Part 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sedar tak sedar dah seminggu berlalu semenjak peristiwa aku balik dari UK sebelum ni. Dan aku dah kembali menetap dengan Usyair di rumah dia. Bukan dekat rumah orang tuaku. Aku pun dah tak kerja so memang rutin aku setiap hari kemas rumah, masak dan seangkatan dengannya yang lebih digelar suri rumah.

Aku tak rasa teruk sebab ini tanggungjawab aku. Aku pun rasa tak menyesal berhenti kerja sebelum ni. Tapi rindu jugalah nak jadi seorang guru balik. Maybe lepas aku bersalin. Maybe kot. Aku kerling jam. Dah pukul 5 petang. Selalunya time ni suami aku dah dalam perjalanan pulang ke rumah.

Aku menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa. Penat duduk aku baring pula. Sambil mengiring ke arah televisyen. Aku rasa letih lately ni. Yala. Sebelum ni mana pernah buat kerja macam ni. Kerja pun tak sepenat ni. Pembawakan budak sama kot. haih sayang. Mama tak sabar nak tunggu kamu keluar.

Agak lama aku baring sampai aku tak sedar aku tertidur. Aku tersedar pun selepas dengar bunyi enjin kereta. Aku bangun duduk sambil menggosok mata. Aku tengok jam. Ya Allah. Dah pukul 7 petang ke. Lambat suami aku balik hari ni.

Aku bangun dan berdiri depan pintu. Dia keluar daripada kereta dengan wajah yang lesu. Maybe letih dengan kerja. Dia masuk dan macam biasa dahiku dikucupnya terlebih dahulu sebelum mengajak aku duduk di sofa. Aku duduk sebelah dia dengan rasa kesian.

" Lambat abang balik hari ni. Banyak sangat ke kerja dekat balai tu?"

Dia tersenyum dan merebahkan kepalanya dekat kepala sofa.

" Biasalah sayang. Maaf abang tak inform balik lewat hari ni. Tak sempat. Papa buat meeting tergempar tadi. Tu yang baru sampai. Sayang dah makan?"

Aku menggelengkan kepalaku. Masak pun belum. Tertidur punya fasal.

" Fia tertidur tadi. So tak sempat nak masak lagi. Abang pergi la mandi dulu. Fia pergi masak."

Baru je aku nak bangun, lengan aku ditarik lembut. Aku terduduk kembali.

" Malam ni kita makan luar la sayang. Abang kesian tengok sayang. Dah lah tengah mengandung."

Aku tersenyum nipis.

" Baru tiga bulan la bang. Jangan risau okay?"

" Nop! Malam ni kita makan luar. Jom pergi siap. Lepas maghrib kita keluar."

Mahu tak mahu aku ikut juga apa yang dia kata. Bagus juga sebab aku dapat berehat. Haha.

**

" Dah sampai. Jom."

Wah. Nasi kandar dia bawa aku. Cantik. Baby. Kita makan nasi kandar malam ni. Haha. Aku ikut langkah dia sampai ke meja kosong. Kami duduk dan order makanan. Then aku tengok sekeliling. Ramai juga orang malam-malam macam ni. Aku toleh semula ke arah Usyair dan aku tersentak kecil. Elok je dia tengok aku saat ini. Tak lepas mata dia tengok. Aku jadi segan.

" Kenapa tengok Fia macam tu?" Soalku dengan malu.

" Saja. Rindu. Sayang cantik la malam ni. tergugat abang tau tak?"

Terlepas tawa kecilku saat dia berkata demikian.

" Cantik? Abang. Isteri abang bukannya pakai make up pun. Bedak je kot. Dah tu just sarung je tudung apa yang sempat dicapai tadi. Tshirt dan skirt. That's all abang."

Lainlah aku bermake up dan pakai dress ka apa. Baru cantik.

" Isteri abang pakai apa pun cantik. Trust me."

Aku tersengih Cuma. Makin sweet talker suami aku ni.

" Kejap. Abang nak ke tandas."

Selepas kelibat Usyair hilang. Aku fokus pada keadaan sekeliling. Sampai naik bosan aku jadinya. Bila makanan dah sampai Usyair masih beum sampai. Lamanya dekat toilet tu. Aku tengok je nasi kandar depan aku ni tanpa niat untuk menjamah terlebih dahulu. Nak tunggu suami tercinta.

Sedang elok aku menunggu, tiba-tiba mataku menangkap seorang kelibat yang aku sangat kenal. Even dari latar je aku nampak. Aku rasa macam nak menjerit panggil nama dia. Tapi terasa suara tersekat dekat kerongkong. Bila kelibat itu menoleh ke arah aku, aku tersentak.

Zia! Aku baru nak bangun dan ingin meluru ke arah dia.Tapi Usyair dah sampai. Aku gigit bibir. Aku pandang Zia dan Usyair silih berganti. Zia aku nampak dia dengan seorang lelaki. Dah keluar daripada restoran nasi kandar ni. Aku mengeluh hampa. Tak sempat nak pergi jumpa dan tanya. Aku nak tahu sangat cerita sebenar di sebalik gambar tu even dia fitnah.

" Sayang. Asal tak makan lagi?"

Aku tersentak. Usyair tengok aku dengan kerutan di dahi. Aku Cuma senyum dan kembali menjamah makanan. Perlahan sampai aku rasa selera aku dah hilang. Tadi kemain lagi lapar. Aku minum air dan tersandar lesu. Nasi pun tak habis.

" Why sayang? Tak sedap ke?"

Aku geleng kepala.

" Sedap. Tapi selera hilang. Abang tolong habiskan boleh? Fia nak ke tandas."

Cepat-cepat aku bangun tanpa dengar pertanyaan dia. terniat di hati nak kejar langkah Zia. Aku cuci tangan dan menuju ke selekoh bertentangan daripada tempat Usyair duduk. Aku liarkan mataku ke luar restoran nasi kandar. Aku menuju ke luar dan tengok tempat parking kereta dengan rasa ingin tahu.

" Mana dia. Dah balik ke?"

Aku majukan langkah jauh sikit daripada restoran tersebut. Tiba-tiba mataku menangkap kelibat dia dengan seorang lelaki. Betul-betul depan mata aku tapi mereka membelakangi aku. Aku ingin menegur tapi kakiku terus kaku selepas dengar perbualan mereka yang tidak jauh daripada aku.

" So macam mana rancangan kita?"

" Haha. Settle. Perempuan tu memang dah jauh dari Usyair. thanks to you. Aku boleh dapatkan Usyair balik."

Aku ketap bibir. Tak guna punya Zia.

" Hey. Ini Akif la! Mestilah menjadi punya. By the way, I nak gambar asli. Rindu pula."

Lelaki itu mula merangkul pinggang Zia. Aku yang tengok dah rasa jijik. Ya Allah.

" Eii kau ni. Sudahlah. Cukup okay?"

" Mana boleh sayang. Susah payah kita bersama then siap selfie lagi. Tapi you guna gambar tu untuk kepentingan you. Not fair okay?"

Tubuhku menggigil menahan marah dan sedih. Rupanya ini rancangan kau Zia. Mati-mati aku percaya kau dan abaikan suami aku selama ini. tapi tertanya semua ini fitnah. Sampai hati kau Zia.

" Tapi pandailah kau edit. Aku bangga la dengan kau. Memang real gila muka perempuan tu dalam gambar dan gambar Usyair pun. Wah."

Aku meraup wajahku kasar. Ya Allah. Rasa tak sanggup dah untuk aku dengar. Rasa jijik dan rasa muak. Rasa benci sekali gus. Baik aku pergi dari sini sebelum mereka perasan kehadiran aku. Cepat-cepat aku memusingkan badanku ke belakang dan tersentak aku bila ada sebuah basikal menuju laju ke arahku. Aku hampir terjerit kecil tapi sempat aku undurkan langkah aku ke belakang dan bersembunyi belakang sebuah kereta.

Tapi budak tu terjerit sebab dia terjatuh tak jauh dari aku. Aku duduk kaku belakang kereta. Harap mereka berdua tak perasan.

" Eh! Kenapa budak tu boleh jatuh?"

" Entah. Rasanya tadi ada dengar suara perempuan jerit. Tapi tak ada pula suara perempuan. Budak adala."

" Maybe suara dia kot. biarlah. Jom la balik. Aku dah letih."

Agak lama juga aku bersembunyi dekat situ sebelum aku ambil keputusan untuk berdiri semula. Aku toleh kiri kanan. Alhamdulillah. Mereka berdua betul-betul dah lesap. So, aku pun kembali masuk ke dalam restoran tadi dan cari kelibat Usyair. mujur dia ada dekat situ lagi. Tapi nampak macam tak senang duduk.

Aku ambil tempat aku semula dan buat selamba bila dia tengok aku tajam. Tahan debaran sebenarnya sebab dah tahu sesuatu. Plus rasa sedih. Kalau boleh biar aku je tahu hal ni.

" Sayang pergi mana? Lama gila abang tunggu sini. Dah dekat 10 minit abang tunggu."

Aku tersengih kelat. Isteri abang pergi dengar perbualan orang. Tu yang lambat. Maaf bang. Aku tunduk tengok pinggan aku. Licin. Nampak sangat suami aku lapar. Haha.

" Sorry. Jom balik."

Dia nampak terpinga-pinga melihat aku dah bangun semula. Aku tersenyum dan keluar daripada situ. Aku menuju ke kereta sambil menunggu Usyair. Bila dia dah selesai kami pun masuk ke dalam kereta.

Aku Cuma diam dan tak semena-mena teringat semula apa yang dah jadi tadi. Terlepas keluhan kecil daripada mulutku. Aku rasa sangat bersalah saat ini. Bersalah dan berdosa gila sebab menjadi isteri derhaka. Usyair bukan orang macam tu. Kenapa la kau tuduh dia melulu dulu. Teruknya kau Fia.

Aku gigit bibir. Entah apa lagi rancangan dia lepas ni. Aku jadi takut dan tak sanggup nak kehilangan Usyair lagi. Aku kerling ke arah dia yang tengah tenang memandu itu. Abang. Fia sayang sangat dekat abang. Fia cintakan abang. Jangan pergi.

" Abang hensem sangat ke sayang sampai pandang abang pun tak lepas ni?"

Aku senyum kelat dan kembali memandang ke hadapan. Tak ada tenaga nak bersuara. Aku rasa serabut sebenarnya. Perasaan aku bercampur aduk saat ini. Entahlah.

" Sayang. What's wrong? Anything happen? Sayang buat abang risau la."

Aku Cuma menggelengkan kepalaku. Tanda tak payah risau. Sampai saja dekat rumah aku masuk ke dalam bilik dan baring atas katil. Telingaku masih terngiang-ngiang suara mereka yang seronok memfitnah suami aku.

Arh! Tak guna kau Zia! Aku benci kau!

" Sayang..."

Dia dah bersila sebelah aku. Aku pun bangun duduk dan bersila depan dia. Dia tengok aku dengan kerutan di dahi.

" Why? Tell me."

Terimbau semula kenangan manis aku dengan Usyair sebelum ini. Dari sebelum kenal, kenal, sebelum kahwin dan sampailah sekarang. Ya Allah. Aku baru sedar sepanjang kami hidup bersama dia tak pernah pun abaikan tanggungjawab dia. jaga aku dengan sepenuh hati. Sentiasa luahkan kata sayang sampai aku kembali mempercayai dia.

Aku ketap bibir. Usyair memang suami yang baik. Kenapa aku baru perasan dan kenapa aku lebih percayakan fitnah Zia?

" Abang."

" Yes?"

" Sorry. I'm so sorry. Fia dah banyak menyusahkan abang. Bebankan abang. Lari dari abang sampai abang terseksa sebab Fia. I'm so sorry. Berdosa gila Fia rasa saat ini."

Aku tunduk dengan rasa bersalah gila. Sampai nak pandang wajah Usyair pun rasa malu. Tiba-tiba kedua-dua tanganku digenggam erat. Tapi aku masih setia tunduk ke bawah.

" Sayang. Bukan kita dah cakap ke hal ni. dah tak nak ungkit kan? Abang dah lama maafkan sayang. Sayang tak salah. Kita sama-sama manusia biasa dan selalu lakukan kesilapan. Lagipun ini bukan salah Fia. Abang tak pernah salahkan Fia."

Aku terdiam. Hatiku rasa sebak. Tengok. Suami kau sampai tak salahkan kau Fia. Kau nak apa lagi? Tolonglah hargai suami kau sebelum kau kehilangan dia. time tu jangan menyesal.

" Sayang..."

Daguku ditarik lembut sehingga kami bertentang mata. Jelas mataku berkaca-kaca saat ini. Dia tersenyum dan tanpa kata kedua-dua kelopak mataku dikucupnya lembut.

" Jangan menangis lagi sayangku. Abang rasa sakit bila tengok sayang menangis. Abang nak sayang senyum je. Yang berlalu tu biarlah berlalu. Ambil ia sebagai pengajaran dan jangan ulang perkara yang sama."

Aku cuba tarik senyuman. Dadaku rasa sesak dengan perasaan sebak. Cuma aku tak lepaskan je. Dah tak nak nangis depan Usyair. Aku tak nak buat dia risau lagi. Cukuplah sebelum ni aku dah banyak menyusahkan dia.

" Abang. Terima kasih. Hadirnya Usyair Fahmi Ahsan dalam hati Luthfia Nisrina cukup membahagiakan dia. Dia tak dapat bayangkan if lelaki itu tak muncul."

Dia tersenyum lebar mendengar ungkapan aku.

" Abang. Fia tahu fia dah banyak kali cakap tapi Fia nak cakap lagi. Fia minta maaf. Minta maaf sangat-sangat."

Tiba-tiba tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Aku terkaku dan tanpa kata aku turut membalas pelukannya. Erat. Aku pejamkan mata dan cuba mengusir rasa kesedihan itu pergi. Pergilah dikau. Lepas ni hiduplah bahagia di samping Usyair. Tolong jangan buat kerja bodoh macam sebelum ni lagi. Tolong ye Fia.

" I love you. So much."

Kata-kata itu benar-benar dekat dengan halwa telinga aku. Aku tersenyum dan membuka mata. Aku leraikan pelukan. Melihat dia tersenyum sudah cukup melegakan hati aku yang gundah gulana ini.

" Fia pun."

Dia tunduk memandang perutku. Tangannya mula mengusap perutku lembut.

" Anak papa. Terima kasih ye tolong jaga mama selama ini. Maaf sebab papa tak mampu nak jaga kamu sebelum ni. Papa harap selepas ini kamu berdua ada di sisi papa sampai bila-bila."

Aku rasa sebak kembali. Argh! Usyair ni memang pandai buat aku nak menangis. Kan? Tak nak dengar dia bercakap lagi. Aku kembali peluk dia. aku tak nak terburai depan dia je. kang kena pujuk. Haha.

" Sayang. Terima kasih tau sebab sudi kembali dalam hidup abang."

" Abang pun. Terima kasih sebab hadir semula dalam hidup Fia."

" I love you."

" I love you to abang."

Moga lepas ni kami sama-sama dapat harungi ujian rumah tangga dengan sifat sabar dan matang. InsyaAllah.

**

" Ya? Kejap. Nanti aku sampai aku cakap. Okay bye."

Kelam kabut aku tengok Usyair pagi ni. Iphone dia diletakkan semula atas katil dan cepat saja dia menuju ke bilik air. 5 minit selepas itu dia keluar dengan hanya bertuala. Pakaian kerjanya yang sudah aku susun atas katil dia ambil dan pakai. Aku Cuma tengok je tanpa berniat nak bersuara.

Then dia melangkah pula ke arah meja solek. Rambutnya disikat rapi. Pakaian kerjanya dirapikan dengan kemas. Nampak perfect dah tu. Minyak wangi pula disembur pada pakaiannya. Erm. Wangi. Rindu dengan wangian ni.

Bila dia rasa puas dia pakai jam tangannya dan mendekati aku. Dia tersenyum dan tunduk mengucup dahiku. Kemudian dia capai beg kerjanya dan tarik tanganku sehingga aku terbangun.

" Abang pergi kerja dulu. Maaf tak sempat sarapan hari ni. Abang terbangun lewat tadi. Abang sepatutnya kena pergi lepas subuh."

Aku hanya diam. Patutlah kelam kabut tadi.

" It's okay. pergilah cepat. Nanti lewat pula."

Dia Cuma angguk dan menuju ke arah pintu. Tapi langkahnya terhenti pula. Then patah balik ke arah aku. Aku tengok dia dengan renungan pelik. Tadi kata nak cepat.

" kenapa?"

Dia tersenyum manis dan tak semena-mena bibirku menjadi mangsa kucupannya. Sampai naik terkejut aku.

" Abang nak ambil semangat abang. Okay dah. Abang pergi dulu. Bye sayang. Thanks."

Barulah dia keluar daripada bilik. Meninggalkan aku dalam keadaan terkejut dan malu. Bila rasa dah sedar aku tersenyum kembali. Teruk betul. Suami siapa ni? Sabar je la.

**

Perutku diusap dengan penuh kasih sayang. Aku tersenyum dan menoleh ke luar kereta. Sebenarnya aku ada dalam kawasan balai polis. Tempat kerja suami aku. Oleh sebab pagi tadi dia tak sempat nak bersarapan, aku dengan senang hati bawa makanan tengah hari untuk dia.

Aku tengok cermin. Wajahku okay. Bedak dah pakai. Gincu pun. Tudung pun dah kemas. Okay cun. Aku ambil beg kertas yang terkandung Tupperware berisi makanan and keluar daripada kereta. Perlahan aku majukan langkah ke arah office Usyair.

Dia tak tahu pun aku nak datang. Surprise la katakan. Hehe. Aku jalan dengan penuh hati-hati. Aku rasa aku makin berat doh. Penangan anak punya fasal. Haha.

" Diam arh bodoh!"

Aku tertoleh ke arah suara itu. Baru je melepasi aku. Tersentak juga sebenarnya sebab tiba-tiba keluarkan kata kesat macam tu. Dah lah wajah terlindung disebalik topi yang di pakai. For sure perempuan. Tapi kan... aku teliti latar belakang dia. aku berfikir sejenak. Bila aku dah dapat hadam. Terus aku tersebut nama dia.

" Zia!"

Betul tekaan aku bila dia menoleh memandang aku. Dia nampak terkejut tapi tidak lama bila bibirnya menarik senyuman sinis. Entah apa yang merasuk aku sampai berani dekat dengan dia.

" Kau buat apa dekat sini?" Soalku ingin tahu.

Setahu aku dia dah dibuang kerja.

" Suka hati aku la nak buat apa pun. Ada aku kacau kau ke?"

Ya Allah. Kasarnya bahasa. Memang dia ni sengaja cari fasal kan?

" Dah puas kacau bilaukan rumah tangga aku ke Zia?"

Dia tertawa sinis. Dia menggelengkan kepalanya dengan senyuman sinis.

" Aku? Aku ke? Haha. Kau silap orang la dear. Tapi betul apa Usyair tu jahat. Nak balas dendam la katakan. Kau tu pun bodoh. Percaya dia bulat-bulat. Sekarang padan dengan muka kau."

Aku ketap bibir menahan rasa. Amboi kak. Sedapnya bahasa kau mengata orang. Sabar Fia sabar. Kalau ikutkan hati nak je aku tumbuk.

" Senang hati nampak?" Kali ni giliran aku tersenyum sinis.

" Well. Mestilah happy. Korang mesti akan bercerai kan?"

Aku buat muka terkejut. Siap dengan reaksi kecewa lagi.

" Aku tak nak bercerai."

" Why not? Dah bukti dia khianati kau."

Nampak dia bersungguh tuduh Usyair. aku istighfar dalam hati. Tak guna kau Zia.

" Cakap sekali lagi Zia?"

Dia ketawa besar dan selepas itu mula merenung aku tajam.

" Kau tak layak hidup dengan lelaki tu la Fia. Kau dengan dia beza sangat. Bagai langit dengan bumi. Dia jahat sebab buat kau macam dalam gambar tu. Tapi aku rasa kau pun jahat sebab murah sangat. Hahaha. Tu la kau. Kenapa tak kahwin dengan Yusri awal-awal. Sekarang baru padan dengan muka kau."

Pang!

Gara-gara geram yang amat aku tertampar pipi dia. Sakit hati aku dengan minah depan aku ni.

" Mulut kau memang tak ada insurans kan? Hati kau ni memang busuk!"

Dia merengus geram. Tak puas hati selepas pipinya jadi mangsa.

" Kau pun tak ada beza Zia. Kau murah! Sebab kau tidur dengan dia sebelum kahwin!"

Pang!

Kali kedua aku tampar pipi dia. Aku dah tak kisah apa nak jadi selepas ni tapi kata-kata benar-benar dah melampau. Sakit hati aku dengar.

" Kau!"

Aku dah bersedia untuk segala kemungkinan sebab dia dah angkat tangan dia untuk menampar aku. Aku ready nak tahan. Tapi tiba-tiba ada satu tangan yang menahan tangan dia terlebih dahulu. Aku toleh ke arah empunya diri. Aku tersentak besar. Macam mana dia boleh ada dekat sini?

" Jangan apa-apakan isteri aku."

Dia tengah menahan rasa marah sambil melepaskan tangan Zia jauh dari kami. Wajah Usyair tegang sangat saat ini.

" Wah. Hero dah sampai rupanya. Patutlah."

Zia nampak tercabar tapi dia tak cakap banyak. Dia mengundurkan langkah. Maybe nak pergi dari sini. Tapi sempat dia lemparkan kata terakhir sebelum dia berlalu dari situ.

" Aku takkan biar kau hidup senang Zia. Itu janji aku!"

Dan dia sudah lesap dari kawasan ini. Aku tak tahu nak kata apa. Tapi takut pun ada. Aku pandang Usyair. Dia tengok aku dengan riak wajah serius. Alamak. Dia marah ke?

" Kenapa datang tak cakap? Dah tu kenapa berani sangat berdepan dengan si Zia tu? Abang dah kata kan jauhkan diri dari dia."

Aku tertunduk bisu. Dia dah marah la Fia.

" Maaf." Itu je aku mampu luahkan saat ini.

Tiba-tiba lenganku ditarik dan serta-merta aku terpaksa ikut langkah dia masuk ke dalam office dia. semua mata yang memandang membuatkan aku rasa malu. Hanya tunduk sampailah dia bawa aku masuk ke dalam office dia. pintu bilik office dia pun dia kunci. Dan kini aku berdiri statik depan dia sambil tertunduk ke bawah. Rasa takut dan bersalah.

" Boleh tak even sehari je jangan buat abang risau sayang."

Aku ketap bibir. Terkelu seribu bahasa. Aku dah hilang kata-kata. Rasa kerdil depan suami sendiri.

" Patutlah abang rasa tak sedap hati. Rasa macam tak kena je. Terniat dekat hati nak keluar ambil angin. Rupa-rupanya.."

Ya Allah. Salah ke apa yang aku buat? Aku rasa aku tak lebih had pun. Hurmm.

" Sayang.."

Bahuku disentuh erat. Tapi aku masih tak berani bertentang mata dengan dia.

" Look at me now."

Dengan rasa takut aku mendongak memandang dia. Renungan dia dah bertukar lembut. Tiada lagi wajah tegang dia. Aku terdiam sampai tak terkata apa-apa bila bibirku menjadi mangsa. Bila dia lepas aku diam lagi.

" Jangan buat macam tu lagi sayang. Jantung abang macam nak terkeluar bila tengok keaadan tadi."

Aku mengulum bibir. Aku Cuma angguk.

" Sayang bawa apa tu?"

Aku tertunduk tengok beg kertas aku bawa tadi. Aku serahkan pada dia.

" Bekal. Untuk abang."

Dia sambut dengan wajah teruja.

" Ye? Macam tahu-tahu je abang tak makan lagi. Come."

Lenganku ditarik sehingga ke meja kerjanya. Dia duduk di kerusi dan tak semena-mena tubuhku ditarik sehingga terduduk atas ribanya. Aku terkedu lagi. Aku Cuma perhati tingkah dia buka bekal makanan yang aku bawa tu.

" Sedap."

Aku tersenyum juga akhirnya bila dia dah makan dan puji sedap.

" Makanlah. Untuk abang."

" Sayang marah abang ke?"

Aku menggelengkan kepalaku laju. Nak marah kenapa pula? Tak ada sebab.

" Habis kenapa diam je dari tadi?"

" Tak nak lawan. Tahu salah sendiri."

Terdengar keluhan kecil dari dia. Then dia pusingkan tubuhku ke arahnya. Aku Cuma diam menanti kata-kata dia yang seterusnya.

" Sorry kalau buat sayang terasa tadi. Tapi abang Cuma risaukan sayang. I love you dear. Dan abang takkan maafkan diri abang if anything happen to you."

Aku senyum dan membuat anggukan kecil. Kepala dia aku usap perlahan.

" Dah lah. Sambung makan. Fia nak jumpa abang Man kejap."

" Ala. Temanlah abang makan dulu."

Dia eratkan rangkulan dekat pinggang aku. Aku dah tak boleh nak turun dari ribaan dia. Sabar je la.

" Yela. Fia teman. Cepat sikit makan."

" Okay boss."

Tengok dia makan buatkan hati aku jadi senang. Tapi bila teringat kata-kata Zia tadi buatkan senyuman aku pudar. Apa lagi yang kau nak buat dekat kami Zia. Jangan sampai kau terima pembalasannya satu hari nanti Zia. Aku tak nak kau menyesal.

" Fikir lagi fasal Zia la tu."

Tersentak aku bila dia bersuara. Terutama nama Zia disebut. Aku tersengih kelat. Aku gelengkan kepalaku.

" Tak. Tak ada. Teringat rumah je."

Aku berfikir sendiri. Teringat rumah? Apa hal pula? Haha. Kantoi.

" Teringat rumah je? abang?"

Aku mencebik.

" Dah ada dekat sebelah nak teringat apa lagi. Mengada la abang ni."

Aku kemaskan barang selepas dia dah sudah makan. Then aku turun dari ribaan dia. Aku masukkan semula bekas tuperware tadi ke dalam beg kertas. Berura-ura nak keluar tapi sempat ditahan oleh Usyair.

" Nak balik dah ke?"

" Haah. Abang kan tengah kerja. Tak nak ganggu."

Aku tengok meja kerja dia. Penuh dengan dokumen dan fail. Busy sangat tu.

" Teman la abang."

Aku jadi serba salah. Teman?

" Tak ganggu abang ke?"

Dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya laju.

" Isteri abang ada lagi semangat abang nak buat kerja."

Aku mencebik. Sempat lagi.

" Yela. Pergi sambung. Fia nak duduk dekat sofa sana."

Aku tolak dia sampai duduk dekat kerusi kerjanya semula. Then aku menuju ke sofa. Aku tengok kiri kanan. Nak baringlah. Rasa mengantuk pula.

" Abang sambung kerja erk? Kalau sayang letih rehatlah."

Aku Cuma angguk. Bila dia dah sambung kerja barulah aku baringkan tubuhku di sofa. Arh! Walaupun tak seempuk katil dekat rumah. Tapi dah cukup membuatkan mataku lali semula. Lately ni rajin nak tidur je. sabar je la.

Good night abang. Fia tidur dulu. Mengantuk gila.

" I love you abang."

Barulah aku memejamkan mata. Aku tersenyum tapi senyumanku makin lebar saat terdengar bisikan halus itu dan aku dapat rasakan bibirku dikucup lembut.

" I love you to my sweetheart. Goodnight."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro