Demon, Angel, Fallen Angel and Shinigami

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata Fatin tertutup erat. Dia menunggu bayang kematian.... tapi tiada apa yang muncul... Fatin merasa pelik dan takut.

Keenam pemuda yang sebaya Fatin itu terlihat keliru saat pemuda berambut merah dengan merah menjulurkan tangan untuk menyentuh bahu Fatin.

Tapi gadis itu berundur sedikit... dia mengangkat wajahnya dan melihat sedikit pemuda berambut merah itu.

Badanya menggigil tidak terkawal dan peluh menitis di hujung dagunya. Gadis 16 tahun itu terus berbalik dan lari meninggalkan keenam pemuda yang keliru itu.

Mereka hanya memandang gadis itu pergi dari sana.

×××××

Sementara itu Fatin menghentikan larian nya dan bersandar di dinding. Gadis itu terduduk di tanah dengan air mata yang di bendung.

"Dia.... dia... dia tiada... kemalangan... dia....tidak.... ma-ma-mati..."

Fatin menangis dengan kedua tangannya memeluk diri sendiri. Dia sangat takut sekarang ini.

×××××

K

eenam pemuda itu adalah Demon atau lebih tepat nya Shinigami Demon yang di tugaskan untuk mencari enam manusia yang mengacau daftar kematian mereka.

Mereka adalah salah satu makhluk yang paling berkuasa di antara semua makhluk seperti Angel, Demon dan Fallen Angel.

Tugas mereka berbeza dengan Angel, Demon dan Fallen Angel. Mereka tidak mempunyai sayap seperti yang lain.

Angel, tugas mereka ialah membawa dan membantu roh manusia ke alam yang baik. Mereka mewakili sifat baik manusia dan mengikuti setiap manusia.

Demon pula tugas mereka ialah untuk membawa dan menjatuhkan manusia ke alam yang jahat. Mereka mewakili sifat jahat manusia dan mengikut setiap manusia seperti Angle.

Demon dan Angel akan bersama-sama bertanding untuk melihat perebuatan manusia itu menuju ke arah kebaikan atau kejahatan. Mereka tidak sefahaman dan sering berperang kerana hal tersebut.

Fallen Angel pula mempunyai tugas untuk menjaga Demon dan Angel yang sentiasa berperang. Mereka juga memberi tarikh kematian juga kehidupan yang tercatat di dkam buku kepada Shinigami.

Seperti Shinigami, Fallen Angel mengetahui tarikh kematian dan kehidupan seseorang manusia. Mereka akan memberi para Shinigami maklumat itu untuk mereka lakukan kerja.

Akhir sekali Shinigami, seperti maklumat di atas. Tugas mereka mencabut nyawa manusia dan menyimpan nyawa tersebuy hingga kelahiran baru muncul.

Mereka melakukan tugas itu berdasarkan informasi tepat dari Fallen Angel.

Tidak pernah lagi terjadi kejadian di mana kemalangan mengenai kematian yang bukan dari Shinigami berlaku. Tapi semenjak beberapa tahun lepas berlakunya kematian tanpa melibatkan para Shinigami.

Ketua Demon, Angel, Fallen Angel dan Shinigami memutuskan untuk menghantar enam Demon Shinigami yang kuat supaya mereka mencari puncanya.

Mencari siapa yang  menyebabkan kematian para manusia tanpa Shinigami melakukan tugas mereka.

Dan di sinilah keenam Shinigami itu. Mencari manusia atau makhluk yang bertanggungjawab akan semua ini.

Sekurang-kurangnya mereka telah menjumpai salah seorang dari penyebab kematian manusia.

Ianya seorang gadis...

×××××

"Dialah orang nya" ujar Yuuta memegang bahunya di mana gadis tadi terlanggar.

"Itu... tidak kah susah sangat" ujar Ren memutar bola matanya bosan.

"Kenma..." panggil Toru dingin.

Kenma yang sedang menguap itu memandang Toru "Nama dia Fatin... pemilik White Eyes" ujar Kenma malas.

"Hah? White Eyes... kau serius?" Tanya Nobu tak percaya.

"Buat apa aku nak tipu... hooaww~" balas Kenma sambil menguap lebar.

"Heh~itu menarik.... pemilik White Eyes..." seringai licik muncul di bibir Jin.

×××××

Tanpa mereka sedari seorang gadis Angel memerhatikan mereka dari tadi.

"White Eyes... aku ingat mereka sah pupus sejak lama dulu" gumam gadis itu.

Sayap putih nya di kibas sedikit dan terbang ke atas menuju Angel Palace. Untuk melaporkan maklumat yang terlah di bawa.

×××××

"White Eyes huh"

Bibirnya menampilkan seringai setajam dan selicik mungkin. Pemuda demon itu hanya diam sebelum terbang ke bawah.

Iaitu Darkness World, dunia para Demon. Pemuda itu terlihat teruja akan kuasa baru yang sangat kuat....

White Eyes....

×××××

Apa yang kan terjadi? Dan apa itu White Eyes... tiada siapa tahu (melainkan Akemi)... kuasa yang yang ada... adakah peperangan akan berlaku lagi?

TBC

Hari ini Akemi cuti!! Kerana sukan semalam. Harap kalian maafkan Akemi kalau Chapter ini agak mengelirukan dan pendek.

Apa-apa pun, ada sesiapa nak join cerita ni? Kalau ada pergi Di Quest Open. Akemi sedang mencari watak Demon dan Angel untuk menjadi kawan juga musuh.

Kalau kalian ada sesiapa yang kalian ingn tag untuk seseorang menyertai cerita ini di persilakan.

Baiklah! Jaa~~minna. Jumpa nanti du Chapter akan datang!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro