Bab 8 🍉

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau nak beli apa?" Tanya Amar sambil menolak troli. Arsya pula berjalan disebelahnya. Sekali tengok hermm sweet pulak macam the real couple. Apa kau ngarut ni.

"Adalah, haa yang awak ni tiba tiba nak ikut saya pergi beli barang kenapa?" Tanya Arsya. Pelik juga. Tadi bukan main malas lagi nak beli makanan bila nak pergi pasar baru dia nak ikut.

"Aku nak tengokkan kau, nanti kau pergi goda pak cik entah datang dari mana. Tak pasal pasal air muka aku jatuh. Nanti orang kutuk aku tak reti jaga bini." Kata Amar selamba.  Amboi, dia ingat  aku nak sangat ka goda orang. Tiba tiba tuduh tuduh aku macam macam. Mula lah aku nak naik angin ni.

Arsya merampas troli itu lalu berkata...

"Pergi lah balik, jangan risau saya takkan malukan keluarga awak, saya bukan perempuan yang macam awak hina sangat tu, saya masih ingat agama dan status saya, dah lah pergi lah balik." Halau Arsya. Dia terus berlalu pergi bersama troli itu. Amar menggaru kepalanya yang tak gatal.  Merajuk pula, arghh kesah apa aku. Amar pergi dari situ.

"Buat sakit hati ja ikut aku datang sini, kalau datang sini nak menyakitkan hati aku baik tak payah teman. Herghh." Gumam Arsya perlahan. Takut didengari pengunjung yang datang ke pasar itu.

Bahagian barang basah dituju. Arsya memilih untuk membeli ayam, udang, sotong, ikan dan ketam. Beli banyak banyak lepas ni tak payah datang kerap. Kemudian dia membeli buah dan sayur, kemudian dia ke barang kering, sedang dia meneliti botol sos tiram tiba tiba ada suara garau yang menegurnya.  "Miss?"

Arsya menoleh ke arah suara itu. Melihat empunya suara itu sudah membuat Arsya mengeluh. "Encik lagi?" Tanya Arsya. Hari ni sudah 2 kali dia berjumpa dengan lelaki itu.

"Yaa saya.. awak ingat saya lagi? Saya Rizal." Kata Rizal. Arsya hanya mengeluh lalu dia sambung melihat sos tiram itu.

"Sorang ka?" Tanya Rizal.

"Awak nampak saya berdua ka?" Tanya Arsya sambil mengangkat keningnya. Dia malas nak melayan Rizal ni.

"Hehehe btw, banyak barang awak beli, buat jamuan ka? Tak nak jemput saya?" Tanya Rizal bila lihat Troli Arsya penuh dengan Barang.

"None of your business"Arsya meletakkan sos tiram itu kedalam troli lalu pergi dari situ.  Banyak lagi barang yang dia perlu beli selain daripada layan lelaki ni. Not important to me.

"Sombong.. but I like." Kata Rizal sebelum pergi dari situ.

Arsya pergi ke bahagian makanan Ringan pula.. terasa bagai disyurga pula. Keropok potatoes yang silinder diambil 3, semua perisa berlainan, oreo diambil, gula gula masam... mesti best ni, dia ambik beberapa plastik banyak lah jugak.

Coklat dia ambil juga beberapa paket keropok lagi, tidak lupa pada yang satu.. maggie..  kari, ayam, tomyam, asam laksa kemudian beralih pada ramen, perisa keju, sakura, ice, spicy dia ambil satu ja, tak suka sangat pedas pedas, wah.. kalau nak dikira ini pun sudah mencecah beratus ringgit. Kesah apa.. duit banyak. CEO kut. Hehehehehe mana pakai duit laki.

Arsya pergi untuk membayar. Penuh dua troli , muat muat ja. Pekerja itu menscan setiap barang yang ada diatas kaunter.

"Rm 624. 70" kata Pekerja itu. Wow... banyak sangat ka aku ambil?  6 not rm 100 dan 3 not rm 10 diberi kepada pekerja itu. Usai sahaja membayar. Arsya singgah di kedai yang berdekatan, beli air, penat berjalan membeli barang. Jam di telefon dikilas. Wow 3 jam dia beli barang.. lama naa.

Tiba tiba Amar call. Arsya menjulingkan mata keatas kemudian dia mengangkat panggilan itu.

"Kau dah habis beli barang ka?" Tanya Amar.

"Walaikumussalam, dah." Kata Arsya. Sengaja jawab salam, biar sedar sikit.

"Ehemm Assalamualaikum, kau kat mana sekarang?" Tanya Amar.

"Saya kat pasar lah, saya baru ja habis beli barang, kejap lagi saya balik, awak dah sampai rumah ka?" Tanya Arsya.

"Sampai rumah apa ke jadahnya aku tengah tunggu kau ni, bagitau kau kat mana? Aku ada dekat... dekat dengan kedai mesin urut." Kata Amar. Kedai mesin urut? Rasa dekat ja dengan tempat aku duduk ni. Arsya meliarkan pandangannya sekeliling. Nampak dah. Arsya menjerit pada Amar yang tidak jauh darinya.

"Awak!"

Amar tercari cari suara Arsya. Apabila dia nampak Arsya melambai lambai tangan kepadanya. Amar pergi kepada Arsya.

Belum sempat dia sampai tiba tiba dia ternampak Arsya sedang berbual dengan seorang lelaki. Tiba tiba Amar merasa marah lalu dia berjalan laju kearah Arsya.

---------------------

Arsya sedang melambai lambai kearah Amar tetapi Amar belum pandang kearah dia, tiba tiba Rizal menegurnya.

"Haii Assalamualaikum, belum balik lagi ka?" Tanya Rizal. Arsya meluat sudah.

"Waalaikumussalam, awak nampak saya masih ada dekat sinikan, yang awak buat apa lagi dekat sini?tak balik lagi?" Tanya Arsya. Takkan mamat ni tak balik lagi kut.

"Saya tunggu awak."

"For what?" Apa ke jadahnya tunggu aku, haihh habis lah kalau Amar tengok ni.

"Saya nak nombor awak boleh?" Tanya Rizal. Arsya menggeleng. No and never. Dia takkan bagi nombor telefon dia dekat orang yang dia tak kenal.

"Kalau macam tu boleh saya hantar awak balik? Macam banyak sangat barang awak ni." Pelawa Rizal.

"Sa..." belum sempat Arsya mahu menolak perlawaan Rizal, Amar sudah menegurnya. Arsya sudah nampak muka Amar yang bengis tak boleh nak kata.

"Siapa ni?" Tanya Amar dingin.

"Di.." Rizal pula mencelah.

"Saya kawan dia." Nama gadis dihadapannya pun belum tau nama.. alahh main tibai je lah.

"Really?" Tanya Amar sambil melihat muka Arsya dengan dingin. Arsya baru sahaja nak membuka mulut. Rizal mencelah lagi.

"Encik pula siapa?" Arsya mengeluh...

"Aku suami dia, kau asal jumpa bini aku ni?" Tanya Amar dingin tapi Amar melihat muka Arsya meminta penjelasan. Dia pun tak tau kenapa dia tiba tiba nak naik angin.

Arsya nak membuka mulut untuk beritahu tapi Rizal mencelah lagi.

"Saya hanya menegur." Arsya dah penat, bila dia nak cakap ja ada ja yang mencelah. Dia terus menolak kedua dua troli itu tapi sedikit susah untuk mengawalnya.

Rizal dan Amar yang melihat kesusahan itu terus menolong Arsya. Masing masing memegang troli kecuali Arsya.

"Mari saya tolong." Kata Rizal sambil senyum manis. Amar pula sudah panas hati melihat lelaki itu senyum kepada Isterinya.

"Tak payah nak susahkan diri tolong." Kata Amar lalu dia menolak Rizal kebelakang dengan bahunya. Nasib tak terjatuh lelaki itu. Arsya yang melihat mereka berebut rebut nak tolong terus pergi kearah Rizal.

"Tak apa Rizal, biar saya yang buat, terima kasih." Kata Arsya.

"Tak pa biar saya buat.. tapi kalau awak nak tolak troli ni bagitau nama Awak dulu." Kata Rizal. Dia tak henti henti menanya nama gadis ini. Arsya hanya mengeluh. Selagi tak bagitau selagi tu lah dipaksanya.

Amar pula sedang menahan api kemarahan. Aeh aeh dia ni, boleh pulak mengada dekat sini dengan bini aku.

"Nama saya Arsya.. Putri Arsya, sekarang boleh awak ketepi? saya nak tolak troli, dah nak habis waktu Asar dah ni, saya pergi dulu." Kata Arsya sebelum dia menolak troli itu. Amar pula menolak troli itu tanpa menghiraukan Rizal disitu yang tersenyum manis. Senyuman yang sangat kaum lelaki kenal. Senyuman angau.

Amar panas... panas, boleh pulak Arsya ni layan Rizal tu depan dia. Memang nak kena dia ni.

"Kau memang sengaja layan diakan? Kau dengan dia ada apa apa hubungan ka? Perghh bagusnya kau, baru sehari kahwin terus curang belakang aku. Aku ingatkan perangai kakak kau ja teruk, rupanya perangai kau lagi teruk." Kata Amar. Arsya yang hanya menadah telinga dari tadi. Makin lama dia bersabar dengan Amar makin naik angin dia dengan Amar.

"Dua dua sama ja, macam mana lah mak bapak kau ajar korang, sorang lari dari perkahwinan sorang lagi curang belakang suami. Perghh pandai mak bapak kau besarkan korang." Amar mengelengkan kepalanya sambil bercakap.

Arsya pula berhenti dari berjalan itu juga membuatkan Amar yang dibelakangnya terhenti.

Arsya menoleh kebelakang lalu dia berjalan kearah Amar. Sampai sahaja didepan Amar dia menampar muka Amar sehingga muka amar terteleng ke kiri.

Pak!!! Suara tamparan itu bergema Diruangan itu. Nasib baik orang yang lalu lalang disitu hanya sedikit kalau tak boleh viral jika dirakam.

"BEHAVE AMAR! Kalau awak nak hina saya hina kakak saya, saya boleh terima! Tapi saya tak boleh nak terima bila awak libatkan ibu dan papa saya dalam hal ni." Marah Arsya. Sungguh dia mahu meletop sekarang ni.

"Awak cuba bayangkan bila saya kata, mummy dengan papa awak tak ajar awak cara cakap dengan orang dengan hormat ka? Diorang hantar awak pergi sekolah apa sampai tak reti hormat orang?! Mana adab awak bila cakap dengan orang hah?!" Marah Arsya lagi. Amar hanya diam mendengar Arsya marah. Dia tahu kali ni dia sudah tersasul cakap.

"Saya dah cakap, saya akan kahwin dengan awak tapi awak kena lupakan kakak saya, awak kena maafkan keluarga saya, saya tak suka awak maki maki keluarga kami macam ni! Awak nak maki, cuma maki saya sorang, awak nak marah, marah saya seorang, awak nak jadikan saya punchbag awak, buatlah, but jangan libatkan keluarga saya dalam setiap hal kita." Amar hanya diam. Diam dan diam. Tak tau nak cakap apa

Arsya cuma berjalan menolak troli itu semula masuk ke perkarangan parkir kereta. Hati dia betul betul marah kali ni, banyak kali dia istigfar dalam hati. Kali ni Amar betul betul melampau.

Amar membuka bonet kereta lalu meletakkan barang barang dalam kereta begitu juga Arsya. Arsya langsung tak pandang muka Amar. Marah betul dia dengan aku. Pandai mengamuk jugak minah ni.

Amar menutup bonet kereta tiba tiba Arsya berlalu pergi dari situ. Amar membuka mulut menanya.

"Nak pergi mana?" Arsya berhenti jalan tetapi tidak menoleh kearah Amar.

"Saya nak balik sendiri, nanti saya balik saya punggah semua barang." Arsya berjalan tanpa menghiraukan Amar.

"Masuk kereta sekarang." Kata Amar dingin.

Arsya tak heran dia terus berjalan.

"PUTRI ARSYA BINTI MANSOR MASUK! NOW!!" tengking Amar.

Bergema suara Amar bila dia menjerit. Al  maklumlah parkir bawah tanah. Terhinjut bahu Arsya. Dia dah takut. Lain macam dah bunyi ni. Dah macam nak terkam. Baru sehari kahwin dah macam ni. Ya Allah kau kuatkanlah hamba mu ini.

Asya tidak menoleh tapi masih berdiri statik disitu. Amar geram. Mencabar kesabaran aku betullah perempuan ni. Amar terus pergi arah Arsya lalu mencengkam lengan Arsya dengan kuat. Arsya mengerang kesakitan. Namun Amar tak kesah. Sekarang ni dia marah, marah kerana Arsya tak ikut cakap dia.

"Aku kata masuk, MASUK LAH APA SUSAH SANGAT KAU NAK IKUT CAKAP AKU?!" Amar menaikkan suara nya diakhir percakapan. Tiba tiba dia dengar suara tangisan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro