BAB 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

  Maaf lewat hehe..

------

  Wajah lelaki itu ditenung lama. Macam tak percaya apa yang dia katakan.

  "Awak jangan tipu saya Amri."

  Ya, dia tipu. Dia kata kubur yang hilang tu bukan kubur Farhan. Takkan nak cakap tok imam tu nyanyuk? Dah lama kot dia tinggal sana. Pasti dia tahu menahu kubur siapa yang dikerjakan.

  Amri melepaskan keluhan. Nampaknya, sekeras mana pun dia cuba merahsiakan, balu Farhan tetap akan tahu. Dan inilah masanya dia terpaksa terus terang.

  "Ya, memang kubur arwah Farhan kena rompak."

  "Sebulan Amri. Takkan tak ada satu hari dalam sebulan tu awak tak terdetik nak bagitahu saya? Siapa saya ni Amri? Kalau tok imam tak terserempak dengan saya, entah sampai bila awak nak berlagak tak tahu." Syuhada merengus. Bukan dia nak marah pun sebenarnya. Dia tak puas hati. Benda dah jadi lama. Dah sebulan dah! Hati lelaki itu langsung tak pernah fikir perasaan dia andai perkara ini dia tahu.

  "Saya tahu cikgu. Saya cuma tak nak cikgu risau." Keluh Amri. Dia serba salah.

  "Amri, saya dah cukup risau sekarang ni. Saya tak nak dengar apa-apa alasan. Tell me what happen."

  Syuhada malas nak panjangkan cerita. Dia cuma mahu tahu kebenarannya. Sampai bila benda ini harus dirahsiakan? Sampai dia mati? Begitu?

  "Okay. Haritu saya melawat kubur arwah awal pagi lepas solat subuh dekat masjid. Kemudian saya tengok-tengok kubur dah kena gali. Lagi terkejut bila arwah tak ada dekat dalam. Saya bagitahu tok imam pasal ni dan kami berdua dah buat laporan polis."

  "Takkan sampai sekarang tak ada maklum balas?" Pintas Syuhada. Amri pandang wajah itu sebelum telan liur.

  "Tak. Abang saya kata, polis tak nak terima. Dia kata benda ni.. mengarut. Tak masuk akal. Lagipun bila polis datang kubur, tanah kena timbus balik. Tok imam yang suruh orang kampung timbus balik sebab tak nak kecoh. Polis terus skip kes ni sebab tempat kejadian dah kena kacau. Polis tutup kes terus."

  Itulah hakikatnya. Polis terus angkat tangan. Dia juga kecewa dengan sikap polis yang tak mahu terima kes seperti ini. Atau mungkin kes ini belum pernah mana-mana balai polis terima.

  "Abang awak bukan polis juga ke?"

  Syuhada ingat lagi Ameer, abang Amri. Dulu dia yang tolong ketika Syuhada diculik. Takkan dia tak percaya adik sendiri?

  "Ya memang. Tapi masa tu dia ada kes lain. Jadi kes ini diberi pada inspektor lain. Lepas dah jadi macam tu, saya bagitahu abang saya. Dan alhamdulillah dia sudi nak tolong. Cuma sekarang kami buntu. Tiada tanda-tanda pesalah tinggalkan. Lagipun kubur dah kena kacau, susah cikgu nak cari bukti. Abang saya handle seorang diri. Bukan mudah cikgu. Sebab tu saya tak nak cikgu tahu." Jelas dia panjang lebar.

"Tapi.. Zack ada kata lepas majlis bersanding tu. Aizat yang cikgu cakapkan itu sepupu Sofea."

  Syuhada tersentak sebaik nama itu yang disebut. Ya lelaki yang mirip Farhan. Takkanlah?

  "Sepupu?"

  Amri mengangguk. Syuhada terdiam. Kalau begitu, Aizat bukan Farhan.

  "Sebelum cikgu buat kesimpulan, Zack cerita yang Sofea ada kata orang kampung Aizat pernah marah Sofea sebab berkawan dengan sepupu dia. Orang kampung kata Aizat dah meninggal."

  Dup!

  Meninggal? Jadi Aizat adalah.. Farhan?

  "Jangan cakap cikgu fikir Aizat tu Farhan." Tegur Amri seperti dapat membaca fikiran cikgu agama itu.

  "Tak mustahil bukan? Kalau betul Aizat tu dah meninggal, mesti dia Farhan,kan?" Dia bersuara seperti terdesak. Ah pedulikan, dia cuma mahu tahu siapa Aizat dan kenapa dia begitu selesa bersama anaknya?

  "Cikgu, saya tak rasalah. Lagipun Farhan dah tak ada. Mana mungkin dia dapat nyawa dia balik?"

  Syuhada kembali diam. Dia terfikir kata-kata Amri. Ada betulnya. Bagaimana Farhan mampu dapat nyawa balik? Nauzubillah.

  "Paling teruk pun saya fikir, penjenayah ni nakkan organ Farhan. Buat jual."

  "Tapi Amri kenapa dalam banyak-banyak kubur, kubur Farhan yang jadi mangsa? Kenapa bukan kubur lain? Dan kenapa kubur Farhan saja yang kena gali? Awak tak terfikir ke?"

  Akhirnya kedua-dua diam membisu. Persoalan mereka tiada jawapan. Hanya mereka yang tahu saja ada jawapan yang Allah simpan. Tetapi bukan mereka. Kebenaran masih belum tersingkap.

.

.

  SEBAIK kereta Syuhada sudah meluncur laju di atas jalan raya, segera Izuan mengambil tempat di kerusi yang diduduki Syuhada. Amri yang baru berura-ura ingin meninggalkan restoran itu terkebil.

  "Izuan." Dia sangkakan pelayan restoran. Manalah tahu kalau dia terlebih bayar atau terkurang bayar. Rupanya Izuan yang datang.

  "Betul ke Aizat tu Farhan?" Tanya Izuan terus. Tadi dia berada di meja belakang Syuhada dan semua perbualan mereka dia dapat dengar. Itu yang segera dia beralih meja sebaik Syuhada pergi.
 
  "Kau dengar?" Izuan angguk.

  "Macam tu lah." Jawab Amri mudah.

  "Jadi, Aizat tu Farhan? Macam tu? Farhan masih hidup?" Tanya dia melulu. Wajahnya penuh pengharapan. Kalau benar, mahu dia tebus kesalahan dengan meyakinkan Aizat adalah Farhan.

  "Jangan sebarangan. Aku pun tak tahu. Lagipun manusia mana yang boleh kembalikan nyawa yang Allah tarik?"

  Izuan bungkam. Ada betulnya. Terus mati ceritanya. Sejak Farhan pergi, hidupnya serba tak lengkap. Hidupnya tak sama lagi seperti dulu. Walaupun Farhan sudah tahu kebenarannya sebelum dia menghadap Ilahi, masih.. hatinya masih belum terubat. Perasaan serba salah sentiasa ada. Terutama kepada balu Farhan yang mana dia pernah tarik Syuhada dalam permainan dia. Kerana itu, dia jadi segan dan takut untuk bersemuka dengan Syuhada walaupun kata gadis itu sudah memaafkan dirinya.

  Itu kata di mulut, di hati dia masih tidak tahu. Adakah benar kata-kata maaf itu meluncur dari hati? Atau sekadar hanya ingin dirinya tidak rasa bersalah yang bergunung? Itu yang dia buntu. Kalau beginilah cara untuk dia tebus segala kesalahan, dia sudi. Tak kisahlah.

  "Aku nak bantu kau boleh?" Minta Izuan penuh pengharapan. Itu saja dia minta.

  Amri pandang kawannya itu sebelum mengangguk lemah. Bukan tidak mahu menolak, wajah itu nampak seperti beria. Dia tak pasti apa kata Syuhada nanti.

  "Terima kasih."

  Sekali lagi Amri mengangguk. Kepala dihalakan ke luar memandang jalan raya yang sibuk sama seperti otaknya yang sendat dengan semua persoalan. Nasib saja dia kini sudah bekerja, kalau tidak pasti pelajarannya ternganggu.

  Aizat dan Farhan. Pelanduk atau orang yang sama?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro