Bab 33 🍉

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Can you explain to me?" Tanya Arsya dengan suara yang kecewa.

"Arsya.."

"What? Awak nak kata apa? You dont know this girl? Bukan awak yang dalam gambar tu? Tell me?!" Arsya menaikkan suara.

"Abang tak buat semua ni, abang teraniaya!"

"What do you mean teraniaya?! I know this is your PA. And you sleep with your PA!! Amar!! What are you doing?!!" Arsya menahan geram.

"Just now, awak marah saya sebab saya tuduh awak. Now? Diam bila bukti depan mata? Huh?" Arsya geram.

"Abang tak buat semua tu!! Percayalah! Abang kena perangkap!!" Amar bersungguh sungguh menagih kepercayaan Arsya.

"Mana bukti yang awak teraniaya Amar? Mana?" Amar diam. Setelah beberapa minit suasana menjadi sunyi, Arsya bangun dari kerusi lalu dia duduk diatas sofa yang berhadapan dengan tv.

"Kalau saya percayakan awak apa yang saya dapat? Awak pun tak pernah nak percayakan saya buat apa saya nak percayakan awak?" Arsya menahan air matanya dari berguguran.

"Abang.." Amar bangun kerana mahu pergi kearah Arsya namun Arsya menghalang.

"Stay there Amar, jangan datang sini. Saya tak nak tengok muka awak." Kata Arsya dengan suara yang menahan sebak.

"Maafkan abang sebab tak percayakan sayang, tapi abang betul kena perangkap, kena perangkap dengan betina tu!" Jelas Amar lagi.

"Huh.. sekejap aku kau sekejap awak saya, nanti abang sayang. Such a hipokrit man." Sindir Arsya.

"Awak nak kata PA awak tu suka awaklah? Dia nak perangkap awak?" Sambung Arsya.

"Abang tak bersalah pun!"

"Kalau dia mengandung macam mana?" Soalan Arsya membuatkan Amar diam tak berkutik sekali lagi.

"Answer me Amar! Kalau dia mengandung what are you gonna do?" Kata Arsya tegas. Namun Amar hanya diam.

"Saya balik rumah ibu. Jangan cari saya selagi awak tak jumpa bukti yang awak tak tidur dengan dia. I give you just one chance. One chance only. Saya tak nak jadi macam awak yang suka menuduh orang tanpa bukti. Perasaan kena tuduh tu perit dia hanya Allah yang tau. Tapi kalau memang awak tidur dengan dia." Arsya menjedakan katanya lalu dia bangun menghadap Amar.

"Marry her and divorce me." Kata Arsya lalu dia berjalan melepasi Amar. Riak wajah Amar terkejut. Cerai?

Amar menoleh kebelakang  namun Arsya sudah masuk ke dalam biliknya.

Cerai?

Amar terduduk diatas lantai. Dia memegang rambutnya yang kusut dengan kuar. Maafkan abang sayang.

--------------------------

"Aehh kenapa adik tak bagitahu nak balik?" Tanya Puan Asmah yang terkejut bila melihat Arsya berdiri didepan pintu.

"Err.. Ibu, adik duduk sini untuk beberapa hari aeh?" Tanya Arsya.

"Suami kamu mana?" Tanya Puan Asmah sambil melihat dibelakang Arsya.

"Abang Am outstation sebab tu Arsya datang sini." Bohong Arsya. Maafkan Arsya sebab Arsya dah banyak tipu ibu.

"Begitu.. kalau macam tu marilah masuk, ibu tengah masak tu, nanti kita makan sama sama." Kata Puan Asmah menjemput Arsya masuk.

Arsya hanya tersenyum. Arsya menuju kebiliknya lalu menutup pintu dan menguncinya.

Air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Lalu dia terus menyeka air matanya dengan kasar.

'Arsya! Kau tak boleh macam ni. Kau dah kata kau nak jadi kuat! Bukan Arsya yang lemah!'

"Aku akan siasat benda ni " kata Arsya lalu dia mendail nombor seseorang.

"Assalamulaikum, angah dekat mana sekarang?"

------------------------

Amar membaringkan tubuhnya diatas katil. Sakit kepalanya yang bagai mencucuk cucuk otaknya menganggu dia untuk berfikir.

"Shit! Macam mana aku boleh terbabas dengan Qisrina. Aku tak rasa aku buat benda haram tu dengan dia." Kata Amar sendirian.

Saya balik rumah ibu. Jangan cari saya selagi awak tak jumpa bukti yang awak tak tidur dengan dia. I give you just one chance. One chance only. Saya tak nak jadi macam awak yang suka menuduh orang tanpa bukti. Perasaan kena tuduh tu perit dia hanya Allah yang tau. Tapi kalau memang awak tidur dengan dia, marry her and divorce me.

"That's not gonna happen. Abang akan cari bukti tu sampai dapat." Kata Amar lalu dia memejamkan mata agar sakit kepalanya berkurang.

-----------------------------------

"Finally, you milik I, just mine." Qisrina menatap foto foto yang dia bersama Amar yang ditangkap pada malam itu.

"Tak sangka isteri you tu budak selekeh yang datang office hari tu. Patutlah I pelik tiba tiba you ada adik perempuan. Tapi berani dia tipu I. Rasakan apa yang aku bagi dekat kau."

-------------------------------

Arsya bergegas masuk kedalam kereta apabila dia menerima satu panggilan dari mak mertuanya.

Laju sahaja kereta Arsya meluncur keluar dari kediaman Encik Mansor itu.

"Apa lagi si Amar ni buat." Gumam Arsya.

Sebaik sahaja sampai kedestinasi yang dituju, Arsya terus keluar dari perut kereta dan masuk kedalam bangunan yang gah itu.

Butang lif ditekan bertubi tubi berharap lif akan turun cepat tapi kelajuan lif tetap sama je. Huh.

Arsya menaiki lif lalu butang no 18 ditekan. Arsya menunggu dengan sabar untuk sampai ke tingkat 18.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Arsya terdengar  ada orang menjerit jerit. Siapa lagi kalau bukan Amar.  Panas baran tak kira tempat. Arsya bergegas kearah jeritan itu.

"APA KAU DAH RANCANG UNTUK ROSAKKAN KEHIDUPAN AKU?!!" Tengking Amar pada Qistina.

Qistina hanya memandang kebawah.  Terhinjut hinjut bahunya akibat ditengking oleh Amar.

"AKU TANYA NI BODOH!!!" Marah Amar lagi.

"Tengku Amar Fiyyad!" Arsya menjerit nama Amar dari jauh. Amar tersentak. Arsya!

"Sayang.." gumam Amar. Terkejut dengan kehadiran Arsya dipejabatnya.

Arsya mendekati mereka. Para pekerja yang tadi berminat untuk melihat sketsa Boss dan seketarinya terus melakukan kerja masing masing bila madam turun padang.

"Kenapa dengan awak ni nak tengking tengking orang? Tak malu dengan pekerja awak?" Tanya Arsya dingin. Baru sahaja Amar mahu membuka mulut untuk menjawab soalan Arsya. Mata Arsya beralih pada Qisrina.

"Ok tak?" Tanya Arsya prihatin. Qisrina mrngangguk laju.

"Abang, you stay here, and you follow me." Kata Arsya lalu dia berjalan masuk kedalam bilik kerja Amar diikuti Qisrina. Qisrina tersenyum sinis dalam diam.

"Masuk" arah Arsya sambil membuka pintu masuk kepada Qisrina lalu pintu ditutup kembali.

"Look at me." Kata Arsya. Qisrina menturuti. Dia bertentang mata dengan sepasang mata Arsya yang cantik.

Arsya memandang wajah Qisrina dengan teliti lalu dihadiahkan tamparan pada pipi Qisrina dengan kuat.

PAKK!!

Kepala Qisrina terteleng kekanan. Qisrina terkejut seketika lalu dia memandang wajah Arsya kembali dengan pandangan yang benci.

Nasib baik dinding bilik Amar ditutup. Kalau tak free show je nampak aku tampar muka perempuan ni.

"What the fucking are you doing?!"  Marah Qisrina.

Arsya tergelak hambar.

"Huh.. depan aku boleh pulak maki maki, depan Amar tadi asal kau tak maki dia macam ni?"

"Takut??"

Qisrina hanya menjeling tajam pada Arsya.

"Jangan ingat aku selamatkan kau dari Amar, kau boleh lepas macam tu ja. Aku takut tangan Amar tu naik dekat kau je. Takkan kau nak malukan diri kau depan orang?" Arsya berjalan kearah sofa lalu dia duduk disitu.

Qisrina tersenyum sinis.

"I rasa you dah tau kan hubungan I dengan Amar macam mana? Amar takkan naik tangan dekat I sebab dia sayang I." Kata Qisrina dengan bongkak.

"Sayang ke sampai tengking kau depan orang."  Arsya menyindir kembali.

"Dia tak sengaja sebab dia stress ada Isteri macam you. One day dia akan ceraikan you and kahwin dengan I." Kata Qisrina lagi.

"Huh yakinnya dia nak kahwin dengan kau." Arsya menyilangkan kakinya.

"Of courselah I yakin sebab dalam perut ni ada anak suami you." Kata Qisrina lagi.

Arsya terkejut. Anak? Namun tiba tiba dia tersenyum.

"Pfftttt anak? Bila kau tidur dengan suami aku?" Tanya Arsya sambil menahan ketawa.

Qisrina mengerutkan keningnya. Dia tak dapat ke gambar yang aku hantar hari tu?

"I rasa I dah hantar gambar dekat you. So you tau lah bila I make a love with your husband." Kata Qisrina lagi.

Walaupun Arsya tau kebenarannya namun ayat yang keluar dari mulut Qisrina tetap menyakitkan hatinya.

"Are you sure dalam perut kau tu anak Amar?" Tanya Arsya lagi sekali.

Qisrina tersenyum bangga. "100% sure."

Arsya tersenyum sinis lagi. Bodo rupanya perempuan ni. Kalau aku tau tak payah aku nak upah spy bagai.

"Berapa bulan?" Arsya cuba memancing lagi.

"3 weeks."

Arsya tidak dapat melayan lagi kebodohan perempuan ni.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA, Oh my god, you're so funny!!!" Gelak Arsya.

Qisrina pula hanya mengerutkan kening. Perempuan ni gila ke?

"Baru minggu lepas tidur dengan suami aku, terus mengandung 3 minggu? Are you serious? Are you joking right now? Terkantoi or what?" Arsya cuba menahan dirinya dari terus mentertawakan Qisrina. Alahhh bodo pergi kantoikan sendiri.

"I...i..." Qisrina terkejut. Baru dia sedar dia telah ditipu. Shit!!

"Dah lah, aku tak nak dengar apa apa dah." Kata Arsya lalu dia bangun dari sofa.

"Sebelum bercakap, think first ok?" Kata Arsya lalu dia berjalan melepasi Qisrina.

Amar yang berdiri diluar terus berjalan kearah Arsya apabila ternampak Arsya keluar dari biliknya.

"Sayang..." panggil Amar.

"Pecat dia." Kata Arsya lalu dia pergi meninggalkan Amar. Amar hanya berdiri disitu bingung. Lalu bila dia tersedar dia terus masuk kedalam biliknya. Terlihat Qisrina terduduk disitu.

"Woi perempuan kau keluar dari bilik aku, jijik lah aku tengok kau." Kata Amar lalu dia mengambil telefonnya dan keluar dari bilik itu mengejar Arsya.

Amar lari mengejar Arsya sehingga ke pintu lift.

"Sayang.." panggil Amar namun Arsya tidak mengedahkannya.

"Sayang." Amar memegang tangan Arsya tapi Arsya menempisnya.

"Lepaslah, tak payah nak pegang pegang." Kata Arsya tanpa melihat wajah Amar.

"Sayang, please balik rumah, abang rindukan sayang." Kata Amar lagi.

"Dah jumpa bukti ke?" Tanya Arsya. Dia masih lagi marah. Walaupun tau itu bukan salah Amar namun entah kenapa hati dia ini masih marahkan Amar.

"Abang dah tanya Qisrina tapi dia tak jawab soalan abang. Abang dah buntu macam mana nak cari bukti nak tunjukkan dekat sayang. Abang betul betul tak bersalah." Terang Amar panjang.

"Macam mana saya nak percaya kalau bukti pun tak ada? Saya takkan balik kerumah tu selagi awak tak jumpa bukti yang awak tak tidur dengan dia." Kata Arsya sebelum masuk kedalam lift yang baru sahaja sampai. Lama betul lift nak sampai.

"Saya pergi dulu assalamulaikum." Kata Arsya lalu dia menutup pintu lift.

Sebaik sahaja pintu lift tertutup Arsya melepaskan keluhan.

"Maafkan saya Amar, saya cuma nak awak rasa macam mana saya rasa bila awak tuduh saya bukan bukan." Kata Arsya sambil mengingati wajah Amar yang betul betul memerlukan kepercayaannya.

Lepas awak sedar kesilapan awak, saya janji akan kembali kepada awak. Jadi tolonglah sedar mana awak silap dan mana salah awak. Ini saja yang mampu saya lakukan untuk menyedarkan awak. Saya minta maaf Amar.

Arsya keluar dari lift itu dengan perasaan yang sebak dan bersalah. Dia segera mendapatkan keretanya untuk keluar dari parking bawah tanah itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro