BAB 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MEMORI

KELU lidah Hadid melihat lembaga yang berdiri di belakang ayahnya. Takut-takut anak mata hendak merenung si ayah.

"Kau takut, Hadid?"

Geleng. Tak berani nak mengaku.

"Ini saka keluarga kita, Hadid. Bila aku mati, dia akan ikut kau. Bila kau mati, dia akan ikut anak kau dan begitulah kehidupannya." Terang Zulkarnain. Anak kecilnya yang berumur 8 tahun itu dipandang. Jelas tubuh Hadid menggigil.

"Kau dah hafal apa yang aku ajar minggu lepas?" Soal Zulkarnain. Dia tarik satu mangkuk lalu ditempatkan di hadapan anaknya.

Hadid teguk liur. Matilah dia. Dia tak hafal mahupun faham apa yang diajar Zulkarnain. Bila ditanya pada ustaz di sekolah, ustaz marah-marah dia kata itu syirik Allah tak suka. Hadid keliru.

"Aku nak tengok kau buat."

Geleng.

Semerta, saka di belakang Zulkarnain menyalak meransang bulu roma Hadid tegak berdiri. Gementar semakin menebal.

"Kau jangan nak mengelak, Hadid. Kau pewaris seterusnya! Kau kena faham betul-betul dan belajar! Semua ni akan beri manfaat pada kau, faham?!" Meja di hadapan dihentak kuat.

"Ta... Tapi... All... Allah... Tak... Su... Ka..."

"Siapa Allah? Kau pernah nampak dia? Pernah? Takkan? Kau percaya benda yang kau tak nampak? Kau nampak saka aku? Kenapa kau boleh takut dengan dia kalau kau kata Allah tu tak suka? Bukan ke kita kena takut pada Tuhan? Maksudnya, Tuhan kau tu dekat belakang aku ni!" Kepala Hadid ditunjal-tunjal sehingga anak kecil itu mula teresak.

Hadid nak lari balik rumah tapi dia tidak tahu dia di mana. Satu rumah usang di tengah-tengah hutan.

Hadid mula rindukan Halimah. Dia nak Halimah. Dia lagi suka mengaji dan solat yang diajar Halimah. Bukan persis ayahnya. Memaksa dia belajar sihir. Belajar cara-cara nak bomoh orang dan mudah-mudah jadikan orang sekeliling mangsa.

Bahkan, orang mula pandang keji pada dia. Satu kampung tahu bapanya ini bomoh. Guna ilmu hitam. Allah laknat.

Hadid takut. Dia tak punya keberanian nak lari. Tiap kali dia lari, saka belakang ayahnya akan menerpa ke arahnya hingga dia jadi tak bermaya.

"Sekarang kau buat!" Paksa Zulkarnain.

"Tak tahu... Hadid tak tahu..."

"Dasar anak tak guna! Sial ajelah kau lahir kalau kau tak boleh jadi pewaris!" Terus dilayangkan tamparan. Nafsu amarah jadi memuncak melihat wajah lencun itu. Pukul sikit dah nangis. Senang aje.

"Kau pilih sekarang ni, kau nak buat ke atau kau nak aku seksa kau?"

Menggigl seluruh tubuh Hadid. Dua-dua pilihan Zulkarnain dia tak mahu. Dua-dua mengerikan. Menyakitkan.

"Ayah... Hadid tak nak... Hadid nak balik..." Rayu Hadid. Tubuh mengesot ke belakang saat melihat Zulkarnain mula mencapai tali cemeti yang berikat. Dilibas-libas menghasilkan bunyi yang mengerunkan.

Zap! Zap!

"AYAH! SAKIT! SAKIT!"

.

.

"MAMPUS pun kau!" Puas hati Hadid mendengar berita Ahmad Zulkarnain mati digilis. Memang dah lama dia nantikan waktu si keparat itu dicabut nyawa.

"Kau apahal?" Soal Muaz melihat kawannya seorang ini bagaikan menang loteri. Tersengih memanjang biarpun mereka baru diberi tugasan akhir tahun yang membebankan.

"Tak ada apalah." Malas Hadid nak bercerita. Orang tidak tahu kisahnya. Rahsia itu dia simpan sendirian. Orang akan pandang jelik jikalau tahu.

Sesaat mata Hadid menangkap lembaga saka milik ayahnya. Terus dia berdengus.

Mamat tu dah mampus, mampuslah sekali!

"Bila aku mati, dia akan ikut kau. Bila kau mati, dia akan ikut anak kau dan begitulah kehidupannya."

Teringat ayat si ayah, lagilah menjadi-jadi rasa marah Hadid. Bilalah saka tu nak berambus? Padahal sejak kecil dia tak pernah lulus ujian bapanya. Memang sengaja dia gagalkan. Dia tak mahu percaya semua khurafat itu. Syirik!

"Did, tu Syu dah keluar."

Hadid langsung tersentak. Terus lupa tentang sang saka tadi. Mata melingas melihat Syuhada yang baru habis kuliah. Spontan bibir merekah senyum. Buah hati dah sampai!

"Aku gerak dulu, Az."

Bahu Muaz ditepuk. Beg digalas ke bahu sebelum mendekati Syuhada.

"Hai Syu!" Tegur Hadid, berjalan seiring dengan Syuhada.

"Hai..." Acuh tak acuh dilayan. Namun, Hadid tak pernah kenal erti menyerah.

"Ada kelas lagi ke lepas ni? Nak lunch sama? Aku belanja."

"Sorry. Aku nak balik hostel."

"Aku bungkuskan kau makanan?"

"Tak perlu."

"Come on, Syu. Aku perasan kelas kau dari awal pagi sampai ke tengah hari. Kau tak makan apa pun." Langkah Syuhada diikuti.

"Haih... Hadid." Syuhada matikan langkah. Begitu juga Hadid. Lelaki itu sudah tersengih-sengih.

"Aku tak suka kau, faham tak? Aku nak fokus belajar aje." Syuhada memilih untuk terus terang. Hadid awalnya dia anggap sebagai sahabat, tapi lain pula yang dianggapnya Hadid. Tak malu nak menyuarakan isi hati dan hari-hari gigih cuba meraih hatinya. Masalahnya, Syuhada tak berminat dengan percintaan.

"Ya aku faham kau nak fokus. Sebab tu aku tak pernah lamar kau lagi. Sekarang ni, aku cuma nak jadi yang istimewa untuk kau. Yang ada untuk kau bila-bila masa. Waktu kau susah, senang mahupun derita."

"Hadid, aku ke sini pun ditaja. Aku tak nak sia-siakan biasiswa aku dengan biarkan diri aku hanyut. Benda ni semua lagha ajelah, Hadid. Aku tak suka hubungan yang pelik-pelik."

"Syu, susah sangat ke kau nak buka hati kau?"

"Masalahnya aku memang tak ada hati dekat kau. Bukan setakat kau, tapi lelaki lain juga. Semua rasa kosong. Yang ada dalam kepala aku hanyalah nak genggam ijazah untuk dua ibu bapa aku. Itu aje." Syuhada mengeluh. Buku di tangan ditarik merapat ke dada. Pandangan dihala ke luar fakulti yang sesak. Sesak persis kepalanya sekarang.

"Aku tahu, Syu tapi boleh tak kau bagi jaminan yang aku ada peluang untuk kau? Aku janji aku tak usik kau atau kacau kau. Aku bagi kau belajar dengan tenang dekat sini. Tapi, give me that chance after we all graduate. Can you?"

Mata Hadid penuh berharap.

Syuhada kemam bibir. "Should I?"

"Waktu kau dah selesai beban belajar, aku akan tanya kau semula. Waktu tu kau boleh bagi jawapan selayaknya. Bukan dengan alasan belajar ni. Aku tunggu kau, Syu. Selalu."

Sejurus itu juga Hadid beredar meninggalkan Syuhada termangu-mangu.

Sejak hari itu dia perhatikan Syuhada setiap kali bersua di fakulti. Bila masuk waktu solat, bersungguh-sungguh dia berdoa moga Allah tidak bolak-balikkan hati Syuhada untuk terima dia.

Hadid tak pernah rasa begini. Rasa tenang je pandang wajah ayu Syuhada. Tidur malamnya pun tak resah seperti selalu biarpun saka Zulkarnain masih mengejarnya.

.

.

"MAAF. Kita hanya kawan."

Dush!

Senyuman Hadid terus goyah. Jatuh bunga di tangan.

Syuhada menunduk dari menatap wajah kecewa seorang lelaki. Lambat-lambat kakinya berundur sebelum berlalu dari situ.

"Syu... Aku tunggu kau..." Gumamnya.

Saat itu saka Zulkarnain mula menghampiri. Mendekati Hadid.

"Allah... Tak... Sayang... Kau..." Saka itu bersuara.

Mata Hadid memerah. Dijeling saka itu. Digelengkan kepala, tak mahu percaya.

Dia yakin, Syuhada akan jadi miliknya. Hanya masa yang akan menentukan. Cepat atau lambat, mereka akan tetap berjodohan.

.

.

"AKU terima kau." Berdirinya Hadid di rumah usang yang sebelum ini paling ngeri untuk dia diheret oleh Zulkarnain.

Saka itu menyeringai. Suka mendapat tuan baru.

Di tangan Hadid terdapat sampul surat yang mula meluncurkan beberapa helai gambar Syuhada yang sudah berbusana pengantin.

Retak sejuta hatinya.

Hadid rasa tercabar. Dia kalah dengan budak 17 tahun semata-mata? Hina sangat ke dia?

"Ajar aku. Aku tak pernah lulus ujian bapak aku."

.

.

HALIMAH mengejar langkah Hadid.

"Hadid, sudahlah. Jangan macam ni!" Sesak hati Halimah melihat perubahan Hadid.

"Apa lagi mak? Tuhan tak pernah sayang Hadid. Satu kampung ni dok mencanang pasal kita sampailah kita mati, mak. Buat apa mak nak solat segala bagai ni? Tuhan tak pernah pandang kita!"

"Takkan Hadid nak jadi macam arwah ayah? Hadid lupa ke apa dia buat pada Hadid waktu Hadid kecik?" Beg galas di bahu Hadid cuba diraih namun lekas anak terunanya melarikan diri. Halimah urut dada. Nak tercabut jantungnya saat ini. Janganlah begini, dia tak sanggup.

"Itu salah Hadid. Hadid yang bodoh sangat. Patutnya Hadid ikut cakap ayah baru semua akan baik-baik. Syu pun akan sayang pada Hadid."

"Syirik tu semua Hadid! Ingat Allah!"

"Sudahlah mak! Hadid tetap nak ubah muka ni. Biar dia rasa sakit tu mak."

"Tak baik kamu aniaya Syuhada! Dia tak salah! Dia hanya tak tertulis untuk bersama dengan kamu. Cubalah faham, Hadid!"

"Wajah ni yang Syuhada tak suka! Sebab wajah ni yang macam ayah tak guna Hadid tu! Hadid tak kisahlah mak. Syuhada akan jadi milik Hadid juga! Biarpun Hadid kena ubah muka ni jadi sebijik macam suami dia!"

Terus Hadid bergegas keluar, meninggalkan Halimah yang sudah hilang punca. Merayulah bagai nak rak, Hadid tetap dengan pendirian. Saka yang selama ini dia benci, mula dia tantang.

Dengan saka itu, tiada siapa berani ganggu dia. Sekali ganggu, memang tempah maut.

Sejak itu dia berlepas ke luar negara.

Satu, mengubah wajahnya. Pembedahan plastik.

Dua, meniru segala apa yang arwah suami Syuhada sukakan. Dipaksa dirinya sendiri suka biarpun perkara itu paling dibenci. Antaranya pastilah solat. Sejak itu juga dia menjadi seorang munafik. Berpura-pura demi kebaikannya sendiri. Hidup berpaksikan saka keluarga, Hadid rasa puas.

.

.

"HADID. Ya Allah, sedar pun Hadid. Mak rindu tahu tak?" Halimah menerpa ke arah Hadid saat melihat anaknya sudah sedarkan diri dari koma. Dia dapat tahu kecelakaan yang menimpa Hadid saat pulang ke tanah air.

Ibu mana aje tak risaukan anak? Halimah tahu anaknya mungkin tak sama dengan Hadid yang dia kenal dahulu tapi dia tak lupa Hadid tetap anak yang dikandungnya.

"Hadid? Siapa Hadid? Orang Aizatlah."

Terdiam Halimah. Aizat?

"Kamu Hadid la, nak. Hadid anak mak. Hadid tak ingat mak?" Rasa nak gugur aje jantung ni. Halimah urut dada. Apa lagi dugaannya?

Halimah tahu ini anaknya. Satu saja. Saka suaminya melekat lagi pada anak ini. Ada di belakang lelaki itu, setia menunggu tuan.

"Ingatlah. Mak, mulai hari ni orang ni Aizat. Aizat Uqaish bin Ahmad Zulkarnain."

Terkelu lidah Halimah. Dan-dan mata rasa berpasir. Hadid memang dah tekad nak musnahkan Syuhada.

Wajahnya sendiri sudah berubah. Hampir Halimah tak mengenali anak sendiri tapi saka Zulkarnain itu yang setia pada tuan menyedarkan Aizat adalah Hadid. Itu tanda anak ini adalah anaknya yang dirindui sekian lama.

"Aizat rindu mak..." Aizat dakap tubuh Halimah lalu direbahkan kepala ke dada wanita itu.

Bertambah aneh Halimah rasakan. Apa dah jadi pada anak terunanya ni?

.

.

MELIHAT Syuhada yang dibawa Aizat sebagai bakal isteri, hati Halimah langsung tak pernah tenang. Lantas dihampiri anak muda itu.

  "Syu?" Panggil Puan Halimah melihat bakal menantunya itu mengelamun jauh. Pinggan di tangan Syuhada diambil untuk dibasuh. Syuhada tersentak sebaik pinggan di tangannya hilang.

  "Kamu fikir apa?" Tanya Puan Halimah sambil tangan ligat mencuci kotoran di pinggan.

  "Tak ada apa Mak Mah. Fikirkan Syah." Dalih Syuhada.

  "Syu..." panggil Puan Halimah lagi melihat Syuhada seperti kembali termenung.

  "Ya Mak Mah?"

  Puan Halimah tutup pili air. Tangan dilap pada kain yang tersidai. Wajah wanita yang menjadi pilihan anaknya dipandang. Jemari halus itu ditarik lembut dan digenggam erat. Anak mata mereka berpandangan.

Dari pandangannya, Halimah tak rasa Syuhada ada hati pada anaknya. Laju disuarakan hasrat.

  "Sejak nama mak jadi buruk dekat kampung ni, Aizat selalu muram. Dia marahkan mak sebab mak degil tak nak pindah KL dengan dia. Aizat banyak sibukkan diri dengan belajar dan kemudian kerja sampai lupa nak makan. Tapi hari ni, mak tengok anak lelaki mak, gembira sangat bawa balik Syu jumpa mak. Syu, mak tak harap lebih. Mak cuma harap yang terbaik buat anak mak. Mak tahu Syu masih berfikir dengan keputusan yang Syu akan buat. Mak pun tak ada suami. Kita sama-sama balu. Mak faham perasaan untuk lepaskan rasa sayang pada arwah suami kita. Jadi mak nak ingatkan pada Syu. Syu buatlah keputusan yang terbaik untuk diri Syu dan anak Syu. Mak tak paksa Syu nikah dengan Aizat. Kalau diikutkan memang itu harapannya tapi mak tak nak paksa. Syu ambillah masa untuk Syu fikir. Mak tak kisah tapi jangan lama sangat Syu. Mak risau hati Aizat pula terluka kalau Syu lewatkan keputusan."

Walhal hakikatnya... Mak nak sangat Syu tolak, sambung Halimah dalam hati.

Halimah rela diri dibenci anak kandung sendiri. Dia sanggup. Tapi dia jadi berat hati untuk membiarkan Syuhada menjadi mangsa permainan Aizat. Wanita di hadapannya nampak suci. Dia tak mahu Syuhada terbabit sama. Janganlah terima...

.

.

TIPULAH kalau kata Aizat tak bahagia saat dia sudah diijabkabulkan.

Syuhada sudah sah miliknya.

Benar telahannya, Syuhada hanya untuk dia. Bukan orang lain.

Tapi...

Aizat sakit hati.

Syuhada boleh lari keluar dari majlis mereka. Tak sempat apa, laju aje melangkah pergi. Hinggalah dia menemukan Syuhada di kawasan perkuburan.

Laki tu dah mati, apa lagi nak dicari?

Aizat geram. Sangkanya saat Syuhada jadi isteri, dah mati nama lelaki lain dalan hati wanita itu. Rupanya tidak. Sampai ke petang, di situ juga Syuhada berteleku.

Saat itu jugalah dia rasa tak sia-sia larikan mayat yang berbungkus itu. Biar padan muka mamat tu. Balasan sebab rampas apa yang dimiliknya.

Tak cukup itu, Syuhada tolak kemahuannya.

Lelaki mana tak tercabar? Dia lelaki dan juga seorang suami. Isteri pula enggan bersama. Rasa macam ego lelakinya direntap.

Tak lain tak bukan, hati Syuhada bersama dengan lelaki lain. Tak cukup itu, wanita itu banyak berahsia.

Sikit-sikit rahsia.

Susah betul nak buka mulut.

Walaupun di satu saat Syuhada mula terima Aizat, lagi sekali Aizat rasa terkilan bilamana menjumpai mesej panjang antara Syuhada dan Amri.

Wah... Tak cukup Farhan, Amri juga?

Ah! Aizat bengang!

Susah sangat ke nak nampak suami depan mata?

Dek rasa tamak, disantaunya isteri sendiri. Biar dirasai seksa dunia. Sakaratul maut yang tak tertarik nyawanya.

Aizat nak ajar Syuhada cukup-cukup. Lepas santau, dijauhkan Syahadat daripada Syuhada.

Sangkanya taktiknya berjaya, rupanya tidak. Boleh pula Syuhada naik kereta dengan Amri.

Syuhada dah melebih!

Cemburu butanya tak boleh dikawal. Terus diminta pada saka belaannya untuk terus menghantui Syuhada. Biar Syuhada hidup dalam ketakutan.

Farhan, Amri sekarang pula Izuan.

Serabut tahu tak?!

Syahadat yang ada dengannya jadi mangsa lepaskan geram. Kalau tak sebab bapak Syahadat ni, semua ni takkan jadilah!

Lepas seminggu, Aizat tak boleh tahan. Marah mana pun, dia tak tahan tanpa Syuhada di depan mata. Terus dipecut ke Mersing. Ambil semula haknya.

Semua kemudahan Syuhada dibuang. Paling penting telefon yang memudahkan Syuhada berkomunikasi dengan orang luar.

Tiadalah orang lain yang akan jumpa dengan Syuhada.

Saat itu tenang. Itu pun sebentar cuma.

DNA test.

Nafsu amarah tak dapat dibendung lagi. Taufan beliung rumah itu jadinya.

Aizat tak boleh terima kenyataan. Isteri sendiri meragui suami. Walaupun memang sejak awal lagi dia yang berkeingin menukar rupa, rasa sakit tu tetap ada.

Syuhada masih tak boleh terima dia bukan Farhan! Cinta mati sangat dengan Farhan tu.

Itu yang semakin menjadi-jadi. Dia dah tak kisah pun dengan rasa sayang pada Syuhada. Yang dia mahu hanya kehancuran wanita itu. Wanita yang tak pernah nak ambil peduli perasaannya. Biar mati pun Aizat dah tak kisah. Dia tak rugi apa-apa. Dia lebih puas sekiranya itu berlaku.

.

.

KINI

"KAU terlalu tamak, Aizat. Hanya kerana cinta, kau terjerumus dengan jalan penuh kekufuran. Kau jadi munafik dan kemudian gunakan orang lain demi kepuasan hati kau."

"Ya, aku memang puas. Puas dapat lihat kau semua merana. Seperti mana aku merana dahulu!" Bentak Aizat di hadapan Amri.

"Dunia... Bukan di akhirat. Hakikinya, kehidupan kita bermula di akhirat nanti sama ada syurga atau neraka."

"Diam! Benda tu semua tak pernah wujud! Kuno!"

Amri mengucap panjang. Inilah masalah zaman sekarang. Terlalu percaya dengan makhluk halus dan benda mistik hingga berfikiran Islam itu hanyalah benda kuno yang tak relevan lagi untuk digunapakai.

Bila terdesak, cari bomoh.

Sakit, cari dukun.

Tak pernah sesaat pun fikirkan Allah yang sentiasa menanti mendengar doa-doa hambaNya. Yang menguasai semesta alam. Yang boleh menjadikan sesuatu yang mustahil.

Amri pandang meja di hadapannya. Semerta kakinya direndahkan sebelum dilibas ke satu kaki meja, menyebabkan meja itu patah dan seluruh isi di atasnya bertaburan jatuh.

"Sial! Kau memang nak kena, kan?!"

"Satu lawan satu, Aizat! Tanpa ilmu kau." Cabar Amri. Dia tahu, kalau dia tak buat begitu, alamatnya dia yang lunyai.

"Memang taklah!"

"Kau jadi jantanlah sikit! Macam perempuan asyik perlukan bantuan!"

Sengaja diprovok.

Aizat ketap gigi. Menyeringai sinis. Tercabar maruahnya.

"Okey, baik. Kita lawan."

"Aku menang, kau kembalikan kawan-kawan aku." Amri utarakan syarat.

"Dan kalau aku menang, kau semua akan mampus!" Aizat lepas gelak. Tubuh direnggangkan.

"Dengan izin Allah."

Dan... Dengan izin Allah juga Amri cuba bertahan.

.

.

TIGA jam lima belas minit.

Gila.

Zack sudah berhentikan kereta. Terkebil-kebil matanya memandang bandar Selangor. Kini mereka berhenti sebentar di pam minyak untuk isi petrol dan juga memberi laluan Syahadat hendak ke tandas.

Tak pernah seumur hidup dia memandu macam orang tak betul. High speed.

Nasib tak kena saman. Harapnya.

Usai beli roti dan air, Zack kembali ke kereta. Ditunggu dalam kereta sementara menanti Syahadat. Air Red Bull diteguk rakus.

Ini kalau tahu dek Sofea, memang kena leter. Dah pesan bawa elok-elok, pecut juga.

Nak tak nak, Zack telefon Sofea. Dah jam 4 pagi.

"Helo?"

"Sayanggg..." Meleret panggilan Zack buat isteri yang dirindui.

"Mengada! Saya nak tidurlah."

Zack sengih.

"Abang dah sampai Selangor." Maklum Zack.

"Ha? Bukan abang baru call ke tadi?" Mamai pun dijawab panggilan suami.

"Yelah. Sayang tidur lama sangat sampai tak sedar. Abang singgah pam minyak sekejap. Syah tu la, nak ke tandas. Lepasni abang rasa abang pergi rumah cikgu terus kot." Roti krim yang ada dibuka lalu dibaham. Lapar bak hang!

"Malam lagi ni bang..."

"Entahlah. Syah tu tak sabar betul. Abang suruh dia tidur dulu pun dia tak nak. Ditemannya abang sampailah ke sudah. Kepala dah tersengguk-sengguk pun dipaksa mata celik. Abang kesian pada dia."

Anak mata Zack menyoroti Syahadat yang terkedek-kedek berlalu ke kereta miliknya. Senyuman terukir. Comelnya lahai... Tak sabar pula nak ada anak sendiri.

"Hmm..."

"Sayang nak tidur ke? Pergilah tidur, abang letak dulu telefon ni."

"Hmm... Hati-hati abang. Nanti jangan lupa amik Sofea, Sofea merajuk kalau abang tak ambil."

"Sabarlah. Abang ni lagi tak sabar nak peluk cium sayang tahu tak?"

"Mengada."

"Dengan sayang aje. By the way, nanti kita pergi honeymoon teruslah alang-alang tu. Boleh bagi Syah kawan."

"Abanggg..."

"Iye sayangku Sofea."

"Dahlah letak dulu. Assalamualaikum." Terus mati panggilan.

Zack lepas gelak. Malu-malu pula isterinya ni. Kalau depan mata memang digomol-gomol.

"Jom, uncle!"

Syahadat lompat masuk. Pintu kereta ditutup. Tali keledar dipakai.

Zack hulur air kotak milo kepada Syahadat. "Nah, buat isi perut."

"Yeay! Jom jom! Tak sabar nak jumpa ibu!" Gesa Syahadat.

"Ya, ya nak geraklah ni. Bismillah..."

Brek tangan diturunkan. Zack mula memandu tenang. Tak jauh pun rumah Syuhada ni.

Sampai di kawasan perumahan, wajah Zack sudah berkerut seribu melihat kereta ambulans tersadai betul-betul depan rumah Syuhada. Mulalah hati berdetik aneh.

"Uncle, kenapa tu?" Syahadat tak kurang juga nak melihat. Nampak susuk yang ditarik keluar dari rumah, mata anak itu membulat.

"Uncle! Uncle! Tu ibu! Berhenti uncle! Syah nak turun!" Dilepas kasar tali keledar. Pintu dibuka sebaik Zack berhenti. Terkedek-kedek kaki kecilnya mendekati paramedik yang bertindak pantas.

"Ibu! Ibu! Bangun ibu!"

Terhenti tugas paramedik tersebut. Terkejut dengan kehadiran Syahadat.

"Ibu! Syah ni! Bangunlah! Jangan tinggalkan Syah!" Terlepas juraian air mata.

Zack terkedu. Lambat-lambat kaki melangkah menghampiri. Zack bawa mengucap.

Ya Allah, kalau tak kerana Syahadat gesa untuk pulang, dia takkan tahu Syuhada sudah melarat sakit.

Tubuh wanita itu susut sangat. Kering. Nampak susuk tulang badan. Dengan darah berlimpahan di sekitar bawah mulut hingga terkena tudung, Zack kaku.

"Dik, tepi. Abang kena bawa dia pergi hospital." Pujuk paramedik itu.

"Ibu tak mati, kan? Ibu tak tinggalkan Syah, kan?" Soal Syahadat pada paramedik itu. Acap kali mata mengerling ke arah Syuhada. Tangan tak henti mengoncang tubuh itu.

"Insha-ALLAH tak. Tepi ya? Nanti adik cari ibu adik dekat hospital."

Makin melarat tangisan Syahadat. Dipaksa tubuh memanjat stretcher dan didakap syurganya. Mengogoi di situ.

"Ibuuu... Jangan tinggalkan Syah... Syah nak ibu..."

"Dik, kita kena cepat-cepat."

"Syah..." Tegur Zack. Ditarik anak itu dari pelukan sekuat hati. Lepas saja, paramedik segera melakukan tugas yang terngendala.

"Uncle! Syah nak ibu! Syah nak ibu!" Bentak Syahadat. Tangan mengawang-gawang mendapatkan Syuhada.

"Syah, ibu Syah kena pergi hospital cepat. Kalau Syah macam ni, susah doktor nak buat kerja."

"Ibuuu.... Ibu...." Lemah Syahadat dalam pelukan Zack. Basah seluruh wajahnya. Melihat kereta ambulans semakin menghilang, tersedu-sedan dirinya jadi.

"Asslamualaikum." Tegur seseorang yang sedari tadi menjadi saksi drama Syahadat.

Zack berpaling. Melihat susuk tubuh lelaki yang sekadar berjaket kulit hitam dengan seluar hitam. Di kepalanya tersarung beanie yang juga hitam. Kulit sedikit gelap tetapi nampak kontra daripada persalinan hitam miliknya. Sebelah mukanya ada kesan lecuran tetapi tidak memburukkan wajah itu. Malah, menjadi semakin maskulin.

"Waalaikumusalam... Ya?"

"Aku Hakim. Aku yang call ambulans."

Membulat mata Zack.

"Ya Allah, terima kasih! Terima kasih! Aku tak tahu apa yang boleh aku balas tapi terima kasih sangat-sangat!" Tertunduk-tunduk kepala Zack.

Hakim diam. Mata menyoroti anak kecil yang berada di dakapan Zack. Sudah tertidur pun. Bibir Hakim mengulas senyum.

Comel anak kau, Han.

"Syuhada bukan sakit biasa. Doktor takkan dapat diagnosis. Ada baiknya kau carikan ustaz ustazah untuk bantu dia."

Dahi Zack berkerut. "Mana kau tahu?"

"Izin Allah."

Zack terkebil-kebil. Cukup aneh jawapan Hakim. "O... Key..."

"Aku gerak dulu. Bagilah Syahadat tu rehat dulu. Dia nampak tak bermaya bila nampak Syuhada macam tu."

Hakim angkat tangan sebagai akhir kalam. Motor yang diparkir tadi dibetulkan. Yamaha R15 V3.

"Terima kasih..." Ujar Zack sekali lagi. Perlahan saja kerana masih tertanya-tanya akan gerangan itu.

"Mana dia tahu nama cikgu Syuhada dengan Syahadat?"

.

.

Bab 50 coming up dan epilog! Yeay nak habis dah!

Hakim ni sebenarnya watak dari novel Live After Death, garis masa yang sama tapi dia muda lagi daripada Zack.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro