Bab 15 🍉

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Assalamualaikum Amar, Mula mula sekali saya nak minta maaf pada awak sebab terpaksa buat keputusan ini, saya harap awak boleh faham saya. Seperti yang didalam voice recorder awak, lepas 3 bulan kita nikah kita akan cerai. Dan itu yang saya akan buat sekarang. Saya tahu yang saya sepatutnya bincang dengan awak tapi saya tak nak.

Saya sakit Amar, saya sakit bila awak maki hamun saya, pukul saya, buat saya macam tunggul kat rumah ni. Saya tak nak benda ni berlaku lagi keatas diri saya.

Tolong ceraikan saya, saya tersakiti Amar. Saya minta maaf sekali lagi. Halalkan makan minum saya. Terima kasih.

Ex wife-to-be
Puteri Arsya'

Amar meraup mukanya kasar. Dia duduk diatas kerusi yang berdekatannya. Amar termenung... tanpa Amar sedar air matanya mengalir di pipi.

Dia memandang kertas itu lama lalu memandang fail coklat yang ada didepannya. Dia tak sanggup buka fail tu. Dia tak nak bukak. Air matanya semakin galak keluar dari mata.

Lepas ni kita mulakan hidup yang baru?

"Ini ke maksud kau nak mulakan hidup baru? Mulakan hidup baru sebagai orang asing?" Amar kemam bibir.

Tak apa... semuanya akan berakhir selepas ni.

"Rupanya kau terseksa selama ni. Kenapa kau pergi selepas kau bagi aku harapan? Kenapa? Kenapa kau tinggalkan aku Arsya?? Kenapa kau tak pergi je masa aku pukul kau! Kenapa sekarang Arsya!" Kata Amar sendirian lagi.

Tak.. Arsya tak kan tinggalkan abang..

"Kau tipu aku, kau kata kau takkan tinggalkan aku, tapi kau buat jugak kenapa Arsya..?kenapa... kenapa... kenapa..."

"KENAPA KAU TINGGALKAN AKU ARSYA!!!?" Jerit Amar dengan kuat sambil meramas kasar rambutnya.

"Ya Allah... salah aku ke Arsya pergi tinggalkan aku. Tsk tsk, ya Allah aku tak sanggup hilang Arsya." Kata Amar lagi. Dia menangis. Sebab Arsya.

Amar perlahan lahan bergerak ke atas sofa lalu berbaring diatas sofa. Dia meletakkan tangan diatas kepala. Air mata masih lagi laju mengalir. Dia tak tau perasaan dia sekarang ni. Sakitnya sukar digambarkan.

Kecewa, sedih, marah... hatinya rasa sakit. Sakit sangat. Pedih. Inikah perasaan Arsya dulu?

Amar meraup mukanya lagi. Tak lama kemudian dia terlelap dengan tangisan.

-------------------

Arsya duduk diatas katil. Satu persatu gambar dia dan Amar diperhatikan. Hari ni Amar balik dari Australia. Macam mana reaksi dia bila baca surat aku? Sedih? Gembira?

Dia teringat reaksi keluarganya bila dia balik kerumah keluarganya 3 hari lepas.

Flashback

"Assalamualaikum..!" Jerit Arsya dari luar pagar rumah keluarganya.

"Waalaikumussalam, aehh adik!!.. kenapa tak bagitau nak balik, lamanya ibu tunggu adik balik." Kata Puan Asmah sambil membuka pagar rumahnya. Dia memeluk tubuh Arsya. Arsya membalas pelukan itu kembali dengab senyuman.

"Amar mana? Tak ikut adik balik ke?" Tanya Puan Asmah sambil memandang wajah Arsya. Dia nampak ada parut dimukanya.

Arsya senyum tawar. Soalan ibunya biar dibawa angin.

"Ya allah Arsya.. kenapa ada parut kat muka ni? Ada lebam lebam sikit ni?" Kata Puan Asmah sambil membelek wajah Arsya. Dia rasa tak sedap hati.

"Ibu.. apa kata masuk rumah dulu.. panas ni." Kata Arsya sambil memegang lengan ibunya. Ya Allah, wajah ini amat aku rindui. Puan Asmah mengangguk.

------------------------

"Adik nak cerai." Kata Arsya pada keluarganya. Kebetulan Abang dia balik rumah pada hari itu.

"Ya Allah, adik.. kenapa ni? Kenapa tiba tiba nak cerai? Adik tak kesian kat Amar ke adik?" Kata Puan Asmah

"Kenapa adik nak kesiankan dia sedangkan dia langsung tak kesiankan adik?" Kata Arsya. Membuatkan semua orang disitu mengerutkan kening.

"Adik tak kira, adik nak cerai jugak dengan Amar." Kata Arsya.

Qif melihat raut wajah adiknya dan ternampak sesuatu.

"Bagitau aku sebab kau nak cerai." Kata Qif tanpa nada dan nampak dingin.

Arsya senyap. Qif manahan marah.

"Bagitau aku apa dia buat dekat kau Adik?!" Jerit Qif bila Arsya diam. Arsya hanya diam dan menundukkan kepalanya. Dia tak tau Qif balik, kalau Qif tau pasal ni...

"Dia pukul kau kan?!!" Jerit Qif menyebabkan semua orang disitu terkejut.

"Along.. jangan menuduh sebarangan." Kata Encik Mansor yang hanya diam sehingga tadi.

"Menuduh apanya papa, tengok lebam lebam kat muka dia, dengan kurus kering muka pucat." Kata Qif.

"Kau bagitau aku sekarang betul ke tak Amar tu pukul kau??!!" Tanya Qif lagi. Arsya hanya menunduk sambil memejamkan mata.

"Betul ke adik?" Tanya Encik Mansor pula.

"Be.. betul" kata Arsya perlahan.

"Lelaki tak guna." Qif bangun dari tempat duduknya.

"Along nak pergi mana?" Tanya Puan Asmah.

"Along nak pergi cari setan tu." Kata Qif.

"Jangan.. biarkan dia." Kata Arsya perlahan. Kalau cari sekarang pun dia mana ada kat Malaysia.

"Kau kesian kat dia ke dik?? Lepas apa yang dia buat dekat kau? Aku tak kira.. aku nak pergi belasah dia." Kata Qif lagi.

"Dia.. dia tak ada dekat sini, dia pergi Australia." Kata Arsya lagi.

"Abang.. tolong.. tolong jangan cari dia.." kata Arsya lagi. Qif merengus kuat. Lalu duduk ditempatnya kembali. Kak Mia cuba menenangkan Qif.

"Adik cerita dekat kami sekarang apa yang jadi." Kata Puan Asmah. Kesian dia tengok anak bongsunya menjadi mangsa pukul. Luluh hati dia tengok anak dia lebam sana sini.

Endflashback

Dan Arsya menceritakan segalanya pada keluarganya. Puan Asmah dan Encik Mansor sangat kecewa dengan sikap Amar, Qif pula lepas dengar cerita itu terus masuk ke dalam bilik. Kak mia kata dia nak solat. Rasa marah sangat kut.

Arsya tak bagitau family dia yang Amar balik hari ni, kalau tak memang Abang dia pergi lanyak lanyak Amar tu. Tapi... Arsya tak nak itu berlaku. Cukuplah dia tinggalkan lelaki itu. Tak payah lah keluarga dia nak pergi jumpa Amar sebab nak balas dendam. Ini bukan jalan penyelesaiannya. Dan dia masih lagi Isteri Amar.

Ya Allah, kau jadikanlah keputusan aku ni keputusan yang tepat. Tetapkanlah hati aku. Tunjukkan lah jalan yang benar pketika aku buntu.

-------------------

Amar terjaga dari lenanya. Mata digosok beberapa kali sebelum bangun dari sofa. Amar melihat pada skrin telefonnya. Ya allah dah 3 jam aku tidur. Kemudian dia teringat balik apa yang jadi.

Arsya dah tinggalkannya.

Amar meraup mukanya. Kemudian dia terpandang fail coklat yang masih lagi belum disentuh. Dia rasa sebak melihat fail itu lalu dia naik kebiliknya. Nak solat. Nak mengadu. Nak minta pertolongan dariNya.

Usai solat dia turun kebawah. Dia masuk kedalam bilik Arsya. Seperti baru semalam dia bersama Arsya. Amar membaringkan tubuh dikatil Arsya. Bau Arsya masih ada. Amar memeluk Bantal Arsya sekuat hati kemudian dia menangis.

"Kenapa sayang tinggalkan Abang..."

"Sayang tau abang sayangkan sayang tapi kenapa sayang tinggalkan abang jugak."

"Abang rindukan sayang.. abang rindu suara sayang, abang nak tatap muka sayang.. abang rindu nak peluk sayang "

"Baliklah sayang.. baliklah dan hidup bersama abang. Abang tak kuat kalau sayang tak ada." Kata Amar sendirian menangis dalam bilik itu.

---------------------

Arsya rasa tak sedap hati.. nak call ke tak nak aehh... tapi.. ishh macam mana ni??

Call je lah.

Arsya mendail nombor itu.

Tut...tut...tut... panggilan dijawab.

"A..Assalammualaikum.."

--------------------------

Ting tong... ting tong ... ting tong ...

Bunyi loceng dihadapan rumahnya menyentak Amar. Siapa pulak malam malam ni datang rumah aku... tak kan lah..

Amar segera turun dari katil Arsya dan berlari laju ke pintu rumahnya. Amar membuka pintu..... muka nya ceria.

"Sayang dah bal....." muka Amar yang ceria menjadi muram kembali.

"Am.. am ok tak ni?" Tanya Datin Jubaidah.

"Mu..mummy." kata Amar. Dia menjadi lagi sedih. Dia mula menangis dihadapan Datin Jubaidah. Dia ingat Arsya yang balik.

"Tskk tsk, mummy.. Arsya.. Arsya.." kata Amar gagap.

Datin Jubaidah menenangkan Amar lalu membawa Amar masuk kedalam rumah.

"Ya allah Am.. kenapa ni macam ni.. kenapa dengan Arsya.." tanya Datin Jubaidah. Baru sebentar tadi Arsya telefon dia supaya datang kerumah Amar tapi dia tak tau pulak kenapa.

"Mummy.. Arsya..tsk... Arsya dah tinggalkan Am." Kata Amar yang menangis dalam pangkuan mummynya

"Haa? Apa yang Am cakap ni? Betul ke?" Tanya Datin Jubaidah. Takkanlah Arsya tinggalkan Am.

"Di.. dia.. dah pergi mummy.. dia dah pergi tinggalkan Am, dia tak sayang Am mummy." Kata Amar lagi.

"Shuuu shuuu dah dah.. jangan nangis.." kata Datin Jubaidah memujuk Amar. Umur dah 27 tapi manja macam budak budak.

Akhirnya Amar terlelap didalam pangkuan Mummynya. Kuasa ibu memang kuat.

Sekarang Datin Jubaidah faham kenapa Arsya telefon dia tadi, untuk tengokkan tengokkan Am. Apa yang Am dah buat dekat Arsya sampai dia lari ni Am... ya Allah.

------------------------

Keesokkan harinya.

Ting tong... ting tong... ting tong...

"Adik tolong pergi tengok siapa yang datang tu." Kata Puan Asmah yang sedang membasuh pinggan.

"Haa ok." Kata Arsya yang duduk dia disofa. Sampai sahaja dipintu dia memegang tombol pintu. 'Macam mana tu Amar?'

Bunyi loceng rumah masih lagi berbunyi.

'Amar ka yang tekan loceng rumah?' Arsya melihat disebalik langsir rumahnya. Kelihatan seorang perempuan yang tinggi lampai sedang berdiri dihadapan rumah dengan seorang lelaki. Tapi lelaki itu bukan Amar.

Arsya menyarungkan tudung pada kepala. Arsya membuka pintu lalu pergi ke pagar.

"Assalamulaikum,ya cik cari siapa?" Tanya Arsya pada perempuan yang membelakanginya.

"I cari Putri Arsya." Kata Perempuan itu sambil memalingkan badannya kearah Arsya. Arsya terkejut.. suara tu.. suara tu.. dia kenal...

"A..angah??" Tanya Arsya terkejut. Yaa memang angah.. tiada beza rupanya. Masih lagi cantik dam makin cantik.

"Yes.. its me Adik, happy to see me?" Sarah mendepakan tangannya. Arsya gembira lalu membuka pagar dan terus memeluk Sarah.

"Angah!! Bila balik??" Tanya Arsya.

"Just now." Kata Sarah lagi.

"Adik... siapa yang datang tu, kenapa lama sangat?" Tanya Puan Asmah di muka pintu. Dia terkejut... Anak keduanya dah balik.

"A..angah.." gumam Puan Asmah. Betul ke matanya sekarang ni?.

"Ibu..." kata Sarah sambil berlari kearah Puan Asmah. Tangan Puan terus diambil lalu disalami.

"Ibu... Angah minta maaf ibu... Angah tau Angah banyak dosa dengan Ibu. Maaf kan angah ibu " kata Sarah sambil menyalami tangan ibunya.

"Ya Allah Angah.. kenapa angah buat macam ni kat ibu. Pergi tak bagitau, lepas tu tak telefon ibu... datang pulak tak khabar.. kamu nak jadi apa ni Sarah..." kata Puan Asmah. Air mata sudah pun jatuh.

Arsya hanya melihat drama itu dengan senyuman. Tiba tiba ada suara garau menegurnya.

"Hai.." kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

"Assalamualaikum." Kata Arsya sambil menunduk. Harommm.

"Waalaikumussalam, sorry my bad." Kata Lelaki itu. Arsya hanya senyum manis.

"Are you Arsya?" Tanya lelaki itu.

"Yes.." kata Arsya tapi tidak memandang lelaki itu. Terbawa bawa pula perangai dekat rumah Amar sehingga ke rumah Ibu. Dah jadi terbiasa tak pandang lelaki. Awkward pulak nak pandang.

Lelaki itu menggosok belakang tengkuknya dengan tangan. Maybe dia ingat aku sombong kut.

"Im Rayyan Idris." Kata Rayyan. Erkk sorry tak tanya pun. Arsya terus bergerak pergi ke arah ibu dan angahnya. Dah habis belum drama akasia ni?

"Angah.. sapa tu." Tanya Arsya sambil menjuih kearah Rayyan.

"Ouh.. tu... tu... abang Ipar adik." Arsya terkejut.. matanya terbeliak. What.. my brother-in-law?

"Tu boyfriend angah ke?!" Tanya Arsya sedikit kuat.

"Shuuuuutt senyaplah sikit.." kata Sarah sambil meletakkan jari telunjuknya pada mulut.

"Ray.. come here." Panggil Sarah. Mengajak dia masuk kedalam rumah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro