Bab 37🍉

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

4 bulan kemudian

"Abang!!!!" Jerit Arsya dari dalam bilik air.

"Abang!! Tolong Arsya!!"

Amar yang sedang menonton bola terkejut mendengar jeritan Arsya.

"Sayang??!!" Amar bingkas bangun dari sofa lalu berlari kearah bilik.

"Sayang kat mana?" Amar mahu membuka pintu bilik air namun terkunci.

"Sayang!!!"

"Abang, tolong Arsya abang sakit!"

Amar terus merempuh masuk dengan menolak pintu dengan badannya. Amar melihat darah mengalir dikaki Arsya.

"Ya Allah, sayang kita kena pergi hospital ni." Amar dengan pantas mengangkat Arsya dengan gaya bridal lalu membawa masuk ke kereta.

"Abang, cepat abang sakit nii." Adu Arsya yang sedang menahan kesakitan.

"Kejap sayang, kejap." Kata Amar dengan peluh didahi. Cemas! Itu yang dia rasakan sekarang.

Sampai sahaja diruangan kecemasan, Arsya segera dibawa masuk kedalam bilik bedah.

Amar berulang alik berjalan dihadapan bilik bedah. Selepas seketika keluarga Amar dan keluarga Arsya turut datang memberikan semangat pada Amar.

"Amar bersabar lah ya, Amar kena doa banyak banyak supaya Allah mempermudahkan segala urusan Arsya." Kata Puan Asmah. Dia juga merasakan debaran tetapi hanya bertawakal dan berdoa kepada Allah supaya Arsya selamat.

Selepas beberapa minit, seorang jururawat keluar dari bilik itu untuk memanggil Amar.

"Siapa disini suami kepada puan Arsya?" Tanya Jururawat tersebut.

"Saya."

"Mari ikut saya kedalam sebab Puan Arsya dah nak bersalin." Kata Jururawat itu lagi.

"Hah?" Amar terkejut namun dia terus mengikuti jururawat itu sehingga dia masuk kedalam bilik pembedahan.

"Abang." Rintih Arsya. Sakit ya allah, macam nyawanya mahu keluar dari tubuhnya.

"Sayang." Panggil Amar lembut lalu dia memegang tabgan isterinya memberi kekuatan.

"Okeyh, bila saya kira 1 hingga 3 puan boleh bersedia untuk mengeluarkan anak puan." Kata Doktor itu.

"1, 2, 3 Push!!"

"ARGHHHHHHHH" Jerit Arsya.

"Sayang, tolong bertahan sayang." Kata Amar sambil melihat raut wajah Arsya yang berkerut.

"Sekali lagi puan, 1, 2, 3 Push !!!"

"ARGHHHHHHHH"

-----------------------------------

Selepas beberapa minit, akhirnya kedengaran suara tangisan bayi. Amar tersenyum.

"Puan ada seorang lagi." Kata Doktor itu. Amar terkejut.

"Kembar?!"

"1, 2, 3 PUSHH!!!!"

Selepas beberapa minit kemudian, terdengar lagi seorang bayi menangis. Amar hampir menitiskan matanya.

"Sayang, thank you very much." Kata Amar lalu dia mencium umbun umbun Arsya.

Arsya hanya menarik nafas sambil tersenyum lega. Selamat datang anak anak mama.

"Alhamdulillah, Puan Arsya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan." Kata Doktor itu dengan senyuman.

"Anak saya kembar doktor?"

"Tahniah, Encik mendapat sepasang anak kembar." Kata Doktor itu lagi.

"Terima kasih doktor, terima kasih." Kata Amar dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana berikan kami kembar.

---------------------
Amar menyampai berita gembira itu kepada keluarga mereka.

"Alhamdulillah Arsya selamat." Ucap Puan Asmah. Yang lain juga memanjatkan kesyukuran.

"Kami dah boleh masuk jumpa dengan dia ke?" Tanya Puan Jubaidah.

"Buat masa sekarang cuma Suami dia sahaja yang boleh masuk supaya tak sesak sangat dan kita nak bagi peluang si ibu untuk berehat." Keluarga Amar dan Arsya memahami.

"Puan Arsya akan dipindah kan ke wad biasa sekejap lagi, jadi kalau tak ada apa apa saya pergi dulu, sekali lagi tahniah Encik Amar." Kata Doktor itu sebelum pergi dan bersalaman dengan Amar.

-------------------

"Sayang." Panggil Amar lembut. Arsya melihat Amar sedang melihat anak anak mereka.

"Ya?"

"Abang nak azankan anak anak kita sekarang boleh tak?" Tanya Amar.

"Boleh." Arsya dengan tiba tiba berasa sebak.

Amar mengazankan anak anaknya dengan lancar sekali.

"Abang." Panggil Arsya selepas Amar selesai mengazankan.

"Ya sayang?"

"Abang nak bagi nama apa dekat anak anak kita?" Tanya Arsya.

"Yang perempuan awak nak letak apa?" Tanya Amar kembali.

"Saya nak letak Tengku Aimma Aisyah binti Tengku Amar Fiyyad." Kata Arsya dengan senyuman.

"Lelaki awak letak pulak." Kata Arsya kepada Amar.

"Tengku Idris Mikail bin Tengku Amar Fiyyad." Arsya tersenyum lebih lebar.

"Assalamualaikum Aimma dengan Mika." Kata Arsya menyambut Anak anaknya.

---------------------------

4 tahun kemudian

"Sayang jangan lari, nanti jatuh!" Pesan Arsya pada anak anaknya, alahai nakal betul anak anak dia ni, ikut perangai bapak dia lah ni.

"Mama mama, tenok tu ada oyang jual es chim." Kata Mika dengan pelatnya.

"Mika nak aiskrim ke?" Mika mengangguk laju.

"Aimma nak aiskrim jugak ke?" Aimma mengangguk juga.

"Kejap aeh." Arsya bangun sambil memegang pinggangnya. Aduhhh lengahnyaaa.

"Sayang!!! Siapa suruh bangun ni?? Abang dah cakap jangan pergi mana mana." Ammar dari jauh berlari mendekati Arsya.

Arsya tergelak kecil. Alahaii ni baru bangun.

"Sayang nak pergi mana?" Tanya Ammar.

"Nak pergi beli Aiskrim dekat Aimma dengan Mika, diorang nak aiskrim." Kata Arsya sambil memegang pinggangnya lagi.

"Aehh perut sayang tu dah besar buncit dah ada hati nak pergi beli aiskrim, tak pa biar abang pergi beli. Sayang duduk sini dengan anak anak." Kata Ammar. Hailah, nasib sayang kalau tak dah laa gigit si Arsya ni. Tak reti nak ikut cakap orang.

"Ye lah ye lah." Arsya mengalah. Ammar pergi membeli aiskrim diikuti dengan bola mata Arsya.

"Haih sayang, ni baru anak dua, nanti bila sayang nak keluar papa kamu tu mesti gelabah semacam. Protective dia lain macam." Bebel Arsya seorang diri pada anaknya yang masih berada dalam perut. Baru memcecah 7 bulan.

Alhamdulillah Allah memberikan kami satu lagi cahaya mata untuk kami menjaganya.

Kini hidup Arsya bersama Ammar semakin ceria dan bahagia. Selepas menghadap kedukaan yang melampau. Pengkhianatan dan pengorbanan, akhirnya mereka sudah matang dalam mengharungi ujian ini.

Anak dah nak masuk 3, tapi perangai tak ubah ubah macam mana ni??

HAHAHAHA

Sekian ini sahaja penamatnya... macam cepat sangat ending?? Tak adalah. Cerita ni dah setahun lebih dah, disebabkan author asyik tangguh tangguh tangguh tergendalalah cerita ni sampailah setahun lebih.

-TAMAT-

Sorry ending dia tk best sbb tak de idea😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro