Bab-23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KENAPA? Kenapa jejaka itu sanggup melakukan perbuatan yang sebegini kepada Warda? Bunga mawar putih yang sudah bergolek di atas lantai itu ditenung lama. Lama...

"Warda..." Suara Aliya kedengaran sayup ditelinganya.

"Warda!" Semakin lama semakin kuat. Ah ni mesti sebab nak memujuk.

"Warda Risteena binti Dato Thaqid!" Nama penuh pula Aliya gunakan untuk menyedarkan Warda.

Warda masih tidak berganjak dari tempatnya. Tanpa disedari, wajahnya mula basah. Bukan dengan air mata, tetapi dengan air paip.

"Ha, sedar pun! Ya allah, menyeksa aku nak bangunkan kau dari tidur. Kau tahu tak? Telinga kau ni sejak bertunang ni makin tuli ke? Nak cakap kau ni kurang pendengaran, tapi kau straight A SPM. Eh, tak faham betul la aku dengan kau ni," bebel Aliya panjang lebar. Warda dengan pantas mengelap mukanya yang basah dengan simbahan air daripada Aliya. Ni kalau bukan kerja Aliya memang Mama yang suruh Aliya buatkan.

"Sudah lah tu termenung! Pergi mandi!" Kain tuala dilemparkan tepat ke muka Warda.

"Jadi tu cuma mimpi? Ya allah...," gumam Warda dengan perlahan. Dia mengurut pelipisnya sejurus itu menarik kain tuala yang dilempar oleh Aliya tadi dengan kasar.

"Kau mimpi apa Warda? Dari aku masuk bilik kau lagi aku dengar kau menjerit-jerit. Kejap kau jerit kejap kau nangis," tanya Aliya yang sudah melabuhkan punggungnya di buaian kecil yang elok terletak di bucu dinding bilik Warda. Saja dia singgah ke rumah Warda, mana lah tahu ada yang boleh dibantu. Lagi pula majlis perkahwinannya akan bermula esok hari.

"Takde apa lah. Aku cuma... Mimpi benda yang sama macam aku lalui sebelum ni. Aku takut, Aliya... Kalau benda macam ni berulang." Aliya mengeluh perlahan.

"Kau kena yakin dalam diri kau. Kau pun kata dekat aku masa kau solat Istikharah tu muka Encik Tunang kau tersembul dalam kepala kau kan? Jadi kenapa kau takut dengan aturan Allah? Kau lagi kenal bakal suami kau dari aku. You know who you are."

Walaupun Aliya ini boleh tahan sengal, tapi kalau bahagian menenangkan dan memujuk dengan ayat jiwang memang dia nombor satu. Hidup Aliya! Hidup Author!

"Terima kasih, Aliya. Kau je lah yang boleh luah masalah aku sekarang ni." Aliya menggulingkam bola matanya tanda meluat.

"Takde masalah. Eh dahla, kau tu busuk! Pergi mandi cepat! Ya allah, anak Dato Thaqid ni lembab dia lagi lembab dari otak aku."

Sedar pula otak dia lembab.

GAUN labuh berwarna merah jambu dan biru muda diserikan lagi dengan tiara kecil bertahktakan berlian. Bunga mawar putih ditangannya digenggam erat. Nafasnya ditarik dalam dan dilepaskan dengan berat.

Tangan Aliya lincah menyolek wajah Warda dengan make up nipis dan one to go sahaja sudah siap!

"Wah, dah nak jadi bini orang dah kawan aku ni," sindir Aliya dengan niat hanya mahu menceriakan suasana kerana tadi tadi Warda asyik diam dan meramas bunga mawar putih itu sahaja. Bukan apa, Aliya risau kelopak bunga tu gugur. Sekuntum tu pun dah berapa ringgit. Apa? Ingat barang copy ori ke? Aliya baru berniat nak sumbat dalam pasu bunga dia nanti.

"By the way, bakal suami kau tu kerja apa?" Ah sudah, soalan cepumas diberikan.

"Dia kerja syarikat. Dan ada buat 'part time' sikit." Warda tersengih, habislah nasib baik dia ada kerja suci. Aliya hanya mengangguk.

"Adik? Cepatlah turun! Astaghfirullah, dah ramai dah tetamu tanya mana adik. Izz pun dah ada dah tu." Suara Datin Faridah kedengaran di cuping telinganya. Sejurus itu, Warda terus bangun dan dirapikan sedikit oleh Aliya. Rambut Warda diikat rapi dengan gaya messy sahaja. Aliya pula memakai tudung putih dengan blause biru muda.

"Dah jom."

Warda perlahan-lahan berjalan ke pelamin kecilnya diiringi dengan Aliya dan Datin Faridah. Izz sempat mengerling kearah Warda sekilas.

Dia mengenakan baju melayu putih dan songkok hitam. Awh, hensemnya!

"Semua dah bersedia?"

Dalam Warda berangan tentang bertaa kacaknya bakal suaminya itu, dalam tidak sedar dalam satu lafaz dia sah menjadi isteri Izz Rafiqi Xavier.

"Sah."

"Alhamdulillah..."

Kiri dan kanan mereka hanya dipenuhi dengan kamera yang tidak henti-henti mengeluarkan cahaya.

"Warda dah jadi isteri orang dah. Lepas ni Warda kena dengar cakap suami, syurga Warda dibawah tapak kaki suami Warda dah," kata Datin Faridah. Kemudian Warda bersalam dengan Dato Thaqid.

"Anak Papa dah jadi milik orang. Papa dah tak boleh ada dengan adik selalu tau," ujar Dato Thaqid pula.

Dalam tidak sedar Warda menitiskan air matanya. Sebak lah pula.

Setelah cincin disarungkan, kamera sekali lagi tidak berhenti dari menangkap gambar. Tidak mahu terlepas memori manis seorang CEO dan Mafia yang berkejaya dengan gadis jutawan ini.

"Cantiknyaa you!" tegur Amanda dari tepi. Dia, Amsyar, Syamir dam Zack turut hadir disitu memandangkan mereka rakan baik Izz.

"Mestilah, isteri King kan tu. Our Queen of course beautiful!" sampuk Amsyar. Syamir menggelengkan kepalanya. Sudah lama mereka tidak bersua kerana masing-masing sibuk dan tidak sempat untuk berkumpul dan semua kerja diuruskan oleh anak buah sahaja.

"Amboi, sedap puji bini aku," perli Izz.

"Cepatlah ambik gambar! Aku nak makan nasi minyak ni. Nanti habis!" kata Zack yang tidak sabar seperti mahu melantak untuk tujuh keturunan.

Seusai bergambar, mereka terus membuat kerja mereka. Makan.

Warda menggenggam tangan Izz seakan tidak mahu lepaskannya. Siapa kisah? Suami dia kan. Kau ada?

Warda melihat sekeliling. "Awak cari apa pula tu?" soal Izz pelik.

"Saya cari anak buah awak lah. Mana lah tahu, awak letak mereka dekat-dekat sini. Yelah macam apa saya tahu ketua mafia ni ramai musuh, mana lah tahu kan mereka nak buru awak di hari bahagia macam ni."

Izz tergelak kecil dengan kata-kata isteri kenitnya.

"Cerita klise mana awak petik ni? Saya tak suka buat musuh. Kalau ada musuh pun, mereka terus mati. Kenapa? Nak jadi musuh saya ke?" tanya Izz nakal.

"Eww, saya musuh kesayangan awak kan?" Izz mengangguk perlahan. Biarlah, biarkan dia.

"Kejap lagi tukar baju. Ada majlis terakhir." Warda tersengih. Tahu pun, ini kalau dekat kampung mesti mereka akan basuh periuk belanga. Susah-susah je Puan Rashida dengan Datin Faridah bersepakat nak tempah catering.

"Warda?"

Warda berpaling. "Fakhrul? Kau buat apa dekat sini?"

"Tak... Aku dapat jemputan dari Datin Faridah. Tak sangka kan... Anyway, selamat pengantin baru." Fakhrul memberikan senyuman nipis. Izz memegang erat tangan Warda dan Fakhrul nampak itu. Seakan-akan Izz mahu memberitahu, 'She's mine.'

"Terima kasih."

Warda melihat Izz. "Awak okey kan?"

Izz mengangguk.

"You're mine. Forever mine."

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro