Part 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Aku tersengih saat mendengar lagu bertajuk Jampi daripada Hael Husaini tu. Betul. Memang mengena dengan aku dan Usyair. Terutama Usyair. Usyair seorang lelaki misteri. Dan kini diri aku bagai dijampi bila berada dekat dengan dia. I'm in love.

Aku tergeleng-gelengkan kepalaku bila lamunanku tak berhenti. Stop Fia. Kau tengah masak ni. jangan layankan sangat lamunan tu. Aku melangkah ke arah sinki. Basuh pinggan mangkuk dan letakkan pada rak pinggan. Then aku memotong bahan-bahan untuk dibuat sayur campur.

Kubis, lobak merah, sayur jagung dan ubi kentang diletakkan dalam satu bekas dan aku basuh bila dah selesai potong. Selepas itu, aku ambil pula bawang merah satu dan kupas. Then, aku potong kecil-kecil untuk dibuat bahan tumis.

Periuk diletakkan atas dapur. Api dibuka. Minyak dituang sedikit. Kemudian masukkan bawang untuk tumis. Bila agak garing, aku masukkan air dua mangkuk. Then, masukkan sedikit garam kasar. Tunggu sehingga mendidih.

Sementara tunggu air mendidih, aku ambil phone dan buka lagu yang lain pula. Aku kalau masak tak boleh kalau tak ada lagu. Haha. Scroll punya scroll. Aku play lagu yang bertajuk Fall In Love daripada Nominos band.

Bagaimana Harus ku nyatakan
Kini Ku merasa jatuh cinta
Saat Ku menemui kamu
You Make me fall in love with you

Cintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatiku

Gaya Wajah senyum dan ketawa
Semua Tentang dirimu ku jatuh cinta
Saat Ku menemui kamu
You Make me fall in love with you.

Cintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatiku

Ku Harap engkau juga mencintaiku
Sama Seperti ku mencintaimu
Semoga Kita kekal dan sempurna
Buat Selamanya

Cintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatiku

Cintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatiku

Aku memasukkan sayur bila air dah mendidih. Kemudian aku duduk semula atas meja. Kena tunggu sekali lagi mendidih dan ubi tu lembut baru boleh tutup api. Aku play lagi lagu tadi. Aku tersenyum.

" Ku harap engkau juga mencintaiku. Sama seperti ku mencintaimu. Semoga kitak kekal dan sempurna. Buat selamanya."

Tersentak aku bila suara itu kedengaran betul-betul dekat dengan telinga aku. Aku toleh ke belakang. Dan cup! Kami sama-sama tergamam. Masing-masing terdiam dan aku ambil keputusan untuk memandang ke hadapan semula dan bangun untuk menuju ke dapur.

Aku ketap bibir. Ya Allah! Kau pergi toleh belakang tu apa hal? Kan dah tercium bibir dia. Oh My God! Malunya! Dia mesti tak sangka sama.

" Sayang. Dah mendidih sayur tu." Teguran itu membuatkan aku cepat-cepat kacau sayur campur aku dan ambil ubi. Dah lembut. Then barulah aku tutup api dapur.

" Awal awak balik?" Soalku sekali gus membuang rasa malu sebab tadi.

Dia dah ambil tempat. Aku pun cepat-cepat hidang makanan tengah hari. Nasi dah diletakkan atas meja. Sayur pula aku masukkan ke dalam mangkuk dan letak di depannya. Baru aku nak ambil air, lenganku ditarik terlebih dahulu. Aku melihatnya dengan kerutan.

" Awak duduk. Biar saya buatkan air."

Tanpa banyak kata, aku Cuma menurut. Dia bangun dan bancuh air sirap. Lepas tu dia bawa jag air dan dua cawan ke arah meja. Bersama pinggan. Aku tersenyum menyambut hulurannya. Aku letakkan nasi ke dalam pinggan dan serahkan pada dia. apa pun kena utamakan suami dahulu.

" Thanks sayang."

Aku Cuma tersenyum dan kami sama-sama menjamu selera. Hari ni hari Sabtu. Aku confirm la cuti. Tapi dia tetap kena kerja hari ni. Sebab tu aku terkejut bila dia dah balik. Awal sungguh. Kata petang baru balik. Nasib aku dah habis masak.

" Sedap." Pujinya.

" Kalau sedap tambahlah lagi." Sambutku dengan senyuman lebar.

Bukan selalu aku dapat masak untuk suami aku. Time aku cuti je. Kalau aku kerja susah. Mujur dia memahami.

" Fia."

" Ya?"

" Kita pergi bercuti nak?"

Aku terdiam. Tak jadi nak masukkan suapan yang seterusnya. Dia masih makan tanpa hiraukan pandangan aku.

" Saya tahu saya busy. Sampai tak sempat nak luangkan masa dengan awak. Honeymoon pun tak ada. So, jom? Saya ambil cuti dua hari. Esok dan Isnin. "

Aku terdiam lagi. Cepatnya. Mujur dah habis trial. Tapi Isnin? Aku kerja.

" Tapi saya kerja hari Isnin." Ujarku hampa.

" Ambil mc. Please?"

Aku tengok dia yang penuh mengharap tu. Tapi betul juga kata dia. Dia selalu busy. Bila dia dah ada masa ni better aku ikut. Lagipun kami mana pernah honeymoon lagi. Kan?

" Okay." Balasku dengan senyuman.

" Alhamdulillah. So, lepas makan ni pergi siap."

Aku tersentak. Hari ni ke?

" Kata esok." Aku dah blur. Dia pula dah tertawa kecil.

" Petang ni kita bertolak sayang. Banyak masa sikit kita dapat bercuti. Cepat."

Akhirnya aku hanya akur dan habiskan makanan dulu. Lepas tu baru berkemas. Kali ni aku rasa excited. Tak tahu kenapa. Sebab dengan suami tercinta? Okay Fia. Aku rasa time cuti ni la masa yang tepat untuk kau luahkan perasaan kau tu. Got it? Erk!

**

Aku tengok dia dekat sebelah. Kemudian aku tengok semula apa yang ada di depan aku saat ini. eh bukan tapi apa yang aku lihat. Erm. Sama je la kan? Haih. Aku cuit bahu si suami. Dia Cuma tersenyum dan memaut bahuku mesra.

" Do you still remember this place?"

Korang tahu dia bawa aku ke mana? Penang beb! Penang! Tempat yang sama kami terserempak sebelum ni. Hotel pun sama. Cuma bilik je la berbeza. Aku kerling dia dengan kerutan di dahi.

" Mestilah ingat. Tempat dekat mana saya jumpa mamat annoying." Ujarku selamba.

Dia tertawa kecil dan memusingkan badanku agar menghadap dia. Aku Cuma diam dan memerhati apa yang dia nak kata.

" Awak tahu tak? Saya tak boleh tidur malam tu asyik fikirkan awak. Dah la esok tu terlanggar awak. Then awak masuk hospital. Risau gila saya tau tak?"

" Kenapa pula awak nak risau? Saya okay je pun."

Wajahnya dah menjadi serius. Aku yang tengok makin pelik jadinya.

" Sebab saya sayangkan awak."

Aku tersentak. Tapi aku buat-buat sengih dengan gelengan kepala.

" Nak menipu pun agak lah Usyair."

" No! I'm not! I really love you."

Okay. Kali ni aku terus terdiam dengan debaran di hati. Dia benar-benar maksudkannya ke?

" But, why and how?"

Dia mengeluh kecil tapi tetap setia merenung aku.

" Saya tak boleh explain kenapa tapi semenjak bila tu rasanya selepas pertemuan kita dekat Pulau Redang. Remember?"

Aku terlopong. Itu pertemuan pertama kami. Tu pun dengan Zia. Benci pula aku dengan perempuan tu.

" Sebenarnya saya cuba nak elak perasaan tu. Yela. Asyik terjumpa awak je. Awak pun asyik tengok ke arah saya. Ingat saya tak perasan?"

Aku mencebik.

" Mana ada. Saya tengok sebab awak ni lain dari yang lain. Dingin. Beku." Ujarku terus terang.

Dia tersenyum lebar dan menarik aku ke dalam pelukannya. Aku Cuma kaku tanpa ada niat nak balas pelukan dia.

" And now do you love me?"

Hmm. Yes. Tapi gila aku nak mengaku?

" No."

Aku tolak tubuh dia dan masuk ke dalam bilik hotel. Tak ada kuasa nak buat drama dekat luar ni. Buat malu je.

" Fia."

Aku tarik beg bawa masuk dan menuju ke balkoni. Aku tolak langsir dan buka pintu slide tersebut. Kemudian aku mendekati pagar balkoni dan tengok pemandangan depan mata. Betul-betul berdepan dengan pantai. Aku tersenyum. Cantiknya. Rasa tenang je tengok.

" Boleh saya tanya sikit?" Soalnya lantas berdiri sebelah aku.

" Tanyalah. Nak tanya apa?"

" Kenapa awak beria-ria lawan samseng masa tu? Sampai awak hampir mati sebab kena langgar dengan saya."

Aku termangu. Aku tengok dia yang setia merenung ke arah laut. Aku tunduk tengok jari.

" Entah. Rasa macam ada satu semangat datang. Semua sebab nak selamatkan seorang budak ni daripada jadi mangsa mereka. Tu je. saya langsung tak fikir keselamatan saya." Jelasku perlahan.

" You really make me worried Fia."

Kedengaran tegas di situ. But aku Cuma diam. Benda dah berlalu kan?

" And awak buat apa pula dekat Penang masa tu?" Giliran aku pula menyoal.

" Kerja."

" Dengan Zia?"

Dia menoleh ke arahku saat dengar nama Zia disebut. Sememangnya aku sakit hati dengan perempuan tu. Benci. Marah. Semua ada.

" Ya. Dia kan rakan tugas saya masa tu."

Aku mencebik.

" Rakan tugas apa sampai marah-marah macam tu. Then sombong. Huh!"

Selamba je aku cakap depan Usyair. Lantak.

" Still marah dengan dia ke?"

Aku merengus geram. Aku toleh tengok dia dengan kerutan di dahi.

" Hey! Awak dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat saya?! Even saya tak ada bukti yang kukuh tapi saya yakin dia dalangnya! Dia dan Yusri! Saya benci mereka!"

Nafasku turun naik saat teringat semula peristiwa hitam tu. Rasa sakit dekat dada. Sebak hadir tanpa dipinta. Aku tahan dengan tumbuk dadaku. Tiba-tiba tubuhku dipeluk daripada belakang.

" Syuhh. I'm sorry dear. So sorry."

" Awak cakap senang lah. Awak tak tahu dia tu benci sangat dekat saya. Dulu saya hampir mati sebab kena cekik. Rasanya dia nak balas dendam sebab tu dia buat macam tu dekat saya. Then dekat balai polis tu pula. Pukul dan sepak saya. Ingat saya boleh maafkan macam tu je ke? Ingat saya boleh lupa?" Berangku lantas menolak tangan dia yang memelukku.

Tak kuasa nak dipujuk. Sebab tadi macam dia bela si Zia tu.

" Fia. I'm so sorry. Saya tahu salah saya."

" Saya benci mereka!" Bentakku lagi.

" Ye. Saya tahu. Maaf ye?"

Dia tarik aku agar menghadap dia. Aku toleh ke arah lain. Tak sikit pun tengok ke arah dia.

" Dear?"

Daguku ditarik agar tengok dia. Mahu tak mahu aku tengok jugalah. Dia dah tarik senyuman. Tiba-tiba pipi aku dikucup lembut. Aku masih kaku. Lepas tu dia tarik aku ke dalam pelukan.

" Saya takkan lupa apa yang mereka dah buat pada awak. Saya janji akan lindungi awak. Dan tolong jangan sebut lagi nama mereka berdua terutama Yusri."

Kali ni nada suaranya kelihatan serius. Tak ada nada main-main lagi macam sebelum ni. Agak menggerunkan juga. Tapi aku suka. Aku pun balas pelukannya dan sandarkan kepalaku pada dadanya.

" Okay."

" I love you. Saya tak nak kehilangan awak lagi."

Aku angguk dan tersenyum tanpa dia sedar. I love you to.

**

" Argh! Basah!"

Dah dapat dengar gelak jahat insan tersebut. Aku tunduk tengok kaki. Habis basah seluar aku. Niat nak jalan-jalan je tepi pantai. Tapi dia pergi sepak air sampai seluar aku kena tempiasnya. Hampeh punya suami.

" Usyair! Awak tunggu!"

Aku kejar dia yang sudah jauh dari aku. Kejar punya kejar aku berjaya peluk dia dari belakang. Aku tersengih jahat dan terus tolak dia sampai terjatuh terkena air.

Bush!

Aku tergelak besar melihat dia. Basah habis satu badan. Haha.

" Fia!"

Dia mula bangun dan tak fasal-fasal lengan aku ditarik tanpa sempat aku lari. Dan dia balas dendam!

Bush!

" Usyair!"

" Hahaha!"

Kali ni aku jatuh sekali dengan dia. Habis basah satu badan. Huh! Kejam!

" Sayang?"

Dia duduk cangkung sebelah aku. Dengan senyuman jahat dia tu. Aku merengus geram. Tak puas lagi nak balas dendam. Aku tolak dia yang tengah duduk mengcangkung tu sampai dia terjatuh semula. Dan sekarang dia terbaring. Aku gelak lagi.

" Yeay! Padan muka awak!"

Tak cukup dengan tu. Aku ambil air dan jiruskan dekat dia. Dia memejamkan mata sebab tak nak air masuk ke dalam mata.

" Fia!"

" Argh!"

Kini giliran aku pula terbaring sebelah dia. Lagi teruk basah. Aku toleh tengok dia dengan geram. Dia pun sama. Tapi lain pula yang kami rasa saat ini. Masing-masing diam sambil tengok antara satu sama lain. Dada aku jangan cakap. Berdebar-debar.

" Fia."

Tangannya pula dah naik menyentuh pipiku. Aku tetap kaku.

" Awak cantik sangat Fia."

Aku usap pula rambut dia yang basah tu. Aku tersenyum nakal dan terus aku serabutkan rambutnya. Tak tunggu lama aku terus bangun duduk dan jiruskan air sekali lagi pada wajahnya.

" Fia!"

" Hahahaha. Awak kalah!"

Tengok macam dia nak balas dendam. Aku pun terus bangun dan mula lari. Tak nak kena tangkap.

" Tunggu! Fia!"

Aku tertawa sambil berlari. Rasa bahagia sangat. Ya Allah. Adakah ini perasaan seorang isteri yang bahagia di samping suami?

" Luthfia?"

Tapi langkahku terus mati saat terdengar ada orang memanggil nama penuh aku. Serentak itu jugalah pinggangku dirangkul daripada belakang. Tawaku mati. Aku tengok sekeliling. Mencari suara itu.

" Yes! Dapat!"

Aku tak hiraukan Usyair. Aku masih mencari suara itu. Aku macam kenal suara itu.

" Fia?"

Usyair dah pelik tengok aku diam. Dia pun tengok sekeliling bila sedar perilaku aku.

" Why?" Soalnya lembut.

Aku menggelengkan kepalaku tanda tidak tahu. Akhirnya aku hanya mengeluh. Perasaan aku je kot. Tapi baru aku nak pusingkan badan aku ternampak kelibat seseorang daripada belakang. Yang pasti aku kenal latar belakang tubuh itu.

" Yusri!" Jeritku kuat dan lantang.

Usyair pun terkejut dan tengok sama arah dengan aku. Kami sama-sama terkejut. Tapi aku lebih pantas ingin mengejar. Cuma Usyair terlebih dahulu menghalang dengan merentap tanganku.

" Jangan Fia."

Aku tengok kelibat Yusri sekali lagi. Tapi dah hilang. Aku cuba cari sekeliling. But tetap tak ada. Tak guna!

" Kenapa? Saya Cuma nak pergi tanya dia. Apa yang dia dah buat dekat saya!"

" I said no!"

Hampir terjungkit bahuku mendengar jerkahan dia. aku terus diam tak berkutik. Hatiku dah menangis. Bukan. Bukan Cuma hati tapi luaran juga. Air mataku dah menitis ke pipi. Terkejut dengan jerkahan dia tadi. Tak pernah-pernah dia jerkah dekat aku. Kali terakhir pun masa dia marah Zia.

" Fia?"

Bila tangannya nak menyentuh bahuku. Aku terus tepis tangan dia.

" I'm sorry. Saya cuma tak nak awak pergi kejar dia. Mungkin itu bukan dia."

Aku tengok dia dengan mata merah. Nampak sangat wajah serba salah dia.

" Fia. Sorry. Saya Cuma sayangkan awak. Tak nak awak lebih terluka. Please."

Tanpa hiraukan dia aku melangkah dan meninggalkan dia. Aku menangis sepanjang perjalanan menuju ke bilik. Aku tahu dia sayang aku tapi tak perlulah sampai nak jerkah segala. Ingat aku tak faham ke? Sampai hati awak Usyair.

**

Bila aku ke kiri. Dia pun sama. Aku ke kanan dia pun sama. Lastly aku merengus geram. Tengok dia dengan riak tak puas hati. Siap bercekak pinggang lagi. Dari semalam lagi aku tak puas hati. Pagi ni aku memang nak moody dengan dia.

" Awak nak apa?" Soalku geram.

" Saya nak awak."

Huh! Malas nak layan. Aku tolak dia ke tepi.

" Fia."

Lenganku ditarik lembut. Aku nak rentap tapi dia kuatkan genggamannya. Akhirnya aku hanya membiarkan tanpa sikit pun toleh ke arah dia.

" Lepaslah. Saya nak pergi makan." Pintaku malas.

" Kita sarapan sama-sama."

" Suka hati la."

Sekali lagi aku nak gerak dia terlebih pantas dengan menarik aku ke dalam pelukannya. Aku terkedu tapi cepat-cepat berusaha untuk keluar daripada pelukan dia. Tapi dia langsung tak berikan aku peluang. Penatlah macam ni! siap tumbuk dada dia agar lepaskan aku. Dia buat derk je. Sakit hati!

" Lepaslah!" Jeritku geram.

" No selagi awak tak maafkan saya."

Aku diam tak bereaksi. Biarkan dia peluk aku. Tapi aku rimas. Geram. Argh! Aku tolak lagi tubuh dia. but still macam tadi. Tak ada sikit pun gerakan. Ish!

" Usyair. Tolonglah. Lepaskan saya." Kali ni aku berlembut.

" Kan saya kata saya takkan lepaskan awak selagi awak tak maafkan saya. Saya tahu saya dah buat awak menangis semalam. Saya salah. Silap saya. Sebab saya marahkan sangat dengan Yusri so saya lepaskan dekat awak. I'm so sorry."

" Saya tahu lah Yusri dah buat bukan-bukan dekat saya. Tapi salah ke kalau saya Cuma nak dengar pengakuan daripada dia? Saya Cuma nak tahu benda yang benar."

Dia menggelengkan kepalanya. Kepalaku diusap perlahan.

" No. Tak salah. Tapi bukan masa yang sesuai lagi. Awak masih belum boleh lupakan benda tu. And still awak simpan dendam awak pada dorang. Saya yakin lepas awak dapat tahu hal sebenar awak akan lebih terluka. Saya tak nak macam tu. Cukuplah selama ni saya berusaha naikkan semangat awak. Fia. Saya tak nak awak sedih lagi."

Aku ketap bibir. Kata-kata dia sedikit sebanyak membuatkan aku sedar. Sekali gus membuatkan rasa marah aku pada dia semalam terus hilang. Aneh bukan?

" Fia. Forgive me?"

Aku mengeluh kecil. Dengan perlahan aku menganggukkan kepalaku pada dia.

" Yes. I forgive you. But! Kalau awak buat lagi. Saya tak teragak-agak akan lari jauh dari awak." Ujarku serius.

Dia mengangguk pantas dan mengangkat tangan tanda berikrar.

" Saya janji! Saya tak nak kesayangan saya jauh dari saya. Saya boleh gila."

Aku tersenyum sinis. Gila la sangat kan?

" So, boleh lepaskan saya sekarang?"

Dia tersenyum dan mula melepaskan pelukannya. Aku melepaskan nafas lega. Finally!

" Not to fast my dear!"

" Arghh!"

Tak fasal-fasal tubuhku dicempungnya. Tiba-tiba je. Mujur aku cepat paut pada lehernya. Aku tumbuk dadanya geram. Dia pula Cuma ketawa.

" Awak ni dah kenapa?! Turunkan saya. Cepat!"

" Nak hadiah dulu."

" Hadiah apa?"

Ops! Aku menyesal tanya hadiah apa. Sebab dia tiba-tiba merapatkan wajahnya sampai desahan nafasnya aku dapat dengar. Aku terkedu dan tak bergerak sikit pun. Malah toleh wajah ke arah lain pun tak.

" Fia. I love you. Forgive me about this."

Terus bibirku dikucupnya perlahan. Tapi aku tak berniat nak menolak. Malah aku turut membalasnya dengan lembut. Dia tersenyum bila berjaya menarik perhatianku.

" Thanks my dear."

Tercungap-cungap aku melihat dia yang baru melepaskan bibirku. Aku tengok dia dengan renungan redupku.

" I....I..."

Dia nampak tertanya-tanya. Aku gigit bibir. Kenapa susah sangat nak cakap tiga ayat keramat tu?!

" I.."

" I what sayang?"

" Nothing lah. Dah saya nak pergi makan. Lapar."

Aku paksa dia turunkan aku. Mujur dia tak menolak kini.

" Fia. You love me right? That's you want to said to me right?"

Aku termangu. Aku merenung dia dengan debaran di dada. Dia masih menanti dengan mengharap. Argh! Tak boleh! Belum tiba masanya lagi.

" No."

Nampak wajahnya sedikit hampa but still tersenyum.

" It's okay. Take your time. Jom turun makan."

Tanganku digenggamnya dan ditarik keluar. Aku mengeluh kecil. Maafkan saya Usyair. Saya masih tiada kekuatan itu. Beri saya masa?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro