Part 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Leherku yang ada kesan gigitan Usyair itu aku usap perlahan. Aku tutup dengan sedikit krim. Sapu dan yes. Dapat gak tutup. Then aku tarik rambut aku yang panjang ni ke hadapan. Tak nampak sangat la leher aku ni kan? Semua ni Usyair punya fasal. Haih.

Bila dah rasa okay, barulah aku melangkah ke arah pintu untuk keluar. Rasanya Kak Dahlia dah sampai. Naik ni pun sebab solat Zuhur. Lelaki aku entah ke mana. Maybe sembang dengan abang.

Aku baru nak pulas tombol pintu, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari luar. Aku tunggu dengan setia dan tudia. Usyair dah masuk dengan senyuman lebarnya. Pintu bilik ditutup kembali.

" Dah solat?" Soalnya padaku.

Aku Cuma angguk dan dia sudah tarik aku ke birai katil.

" Abang dah solat?"

" Dah. Dengan papa dan Lokman dekat bawah tadi."

" Oh. So, jom la turun. Kak Dahlia mesti dah nak sampai."

" Kejap Fia."

Aku tak jadi nak bangun bila Usyair menghalang. Dia menggenggam erat kedua-dua tangan aku lantas merenung aku lembut. Aku menanti dengan penuh sabar.

" Abang nak cakap sikit."

" Apa?"

Dia dah tak tersenyum macam tadi. Riak wajah dia nampak biasa tapi tetap tenang.

" Bukan kak Dahlia je akan datang kejap lagi."

Aku mengangguk faham.

" Then siapa lagi?" Soalku lagi ingin tahu.

" Zia."

Okay. Kali ni aku tak dapat sembunyikan riak benci aku. Aku tarik semula tangan aku dan pusingkan badan ke arah lain. Zia? Dia buat apa datang sini?! Kenapa?!

" Fia. Abang tak tahu pun dia nak datang. Lokman yang cakap. Last minute sebab ada benda nak bincang sikit. Lagipun dia still seorang polis."

Aku merengus geram. Tanda tak termakan pujukan Usyair.

" Fia.."

Aku tepis tangan dia yang nak sentuh bahuku. Aku jeling dia tajam.

" Abang suka la kan dia datang? Abang memang tunggu dia kan? Abang kan suka dia."

Aku tak dapat kawal rasa marahku. Usyair dah serius melihat aku. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

" Apa yang Fia cakap ni?"

Aku tersenyum sinis.

" Sebab dia suka abang! Dia sayang abang! Itu fact!"

Terus aku keluar daripada situ bersama perasaan marah dan benci. Argh! Kenapa dia mesti ada?! Semua orang dalam rumah ni berpura-pura tak tahu ke buat-buat tak tahu apa yang dia dah buat dekat aku! Argh! Aku benci semua orang!

" Fia!"

Abang dah memanggil dari bawah. Aku tetap tak tersenyum tapi aku cuba kendurkan wajahku yang ketat ini. Aku turun ke bawah dengan rasa geram. Tapi nampak je muka Kak Dahlia. Automatik bibirku mengukirkan senyuman manis.

" Akak!"

Aku terus peluk tubuh akak Dahlia yang nampak semakin cantik itu. Pelukan aku turut dibalas erat. Kami sama-sama ketawa saat meleraikan pelukan.

" Fia sihat? Lama tak jumpa Fia."

" Alhamdulillah. Sihat je kak. Akak?"

" Sama macam Fia."

Terdengar pula deheman daripada abang. Aku dan kak Dahlia terus menoleh melihat abang yang nampak sedih tu. Aku tersengih dan singgul bahu akak Dahlia.

" Alolo. Ada orang tu merajuk la." Usikku dan kak Dahlia tertawa kecil.

" Hai awak. Sorry. Teruja jumpa bakal adik ipar saya ni. Awak kena faham."

Aku tersenyum sipi dan berlalu jauh daripada mereka. Tak nak kacau mereka. Yala. Dah lama tak jumpa. Bulan depan pun dah nak kahwin. So biarkan je la mereka. Aku menuju ke dapur. Nak tengok apa yang mama tengah buat. Ternyata semua dah siap. Makanan pun dah sedia ada atas meja. Aku terpegun seketika.

" Wah! Sedapnya ma!" Teruja sangat aku tengok banyak makanan. Lapar!

" Ha. Jangan nak makan dulu. Tunggu semua orang sampai." Mama dah menegur.

Aku kembali tersengih dan turut bantu mama apa yang perlu. Selepas itu sorang demi sorang memenuhi ruang meja termasuk Usyair. Dia duduk di sebelah ku. Tapi aku tidak hiraukan. Rasa sedih.

" Semua orang dah ada ke?" Soal abang dengan wajah teruja.

" Belum. Zia belum sampai."

Tapi suara Usyair mematikan selera aku dan mematikan wajah teruja abang. Aku masamkan muka dan tunduk tengok pinggan. Siapa yang pergi jemput dia entah?

" Haah. Lupa. Dia datang sebab ada urusan kerja kena bincang kejap lagi. Kita tunggu kejap lagi. Nanti sampai la tu." Abang bersuara.

Aku mengeluh dalam hati. Sabar Fia. Tak guna kau nak marah segala sebab si Zia tu tetap akan sampai juga dekat sini.

" Kenapa dia tak letak je jawatan. Tak sedar diri dah buat salah ke?"

Spontan aku bercakap macam tu. Aku pun tak sedar tapi rasa puas. Semua dekat meja terus diam. Sunyi sepi. Termasuk orang sebelah aku. Tapi aku tetap beriak selamba. Sampailah terdengar suara orang memberi salam.

Abang bangun dan pergi jemput tetamu yang tak diundang itu. Aku malas nak tunggu dan layan. So, aku pun mula cedok nasi ke dalam pinggan aku dan pinggan Usyair. Lepas tu aku masukkan lauk ke pinggan dia serta aku. Baru lah aku diam kembali sebab nak hormati mama dan papa. Usyair? Setia renung aku. Tapi aku buat tak tahu.

" Maaf lambat. Ada hal sikit tadi."

Itu dia. Muncul dah watak antagonis. Duduk pula berdepan dengan Usyair. Aku tarik senyum sinis. Just sipi-sipi.

" Okay. boleh lah kita makan sekarang."

Lepas bacaan doa makan, semua pun menjamu selera. Aku dengan dunia aku. Malas nak masuk campur perbualan mereka. Terutama si Zia tu. Buat sakit hati.

" Fia?"

Aku tersentak saat namaku disebut. Aku tengok semua orang dengan wajah blur. Memang blur la sebab aku siap termenung lagi.

" Ha? Apa? Kenapa?" Soalku bertalu-talu.

" Zia tanya tu. Best ke bercuti dengan Usyair?" Mama tolong ulang soalan.

Aku dah rasa bara. Panas. Mana dia tahu aku pergi bercuti? Aku kerling Usyair. Dia dah nampak tak senang duduk. Tapi tetap rileks. Aku kerling pula Zia. Masih menanti jawapan aku. Aku tak mahu malukan sesiapa so aku tarik senyuman plastik.

" Best. Best sangat. Sampai tak nak balik ke sini. Aman je dekat sana sebab tak ada orang nak menyibuk hal rumah tangga orang." Ujarku selamba.

Dan ya. Riak wajahnya dah berubah. Mestilah sentap kan? Dah memang betul dia nak tahu habis. Yang orang sebelah aku ni memang tak pandai simpan rahsia kan? Argh!

" Fia. Apa cakap macam tu?" Mama dah menegur lembut.

Aku tersenyum hambar dan cepat-cepat habiskan makanan.

" Fia dah selesai. Maaf Fia letih. Fia naik dulu."

Tanpa pedulikan renungan Usyair, aku terus gerak ke arah sinki dan basuh pinggan. Lepas tu aku terus naik ke bilik dan menutup pintu perlahan. Aku gerak ke katil dan baring secara meniarap. Kepalaku disembamkan atas bantal.

Tanpa sedar, air mataku mengalir ke pipi. Aku memang tak boleh tengok muka perempuan tu! Akan buatkan aku benci, marah dan akhir sekali sedih. Walaupun perkara sebenar aku masih suci. But, still aku rasa dia punca semua ini. aku tak tahu apa yang dia dah buat. But still melibatkan aib aku.

Aku kesat air mata dan memejamkan mata. Cuba tenangkan diri dan minda. Tidur la. Itu dapat buatkan rasa marah dan sedih aku hilang.

**

Aku buka mata bila rasa terlalu lama aku tidur. Terkebil-kebil aku tengok siling. Saat aku toleh ke kiri. Aku terkejut. Usyair tidur sebelah aku. Mengiring ke arah aku. Tangannya merangkul pinggangku. Aku tersenyum hambar.

Aku tolak tangannya perlahan ke tepi. Then aku bangun duduk. Aku turun dari katil dan capai tuala mandi. Aku bersihkan diri dan ambil wudhuk. Bila aku dah keluar dari bilik air pun dia still tidur. Biarlah dia. Aku kerling jam. Dah masuk waktu asar.

Aku pun tunaikan solat. 10 minit kemudian aku simpan semula telekung dan sejadah aku dekat tempat yang disediakan. Aku kerling Usyair yang masih tidur. Aku mengeluh kecil. Apa dah jadi Usyair?

Aku naik semula ke atas katil dan baring mengiring di sebelah dia. Aku tatap wajahnya dalam-dalam. Rambutnya aku usap dengan penuh kasih sayang. Dari rambut, ke dahi, hidung dan lastly bibir. Aku gigit bibir. Air mataku mengalir ke pipi. Entah sebab apa.

Aku usap kedua-dua pipinya perlahan lantas menariknya semula bila ada gerakan daripada dia. Aku terus kesat air mataku dan pura-pura tidur semula. Dia dah sedar. Aku tahu sebab dia kembali merangkul pinggang aku.

" Fia. I'm sorry. But, I love you."

Terasa ada kucupan lembut pada dahiku. Aku rasa nak nangis lagi tapi aku tahan.

" Abang takkan benarkan sesiapa pun sentuh sayang. Itu janji abang."

Selepas itu dia peluk aku dengan erat. Aku jadi kaku. Tak tahu nak buat apa. Agak lama juga sampai aku kembali buka mata. Aku dongak melihatnya. Matanya still terpejam.

" Abang." Panggilku perlahan agar dia bangun.

" Syuhh."

Aku tersentak. La. Dah lama sedar ke? Ingatkan still tidur. Ke tahu aku pura-pura tidur tadi. Haish.

" Dah masuk asar. Abang bangun dan pergi solat dulu." Arahku lembut.

Aku tolak tubuhnya agar lepaskan pelukan. Bila dah berjaya aku bangun duduk. Dia masih baring sambil merenung aku.

" Abang. Bangun lah."

" Fia tak marah abang lagi kan?"

Aku terdiam.

" Bangun pergi solat. Fia nak turun."

" Fia.."

Lenganku ditarik supaya aku tidak pergi. Aku mengeluh kecil tanpa melihat ke arahnya.

" Tak. Fia tak marah abang. Tapi Fia tak boleh maafkan dia."

" Fia.."

" Kalau abang rasa Fia dah melampau, lepaskan Fia."

Terus aku tarik lengan aku dan lari keluar daripada bilik. Ya Allah. Apa aku dah cakap tadi? Sanggup ke kalau kau dilepaskan Fia? Argh! Ego!

**

Dah puas bercuti. Aku mulakan rutin harianku seperti biasa. Mengajar, mendidik dan melatih anak muridku. Lagipun peperiksaan sebenar dah tak lama. Kurang dari sebulan je tinggal. Aku perlu berusaha bersungguh-sungguh demi melihat anak muridku cemerlang dalam UPSR.

Aku kerling jam. Waktu kerja aku pun dah habis. Aku patut balik sekarang. Aku ambil phone dan tengok notification. Wajahku sedih saat terlihat gambar profil whastupp suamiku sendiri. Gambar kami berdua ketika di Bukit Bendera.

Dah seminggu kami terpaksa berjauhan lagi. Sedangkan hubungan kami tak begitu baik. Semuanya sebab Zia. Tak sempat kami nak okay dia dah pergi ke kursus semula. Esok baru dia balik. Aku keseorangan lagi malam ni. Dah lah esok cuti. Sunyinya.

" I miss you abang. I'm sorry."

Tak tunggu lama aku kemaskan mejaku dan keluar daripada bilik guru. Aku menuju ke kereta dan mula memandu keluar daripada situ. Aku sempat singgah satu kafe dan beli air chocolate lantas bergerak ke sebuah tasik. Ingin menenangkan fikiran.

Aku tengok lagi sekali chat aku dengan Usyair. Seminggu dia tak chat aku. Dia tak rindu aku ke? Aku nak menangis la macam ni. Kau pun satu Fia. Ego tak bertempat. Kau tegurlah dia. Yang kau nak ego sangat kenapa?

Aku letakkan air ku dekat tepi dan aku mula menaip sesuatu buat Usyair. Dengan lafaz Bismillah aku menghantar chat tersebut. Berdebar-debar jadinya.

I miss you.

Aku kembali tengok tasik di depan. Cuba ambil aura positif. Tapi tak lama bila telefonku kembali berbunyi tanda chat masuk.

I miss you to. I'm sorry.

Aku ketap bibir. Abang.

I'm sorry to. Bila nak balik? I miss you badly!

Tomorrow. I miss you to. Badly. Love you.

Aku senyum lebar. Aku baru nak reply tapi aku macam ada something wrong. Macam ada orang perhati aku je dari tadi. Aku toleh ke kiri dan kanan. Tiada yang mencurigakan pun. Aku tengok belakang. Still tak ada.

Abang. Balik cepat. Fia rasa macam diperhati.

What? Fia! Balik sekarang. Bahaya.

Okay abang.

Baru je aku nak melangkah ke arah kereta bersama air ku, tiba-tiba ada rempuhan dari belakang. Habis jatuh air aku ke bawah. Tapi tu tak penting. Yang penting handpone aku tak jatuh . tu je.

" Sorry. Sorry."

Aku toleh ke belakang. Seorang lelaki yang sado memohon kemaafan. Wajah dia jelas serba salah. Aku pula hanya mampu tersenyum.

" Tak apa. Tak sengaja kan?"

Dia tergaru-garu keningya yang tidak gatal itu. Dia tunduk tengok air aku yang dah tumpah dan tengok semula air coffenya itu.

" Sorry tak sengaja tertumpahkan air awak. Ini. Ganti rugi."

Dia hulurkan air coffenya. Aku terdiam.

" Jangan risau. Saya tak minum lagi."

Aku tersengih kelat dan menggelengkan kepalaku.

" Maaf. Saya tak minum kopi."

" Yeke? Kejap. Saya pergi beli air lain."

Belum sempat aku nak menghalang, dia dah pergi ke arah gerai minuman. Aku mengeluh kecil. Susahkan dia je. tiba-tiba telefonku berbunyi. Suami aku call.

" Helo."

" Sayang! What's wrong? Kenapa tak reply message abang."

" Sorry. Tadi orang terlanggar Fia. Habis jatuh air Fia. Tak fasal-fasal dia nak ganti balik. Tu yang tak sedar message abang. Sorry."

" Fia ni buat abang risau betullah."

" Hehe. Sorry. Okaylah abang. Dia dah datang. Kejap lagi Fia call balik."

" Kejap."

Aku terdiam. Kejap? Tapi aku hanya biarkan. Dia datang dengan termengah-mengah.

" Nah. Milo ais? Sorry tak tahu air apa yang awak suka. Ganti rugi. Sorry sangat fasal tadi."

" It's okay. Thanks for this."

Dia Cuma angguk dan tersenyum. Aku mula beredar daripada situ. Tapi aku rasa macam kena perhati lagi. Aku toleh belakang. Lelaki tadi masih ada di situ. Rasa meremang bulu roma pula.

" Fia?"

Aku tersentak. Terlupa yang Usyair masih ada dalam panggilan.

" Abang."

" Jangan minum air tu!"

Aku tengok air milo yang ada dekat tangan aku saat ini.

" Kenapa?"

" Jangan. Please."

" Okay bang. Saya pun takut nak minum. Lelaki tadi macam semacam je."

Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Takut pula nak duduk sini lama-lama.

" Balik cepat. Dan kunci pintu. Take care sayang."

" Okay abang. Bye."

Balik Fia. Balik! Buat kecut perut je.

**

Huargh! Mengantuknya. Aku kerling jam. Awal lagi. Baru pukul 10 malam. Tidur apa awal-awal. Esok bukan kerja pun. Aku tukar siaran tv lain. Tak ada cerita best pun.

Aku tengok phone pula. Usyair tak message pun. Busy maybe. Baik jangan kacau. Aku baringkan tubuh aku dekat sofa. Rasa nak terlelap. Tapi tak jadi bila terdengar pintu rumah diketuk. Aku terus bangun duduk.

Siapa yang datang malam-malam buta ni? Jangan la buat aku takut. Dah la Usyair tak balik lagi. Esok baru dia balik. Aku pula duduk sorang.

" Assalamualaikum."

Tapi orang bagi salam. Maybe jiran kot. Aku lari ke bilik dan sarungkan tudung. Then aku turun semula dan dengan bismillah aku buka pintu.

" Awak..."

Terkeju aku bila berdiri di depan aku saat ini adalah lelaki yang aku terjumpa dekat tasik tadi. Aku dah mula rasa lain macam. Rasa takut menguasai diri tapi aku tetap maintan.

" Buat apa awak dekat sini? And mana awak tahu rumah saya dekat sini?"

Dia tersenyum dan tiba-tiba je dia terjatuh. Aku tersentak.

" Eh? Awak kenapa ni? Okay ke tak?"

Dia tersenyum pahit dan aku ternampak kesan luka dekat lengan dia.

" Ya Allah. Awak kenapa? Kejap. Saya ambilkan tuala dan air. Tunggu sini."

Baru aku nak masuk ke dalam, tiba-tiba aku rasa mulutku ditekup kuat. Sampai aku hilang nafas nak bernafas. Puas aku meronta dan akhirnya aku rasa sekelilingku kelam. Ya Allah. Lindungi aku!

**

Huh! Huh! Hurhhh!

Dengusan itu membuatkan aku tersedar. Aku buka mata. Tapi aku terkejut bila ada lelaki yang tengah membuka bajunya dan lelaki itu lelaki tadi! Aku cuba nak bangun. Tapi tak tahu kenapa aku rasa lemah sangat. Pandangan aku pun just kabur-kabur. Mana tenaga aku hilang? Benda apa yang lelaki ni dah buat dekat aku!

" Hai sayang?"

Tangannya dah menyentuh kepalaku. Ya Allah. Tudungku dah menghilang ke mana. Aku cuba tepis tangan dia. Tapi tak terangkat. Lemah sangat! Kenapa ni?! Aku rasa lemah sangat! Rasa khayal. Rasa macam diawan-awangan. Ya Allah! Kenapa ni?! Dia dah bagi aku apa ni?!

" Now you're mine! Hahaha."

Dia dah buka tali pinggang dia. Aku menggelengkan kepalaku. Abang! Tolong Fia!

" Pe..pergi!"

Aku cuba menjerit tapi macam tak ada kesan. Dia ketawa besar. Aku nak menjerit lagi bila tangannya dah mula mengoyakkan baju aku. Aku menangis dalam rasa lemah. Kenapa aku macam ni?! Mana pergi kekuatan aku!

" Syuhh. Jangan melawan sayang. Nanti lagi sakit."

Hampir terdedah seluruh tubuhku. Bila dia dah berjaya koyakkan baju aku. Dia mula dekatkan tubuhnya dan leherku menjadi mangsa. Aku menangis dan mengerling ke arah pintu. Aku harap sangat Usyair akan muncul. Aku tak rela!

" Urmhpp! You so sexy..."

Desahan nafasnya membuatkan aku jijik. Ciumannya bertalu-talu dekat leherku turut buatkan aku jijik!

" Next."

Aku cuba menolaknya dengan kedua-dua kakiku bila dia bertindak nak membuka seluarku. Tapi tetap tak berkesan bila dia genggam erat kaki aku. Aku menangis lagi. Aku cuba melawan pun tapi tak ada kesan.

" Hahahahaha."

. Aku cuba tarik selimut untuk tutup tubuhku yang hampir dibogelkan. Tapi tak sempat bila dia tarik kuat selimut itu dan buang ke bawah. Dia melihatku dengan bengis.

" Kau jangan harap kau boleh lari! Perempuan tu dah bayar aku mahal! So kau jadi milik aku. Bukan suami kau! Hahah!"

Terus dia hempap tubuhnya ke atas tubuhku dan membuatkan aku menyerigai sakit. Aku menangis lagi bila leherku menjadi mangsa. Sakit! Abang! Abang!

" Abang!"

Aku menjerit dengan tenaga yang masih berbisa. Ya Allah. Tolong. Tolong munculkan Usyair.

" Kau diam!"

Tak fasal-fasal kedua-dua pipiku ditampar dan dengan kasarnya dia mengucup tubuhku. Aku rasa semakin lemah. Dan akhirnya aku memejamkan mata bila dah tak mampu nak lawan. Ya Allah!

" Hoi! Bangsat!"

Aku buka mata bila terdengar suara yang aku tunggu-tunggu dari tadi. Aku tersenyum dalam kesakitan. Usyair....

" Tak guna punya syaitan!!!"

" A...abang..."

Usyair menoleh dan menumbuk lelaki itu buat kali terakhir sebelum mendekati aku. Dia tarik selimut dan menutupi tubuhku. Kemudian dari tarik aku ke dalam pelukan bersama tangisan kecilnya.

" Maafkan abang. Abang lambat. Maaf."

Aku tersenyum pahit. Abang tak lambat. Abang berjaya selamatkan Fia dari dirogol lelaki tu. Terima kasih abang. Terima kasih.

" Fia?"

Aku terus pejam mata dan tak tahu apa dah jadi lepas tu. Aku rasa letih sangat.

**

" Argh! Tolong! Lepas! Lepas!"

" Fia! Fia! Bangun sayang!"

Huh! Aku tersedar dan terus bangun duduk. Aku tengok sekeliling. Ada Usyair. Aku terus peluk dia dengan tangisan kuat. Tubuhku diusapnya perlahan.

" Syuhh. Don't worry sayang. You save."

Tiba-tiba aku teringat semula apa jadi sebelum ini. Ya. Aku hampir dirogol. Dan Usyair sempat selamatkan aku.

" Semua salah Fia. Kalau Fia tak buka pintu. Semua ni takkan jadi."

Aku rasa kesal sangat dengan diri aku. Sekarang aku rasa jijik dengan diri aku. Aku tenyeh leherku kuat-kuat. Semata-mata tak nak bekas ciuman bangsat tu ada dekat sini. Lepas tu aku kesat semua wajahku dengan kasar sampai aku tak pedulikan rasa sakit. Sehinggalah Usyair memegang kedua-dua belah tangan aku.

" Fia! Rileks. Dia dah ditangkap. Now you save okay?"

Aku menangis lagi. Dengan kuat. Sampai Usyair merasa sedih melihat keadaanku.

" Fia."

" Maafkan Fia. Fia tak jaga diri."

" Bukan salah Fia sayang."

Aku mendongak melihat wajah Usyair. Dia tersenyum hambar. Aku tahu dia sedih. Tapi dia sembunyikan perasaan itu.

" Abang pun kesal sebab terlambat. Kalau abang cepat mesti dia takkan dapat sentuh sayang. I'm sorry sayang."

Aku terdengar esakan kecil dia. Aku menggelengkan kepalaku dan kembali memeluk dia. Erat. Kami sama-sama melepaskan apa yang kami rasa sampai kami puas. Aku kesat air matanya dan dia turut kesat air mataku. Kami sama-sama tersenyum hambar.

" Dah. Tak nak nangis okay? Sekarang sayang selamat. Abang takkan pergi tinggalkan sayang lagi."

Aku ketap bibir.

" Janji?"

" Promise."

Aku tersenyum dan kembali memeluk dia. Ya Allah. Terima kasih sebab lindungi aku. Terima kasih sebab munculkan Usyair saat aku berada dalam kesusahan. Terima kasih Ya Allah.

" Usyair!"

Tiba-tiba ada seseorang masuk dan melihat kami berdua dengan cemas. Tapi sebaik sahaja aku cam muka perempuan tu aku terus teringat kata-kata lelaki tu semalam.

" Kau jangan harap kau boleh lari! Perempuan tu dah bayar aku mahal! So kau jadi milik aku. Bukan suami kau! Hahah!"

Aku menggigil ketakutan dan campur dengan rasa benci plus marah. Aku tuding jari ke arah Zia.

" Pergi! Pergi kau! Semua ni kerja kau kan!? Pergi kau! Buat apa kau dekat sini!!!" Jeritku sepuas-puasnya sampai dia terkejut dengar jeritan aku.

" Fia?" Usyair cuba memujuk.

" Dia. Dia orangnya bang. Dia dalangnya. Lelaki tu ada cakap ada perempuan bayar dia. kalau tak dia takkan buat Fia macam ni. dia bang! Dia! pergi kau! Pergi!"

Aku dah hampir menggila tengok dia masih ada dekat depan aku dengan muka blurnya. Aku benci muka blur tu! Aku hampir nak turun dari katil dan serang dia. Tapi Usyair lebih cepat menahan dengan memeluk aku kuat.

" Fia. Sabar sayang.

" Pergi!" Aku masih tak berhenti menjerit selagi dia tak pergi.

" Zia. Baik kau pergi. Sebelum isteri aku bertindak lebih ganas."

" Tapi.."

" Pergi! Kau tak nampak ke apa isteri aku dah alami? Ke ini memang kerja kau?!"

Aku dan Zia terdiam saat dengar jerkahan Usyair. Aku memeluk dia erat. Zia pula dengan rasa takut terus keluar daripada situ.

" Sorry sayang. Sorry. Abang tak tahu macam mana dia tahu kita ada dekat hospital."

Sebab dia yang buat Fia macam ni bang. Dia orangnya. Kau tunggu pembalasan dari Allah Zia. Kau tunggu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro