Part 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokan harinya aku bangun lebih awal dari biasa. Aku dah buat keputusan untuk berhenti kerja. Aku berniat nak belajar. Lagipun aku baru mengajar setahun dua. So better aku sambung ambil master. Itu saja cara untuk aku lupakan semuanya dekat sini.

Aku bersiap elok-elok then sediakan sarapan. Walaupun baru pukul 6.30 pagi. Dah selesai aku sempat jenguk ke bilik Usyair. Aku hanya berdiri depan pintu. Aku tersenyum hambar. Baik aku pergi dulu.

Aku cepat-cepat turun daripada tingkat atas dan menuju ke ruang tamu. Kunci kereta di ambil. Beg tangan dicapai dan keluar dari situ secepat yang mungkin. Aku masuk ke dalam kereta dan memandu keluar daripada situ dengan rasa sedih.

Bila sampai dekat sekolah. Aku mengajar macam biasa. Bila time nak balik aku pergi berdepan dengan guru besar sekolah. Aku berterus terang dan serahkan surat perletakan jawatan. Alasan just nak sambung belajar.

Mujur dia tak tanya banyak. Dan aku sangat berterima kasih untuk itu. Paling tak disangka dia nak adakan satu majlis buat aku. Aku rasa terharu. Aku ingin menolak tapi cikgu depan aku beria-ria nak buat. Lastly aku Cuma turutkan sahaja.

Selesai urusan aku dekat sekolah, aku ambil keputusan untuk memandu ke arah hospital. Hospital di mana tempat Luthfi belajar dan bekerja. Aku tunggu dia dekat lobi. Dalam lima minit selepas itu dia pun muncul dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

Dia bawa aku ke kafe hospital. Dia mula tengok aku dengan wajah yang serius. Aku Cuma diam. Tak tahu nak cakap macam mana.

" Better kau cakap Fia. Apa masalah kau sekarang ni?"

Aku tersenyum pahit dan menarik nafas dalam.

" Kau memang takkan balik UK dah ke Luthfi?"

Dia nampak tanda tanya tapi pandang aku tajam.

" Maybe balik maybe tak. Aku sendiri tak sure lagi. Ikutkan aku takkan balik sana dah. Tapi banyak lagi kursus aku yang perlu aku selesaikan. So, maybe akan balik sana semula. Eh kenapa kau tanya aku? Kau nak buat apa ni?"

Dia nampak tak puas hati dan makin tanda tanya.

" Boleh aku stay dengan kau dekat sana?"

" What?!"

Dia terkejut dan terjerit kecil saat aku suarakan keinginan ku. Aku terdiam dan tertunduk bisu. Dah macam dia abang aku. Sedangkan aku kakak.

" Apa yang kau tengah buat ni weh? Kau tahu tak kau tu isteri Usyair. kenapa pula kau nak stay dengan aku!"

" Sebab dia la aku nak pergi jauh dari sini!"

Giliran aku meninggikan suara. Rasa dah tak mampu nak tanggung sorang diri. Aku picit dahiku. Terasa sakit dekat kepala. Stress asyik fikir masalah ni.

" Apa yang dia dah buat ni kak?"

Suara Luthfi dah mulai kendur. Aku menggelengkan kepala.

" Susah aku nak explain Fi. Aku nak minta satu je. Izinkan aku ikut kau. Aku nak sambung master dekat sana. Please. Aku perlukan masa Fi. Aku tak kuat Fi. Aku lemah."

Aku menangis juga depan Luthfi. Luthfi yang tengok dah mengeluh kecil. Dia bangun dan berdiri sebelah aku. Tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya.

" Aku tak tahu apa masalah korang berdua. Tapi tolong selesaikan dengan baik. Minta izin dia dulu Fia. Jangan buat macam ni. Aku tak kisah kalau kau nak stay dengan aku asalkan Usyair tahu dan benarkan. Aku tak nak bersubahat nak jadikan kau isteri derhaka Fia. Please."

Aku kesat air mataku kasar. Aku kembali duduk tegak. Aku merengus geram.

" Aku tak nak. Kalau dia tahu mesti dia takkan benarkan aku pergi. Aku benci dia Fi. Dia tipu aku selama ni. Dia Cuma nak balas dendam! Dia langsung tak cintakan aku. Tipu!"

Luthfi tergamam dan duduk semula depan aku. Dia nampak serabut tengok aku.

" Tak cintakan kau? Habis dalam perut tu apa?"

Aku terpempan.

" Tak cintakan kau? Habis layanan dia terhadap kau selama ni apa? Pura-pura? Lakonan? Kalau dia tak cintakan kau kenapa dia sanggup kahwin dengan kau? Dan langsung tak merungut bila kau dengan keras kepala kau tu. Ada kau fikir tak semua tu?"

Aku tertawa sinis.

" Dia berlakon! Dia Cuma mainkan peranan dia sebagai pendendam. Dia nak balas dendam Fi. Dia nak aku bahagia then pergi tinggalkan aku macam tu je. Dia tipu aku. Dia dah khianati cinta aku."

" Oh. Macam tu. Eh Fia! Kalau betul dia tak cintakan kau. Dah lama dia pergi tinggalkan kau! Boleh je selepas kahwin dia pergi tinggalkan kau macam tu je. Or boleh je dia marah kau tengking kau dan pukul kau kalau dia benci sangat dekat kau. Oh! Satu lagi, boleh je dia pergi tinggalkan kau terkontang-kanting selepas sentuh kau."

Kali ni aku tersentap dengan kata-kata Luthfi. Semua kata-kata dia ada logiknya.

" Ya Allah Fia. Aku tak tahu apa benda yang dah rasuk kau ni sampai kau nak lari dari dia. Usyair tu dah baik Fia. Dah macam malaikat. Tapi kau? Satu lagi aku nak tanya. Ada kau nampak dia marah-marah kau tak selama ni? Pernah dia tinggikan suara dekat kau? Pernah dia pukul kau? And paling sadis pun pernah dia buat acuh tak acuh je dekat kau? Pernah?"

Aku terdiam seribu bahasa. Luthfi dah tertawa sinis.

" Tak kan? Malah sebaliknya kan? Dia layan kau dengan baik. Tak pernah tinggikan suara. Malah belai kau dengan penuh kasih sayang. Tatang kau bagai minyak yang penuh. Tapi apa kau tengah buat ni?! boleh tak kalau ada apa-apa masalah kau bincang dulu dengan dia? Hear his explaination first! Don't judge to conclusion to fast!"

Luthfi makin berang dengan aku. Wajahnya diraup kasar. Kemudian dia tengok aku lembut.

" Kak please. Aku sayang kau tau tak? Aku tak nak tengok rumah tangga kau hancur macam ni atas sebab sikap ego dan keras kepala kau ni."

Aku ketap bibir. Aku tersenyum pahit.

" Kau takkan faham Fi. Kau tak ada dekat tempat aku."

" Then make me understand! Show me what he did to you! Explain to me!"

Bentakan Luthfi membuatkan aku kembali menangis. Aku tekup wajahku dengan kedua-dua tangan.

" Dia balas dendam guna cara kotor Fi. Fasal aku pengsan masa tunggu Yusri tu semua rancangan dia dengan Zia. Semua rancangan dorang!"

Aku jatuhkan tangan dan tengok wajah bingung Luthfi. Aku tertawa sinis. Air mataku kesat dengan lembut.

" Aku tahu kau takkan percaya. Tapi itu kenyataannya."

Tiba-tiba Luhtfi tersenyum. Dia menggelengkan wajahnya perlahan.

" Kau terlalu cepat buat kesimpulan. Dari mana kau dengar? Zia? Kau lebih percayakan Zia dari suami kau sendiri?"

" Sebab aku ada bukti! Kalau tak aku takkan percaya!"

" Bukti? Where? Aku nak tengok!"

Aku terdiam. Aku tak bawa pula bukti tu.

" Aku akan tunjuk dekat kau. Sekarang aku tak bawa."

Luthfi tersenyum sinis.

" No need sebab aku percayakan abang ipar aku tu. Sekarang aku tak nak dengar apa-apa dah. Aku nak kau balik dan bincang dengan suami kau dulu. Dengar penjelasan dia no matter what. Kalau ada apa-apa contact aku. Dah aku nak sambung kerja."

Luthfi bangun dan pergi tinggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga bersama rasa keliru dengan semua yang terjadi. Aku ketap bibir dan merengus geram. Apa perlu aku buat ni? argh!

**

Aku kembali ke rumah dengan perasaan hampa. Hampa bila Luthfi lebih mempercayai Usyair dari kakak kandungnya sendiri. Aku terduduk lemah di sofa. Rasa letih dengan semua ni. Bila semua ni akan berakhir Ya Allah? Tunjukkanlah aku kebenaran.

" Fia?"

Aku langsung tak hiraukan suara itu. Malah aku terus bangun dan ingin berlalu naik ke atas. Tapi lenganku ditarik terlebih dahulu. Aku toleh ke arah dia pun tak. Hanya renung ke hadapan. Tapi aku tahu dia tengah merenung aku. Tiada senyuman terpamer pada wajahnya.

" Fia. Abang minta maaf kalau abang ada buat salah. But please jangan elak macam ni dari abang. Tell me what's wrong? Apa salah abang pada Fia sampai Fia benci abang macam ni?"

Aku tersenyum sinis. Aku toleh ke arah dia dengan wajah tegang. Aku tarik lenganku semula.

" Fikir sendiri! You're liar! Usyair khianati hati dan cinta kita. Eh silap. Cinta Fia."

Tak tunggu lama aku naik atas tanpa menanti jawapan dia. Cuma langkahku terhenti sekali lagi depan pintu bila dengar jeritan dia.

" Teruk sangat ke abang pada mata sayang? Habis selama ni cinta yang abang tunjukkan pada Fia tu apa?"

Dari nada suara dia pun aku tahu dia kecewa. Tapi aku berkeras supaya jangan percaya kata-kata dia. semua tu permainan dia saja. Jadi aku terus masuk ke dalam bilik tamu yang sudah menjadi bilik aku dari semalam. Aku kunci pintu dan dalam diam aku dah mengalirkan air mata.

Terngian-ngiang semula kata-kata Luthfi tadi.

" Tak cintakan kau? Habis layanan dia terhadap kau selama ni apa? Pura-pura? Lakonan? Kalau dia tak cintakan kau kenapa dia sanggup kahwin dengan kau? Dan langsung tak merungut bila kau dengan keras kepala kau tu. Ada kau fikir tak semua tu?"

" Oh. Macam tu. Eh Fia! Kalau betul dia tak cintakan kau. Dah lama dia pergi tinggalkan kau! Boleh je selepas kahwin dia pergi tinggalkan kau macam tu je. Or boleh je dia marah kau tengking kau dan pukul kau kalau dia benci sangat dekat kau. Oh! Satu lagi, boleh je dia pergi tinggalkan kau terkontang-kanting selepas sentuh kau."

Aku mengeluh kecil. Aku dah serabut fikir semua ni. Fi. Apa patut aku buat ni? Perlu ke aku tunjuk dekat dia gambar yang aku dapat dari Zia tu? Tapi dah ready ke aku untuk dengar pengakuan dia? Sedia ke kau pergi dari hidup dia buat selamanya?

" Tak. Aku tak ready lagi untuk itu."

Aku usap perutku perlahan. Sayang. Apa patut ibu buat ni?

Tok! Tok!

Tersentak bila pintu bilikku diketuk. Aku pasti itu Usyair. Aku mendekati pintu dan sandar belakang pintu. Tak rasa nak buka.

" Sayang."

Aku pejamkan mata. Rasa macam dia tengah berdiri depan mata aku saat ini.

" Abang minta maaf. Tapi izinkan abang jumpa dengan anak kita? Abang rindu dia."

Aku tunduk tengok perut. Anak dia? Ya anak dia.

" Abang tahu sayang bencikan abang tapi please jangan pisahkan kami. Itu anak abang juga."

Aku ketap bibir. Dengan kekuatan yang ada aku buka juga pintu. Dengan wajah yang sembap dan masam aku berdepan juga dengan dia. Dia tengok aku dan mendekati aku. Aku still kaku.

" Sayang."

Aku tepis tangannya yang ingin sentuh bahuku.

" Don't touch me! I hate you!" Jeritku senafas.

Dia tergamam tapi still tersenyum. Matanya tunduk melihat perut aku. Aku menoleh ke arah lain. Tak sanggup nak tengok wajah dia.

" Anak ayah. Ayah rindukan kamu. Ayah juga rindukan ibu kami. Ibu dah benci ayah sayang. Ayah tak tahu apa kesalahan ayah. Tapi tolong beritahu dia yang ayah jujur sayangkan ibu. Ayah jujur cintakan ibu kamu sayang. Ayah pergi dulu ye. take care. Jaga ibu untuk ayah."

Hati aku dah berubah pilu mendengar luahan hati dia tu. Tapi still beriak selamba. Tak sanggup juga melihat ke arah dia.

" Abang keluar kejap. Sayang rehatlah."

Dia mula menjauh dan semakin jauh sehingga bayang dia hilang. Aku menoleh ke arah tangga. Dia betul-betul dah pergi. Aku tersenyum tawar. Ini yang kau nak kan Fia? So kau nak menyesal tiada guna.

Tak. Aku tak menyesal. Aku benci dia. Aku nak pergi dari hidup dia. Aku tak nak cinta aku semakin dalam buat dia.

**

" Sayang. Mari makan. Abang ada buatkan sarapan ni."

Hanya renungan kosong saja aku berikan buat dia yang excited tu. Aku tengok meja. Ada sarapan pagi. Aku kerling jam pula. Dah pukul 7 pagi. Dia tak pergi kerja ke? Setahu aku jam ni dia dah pergi kerja.

" Fia dah kenyang."

Tanpa hiraukan dia aku menuju ke ruang tamu. Aku perlu cepat untuk ke tempat kerja. Hari ni ada majlis perpisahan untuk aku. Aku perlu kelihatan kemas dan ceria. Tak boleh masam-masam.

" Sayang."

Dia mendekati aku. Aku Cuma buat muka beku. Dia masih dengan senyuman manisnya itu. Tiba-tiba dia hulurkan aku sebuah bekal. Aku tunduk tengok dengan kerutan di dahi.

" Bekal untuk sayang. Kalau sayang lapar boleh makan. Please jangan tolak. Kalau tak demi abang pun just fikir demi anak kita. Kesian dia. mesti dia lapar."

Sebab perkataan anak tu la aku sambut juga pemberian dia. Baru aku nak melangkah keluar. Tiba-tiba je tubuhku ditarik ke dalam pelukan dia. Aku jadi kaku dan terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tiba dia tu.

" I miss you. I love you. Im sorry. Ya Allah. Berilah isteriku kekuatan. Moga dia kuat untuk jalani urusannya hari ini Ya Allah."

Doanya itu berjaya membuatkan aku sebak. Tapi cepat-cepat aku tolak tubuhnya dan melangkah keluar tanpa hiraukan dia. Takut aku termakan pujukannya. Aku tak nak.

" Take care sayang! Miss me!"

Huh! Miss you konon. Benci adala. Huh!

**

Lebar senyumanku saat ini bila melihat banyak hadiah atas mejaku selepas selesai majlis perpisahan tadi. Terharu sangat dengan semua layanan cikgu-cikgu dan muridku. Rasa dihargai. Ya Allah. Sayangnya nak pergi tinggalkan sekolah ni even baru dua tahun aku mengajar dekat sini. Tapi aku terpaksa.

Aku pandang meja sebelah. Jiran aku. Dia tak ada. Pergi kursus. Tapi aku dah maklumkan pada dia yang aku dah berhenti. Mujur dia dapat terima walaupun sedih. Aku tengok sekeliling bilik guru ini. rasa sebak sangat nak pergi.

Aku kerling jam. Dah tiba masanya aku pergi. Hari ini hari terakhir aku berada di sini. Aku tarik senyuman walaupun sedih. Buat malu je la nangis dekat sini.

Aku bangun dan ambil beg tangan. Barang-barang aku semuanya dah dimasukkan ke dalam kereta tadi. Aku mula keluar dari situ dan seorang demi seorang murid menegur aku dan mengucapkan selamat tinggal. Aku Cuma sambut dengan senyuman kecil. Ada juga yang ucapkan semoga berjaya.

Terharu sangat aku rasa. Sampai aku nak masuk ke dalam kereta pun ditegur lagi. Aku tersenyum dan memandu keluar daripada situ dengan rasa yang berat. Moga kita akan bertemu lagi. I will miss you guys!

Sekarang aku tak tahu nak ke mana. Tak rasa nak balik ke rumah. Pergi hospital? Nanti kena marah. Balai polis? Sah-sah la akan bertembung dengan Usyair. Hurm. Balik rumah mama? Tak boleh. Bahaya. Kena soal siasat nanti. Dengan wajah yang sembap ni. kantoi la.

Arh! Pergi jumpa Luthfi la. Aku tahu dia tak sanggup nak marah aku lama-lama. Dia faham kak dia ni macam mana. So aku pergi juga ke hospital. Baru pukul 2 petang. Aku yakin dia tengah rehat sekarang ni.

Aku park kereta dan berjalan masuk ke dalam hospital. Aku masuk ke dalam kafe situ dan ambil tempat. Aku Cuma hantar pesanan ringkas dekat Luthfi. Malas nak naik atas cari dia. Letih. Agak lima minit kemudian dia pun muncul depan mata aku dan duduk depan aku.

" Ha! Why?" Soalnya dengan jongketan di kening.

" Saja nak jumpa kau. Tak boleh?"

" Boleh. So apa perkembangannya?"

Aku terdiam. Ingatkan hal ni dah selesai. Dia ungkit pula.

" Entah."

Terdengar rengusan kasar dari dia.

" Still tak bincang dengan dia?"

Aku Cuma menggelengkan kepala.

" Malas. Tak rasa nak cakap lagi. Aku nak rileks dulu. Sakit hati."

" Makin kau buat makin sakit hati! Kenapa kau buat macam ni? Kau tahu tak bukan kau seorang yang merana. Dia pun merana juga. Sebab dia tak tahu apa kesalahan dia."

Aku mendecit. Semua nak bela lelaki tu apa hal?

" Mana Luthfia Nisrina yang aku kenal dulu?"

" Kak kau yang tu dah lama tak ada." Balasku acuh tak acuh.

Dia nampak tak puas hati. Sampai rambutnya yang kemas itu diserabutkannya.

" Luthfi. Aku tahu aku ni menyakitkan hati orang je. Tapi tak payahlah fikir fasal aku. Tak payah nak marah-marah aku. Aku rasa sedih tau tak? Semua dah tak sayang aku. Pergi sebelahkan lelaki tu je. ingat aku ni apa?"

Aku mula suarakan rasa tidak puas hati aku. Sedih kot.

" Bukan macam tu Cuma kau tu degil sangat. Ego. Keras kepala. Kau faham? Oh lupa. Maybe pembawakan budak sama. Tapi kau nak ke anak kau nanti jadi seorang degil, ego dan keras kepala? Sebab ibu dia ni macam ni."

Okay. Deep juga kata-kata Luthfi tu. Tapi nak buat macam mana. Aku dah keraskan hati ni. Tak boleh nak terima kenyataan. Sakit pengharapan dan sakit mencintai orang yang hanya nak balas dendam ni.

" Come on Fia."

" Kau cakap senang. Cuba kau ada dekat tempat aku sekarang ni. kau rasa kau mampu ke ?"

" Yes. Aku mengaku aku pun tak mampu. But, at least aku akan berdepan dengan dia dan cakap hal sebenar. Minta dia explain. Lepas tu suka hati kau la nak buat apa pun. Asalkan dia tahu apa salah dia. Ni tak. Teruslah berdiam diri. Jangan kau menyesal Fia. Masa tu kau nak menangis air mata darah sekalipun tak ada gunanya Fia."

Aku terpempan. Kenapa Luthfi berjaya buatkan aku rasa deep memanjang ni? Sedih la macam ni.

" Fi. Maafkan aku."

" Bukan aku tapi suami kau. Dia lebih berhak dapat kemaafan kau. Aku yakin dia tak bersalah. Dia mangsa keadaan."

Aku rasa tak percaya dengan Luthfi.

" What? Kau percaya dia tak bersalah?"

Dia tergelak sinis. Tajam dia merenung aku.

" Kau fikir la logik akal sikit. kau kata dia nak balas dendam. Selalunya orang yang nak balas dendam ni akan stay kejap je. dalam seminggu dua je. ni dah dua bulan lebih Fia! Dua bulan! Kau tahu tak bila dia berjauhan dengan kau, dia asyik teringat kan kau. Nak call kau tapi line selalu tak ada. Kau ada tahu tak semua tu?"

Aku terkedu. Yeke?

" Tak tahu kan? Sebab dia tak beritahu sesiapa. Tu pun dia terlepas cakap depan aku. So aku tahu dan korek rahsia dari dia."

Aku rasa nak gelak tapi tak boleh.

" Kau nak aku cakap macam mana lagi Fia? Apa lagi yang kau tak puas hati?"

" Sebab dia tipu aku! Silap aku jugak sebab terlalu percayakan dia."

Aku tersandar lemah dekat kerusi. Bila semua ni akan berakhir?

" So kau lebih percayakan orang lain selain suami kau? Macam tu?"

Luthfi tersenyum sinis. Tajam merenung aku sampai akhirnya dia mengeluh keras ke arah aku.

" Luthfia! Sedar please. Aku dah tak tahu nak cakap macam mana dekat kau. Aku harap sangat kau pergi explain dekat suami kau. Tanya dia dan minta dia bagi penjelasan. Jangan tuduh melulu even ada bukti. Bukti tak menceritakan segala-galanya Fia!"

Aku terdiam. Dalam hati terasa pedih. Kenapa semua tak percayakan aku?

" Aku rasa kalau abang tahu dia pun akan suruh kau berdepan dengan Usyair."

Dia bangun dan membelakangi aku.

" Tolong jangan jumpa aku selagi kau tak berdepan dengan Usyair. Aku kecewa ada kakak yang suka lari dari masalah dan keras kepala macam ni."

Terus dia berlalu meninggalkan aku dalam keadaan hampa. Aku tersenyum hambar. Luthfi. Maafkan akak. Akak tak mampu. Akak tak kuat.

**

Dengan muka yang basah dengan air mata, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Tapi aku tersentak saat melihat Usyair sedang duduk dekat sofa sambil merenung ke arah aku. Cuma aku langsung tak hiraukan dia. Ingin melangkah naik ke atas. Aku tak kuat untuk berdepan dengan dia. Not now or today or soon. Arh!

" Fia!"

Langkahku terhenti depan tangga. Tapi tiada niat untuk menoleh ke arahnya. Sedar-sedar je dia dah berdiri belakang aku. Aku dapat rasakan sebab minyak wangi yang dia pakai tu. Aku tersenyum pahit. Jangan runtuhkan ego kau Fia.

" We need to talk."

" No need."

Sekali lagi aku ingin melangkah tapi dia lebih pantas merentap lenganku sehingga aku kembali berdepan dengan dia. Tajam dia merenung ke arah aku tanpa melepaskan lengan aku. Aku ketap bibir menahan diri daripada melepaskan semua rasa yang ada dalam hati aku saat ini.

" Why dear? Why?" Soalnya lembut.

Aku menggelengkan kepalaku dengan senyuman sinis.

" Tanya diri sendiri! Apa yang Usyair buat dekat Fia selama ni! Usyair tipu Fia! Usyair tipu semua orang termasuk papa dan mama. Usyair jahat!" Jeritku dengan geram.

Tak hiraukan langsung perasaan dia. Dia nampak terkejut tapi masih berdiam diri. Setia merenung aku dan langsung tidak ada tanda-tanda untuk melepaskan lengan aku.

" Abang jahat? Apa yang abang buat? Salah ke abang cintakan sayang? Salah ke abang rindukan sayang? Jaga sayang dan lindungi sayang? Jahat sangat ke abang ni?"

Terpamer wajahnya yang sangat kecewa. Nada suaranya juga dah serak. Aku masih dengan keras kepala dan benci aku. Aku tersenyum sinis lagi. Aku toleh ke arah lain.

" Fia ingat Fia boleh hidup bahagia dengan Usyair. Tapi kebenaran ini sangat menyakitkan. Fia tak sangka abang sanggup buat semua kerja tu. Silap Fia terlalu percayakan Usyair selama ini."

Aku dah lemah. Dah penat nak berbalah.

" Apa yang Fia merepek ni? Abang buat apa?"

Aku tersenyum lemah. Aku tengok dia kembali. Kemudian aku tolak tangan dia lembut sehingga pautan kami terlepas. Aku mula memusingkan badan ke arah bertentangan. Serentak itu air mataku mengalir lagi ke pipi.

" Ask yourself. Apa lagi yang Usyair rahsiakan daripada Fia selama ini. Bila Usyair rasa dah ready nak cakap, baru kita berdepan."

" Fia!"

Tersentak aku bila tubuhku dipeluk tiba-tiba daripada belakang. Dan aku dapat dengar tangisan kecilnya. Sekali lagi hatiku tergamam. Aku kaku setelah mendengar tangisan kecilnya itu. Serentak itu hati aku terasa sedih dan sakit mendengar tangisannya itu.

" Please don't go sayang. Don't go. I need you. I love you."

Aku ketap bibir dengan kuat. Tahan diri daripada menangis. Cuma air mata tak henti-henti mengalir. Dia pula dah makin eratkan pelukan.

" Usyair..."

" I don't want to lose you."

Aku kentalkan hati dengan menolak tangan dia.

" No. No this time."

Cepat-cepat aku lari apabila pelukan terlerai. Masuk saja ke dalam bilik aku menangis dengan sekuat hati. Aku tersandar lesu belakang pintu bilik. Aku gigit bibir menahan rasa sakit.

" Argh!! Fia!"

Jeritan itu membuatkan aku rasa bodoh. Abang. Maafkan Fia.

#Sedihnya. Sob Sob. Komen guys. Hiks#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro