Air laut kini menjadi warna kemerahan dan gelap. Apa dah jadi?

Kenapa tiba-tiba ada darah?

"Mati. Kau dah mati."

"Tahniah. Akhirnya, kau sudah mati."

Tubuhku terasa sangat ringan. Seakan-akan segala beban sudah hilang dari badan.

Untuk kali yang terakhir. Aku mengalirkan air mata.

Jadi, begini rasanya mati.

Aku suka.

Akhirnya aku bebas.

Aku sudah mati.



the end.


❝ Kau terlalu banyak berfikir dan duduk di dalam dunia kau sendiri sehingga lupa bahawa semua itu tidak nyata. ❞

oh.

baru aku sedar.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro