3♔︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adrian dan Armin melangkah menuju ke cafe.Langkah mereka diikuti oleh berpasang-pasang mata yang memandang mereka tidak kira lelaki dan perempuan!

Selepas beberapa minit mereka ditikam dengan pandangan-pandangan pelajar-pelajar akhirnya mereka berdua tiba di 'spot' mereka.Meja belakang sebelah kanan.Di situlah Adrian dan rakan-rakan yang sepopular nya lepak.Meja kiri pula tempat pelajar-pelajar atlet antaranya pelajar bola jaring dan juga cheerleading team.

Adrian dan Armin juga pelajar bola jaring tapi mereka berdua lebih selesa lepak dengan rakan-rakan mereka berbanding team bola jaring tapi masing-masing mempunyai hubungan yang akrab.Well,kalau kau 'popular' memang secara automatic kau akan jadi kawan Adrian.

Di hadapan meja Adrian pula adalah tempat pelajar bola sepak.Yes mereka juga sangat terkenal di sekolah.Memang kalau handsome,kaya,atlet terus jalan.Langsung tak dihiraukan tentang attitude.Hormat orang memang jauh sekali.

Meja hadapan pula biasanya dipenuhi oleh pelajar-pelajar nerd,kaki buku,budak-budak noob,pelajar pendiam.

Adrian memang tidak pernah membuli mana-mana pelajar di sekolah ini tapi setakat usik-usik tu pernah la juga tapi tak sampai pukul seperti kaki buli di sekolah ini.Cumanya dia langsung tak kisah kalau seseorang dibuli.

Tak kisah sekuat mana pun pelajar itu menjerit minta tolong,tak kisah sesedih mana pun pelajar itu merayu dia tetap dengan sikap tidak pedulinya.Padanya itu bukan masalah dia jadi dia malas nak masuk campur.

Lagipun sekolah ni dibina separuh daripada wang papanya dan separuh dari wang syarikat keluarganya jadi tidak hairanlah kalau dia buat sekolah ni macam sekolah bapa dia punya sebab memang bapa dia punya.

"Ad kau datang tak practice petang ni?" Soal Shah salah seorang pemain bola jaring.Adrian menyuakan roti ke dalam mulutnya "tengok ah macam mana.Ikut mood" ujar Adrian.Dia malas datang latihan bukan apa,dia memang minat akan bola jaring tapi pelajar perempuan yang sanggup stayback di sekolah semata-mata ingin menayang muka kepada pemain-pemain bola jaring membuatnya rasa rimas.

"Korang ada practice petang ni?" soal Shah kepada Tiara salah seorang cheerleading.Tiara yang elok di atas pangkuan Shah tersebut mengherotkan muka seketika "i rasa ada kot" ujarnya sambil menongkat dagu.

"Awww i nak you ada petang niii" rengek Shah sambil mengeratkan pelukkannya di pinggang Tiara.Pelajar-pelajar di situ semuanya berlagak selamba seakan-akan perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan.

Team basketball dan cheerleader memang seperti belangkas.Di mana ada team basketball di situ ada  team cheerleader.Kononnya mereka bagaikan pasangan serasi tapi ramai pelajar yang meluat akan mereka.

***
Fiona dan Trisha meletakkan beg mereka di loker masing-masing.Mujur sahaja loker mereka berdekatan "nak makan?" Soal Fiona sambil menutup lokernya.Dia memusing memandang Trisha "boleh juga" balas Trisha.

Fiona mengukir senyuman,tangan Trisha diraih "jom" mereka berdua melangkah menuju ke cafe.

Sepanjang menuju ke cafe ada sahaja mata-mata yang memandang mereka aneh.Pada Fiona normal bukan kalau ada pelajar baru datang sekolah? Bukannya mereka alien yang ingin menakluki bumi demi koko yang dicari-cari.

Setelah sampai di cafe, Trisha memberhentikan langkah.Fiona memandang sahabatnya "kenapa?"  Soalnya Fiona.

"Ramainya orang" gumam Trisha.Pandangan Fiona dibawa ke arah cafe.Memang ramai pelajar di cafe.Mereka sedang asyik berbual sambil bertepuk tampar sesama sendiri.Fiona kembali memandang wajah Trisha yang riaknya kelihatan risau dan gugup.

Fiona mencapai tangan Trisha.Senyuman diberikan khas buat kawannya yang tersayang "sokay aku ada" kata Fiona sambil menyenggol perlahan Trisha di sisinya.Trisha memandang Fiona kemudian dia menganggukkan kepala sebelum perlahan-lahan mereka berdua melangkah mendekati cafe.

Tempat duduk kosong dipilih.Sedikit jauh dari pelajar-pelajar yang berkumpul di meja makan "kau nak makan apa?" Soal Fiona.Trisha mencebik "apa-apa je la" katanya.Fiona mengangguk faham "tunggu sini kejap tau aku beli makanan sekejappp jeeeee" ujar Fiona sebelum dia memulakan langkah untuk membeli makanan.Makanan dipesan kepada penjual.Sementara menunggu makcik tersebut menyiapkan makanannya dan Trisha,Fiona akan memandang Trisha selang beberapa minit untuk memastikan Trisha dalam keadaan baik.

Dalam keadaan tenang tersebut tiba-tiba Fiona terasa bahunya dilanggar.Dia berdecit kemudian kepala diangkat memandang beberapa orang wanita di hadapannya.Mereka melontarkan pandangan jijik ke arah Fiona.Fiona mengalihkan pandangan, sedikit pun dia tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Hey perempuan!" Satu suara menyapa telinganya namun Fiona masih berdiam diri "are you deaf?" Soal salah seorang wanita tersebut sambil menolak kasar bahu Fiona "cakap dengan saya ke?" Soal Fiona berpura-pura innocent "dengan kau lah tak akan dengan tiang pula" bentak wanita tersebut.Fiona mengangkat bahu seketika "la mana saya tahu sebab saya ada nama awak dari tadi hey perempuan hey perempuan tu bukan nama saya" balas Fiona selamba.

"Kau jangan nak berloya buruk eh now kau tak nampak ke aku dengan kawan-kawan aku nak beli makanan?"

"Nampak"

"Ha so?"

"So?"

Wanita itu merengus geram "so tepilah! Bagi kitaorang beli makanan!" Sekali lagi bahu Fiona ditolak kasar.Fiona memejamkan matanya seketika,dia menahan amarahnya "kau tak reti beratur ke? Orang lain elok je beratur" soal Fiona dingin.Seisi cafe sudah memandang ke arah mereka,ada juga dari mereka berbisik sesama sendiri,ada juga menunjukkan riak terkejut.

"Fiona" Trisha segera mendapatkan rakannya.Tangan Fiona dipeluk erat untuk menenangkan rakannya itu "eh kau tahu tak aku ni siapa" Wanita tersebut sudah melangkah mendekati Fiona.

"Del!!" Suara tersebut menghentikan langkah wanita itu.

Fiona dan Trisha memandang lelaki yang melangkah ke arah mereka di belakangnya terdapat beberapa lagi orang pelajar lelaki.Gengaman Trisha kian erat.Dia menyembunyikan dirinya di belakang Fiona.

"Pahal bising-bising ni" soal lelaki tersebut senada.Tangan dimasukkan di kocek seluarnya "dia ni ha mulakan dulu" kata Dellyna sambil menunding ke arah Fiona.

"Kau ni buat kecoh lah Del" ujar Armin sambil memeluk tubuh.Armin memandang Fiona sebelum pandangannya dibawa ke arah Trisha yang dalam ketakutan di balakang Fiona.

"er..kau okey?" Soal Armin sebelum dia perlahan-lahan mendekati Trisha.Trisha mengeratkan pelukkannya pada tangan Fiona.Kepalanya ditundukkan.

Dengan segera Fiona berdiri di hadapan Trisha.Melindungi rakannya daripada Armin "sokay aku boleh tengokkan dia" ujar Fiona senada sebelum mereka berdua melangkah pergi dari cafe.Makanan tidak diambil tahu lagi.Mereka segera melangkah menjauhi cafe.

Armin berkerut seketika.Walaupun dia bimbang sedikit akan wanita tersebut namun perasaannya diabaikan.Pandangan kembali dibawa ke arah Dellyna.

"kau ni sehari tak buat masalah tak boleh ke" gumam Adrian perlahan sebelum dia melangkah pergi "Ad!!!" Dellyna segera mengekori Adrian.

☘︎Strong people stand up from themselves.  But the strongest people stand up for others.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro