Bab 25 🍉

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayang... abang nak minta sesuatu boleh tak?" Tanya Amar dari corong telefon.

"Minta? Minta apa?" Tanya Arsya kembali.

"Boleh tak kalau sayang duduk abang semula?" Tanya Amar dengan berhati hati. Arsya terdiam.

'Duduk dengan Amar? Macam dulu?'

Arsya membayangkan kenangan dia dirumah itu. Kenangan yang dia tidak mahu berulang lagi.

'Amar!!! Sakit Amar!!! Sakit!!'

"Arsya?" Panggil Amar bila Arsya hanya berdiam sahaja. Arsya tersentak.

"Hah? Ye?" Tanya Arsya.

"Abang tanya sayang nak duduk dengan abang tak?" Tanya Amar sekali lagi.

"Err saya fikirkan dulu boleh tak?" Tanya Arsya. Dia tak bersedia lagi untuk menjejakkan kaki dirumah itu lagi.

"M..mestilah boleh." Kata Amar. Mungkin Arsya masih lagi belum memaafkan dia.

"Ermm Amar, dah malam ni... nanti lah kita call lagi ye."

"Haa ye selamat malam."

"Selamat malam Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Amar menamatkan panggilan.

Dia meraup wajahnya. "Kerasnya hati sayang nak maafkan abang." Kata Amar sendirian.

"Tapi... salah kau jugak Amar."kata Amar lagi lalu dia berbaring diatas katil. Dia meletakkan tangan diatas kepala dan memejamkan mata.. lama kelamaan dia diulit mimpi.

--------------------

"Hariz!!" Jerit majikannya.

Hariz yang sedang tidur diatas meja itu terkejut lalu terjaga.

"Masuk pejabat saya sekarang juga!!" Tengking majikannya lagi.

Majikan itu pergi lalu masuk kedalam biliknya. Hariz perlahan lahan bangun dari tempat kerjanya lalu bergerak kearah bilik majikannya.

Tok. Tok.

Hariz membuka pintu lalu berdiri dihadapan meja majikannya.

"Ye boss ada apa panggil saya?" Tanya Hariz takut takut.

"Kamu ni nak jadi apa Hariz? Kamu ni nak makan gaji buta ka?!!" Marah Majikannya.

"Datang Lambat! Tidur masa buat kerja! Kerja pun tunggang langgang. Keluar masuk office macam office ni kamu punya!! Saya tak ambil kamu kerja untuk goyang kaki!!" Marah majikannya lagi.

"Saya minta Maaf boss." Kata Hariz.

"Ini dah kali berapa dah Hariz! Harap je ada bapa kaya! Ternama! Namun anak! Saya ni ambil kamu kerja sebab bapa kamu arahkan saya untuk pimpin kamu!"

"Saya dah malas nak cakap banyak, You're fired!!"

"Boss.. boss.. tolonglah, kalau Bapa saya tau mati saya boss." Rayu Hariz.

"Jawab sendiri dengan bapa kamu! Dah sekarang keluar kemas barang kamu sebelum saya panggil pengawal heret kamu keluar."

"Boss..."

"KELUAR!!"

Hariz terus keluar dari bilik itu secepat mungkin.

"Dah lah tua.. banyak mulut pula tu. Ingat aku hadap sangat ke nak kerja kat sini, gaji pun ciput. Kedekut punya orang tua." Kata Hariz dengan nada yang perlahan.

Hariz menyimpan barang barangnya kedalam kotak. "Aehh Hariz, kenapa ni? Simpan barang?" Tanya Imran.

"Jangan tanya aku boleh tak, tanyalah boss kesayangan kau tu." Kata Hariz lalu dia mengangkat kotak itu dan keluar dari bangunan itu.

"Apa lah malang sangat hidup aku, dulu tak macam ni pun. " kata Hariz sambil bergerak menuju ke keretanya.

Tiba tiba dia dilanggar seseorang.

Buk!! Habis semua barangnya jatuh kebawah.

"Mata tu buta ke!!" Marah Hariz.

"Saya minta maaf.." kata Arsya sambil menolong Hariz mengutip barangnya.

Hariz terkejut. Dia melihat pada Arsya yang sedang meletakkan barangnya kedalam kotak itu kembali.

"Saya betul betul minta maaf Encik. Saya tak nampak Encik tadi." Arsya mendonggak melihat orang itu. Arsya tergamam.

"Arsya.." panggil Hariz.

Arsya cepat cepat bangun dan mahu pergi dari situ namun Hariz lebih cepat menarik lengannya.

"Apa ni Hariz! Lepas lah." Marah Arsya. Hariz melepaskan lengan Arsya perlahan lahan.

"H..hariz minta maaf." Kata Hariz.

"Apa Hariz nak?" Tanya Arsya sambil cuba menahan geram.

"Hariz rindukan Arsya." Kata Hariz.

"Apa Hariz cakap ni? Dah dah lah tuh mengarut Hariz pergi lah dekat perempuan yang Hariz cintakan sangat tu." Kata Arsya lalu dia berpaling dan berlalu pergi.

---------------

"Kenapalah aku boleh jumpa Hariz kat sini. Hishh habis mood aku." Kata Arsya lalu dia menghidupkan Enjin keretanya dan bergerak laju diatas jalan raya.

Klingg...

"Welcome to cafe coffee and love, 0ay I help you?" Tanya Dini pada Arsya.

"Wow... such a good manner. Muka boss sendiri pun tak ingat ke." Gurau Arsya.

"Just kidding boss." Kata Dini.

"Kate mana?" Tanya Arsya.

"Ouh cik Kate ada kat kitchen kut." Kata Dini.

"Okay thanks." Kata Arsya lalu dia berlalu pergi masuk kedapur.

"Guys... have you see Kate?" Tanya Arsya pada Semua orang didalam dapur tu.

"Cik kate ada dekat..." belum sempat Syaf nak menghabiskan ayatnya. Kate keluar dari suatu bilik.

"Boss... you cari I ke?" Tanya Kate.

"Yes.. come to my office." Kata Arsya lalu dia masuk kedalam biliknya bersama dengan Kate.

"Anything boss?"

"Encik Amar ada datang sini tak?" Tanya Arsya.

"Dua hari lepas dia ada datang, kenapa ye boss?"
Tanya Kate.

"Nothing just... saya ada benda nak bincang dengan awak." Kata Arsya dengan wajah yang serius.

"Macam serius je ni.. kenapa?" Tanya Kate.

"Kenapa kita punya keuntungan makin menurun? Bukannya sikit but banyak."

"Saya rasa sebab ada cafe yang baru bukak hujung jalan tu, cafe coffee cat, diorang kata cafe tu ada kucing kat sana so... banyak lah pelanggan kita kesana." Kata Kate.

"We need to do something." Kata Arsya.

"Do what?"

"A promotion or anything else. Saya akan fikirkan caranya... bagitau semua yang esok datang awal sikit, ada meeting emergency okay?"

"Okay boss.. anything else?" Tanya Kate lagi.

"Ermm... tak ada apa dah lah kut.. thats all thank you." Kata Arsya. Kate menunduk lalu dia keluar dari bilik itu.

Arsya bersandar kebelakang kerusinya lalu dia mengeluh. Ape.. ingat bukak cafe tak ada masalah ke.

Kring! kring!

Arsya melihat nama pemanggil sebelum menjawabnya.

"Assalammualaikum Amar, kenapa?" Tanya Arsya.

"Abang nak ajak sayang Dinner malam ni boleh tak?" Tanya Amar.

"Boleh je.. pukul berapa?"

"8 p.m"

"Orait deal, Amar datang ambil saya ke?" Tanya Arsya lagi.

"Haa yes.. pakai cantik cantik tau." Kata Amar lagi.

"I got to go now see you tonight sayang, I love you, Asaalamualaikum." Amar terus menamatkan panggilan telefon.

"Waalaikumussalam."

'I love you too.'
---------------------------

"Aehh Adik nak pergi mana tu?" Tanya Puan Asmah.

"Adik nak keluar dengan Amar." Kata Arsya sambil memakai kasut tumit tingginya, disemua sebab Amar, kalau tak memang aku tak pakai heels ni.

"Keluar pergi mana?" Tanya Puan Asmah lagi.

"Mah.. biarkan je lah diorang nak pergi mana, awak jangan sibuk hal rumah tangga orang." Kata Encik Mansor yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Alaaa saya tanya je pun. Tak pe lah, pergi elok elok ye.. hati hati." Pesan Puan Asmah.

Arsya tersenyum. "Baik Ibu, Arsya pergi dulu." Kata Arsya lalu dia menyalami tangan Encik Mansor dan Puan Asmah.

Puan Asmah menghantar Arsya dengan lirikan mata sahaja, kemudian selepas kelibat Arsya menghilang dia mengeluh kecil.

"Awak ni dah kenapa mengeluh, anak kita tu keluar dengan suami dia bukannya pergi buat benda tak baik." Kata Encik Mansor lalu dia melabuhkan punggung diatas sofa.

"Apa abang cakap macam tu, bukan lah, saya mengeluh sebab saya risau. Boleh ke Amar bahagiakan anak kita?" Tanya Puan Asmah pada Encik Mansor. Jelas wajah Puan Asmah risau terhadap anak bongsunya itu.

"Dulu abang pun rasa macam tu tapi sekarang abang yakin yang budak si Amar tu boleh jaga Arsya lebih dari kita jaga dia." Kata Encik Mansor dengan senyuman.

------------------

"Awak nak bawak saya makan dekat mana?" Tanya Arsya.

"Somewhere special." Kata Amar dengan senyuman.

"Awak selalu macam ni tau, suka berahsia." Kata Arsya.

"Bukan berahsia, cuma abang tak bagitau je." Kata Amar dengan senyuman nakalnya.

Arsya mencebik. Bukan ke sama ja maksud dia?

Selepas beberapa minit, akhirnya kereta Amar berhenti di suatu kawasan.

"Kita buat apa dekat sini?"  Tanya Arsya sambil memgerutkan kening. Hutan? Buat apa dalam hutan ni.

"I prepare something for you, jom keluar." Kata Amar lalu dia keluar dari perut kereta dan berjalan kepintu sebelah Arsya kemudian dia membuka pintu untuk Arsya. Alahh macam gentleman selalu buat tu.

"Thank you." Kata Arsya seraya dia keluar dari kereta.

Kemudian matanya tertumpu pada kawasan yang diterangi lampu lampu yang bercahaya.

"Apa ni awak?" Tanya Arsya dengan rasa terkejut.

"Suprise." Bisik Amar pada telinga Arsya.

Arsya tersenyum lalu Amar menghulurkan tangannya. Arsya menyambut tangan Amar lalu Amar membawanya ke Meja yang dihiasi lilin dan bunga.

"Bila awak sempat buat semua ni?" Tanya Arsya.

"Abang buat sikit je, yang lain orang lain yang uruskan." Kata Amar tersengih.

Arsya terangguk angguk dengan mulutnya berbentuk O.

"Sayang dah lapar ke?" Tanya Amar. Arsya mengangguk. Kemudian Amar menepuk tangannya dua kali. Datang pelayan yang entah muncul dari mana datang membawa makanan. Arsya mengerutkan keningnya sambil menahan dari ketawa.

'Sejak bila ada pelayan ni?'

Pelayan itu meletakkan dua pinggan stick dihadapan Arsya dan Amar.

"Stick? Wow.. berkelas nampak." Kata Arsya sengaja bergurau.

"Ofcourse, kalau berkaitan dengan sayang mestilah semua berkelas." Kata Amar dengan lagaknya.

"Poyo." Gumam Arsya.

"What?"

"Tak ada apa apa."  Kata Arsya dengan senyuman.

"Sayang." Panggil Amar sambil memotong stick itu.

"Apa yang abang cakap malam kelmarin, boleh tak sayang tolong pertimbangkan?" Tanya Amar dengan berhati hati.

Arsya mengerut keningnha lalu dia vuba untuk mengingati.

Boleh tak kalau sayang duduk abang semula?

"Awak.. bukan tak boleh tapi.." Amar mencelah.

"Tak pe abang faham, sayang tak ready lagi tapi abang nak sayang fikir masak masak." Kata Amar kemudian dia memasukkan daging yang dipotong kedalam mulutnya. Arsya hanya mendiamkan diri.

Selesai sahaja makan, Amar membawa Arsya duduk diatss bonet kereta dan melihat langit yang gelap namun diterangi oleh bulan dan bintang

"Sayang." Panggil Amar.

"Hurmm."

"Sayang tau tak, sejak sayang tinggalkan abang sorang sorang hari tu, setiap hari abang rasa sesak nafas. Menangis tak henti henti,  abang harap sangat bila abang buka mata, sayang ada depan abang." Luah Amar.

"Masa tu abang rasa macam abang ni tak berguna langsung, abang dera sayang, abang maki hamun sayang, tapi sayang tak lari pun dari abang masa tu, sampailah satu waktu sayang rasa dah tiba waktunya, sayang pergi. Tapi masa tu kita baru nak kecapi bahagia kita. Sayang beri abang harapan tapi sayang hancurkan juga harapan itu."

"Amar, saya pergi sebab awak, saya dah tak sanggup hadap semua ni." Arsya berkata. Kali ini biarlah dia meluahkan semuanya.

"Sepanjang 3 bulan, saya rasa terkurung dalam neraka, langsung tidak diberikan kebebasan, malah saya didera oleh suami saya sendiri. Sakit tu hanya Allah sahaja yang tau. Ya saya tau saya dah berdosa besar dengan awak sebab tinggalkan awak tapi saya pergi  sebab saya nak cari diri saya balik. Saya nak bina balik semangat saya yang awak hilangkan." Luah Arsya lagi.

"Abang minta maaf sayang, semuanya salah abang, abang tak jaga isteri abang macam mana isteri abang jaga abang. Abang sanggup terima apa sahaja hukuman asalkam sayang tak tinggalkan abang lagi." Ujar Amar pula.

"Saya minta maaf juga sebab saya lari, saya dah jadi isteri yang nusyuz."

"Tak apa, kita mula hidup baru ye." Kata Amar lalu dia memeluk tubuh Arsya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro