Part 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebulan kemudian

" Ya Allah. Letihnya."

Aku duduk di atas kerusi kosong selepas berjalan hampir 1km. Jauh gila aku berjalan hari ni. Gara-gara bosan duduk dalam rumah. Dan sebab aku seorang diri. So, jalan-jalan la. Aku dongak ke langit. Cuaca amat cerah hari ni. Aku tersenyum senang.

" Hey! Don't do that."

Tersentak aku dengar suara jeritan itu. Aku pun toleh ke belakang. Rupanya seorang ibu memarahi anaknya. Aku tersenyum tipis. Aku tunduk usap perutku. Dah masuk tiga bulan kandungan ni. Alhamdulillah. Tak sabar ibu nak tunggu kamu keluar sayang.

Sedang aku seronok layan perasaan, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku cepat-cepat keluarkan phone dari kocek seluar dan tengok nama di skrin. Mataku terus bersinar saat nama Luthfi terpapar pada skrin telefon.

" Helo Fi!"

" Assalamualaikum kakakku yang tersayang."

Aku tersengih. Perli la tu.

" Waalaikumussalam wahai adik tersayang."

" Ada dekat mana sekarang ni?"

" Kat luar. Jalan-jalan."

" Aku dah ada depan rumah kau ni. Baliklah cepat. Penat aku berdiri lama depan rumah kau ni."

Terus aku terbangun dan berjalan menuju ke arah rumahku.

" Jangan lari!"

Okay. Aku baru berniat nak lari. Tapi dah dapat amaran. Hampeh.

" Nanti lambatlah sampai." Bebelku sambil berjalan laju.

" Ingat sikit kau tu tengah mengandung. Jangan gatal nak lari."

Aku mencebik tapi rasa happy sebab dia dah ada dekat sini.

" Aku tunggu sini. Bye."

Tanpa berlengah aku lajukan langkah menuju ke tempat berteduh aku. Agak dalam 10 minit berjalan baru sampai. Nampak tak jauh gila aku berjalan hari ni. Haha.

" Luthfi!"

Luthfi yang tengah bermain phone terus mendongak dan saat ternampak aku dia menarik senyuman lebar. Aku pun apa lagi terus peluk dia. Rindu!

" Sudahlah tu. Naik lemas aku jadinya."

Aku leraikan pelukan dengan cebikan. Sengaja la tu.

" Kenapa tak cakap kau balik hari ni?"

" Saja bikin surprise."

Kami berdua masuk ke dalam rumah kecil aku. Rumah sewa je.

" Boleh tahan. Aku akan stay dengan kau mulai hari ini."

" Eh? Bukan kau kena stay dekat asrama ke?"

Dia ambil tempat dekat sofa dan menghembus nafas laju. Dia menoleh memandangku dengan kerutan di dahi.

" Kau ingat aku akan biarkan kau tinggal sini seorang diri? Sebulan lepas pun aku bukan main risau dekat Malaysia. No no."

Aku terdiam. Aku duduk di sebelah dia.

" Mama dan papa macam mana?" Soalku takut-takut.

Luthfi nampak serba salah nak cakap. Tapi dia mengeluh kecil.

" Mereka marah. Kecewa dengan kau kak. Tapi mereka faham. Mereka harap kau dapat balik secepat yang mungkin. Abang pun. Dia marah sangat dekat kau sebab buat Usyair macam tu."

Dengar je nama Usyair terus aku teringat peristiwa lalu. Aku ketap bibir. Kenapa perlu mention tentang Usyair?

" Kak. Baliklah. Usyair bukan macam dulu dah. Dia dah tak ceria. Asyik murung dan bersedih je. Alone. Bila abang ajak tinggal dekat rumah mama. Dia menolak. Dia kata nanti dia tak dapat hidu bau Fia. Sebab dekat rumah korang dia boleh bayangkan Fia ada di mana-mana. Kau tak kesian ke? Dia suami kau. Terlalu sayangkan kau. Tapi kau kejam sebab buat dia macam tu Fia."

Hatiku bagai ditusuk benda tajam saat dengar semua tu. Tapi aku terus keraskan hati saat teringat niat balas dendamnya dulu tu.

" Aku tak percaya. Bukan ke ini yang dia nak? Tengok-tengok berlakon sedih je. Huh."

Nampak sangat aku dah tak suka dekat Usyair. Benci sangat.

" Fia!"

Jerkahan Luthfi membuatkan aku tersentak. Tajam dia merenung ke arah aku.

" Aku tak tahu apa yang merasuk kau sampai jadi macam ni. untuk apa dia berlakon? Untuk kepuasan? Kau silap kak! Kau silap! Dia merana dekat sana dan kau bersuka ria dekat sini. Kau ingat dia kejam sangat ke? Aku rasa kau yang terlalu kejam. Aku kecewa dengan kau Fia. Ingat sikit dia suami kau!"

Tak tunggu lama dia terus keluar daripada rumah selepas menghempas pintu dengan kuat. Aku tersentak dan tertunduk bisu.

" Kau tak faham Fi. Kau tak ada dekat tempat aku."

Aku tersenyum hambar dan bangun. Perlu kemas bilik untuk Luthfi. Lupakan je la apa yang dah terjadi tadi.

**

Yes. Siap pun. Cepat-cepat aku bawa hidangan makanan malam ke arah meja. Aku tersenyum lebar saat semuanya dah siap. Aku tengok jam dekat dinding. Dah pukul 8 malam. Mana Luthfi pergi ni. Tak balik-balik lagi. Merajuk dengan aku ke?

Aku capai phone dan cuba dail nombor Luthfi. Tapi tak sempat nak tekan, pintu rumah dibuka dari luar. Terpampang wajah masam Luthfi ketika ini. Aku tersenyum dan menarik dia ke arah meja makan.

" Jom makan. Aku dah masak untuk kau."

Tapi dia tarik semula tangannya. Wajahnya still masam macam tadi. Aku sedikit terusik. Kenapa?

" Kau makanlah. Aku tak lapar. Aku nak tidur."

Tak sempat aku nak berkata lebih dia dah berlalu masuk ke bilik. Aku terduduk di kerusi dengan perasaan hampa. Aku tersenyum kelat. Fi. Kau marah akak kau ni ke?

Aku kerling ke arah makanan yang sudah terhidang. Kau makan sorang je la Fia. Sayang kalau nak buang. Nanti dia lapar dia keluar makan. Aku bangun dan ambil tempat. Aku mula sendukkan nasi ke dalam pinggan. Kemudian capai lauk dan suap ke dalam mulut.

Tapi rasa sebak menyelubungi diri. Air mata pula dah mula bergenang. Telatah Luthfi tadi memang betul-betul buat aku sentap. Aku tahu dia masih marahkan aku fasal hal pagi tadi. Aku mengeluh kecil. Salah ke apa yang aku buat ni?

Aku kuis nasi yang ada dalam pinggan. Aku habiskan juga walaupun payah untuk ditelan. Rasa pahit. Selera makan aku pun dah hilang. Tapi aku gagah juga habiskan. Alhamdulillah. Bila dah kenyang aku tutup makanan dengan tudung saji.

Kemudian aku melangkah ke arah sofa dan buka televisyen. Tapi minda aku ke lain. Fikir macam-macam. Serabut. Sampai tak sedar Luthfi dah ada dekat sebelah aku. Aku terdiam. Seribu bahasa. Hanya televisyen memainkan peranan.

" Fi.."

" Jangan cakap dengan aku kalau kau masih tak nak maafkan suami kau."

Zup! Rasa macam kena tikam dekat hati ni. Aku toleh ke arah dia. Wajahnya tegang. Aku ketap bibir.

" Apa salah aku Fi?"

Dia tertawa sinis.

" Kau tanya aku apa salah kau kak? Kak. Tolonglah sedar. Apa yang kau tengah buat ni salah! Okay tak salah kalau kau datang sini cari ketenangan setelah apa yang terjadi. Tapi dah sebulan kak. Sebulan."

Sebulan still tak cukup untuk sembuhkan luka ni Luthfi.

" Semua orang buat salah kak. Semua orang tak sempurna. Masing-masing ada kelemahan. Dan masing-masing juga berhak dapat kemaafan."

Aku diam membisu. Tiada hati nak bersuara.

" Kau salahkan dia seratus peratus tanpa dengar dulu penjelasan dia. Kau kejam kak. Aku nak je cakap dekat kau benda sebenar. Tapi aku dah janji dengan abang. Aku rasa kalau kau macam ni sampai bila-bila, kau takkan bahagia kak."

Aku menoleh ke arah Fi dengan kerutan di dahi.

" Benda sebenar? Maksud kau?"

Dia tersenyum sinis. Tajam merenung ke arah aku.

" Yes. Benda sebenar. Sebab tu aku suruh kau dengar dulu penjelasan Usyair. Tapi kau degil! Ikut kepala hati dan ego kau je. Bersyukur la dia masih menunggu kau sampai saat ni. merata dia cari kau tau tak? Aku macam tak sampai hati tengok dia cari kau ke hulur ke hilir. Tapi kau? Bersenang lenang dekat sini tanpa pengetahuan sesiapa kecuali aku. Apa jenis isteri kau ni?"

Kata-kata Luthfi memang betul-betul menyentap tangkai hati aku ni. Memang pedas kata-kata dia tu. Cuma aku masih ego.

" Kau dah tak cintakan suami kau ke kak?"

Aku terkedu. Tak menoleh ke arah Luthfi dah. Setia pandang televisyen.

" Tak."

Jawapan tu sememangnya bukan lahir dari hati. Rasa pedih je hati ni saat cakap tak.

" Kau dah tak sayangkan dia?"

" Tak."

" Kau serius?"

Aku mula rasa sedih.

" Ya."

" Then minta cerai."

" Fi!"

Terus aku tengok dia dengan renungan tak percaya bersama nada marah. Dia pula dah tertawa tapi cukup sinis.

" Kau sendiri cakap tak sayang dan cintakan suami kau. Then untuk apa lagi kau teruskan perkahwinan ni? Minta je la dia ceraikan kau. Baru kau puas hati kan? Bukan ini ke yang kau nak?"

Aku ketap bibir menahan diri daripada meluahkan rasa. Mataku dah mula berkaca-kaca.

" Kau ego kak. Aku tahu kau masih cintakan dia. Masih sayang kan dia. Cuma kau terlalu ego. Ego kau tinggi. Kau ingat dengan ego kau akan bahagia? Jangan mimpi kak."

Air mataku terus mengalir tanpa dipinta. Sedih dengan penerimaan Luthfi. Luthfi yang melihat aku hanya berdiam diri. Tiba-tiba dia hulurkan phonenya ke arah aku. Aku tunduk tengok phone tersebut.

" Aku nak kau baca dan faham sendiri. Aku harap kau sedar salah kau."

Dia bangun dan berlalu meninggalkan aku dengan phone dia. Diri sendiri jadi tanda tanya. Tapi aku kuatkan hati baca apa yang Luthfi suruh. Chat whatsupp antara Luthfi dengan Usyair. Usyair?

Fi. Kau dah jumpa dia ke? – Usyair

Aku tengah mencari. Kan aku dah cakap aku akan cari dia sampai jumpa. Kau percaya cakap aku bang.

Aku tak tahu nak buat apa dah Fi. Aku buntu. Aku rindukan dia. Sangat. – Usyair

Sabar bang. insya-Allah dia selamat. Kita doakan je dia ye?

Aku tahu aku salah. Tapi aku nak dia dengar dulu penjelasan aku. Aku tak nak dia fikir negatif. – Usyair

Ye. Aku tahu. Bang. Kau kena sabar banyak-banyak. Doa supaya kau akan dipertemukan dengan dia. Doa tu kan senjata orang mukmin.

Luthfi. Thanks. Aku Cuma rindukan isteri aku dan anak aku. Rindu sangat. Hidup aku tak tentu arah tanpa dorang. – Usyair

Aku akan cari dia sampai jumpa. Nanti aku inform kalau ada info.

Okay Fi. Thank you. – Usyair

No problem bang.

Aku tekup mulut menahan tangisan menjadi kuat. Aku genggam kuat phone tersebut. Takut terlepas. Rasa lemah baca luahan Usyair. Aku tengok pula status whatsupp dia.

Sayang. I miss you. Please back.

Luthfia Nisrina. Usyair rindu awak.

Sayang. Abang tak sabar nak tunggu kelahiran anak kita. Please balik.

Terlepas juga phone tu ke bawah. Aku mula menangis dalam diam. Sebulan aku berusaha menahan diri daripada menangis. Hari ni aku tewas. Kalah pada diri sendiri. Kalah pada perasaan rindu. Ya Allah. Maafkan aku.

**

Aku siapkan sarapan dengan cepat sebelum Luthfi keluar ke tempat kursus. Lepas tu aku pergi ke ruang tamu. Tunggu Luthfi keluar. Aku pula dah bersiap. Nak pergi kedai runcit. Beli barang.

Dalam 5 minit menunggu, dia pun keluar dengan pakaian kerjanya. Berseluar track dan berkemeja. Dia tengok aku sekilas sebelum mengerling ke arah meja makan. Aku tersenyum dan mendekati dia.

" Jom? Sarapan dulu."

Dia Cuma diam dan menuju ke meja makan tanpa sebarang kata. Dia ambil tempat di depan aku. Aku tersenyum lagi dan kami menikmati sarapan dengan tenang. Wajahnya pagi ni nampak biasa. Tak macam semalam. Cuma tiada senyuman.

" Kau menangis ke semalam?"

Senyumanku mati saat dia soal begitu. Aku Cuma diam. Tak ada hati nak jawab.

" Mata kau bengkak. Aku tahu kau menangis. Aku harap kau dapat fikir masak-masak apa yang perlu dibuat selepas ni."

Aku masih diam. Entah. Hilang terus kata-kata aku. Dah lah semalam teruk gila aku menangis. Sedar-sedar je dah pukul 6 pagi. Kelam kabut bangun dan siapkan sarapan. Tertidur dekat sofa pula tu. Mesti Luthfi sedar sebab aku bangun phone dia dah tak ada. Dia dah ambil balik la tu.

" Aku balik lewat hari ni. Kau jangan tunggu aku."

Dia habiskan sarapan dan berlalu ke pintu. Aku Cuma melihat. Tiba-tiba dia menoleh.

" Tolong jangan lari dari masalah lagi kak. Hadapi masalah tu dan selesaikannya."

Usai dia berkata begitu barulah dia pergi. Aku sendiri ditinggalkan dalam keadaan serabut macam ni. arh! Entahlah!

**

" Sayang!"

Aku menoleh ke belakang. Aku tersenyum lebar. Tak sempat nak bercakap tubuhku dipeluk terlebih dahulu. Aku hanya diam dan balas pelukannya dengan penuh kasih sayang. Bila dah puas barulah kami leraikan pelukan.

" Rindu lah."

Aku tergelak.

" Rindu? Yeke ni? Ingatkan duduk dalam hutan tu fokus dekat hutan je. sampai dekat sini dilupakan."

Aku buat-buat merajuk. Tu pun wajah dia dah gelisah. Aku gelak lagi.

" Yela sayang. Kalau tak kenangkan dekat hutan. Hari-hari abang call sayang tau tak? Kalau boleh setiap saat."

" Ha. Mengada la tu."

Giliran dia pula tergelak. Aku senang dengan gelak tawa dia. Kalau dia bahagia aku pun bahagia.

" Sayang. Lapar."

" Nak makan apa? Fia boleh tolong masakkan."

Aku ingin berlalu ke dapur. Tapi secara tiba-tiba tubuhku dicempungnya. Apa lagi aku terjerit kecil la. Dia pula dah gelak besar.

" Apa abang ni?!" Bentakku geram. Tapi dalam nada manja. Haha.

" Abang bukan lapar tu."

" habis tu?" Aku dah tanda tanya.

" Abang lapar ni."

Terus bibirku jadi mangsa. Tersentak kejap aku jadinya. Bila dia dah lepas barulah aku dapat bernafas dengan baik.

" Abang ni jahat tau tak?"

" Haha. Dengan sayang je. Dengan orang lain tak. Jom lah. Abang nak sambung makan."

Dibawa pula tubuhku ke arah bilik. Aku dah tepuk dahi. Suami siapa ni?

" Miss you dear."

Air mata yang puas ditahan akhirnya mengalir ke pipi. Tiba-tiba saja memori tersebut bermain dalam fikiran aku. Abang. Fia rindu.

Aku kesat air mata dan menyembamkan wajahku ke arah bantal. Tekup wajahku dan menjerit kecil. Rasa puas dan lega. Bila dah okay barulah aku angkat semula wajahku. Tapi aku hampir terjerit sekali lagi bila perilaku aku tadi dah menjadi tontonan seseorang. Siapa lagi kalau bukan si Luthfi.

Tajam je dia renung aku. Aku Cuma buat selamba. Macam tiada apa yang berlaku. Dia menapak masuk ke dalam bilik dan duduk di sisi aku. Aku masih diam membisu. Tunggu je apa dia nak cakap.

" Kau dah teruk ni Fia."

Okay. Aku tak faham. Maksud dia?

" Teruk sebab rindukan laki kau. Tapi ego. Keras kepala. Degil. Tu masalah besar kau sekarang ni."

Dia dah tergeleng-geleng kepala mengenangkan sikap aku. Aku masih diam. Tak rasa nak jawab. Macam betul kena dekat aku. Bukan macam tapi memang. Haih.

" Kau masih tak dapat maafkan dia ke Fia?"

Aku Cuma angkat bahu. Tiada jawapan untuk itu.

" Maafkanlah dia."

" Cakap senang."

" Yes. Aku tahu. Tapi kau nak ke kalau hidup kau tak dapat berkat suami kau? Keluar pun tanpa pengetahuan dia. Kau nak terus rasa berdosa ke?"

Okay. Sentap. Deep sangat. Terasa kerdil pula.

" Kalau kau nak jumpa dia aku boleh aturkan."

" Jangan!" Terus aku menghalang.

Aku tak sanggup. Aku takut aku akan marah dia. tengok muka dia je aku dah teringat. Apatah lagi nak berdepan dan berbincang. Aku belum sedia.

" Jangan ego kak."

" Kau tak faham Fi."

" Sebab aku terlebih fahamlah aku tegur kau ni. Kau jangan sampai dia hilang dari depan mata kau baru kau nak menyesal bagai."

Luthfi nampak makin serius. Buat aku kecut perut pula.

" Dia nak jumpa kau. Kau jumpalah dia sekejap." Kali ni Luthfi memujuk pula.

Aku menggelengkan kepalaku pantas. Aku tak sanggup.

" Kejap je Fia."

" Aku tak nak. Dia kan benci aku. So why nak jumpa? Nak balas dendam lagi gamaknya."

Luthfi nampak dah give up dengan aku. But aku still dengan ego dan kemarahan aku.

" Aku takkan ikut kata kau lagi kali ni."

Aku hanya tengok dia berlalu keluar dari bilik tanpa memandang ke arahku. Aku Cuma mampu tertunduk bisu. Arh! Malas arh nak fikir. Better aku pergi buat kerja. Ada faedahnya juga.

Baru je aku nak keluar, tiba-tiba ada seseorang masuk dan terus menutup pintu bilik aku dan menguncinya. Aku tersentak dan menjadi kaku dengan tindakan seseorang itu. Ya Allah. Pencuri ke?

" Kau siapa?!" Jeritku dengan rasa takut.

Bila dia menoleh aku terpempam. Kaku terus langkah aku. Mati kata dan mati akal. Mataku mula berkaca-kaca kembali saat melihat insan yang ada depan mata aku saat ini. Aku tertawa sinis tapi tak lama bila air mataku betul-betul dah mengalir ke pipi.

" Fia."

Dia kian mendekat tapi aku makin undurkan langkah. Sampai aku dah terduduk dekat birai katil. Tubuhku menggeletar saat dia sudah berada tepat di depan mataku saat ini. Renungannya yang nampak sedih itu makin membuatkan air mataku deras mengalir keluar.

" I miss you a lot."

Saat dia ingin menyentuh bahuku, aku cepat-cepat tepis.

" Don't touch me!"

Dia tersenyum hambar dan jarakkan sikit tubuhnya dari dekat dengan aku. Aku masih terkejut dengan semua yang terjadi ni. Dan aku yakin ini kerja Luthfi.

" Mana awak tahu saya duduk sini?" Soalku dengan suara serak.

" Luthfi."

Aku dah agak. Aku kesat air mataku kasar. Aku merenung dia tajam.

" Sekarang dah tengok kan? So boleh pergi tak?"

Aku tuding jari ke arah pintu. Nak dia keluar dari sini secepat yang mungkin. Aku tak boleh tengok wajah dia lama-lama.

" No. I wont go anywhere without you."

Dia kembali mendekat dan terus menarik aku ke dalam pelukannya. Aku jadi kaku. Bila aku nak meronta dia makin eratkan pelukan.

" Lepaslah! Fia cakap lepas!"

" No! Cukuplah sekali abang lepaskan Fia sampai Fia lari jauh dari abang. That's enough."

Rontaan aku makin lama makin perlahan. Sampai aku menangis semula dalam dakapannya. Dia pula makin eratkan pelukan sehingga aku dah tak mampu nak berbuat apa-apa.

" Im sorry sayang. Im so sorry. But please. Jangan macam ni. Abang boleh mati kalau sayang tak ada depan mata abang."

" Jangan nak tipu boleh tak?"

" Abang nak tipu apa?"

" You don't love me!"

Dia jarakkan dirinya dan memandangku tajam. Kedua-dua pipiku disentuhnya. Aku hanya diam membisu.

" What? You said I don't love you? Habis kalau abang tak cintakan sayang. Ini apa?"

Hatiku berdebar kembali saat bibirku dipagutnya. Aku jadi kaku dan macam patung bila dia buat macam tu. Bila aku dah sedar aku terus tolak dadanya kuat. Sakit hati aku tengok dia saat ini.

" What the hell you do to me!" Bentakku geram.

" You said I don't love you. Tapi tadi tu apa? Kalau abang tak cintakan sayang. Abang takkan sesuka hati sentuh sayang! Abang takkan merana macam ni sekali! Dan abang takkan rasa macam nak mati bila sayang pergi dari hidup abang!"

Aku terpempan melihat air matanya yang mengalir ke pipi. Bergetar hati aku melihat keadaan dia saat ini.

" Usyair..."

Tiba-tiba dia jatuh melutut. Aku terkesima. Dia memelukku sambil melutut. Aku kaku. Terdengar juga esakan kecilnya. Dan esakan itu meruntun hati aku.

" Abang sanggup buat apa saja asalkan sayang maafkan abang. Buatlah apa saja asalkan sayang tak lari dari abang. Abang sanggup sayang. Pukul abang kalau itu memuaskan hati sayang. Marahlah sebanyak mana sayang nak. Abang tak kisah. Asalkan sayang ada di sisi abang. Itu je abang pinta. Susah sangat ke sayang?"

Aku tekup mulut. Aku menoleh ke arah lain. Air mataku makin laju. Entah kenapa aku rasa sedih sangat. Rasa berdosa sudah tentu. Kata-kata dia kedengaran ikhlas dan membuatkan hati aku pedih. Pedih bila dia merayu macam ni.

" Tapi abang nak balas dendam dekat Fia." Ujarku perlahan tanpa memandang ke arahnya.

" Tu dulu sayang. Sebelum abang kenal sayang. Tiada niat langsung abang nak balas dendam selepas abang bertemu dengan sayang. Please percaya abang sayang."

Dia mendongak dan melihat ke arah aku. Aku tengok ke arah dia takut-takut. Wajahnya basah dengan air mata. Bukan. Wajah kami berdua basah dengan air mata. Aku ketap bibir. Perlahan-lahan aku angkat tanganku dan mengusap wajahnya. Wajah yang selalu aku rindui tiap malam walaupun aku bencikan dia dulu.

" A..abang.."

Dah rasa terlalu lama aku tak panggil panggilan ni. Dia dah menarik senyuman kecil.

" Ye sayang. Ini abang. Suami Fia."

Aku kesat air matanya. Kemudian aku tarik lengannya agar bangun. Dia menurut. Kami berdepan dan saling bertatapan. Tangannya lembut mengesat air mataku. Aku terasa lemah tiba-tiba. Mujur dia cepat paut tubuhku sebelum aku rebah.

" Sayang?"

Dia dah nampak cemas. Aku tersenyum hambar.

" Maafkan Fia."

Terus aku rebah dalam dakapannya. Ya Allah. Ampuniku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro