Uqayl

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Save?

Yes.

Klik! Dokumen yang berisi isi kajiannya disimpan di dalam data. Uqayl hela nafas lega dalam dia menutup laptopnya. Akhirnya, setelah hampir tiga hari bersengkang mata untuk mencari maklumat...

Tugasnya berjaya selesai. Tahmid meluncur keluar daripada bibirnya, melafaz syukur akan nikmat kemudahan yang Tuhan beri padanya selama ni.

Uqayl renggangkan badannya. Tangan diangkat tinggi untuk membetulkan segala urat sendi. Duduk tanpa berkutik di kerusi plastik memang bukan perkara yang bagus untuk tubuhnya yang semakin meningkat usia.

Haha, Uqayl tua.

Sejurus sahaja selesai menyimpan segala peralatan dan gajetnya, Uqayl bangun berdiri. Kerusi disimpan di tempat sepatutnya sebelum dia menapak keluar daripada ruangan belajar perpustakaan. Suasana sekelilingnya agak sunyi dek waktu yang kian lewat. Pustakawan yang menjaga di kaunter disapa hormat apabila dia melintasinya.

Bayu malam menampar lembut wajahnya setelah dia keluar daripada bangunan perpustakaan. Uqayl membetulkan rambutnya yang ditiup angin sambil dia berjalan menyusuri jalan yang cuma diterangi lampu jalan yang malap.

Menakutkan, namun tidak bagi Uqayl. Alah bisa tegal biasa. Pengalaman setiap malam pulang lewat ke asrama pelajar menyebabkan dia terbiasa dengan suasana malam yang sunyi ini.

Setidaknya, perkara ini tidaklah terlalu menakutkan... Lebih kepada... Tenang.

Uqayl tarik nafas panjang, menikmati bayu malam. Kepalanya mendongak melihat langit yang gelap. Tiada bintang malam ni, cuma bulan. Namun cukup untuk menghiburkan hati seorang Uqayl.

Pencinta langit. Kerana kecantikannya sentiasa mengingatkan Uqayl bahawa gahnya Sang Pencipta.

Admiring the creatures because you love the Creator.

Dan bila Uqayl tengah syok nikmati langit... Pop! Ada sesuatu yang jatuh di arah bahu kanannya.

Najis burung.

Uqayl pasrah apabila menyedari keadaannya kini. Langit tidak selalu cerah... Nasiblah yang kena cuma hoodienya. Makanya, Uqayl tanggalkan hoodie, membiarkan hanya t shirt hitam yang membalut tubuh. Kaki terus berjalan. Hilang mood untuk terus melihat langit hitam.

Setidaknya bayu malam masih tenang bertiup. Uqayl pejamkan mata, menikmati...

Zuup! Sebelah kakinya terjatuh ke dalam longkang.

Uqayl tarik nafas dalam... Hembus. Sekarang sebelah kakinya basah dengan air longkang. Uqayl bisik pada dirinya... Sabar... Setidaknya kaki kau tak cedera... Dan kau tak terpijak paku ataupun perkara yang berbahaya.

Uqayl senyum pada longkang. Entah bagaimana boleh tiba tiba ada longkang di tengah jalan ya?

Uqayl teruskan berjalan. Dengan cuma t shirt hitam di badan dan sebelah kaki basah hingga ke buku lali, dia menapak. Ketika matanya melihat satu lorong, senyuman tergaris nipis. Nampaknya asrama pelajar dah dekat.

Tak sabarnya dia nak rehat! Alhamdulillah.

"Abang..."

Langkah Uqayl terhenti apabila hujung t shirtnya ditarik. Kepala automatik menoleh ke bawah. Sebelah kening terangkat melihat seorang budak lelaki dalam keadaan tidak terurus sedang menahannya daripada pergi.

"Nak duit." Comel sahaja suara tersebut meminta. Kepalanya didongak ke atas untuk melihat Uqayl, meraih simpati.

Sementara Uqayl tersentak. "Duit?"

Budak tersebut angguk.

"Buat apa?" Uqayl rasa dirinya bodoh kerana bertanya soalan yang dah diketahui jawapan. Jelas budak lelaki ini orang susah. Mestilah duit tersebut untuk membeli makanan. Ataupun belum keperluan yang lain.

"Sekejap ya, dik. Abang cari duit," ujar Uqayl sambil dia menyelongkar beg sandangnya. Sebuah dompet kulit hitam dikeluarkan dan dibuka. Belum sempat dia mengeluarkan not beberapa ringgit, satu tangan laju mencantas dompet tersebut.

Mata Uqayl terkelip kelip melihat dompet di tangannya hilang.

"Eh?"

"Terima kasih braderrrr!" Bila Uqayl angkat muka, perkara pertama yang dia dapat lihat ialah seorang remaja dah bawa lari duitnya. Tak sempat nak kejar, remaja tersebut lesap daripada pandangan dalam kegelapan lorong.

Mulut Uqayl ternganga. Kepala menunduk untuk melihat budak lelaki yang meminta duitnya tadi.

Hilang.

Uqayl tepuk dahi.

"Aku tertipu."

GROOOMMM! Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya. Tiada ribut, tiada tanda... Tengok tengok Uqayl terperangkap dalam hujan yang lebat.

Uqayl tarik nafas... Hembus. Sebelah tangan diangkat menutupi sebahagian wajahnya sebelum dia mula berlari ke arah bangunan asrama pelajar.

Berlari dan berlari...

Tarik nafas... Hembus.

Uqayl buka pintu biliknya sebaik sahaja dia sampai. Lemah kaki berjalan ke arah sofa sebelum dia mendarat di atasnya. Tak peduli dengan bajunya yang masih basah. Mata Uqayl tertutup. Dia perlukan rehat.

Rehat...

Tup! Mata Uqayl celik kembali apabila suasana sekelilingnya tiba tiba gelap dan panas. Seluruh peralatan elektrik tidak berfungsi.

Blackout. Uqayl gigit bibir.

Okay, dia dah tak boleh tahan.

Dia dongakkan kepala ke atas.

"Miss author, perlu ke uji saya macam ni? Saya nampak awak tengah syok gelak depan skrin tu."

Eh--

Pen off

Kisah terpaksa dihentikan kerana watak tiba tiba bertindak seram.

Sekian.

030624

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro