03|🍀stubborn

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Selamat pagi Cik Jihyo"

Jihyo yang pada ketika itu sedang menggaul nasi goreng kimchi terus menoleh ke belakang. Dia tersenyum manis apabila melihat Mingyu berjalan ke arahnya lalu berdiri di sebelahnya.

"Selamat pagi Mingyu-shi. Macam mana keadaan awak? Dah baik?" soal Jihyo prihatin.

Dia kemudiannya mematikan dapur gas lalu menoleh ke arah Mingyu. Spontan tangannya terus menyentuh lembut luka Mingyu. Terkedu Mingyu apabila dia dapat merasakan kehangatan tangan milik gadis bertubuh kecil ini.

"Luka awak makin surut tapi kalau awak ada rasa sakit di mana-mana bahagian badan awak tolong bagitahu saya. Semalam saya tak dapat nak rawat awak dengan sepenuhnya disebabkan Tuan awak yang cedera parah"

Ujar Jihyo sambil tersenyum manis. Dia kemudian menarik lembut tangan Mingyu supaya duduk di atas kerusi. Mingyu hanya patuh tanpa membantah.

"Bagitahu saya Mingyu-shi. Berapa umur awak?" Soal Jihyo sambil tangannya menyiapkan sarapan di atas meja. Kopi panas dituang di dalam gelas milik Mingyu.

"22 tahun. Cik Jihyo pula?" Soalnya kembali lalu menyisip perlahan kopi yang telah dihidangkan gadis ini.

Jihyo kelihatan terkejut sebelum tersenyum kecil. Dia memandang wajah Mingyu yang sedikit kehairanan dengan kelakuannya sebentar tadi

"Kalau macam itu awak perlu panggil saya noona memandangkan saya lagi tua daripada awak" Ujar Jihyo menyentakkan Mingyu.

Mingyu memandang ke arah Jihyo dengan tidak percaya. Tidak mungkin Jihyo lebih tua darinya memandangkan fizikal badan gadis ini yang kecil dan mempunyai raut wajah yang cantik seperti gadis belasan tahun.

Jihyo tersenyum manis. "Saya 25 tahun" sambungnya lalu menyedok nasi goreng kimchi ke dalam pinggan Mingyu. Kemudian dia mengambil tempat di hadapan Mingyu.

"Cik Jihyo tak pergi kerja harini?" soal Mingyu apabila dia melihat pakaian Jihyo yang begitu kasual.

"Noona Mingyu-shi, bukannya Cik Jihyo. Saya bukannya 'Puan' awak" tegur Jihyo lalu tersenyum kecil

Mingyu tersenyum kekok sebelum mengusap belakang tengkuknya. Segan barangkali

"Oh ya. Untuk menjawab soalan awak tadi. Harini noona off day. Noona nak jaga Tuan awak" jawab Jihyo lalu menyuap sesudu nasi ke dalan mulutnya.

"Anniyo. Kalau noona nak pergi kerja, dipersilakan. Saya ada untuk jaga Tuan" jawab Mingyu serba-salah. Tidak dia sangka yang kata-kata gadis ini pada malam semalam adalah benar.

"Kwenchana. Dah memang tugas noona untuk merawat dan menjaga pesakit. Awak cuma perlu rehat sahaja di rumah ini" ujar Jihyo lembut beserta senyuman kecil.

"Keun--"

"Awak makanlah Mingyu. Noona nak pergi tengok keadaan Tuan awak" ujar Jihyo lalu terus berlalu naik meninggalkan Mingyu yang tidak sempat berkata apa-apa.

Tidak dilupa juga untuk membawa sarapan Jungkook bersama. Nanti ada pula yang mati kelaparan di dalam rumahnya.





































Jihyo mengetuk perlahan pintu biliknya sebelum tangannya memulas tombol pintu. Dia kemudian menutup semula pintu itu apabila sudah berada di dalam biliknya.

Seketika pandangannya berpaut dengan anak mata tajam milik Jungkook yang juga sedang memandang ke arahnya. Dia tersenyum kecil sebelum mengorak langkah ke sisi Jungkook.

Dulang yang berisi makanan dan juga minuman untuk Jungkook diletakkan ke atas meja sisi katil miliknya.

"Selamat pagi Jungkook-shi. Saya nak cuci luka awak sekarang. Jadi, sila beri kerjasama" ujar Jihyo lembut apabila mata helang Jungkook tidak lepas memandangnya.

Dia membantu Jungkook duduk bersandar di kepala katil. Kemudian, dia mengorak langkah ke bilik airnya untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan untuk mencuci luka Jungkook.

Tidak lama kemudian, dia menapak kembali ke arah Jungkook lalu dilabuhkan punggungnya ke sisi tilam. Kain balutan yang sudah bertukar warna merah itu dileraikan dengan lembut sebelum dimasukkan ke dalam baldi.

Kemudian, dia memulakan tugasnya untuk mencuci luka Jungkook.

Senyap.

Hanya itu suasana yang sedang menyelubungi ruangan bilik tidur ini. Song Jihyo terlalu leka membersihkan luka Jungkook manakala namja ini tidak berhenti daripada terus menatap wajah cantik milik Jihyo secara dekat.

"Siap" ujar Jihyo lalu mengangkat kepalanya. Dia tersenyum manis ke arah Jungkook apabila mata mereka saling berpaut.

Jungkook hanya menggumam lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Buat seketika dia menyumpah seranah dirinya yang terlalu leka menatap wajah cantik gadis ini.

"Awak masih lagi boleh makan dengan sendiri bukan?" soal Jihyo menarik perhatian Jungkook.

Jungkook memalingkan wajahnya ke arah Jihyo lalu dinaikkan sebelah keningnya. Isyarat supaya Jihyo menjelaskan dengan lebih terperinci.

"Maksud saya awak masih lagi ada kudrat untuk makan dengan sendiri bukan? Atau awak perlukan bantuan? Nak saya suapkan?" soal Jihyo polos

"Aku tak cacat lagi" jawab Jungkook dingin

"Saya tak cakap awak cacat pun" balas Jihyo lembut.

"Kenapa kau begitu peduli tentang aku sedangkan kau tidak kenalpun siapa diri aku yang sebenarnya?" soal Jungkook kasar. Sejujurnya dia tidak suka. Tidak suka apabila diberi simpati oleh orang lain.

"Senang. Sebab awak adalah orang yang memerlukan bantuan daripada seseorang dan seseorang itu ialah saya" jawab Jihyo ringkas. Wajah Jungkook ditenung lembut. Baginya, ada sesuatu yang unik tentang namja ini.

"Aku tak perlukan simpati daripada siapapun terutama sekali kau. Jadi jangan harap yang aku akan berterima kasih kepada kau selepas ini" ujar Jungkook sinis.

Jihyo menguntum senyum kecil

"Tak salah untuk awak terima bantuan daripada orang lain. Tiada seorang manusia pun yang sempurna di atas muka bumi ini jadi kita perlu saling berpegangan tangan sesama kita"

Jungkook berdicit sinis sebelum mengalihkan pandangannya. Baginya, gadis di hadapan dia sekarang teramatlah menyakitkan hati. Ada sahaja jawapan.

"Saya cuma masak biasa-biasa sahaja tapi saya harap awak nikmatinya. Saya pergi dulu. Kalau perlukan apa-apa, panggil saya" Jihyo berdiri lalu tersenyum kecil sebelum keluar dari biliknya.

Jungkook memandang pemergian Jihyo lalu anak matanya dialihkan ke atas pinggan yang berisi dengan nasi goreng kimchi.

"Interesting" gumamnya lalu terus mencapai pinggan. Tangannya naik menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.


























Song Jihyo mengeluh perlahan sebelum badannya direbahkan ke atas katil empuk miliknya.

Matanya memandang ke arah siling putih sambil fikirannya terawang-awang ke tempat lain.

"Ini kali kedua aku jumpa dia dengan keadaan yang macam tu? Kenapa dia boleh luka?" soalnya sendiri.

Tipulah kalau dia tidak tertarik dengan kisah namja itu. Agak pelik baginya kerana namja itu seperti telah ditikam. Ditikam dengan sebuah objek yang tajam dan sudah pasti objek itu adalah pisau.

Mana mungkin dia tidak tahu dengan kesan itu kerana dia seorang doktor. PADA KETIKA DAHULU.

"Perlu ke aku tanya dia? Tapi dia bukan jenis yang mesra alam. Tengok perangai dah boleh tebak" ngomel Jihyo sendiri.

Entah mengapa ada sesuatu yang menarik tentang namja itu dan dia Song Jihyo amatlah ingin mengetahuinya. Baginya, jalan cerita namja ini agak menarik perhatiannya.

"Sedar diri Song Jihyo. Tugas kau hanya untuk menyelamatkan dia dan bukannya masuk campur urusan dia" ujarnya lalu menggelengkan kepalanya perlahan.




-Even if you're on the right track, you'll get run over if you just sit there-

Vomment anda amat saya hargai🐼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro