BAB 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BAM! BAM!

Abi Sulaiman tersedak air teh yang sedang dicicipnya. Seisi rumah juga tidak terlepas untuk mengambarkan perasaan bilamana dikejutkan dengan bunyi yang kuat, yang datang dari pintu utama rumah. Ibu Sumayyah segera menepuk belakang tubuh suaminya. Suasana tenang dan santai mereka dirosakkan oleh bunyi pintu yang berdentum.

“Siapa yang jahanamkan pintu depan tu?” soal abi Sulaiman. Dia berdeham menghilangkan perit tekak. Wajahnya berkerut seribu.

“Tak tahulah, abi. Izuan pergi tengok sekejap.” Izuan bangkit dari sofa. Sempat dia mengerli jam dinding yang tergantu. Sudah jam 6.30 petang. Siapa yang datang sebegini lewat?

Kaki mempercepatkan langkah bilamana ketukan di pintu menjadi lebih kasar dan kuat. Takut pecah kalau gerangan tetamu menghentak pintu berkali-kali. Rumah abi Sulaiman bukannya baru lagi. Pasti sudah mereput pintu kayu itu.

Selak pintu ditarik dan pintu segera dibuka. Wajahnya memucat melihat gerangan yang hadir. Mata terjeling melihat susuk itu atas ke bawah. Liur diteguk berkali-kali. Dia toleh belakang seketika, mengharap tiada orang lain yang menjenguk melihat si tetamu.

Baru hendak menutup kembali pintu utama, lengan si tetamu menahan keras dan kembali menolak sehingga menghempas dinding rumah. Suara bingit memecahkan suasana sunyi antara mereka.

Izuan yang cacing kepanasan dan si dia dengan amarah yang memuncak.

"Kau buat apa datang sini?" Soal Izuan sambil memeluk tubuh. Gentar cuba disorokkan dari disedari gerangan di hadapannya. Pandangan dilarikan melihat luar rumah. Langit yang semakin merah kian menelan matahari ke dasar bumi dan menggantikan bulan yang bakal menerangi malam hari.

"Siapa tu, Izuan?"

Izuan tersentak. Dia memandang belakang seketika. Ibu Sumayyah seperti menghendap dari ruang tamu belakang. Hanya sengihan Izuan pamerkan.

"Tak ada apa-apa, ibu." Dia jawab kekok.

"Siapa datang?" Abi Sulaiman pula bersuara.

"Er..."

Izuan kembali memandang gerangan yang memandangnya tajam. Dia cuba angkat kepala dan membalas sepasang mata helang yang mencelur memandangnya seperti ingin menelannya hidup-hidup.

"Mana bini aku?" Suaranya keras.

"Dia tak ada dekat sini." Jawab Izuan pantas. Mengelak dari membongkarkan rahsia.

"Penipu!!"

Bam!

Bahu Izuan terhinjut mendengar jerkahan lelaki itu. Dia sudah menjangkakan hal itu tetapi tidak sangka suaranya bergema lebih kuat dari sangkaannya.

"Izuan?" Syuhada muncul dari balik bilik. Dia yang merehatkan diri turut terkejut dengan dentuman dari ruang tamu. Memandangkan ibu Sumayyah dam Abi Sulaiman sedang berehat, dia mengambil tempat mencuri lihat tetamu di hadapan.

Wajah Syuhada memucat. Anak matanya membundar.

"Kau..." Jari telunjuk dihalakan tepat ke arah Syuhada berdiri, tidak jauh dari tempatnya.

"Awak buat apa sampai sini, Aizat?"

"Aku cari kaulah, betina!"

Pedih. Syuhada pejam mata. Sakitnya hati mendengar gelaran yang dipanggil Aizat. Hina sangatkah dia sehingga dipanggil betina? Betina ini jugalah masih isteri dia yang sah. Tak sedarkah dia?

"Mana awak tahu saya dekat sini?"

"Semua tu tak pentinglah! Yang penting sekarang, kau ikut aku balik!"

"No way!" Jawapan tidak keluar dari mulut Syuhada tetapi dari dua ulas bibir Izuan. Dia langsung tidak menyenangi cara Aizat meminta isterinya pulang.

"Kau tak payah nak berlagak macam laki dia! Aku suami dia! Kau dah bawa lari isteri aku, senang-senang kau halang aku ambil hak aku balik, ya? Jantan tak guna!" Dada Izuan ditolaknya kasar.

"Aizat!"

"Kenapa? Kau marah aku tolak dia? Eh, aku baru tolak. Belum belasah lagi. Aku tak fahamlah. Berapa stok lelaki yang kau ada dalam hidup kau ni, hah? Tak cukup Amri, si jantan ni pun kau kaut!" Jerkahnya geram. Terserlah urat hijaunya sepanjang lehernya.

"Apa awak merepek? Saya tak pernah curang dengan awak."

"Penipu!"

"Awak yang datang sini tuduh saya macam-macam! Tak cukup awak halau saya, sekarang awak kutip saya balik. Awak ni gila ke apa?!" Balas Syuhada geram. Bila dia cakap baik-baik, suaminya langsung tidak dengar!

"Kau tu..." Aizat merenung tajam wajah isterinya yang berbalut tudung sarung. Kaki menapak masuk.

"Wow... Bro. Aku tak izinkan kau masuk rumah ibu dengan abi."

"Kisah apa aku?" Dia sengih mengejek. Lengan Izuan yang menghalang laluannya dirempuh. Tubuh Syuhada terus dikunci ke dinding, menghimpit tubuh genit itu. Dua tubuh melekat.

Syuhada terasa sesak.

"Aizat, kau jangan melebih!" Izuan cuba menghampiri tetapi lekas Aizat lepaskan siku, menyebabkan Izuan terduduk jatuh.

"Diam!"

"Awak nak apa?" Bisik Syuhada lemah. Takut-takut dia ingin membalas renungan mata Aizat.

"Aizat!" Izuan bangkit lalu cuba menarik tubuh Aizat. Belum sempat dia tarik, lengannya dipulas kuat oleh Aizat dan ditolak kepala Izuan menghempas dinding. Izuan mengaduh saat kepalanya terasa sakit yang menjalar. Pandangannya jadi kabur seketika dan terasa dunia seakan bergegar.

"Apa awak buat ni, Aizat? Kenapa awak buat kecoh dekat sini?"

Soal Izuan ditolak tepi. Dia harus selesaikan masalah dengan suaminya. Dia yakin, selagi masalah mereka tidak selesai, selagi itu Aizat akan mencari masalah. Bukan dengan dia sahaja, tetapi dengan semua orang yang berkait rapat dengan dirinya.

"Ikut aku balik." Dingin nadanya, tanda tidak mahu ada tawar-menawar. Hanya arahan yang wajib dipatuhi.

"Saya tak nak."

"Kau tu isteri aku. Masih isteri aku! Jangan mengada nak jadi isteri nusyuz! Aku suami kau, kau patut dengar cakap aku!" Lengan Syuhada dicengkamnya.

"Saya nusyuz atau awak yang dayus?" Syuhada pulang buah paku keras. Matanya berkaca-kaca menahan sakit. Pedihnya cengkaman Aizat dan sesaknya dada.

"Kau tak payah nak perli aku. Kau yang cari nahas, kau yang kena tanggung akibat! Ikut aku sekarang!"

"Syu? Izuan? Siapa datang tu?" Suara ibu Sumayyah kembali bergema dari ruang belakang. Syuhada kemam bibir. Mata mengerli ruang belakang. Berharap ibu Sumayyah tidak datang melihat sendiri kejadian yang berlaku.

"Ya Allah! Abang!"

"Ibu!" Larang Syuhada. Dia tak mahu dua orang yang merawatnya terlibat di sini. Dia tak mahu nasib dua orang tua itu sama seperti Izuan. Angin Aizat hari ini memang benar-benar menguji kesabaran!

"Kenapa, Mayyah? Ya Allah! Kau siapa?" Soal abi Sulaiman. Matanya terbuntang melihat keintiman antara Syuhada dan lelaki yang tidak dia kenali.

"Aku suami dia! Pakcik tak payah masuk campur!"

Aizat kembali memandang Syuhada. Dia jarakkan tubuh. Lengan Syuhada ditarik supaya mengikutnya keluar.

"Saya tak nak, Aizat!" Bersungguh-sungguh Syuhada meleraikan cengkaman tangan Aizat yang kukunya semakin terbenam dalam kulit halusnya.

"Kau boleh tak dengar cakap aku?! Kau nak aku ceraikan kau ke apa?!" Jerkah Aizat. Dagu Syuhada dicengkam dan ditarik ke atas. Nafasnya kasar menghempas kulit Syuhada.

"Le... Lepas... Sakit... Ai... Zat..." Rintih Syuhada kesakitan. Kaki sudah terjengket. Nafas terasa kian menghilang bilamana dirinya terasa berada di awangan. Nyawa seolah-olah berada di hujung tanduk. Bila-bila saja roh boleh terputus dari jasad.

"Nak... Setiap masalah boleh selesai elok-elok. Jangan berkasar dengan isteri kamu. Dia sakit."

"Pakcik diam sebelum nasib pakcik sama macam jantan tak guna tu!" Telunjuk dihala pada Izuan yang bersandar pada hujung sudut rumah dengan tangan yang memegang kepala. Matanya terpejam. Beberapa ketika, dia mengerutkan dahi.

"Tapi itu isteri kamu. Kamu tak sayang isteri kamu ke?" Abi Sulaiman masih berkompromi. Luruh juga jantungnya melihat keadaan Izuan tetapi bila difikirkan semula, Syuhada juga dalam masalah. Kaki wanita itu seperti tidak menjejak lantai. Hujung ibu jari saja yang mencecah. Wajahnya juga sudah pucat. Sebaiknya, dia bertindak tenang dan tidak membangkitkan amarah Aizat.

"Sudahlah, pakcik. Ini masalah saya dengan isteri saya. Pakcik tak perlu susah-susahkan kepala nak fikir masalah kami. Tahulah saya jaga isteri saya!" Aizat berdengus. Dia berasa jelik dengan nasihat lelaki itu. Tiada angin tiada ribut, lagak macam penasihat. Dia tahulah apa yang dia buat!

"Sekarang kau pilih. Ikut aku atau kau takkan selamanya jumpa Syah. Kau ikut aku, sampai mati kau jadi isteri aku tapi kalau kau fikir untuk tinggal dekat sini, aku ceraikan kau dan jangan harap aku izinkan mata kau nampak batang hidung Syah." Dagu Syuhada dilepaskan. Wanita itu terus jatuh terduduk. Tangan meraba leher. Udara dihirup pantas.

Ibu Sumayyah yang hendak menghampiri dihalang suaminya. Akhirnya, dia hanya memandang Syuhada sayu.

"Aku kira sampai lima. Habis lima, aku ceraikan kau sekarang juga!"

Jeda.

Aizat kacip gigi. Geram melihat Syuhada tidak memberi respons. Langsung, dia mula mengira.

"Li..."

"Nanti..." Lemah Syuhada menyahut. Tidak tegar dia menjadi mangsa cerai.

"Saya... Saya ikut awak." Putus Syuhada. Senyuman hambar dia corak, menggambarkan malapetaka yang mungkin berlaku andai dia kembali tinggal sebumbung dengan Aizat. Ditambah pula dengan perbuatan keji manusia yang menyihirnya, pasti berlaku perang besar antars dia dan Aizat setiap hari.

Aizat sunggih sinis. Tanpa melihat tuan rumah, dia menarik semula tangan Syuhada dan digesa keluar dari rumah.

"Kejaplah, Aizat. Saya nak ambil barang saya."

"Tak perlu. Semua tu boleh beli baru."

"Kalau ya pun, bagilah saya ambil IC saya."

Aizat mengeluh. "Fine. Pergi ambil wallet kau. Yang lain, tinggal."

Syuhada hanya menurut, malas hendak bertengkar lagi. Lagi dia degil, selagi itu juga Aizat akan keras kepala.

Dia hilang di balik bilik dan mencapai keperluannya. Wallet dan telefon pintar dicapai. Dua ini saja yang penting buat masa sekarang.

"Syu, ambil ni."

"Eh, ibu..." Syuhada tersentak melihat ibu Sumayyah tiba-tiba muncul di muka pintu.

"Ni nombor ibu. Kalau jadi apa-apa, jangan lupa call ibu."

Mata menyoroti tangan ibu Sumayyah yang tertera nombor telefon di atas helaian kertas.

"Mampu ke ibu?"

"Mampu apa?"

"Mampu ke Syu sembuh dari sihir ni? Kalau tak ada abi dengan ibu, siapa nak tolong Syu lepas ni?" Soalnya bingung. Meninggalkan rumah ini bermakna dia perlu tamatkan rawatan. Genap dua minggu dia di sini dan sekarang dia perlu pulang ke pangkuan suami.

Senyuman kecil dihadiahkan oleh ibu Sumayyah kepada Syuhada. Pipi Syuhada diusap sebentar.

"Syu ada Allah. Selalu ada. Sakit yang Syu rasa, semua daripadaNya dan penyembuhnya juga daripada Dia. Jangan putus harapan. Dia masih ada."

"Mana kau ni, Syuhada?!" Dua orang wanita itu tersentak dengan ngauman suara Aizat. Cepat-cepat Syuhada peluk tubuh ibu Sumayyah buat kali yang terakhir.

"Ingat pesan ibu tau."

"InshaAllah ibu. Terima kasih layan Syu macam anak ibu."

"Sudah, pergi cepat. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Syuhada menarik nafas dalam-dalam dan mencicit berlalu ke hadapan.

Tenungan Aizat ke arahnya benar-benar menggetar jantungnya. Dia menunduk bila tiba di hadapan lelaki itu.

"Cepat masuk."

Kereta milik Aizat bahagian penumpang sebelah pemandu dituju. Pintu dibuka dan diboloskan diri.

"Ibu!"

Syuhada gamam. Dirinya yang dipeluk mematikan gerak geri tubuhnya.

"S... Syah?"

"Syah rindu ibu. Ibu pergi mana?" Tangisan si kecil itu pecah. Tubuh si ibu didakap tanpa jemu. Dapat memeluk kali pertama setelah dua minggu tidak bersua menjadikan dia sebak. Sangkanya dia tidak akan bertemu dengan ibunya setelah dua minggu dia menanti.

"Syah..." Syuhada mati kata. Matanya berkaca. Mata mengamati wajah basah si anak. Rindunya membuak-buak. Disentuh setiap inci wajah Syahadat dan dikucup bertalu-talu. Hati tidak berhenti mengucap syukur kepada Ilahi. Rindu kepada anak kini dimakbulkan. Tuhan dengar doanya. Terima kasih, Allah.

"Syah, boleh duduk betul-betul tak? Papa nak gerak ni." Aizat langsung meleraikan pelukan dua beranak. Sakit matanya melihat drama air mata. Mereka belum gerak dari bumi Mersing ini tetapi sudah jadi satu drama. Naik bernanah hatinya melihat sikap polos Syuhada yang langsung tidak menjaga hatinya. Dia lakukan semua demi mereka. Bukan untuk orang lain. Tetapi isterinya seperti tidak mengerti. Balik-balik lebihkan orang luar. Memanglah dia menyirap. Itu yang kena sembur.

"Syah nak ibu..."

"Syahadat! Papa kata duduk, Syah duduklah! Jangan nak bagi papa marah-marah boleh tak?! Jangan sampai papa tinggalkan Syah dekat sini!" Stereng dihentaknya kasar. Tubuh berpaling menghadap kerusi penumpang. Tubuh kecil itu dijauhkan dari si ibu dan ditolak sehingga tersandar ke kusyen kerusi.

"Aizat!" Syuhada terkedu dengan tindakan kasar suaminya terhadap anak mereka. Tangan pantas mengamit lengan Aizat, menghalang dari naik tangan.

"Apa?! Kau duduk ajelah diam-diam! Aku tahulah nak jaga anak aku! Bukan macam kau, menyundal!" Dicemuh Syuhada pula. Jemari wanita itu turut ditepis kasar.

Syuhada bungkam. Hanya mata memerhatikan suami yang sedang meletus.

Dia tak faham. Bagaimana lelaki yang pernah suatu ketika dulu menjadi seorang yang penyayang, boleh berubah menjadi seorang yang baran? Mana hilangnya personaliti lelaki yang dia banggakan? Seorang papa yang baik kepada Syahadat, di manakah dia? Kenapa dia lebih bersikap kasar terhadap anak tirinya sendiri?

Seketika, Syuhada teringat kata-kata Amri.

"Tak mustahil... Aizat juga disihir. Sebab itu dia jadi benci pada cikgu. Tujuan sihir adalah untuk menghancurkan hubungan seseorang atau melumpuhkan sesorang."

Mungkin benar kata Amri. Aizat mungkin mangsa seperti dirinya. Cuma yang membezakan mereka, dirinya lebih teruk. Dia terpaksa melalui batok berdarah, sesak nafas dan mimpi ngeri. Adakah suaminya juga seperti dirinya?

Suasana bisu dipecahkan dengan gerak geri anggota badan Aizat yang menukar gear reverse. Diundur kereta sebelum gear bertukar ke drive. Pedal enjin ditekan perlahan-lahan dan kereta itu meluncur laju di atas jalan raya meninggalkan Mersing.

Syuhada tahan perasaan bilamana perjalanannya diiringi tangisan kecil dari arah belakang. Rapuhnya hatinya mendengar rintihan anak kecilnya. Sudahlah dua minggu mereka terpisah, Aizat pula tidak membenarkan mereka melepaskan rindu. Lebih menyakitkan, Syahadat menangis pada hari ulang tahunnya sendiri. Sebagai seorang ibu, Syuhada turut mengalami perasaan yang sama. Mata terjeling melihat anaknya melalui cermin sisi. Hanya sipi-sipi tubuh anaknya terlihat. Syahadat sudah pun baring mengiring. Syuhada pandang penuh sayu. Saat-saat sukar anaknya tidak mampu dia bantuan. Dia juga dimarahi Aizat. Mahu saja dia peluk puteranya saat ini dan luahkan rasa di hati, betapa sayang dan rindunya pada anak lelakinya. Satu-satunya cahaya matanya bersama arwah Farhan.

Maafkan ibu sebab tak mampu halang air mata anak ibu jatuh pada hari bahagia anak ibu, desis hatinya pedih.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro