Part 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adegan kelakar yang dibuat Kwang Soo berjaya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak seorang diri dalam bilik chalet ni. Sampai terkeluar air mata aku jadinya. Sakit perut oii. Kwang Soo! Asal la kau bodoh sangat? Sah-sah la si Haha tu perbodohkan kau. Kau ikut je kata dia. Aduhai.

Ting!

Tawaku terhenti saat mendengar bunyi loceng pintu bilik aku berbunyi. Aku tekan pause dekat video dan letakkan phone dekat atas katil. Aku mendekati pintu dan tengok melalui cermin kecil. Nak tahu siapa. Terjengket-jengket aku jadinya.

Eh! Siapa tu? Macam perempuan je. Berkerut dahi aku jadinya. Aku masuk balik dan sarungkan tudung. Lepas dah kemas barulah aku buka pintu untuk tahu siapa tetamu yang datang. Lagipun still awal. Baru pukul 9 pagi.

" Hai!"

Aku tak tahu nak gelak ke nak senyum ke nak sedih bila tengok tetamu yang tidak diundang ni. Akhirnya aku hanya mendiamkan diri dengan renungan kosong.

" Kenapa?" Soalku sarkastik. Lantak la dia nak kata apa pun.

" Erm. Jom sarapan dengan I?"

Aku tengok kiri dan kanan. Tak ada sesiapa pun melainkan dia seorang. Dengan senyuman plastiknya aku menggelengkan kepalaku.

" Maaf. Still kenyang. Pergilah ajak Usyair. Sorry. Tak berminat."

Dia nampak terkejut dengan jawapan aku tapi tidak lama bila dia kembali tersenyum.

" Takkan you tak lapar? Jom la. I belanja. Jangan risau."

Aku kepal penumbuk. Boleh tak kalau sekarang ni aku nak tumbuk muka perempuan yang ada depan mata aku ni. Kenapa yang susah sangat nak faham jawapan aku tadi ni? Aku dah kata tak nak tu tak nak la. Huh!

" Maaf. Still kenyang."

Baru aku nak masuk dalam dan tutup pintu semula. Telinga aku dapat mendengar suara lelaki tu. Usyair!

" Kejap Fahmi. I nak ajak adik kawan you ni."

Aku ketap bibir. Zia. Ya. Zia yang mengajak aku makan. Aku tak tahu apa yang merasuk dia sampai sudi jemput aku sarapan bersama mereka. Serius. Aku langsung tak ada mood. Hilang mood holiday aku betul la. Cukuplah apa dah jadi semalam. Sampai aku tak rasa nak keluar bilik langsung. Bercuti dalam bilik ye.

" Maaf Zia. I tak lapar."

Belum sempat aku nak tutup pintu. Si Usyair ni muncul depan mata aku. Sekali gus membuatkan aku terkaku pada tempatku berdiri. Mataku terus tajam memandang ke arah dia yang tiada senyuman itu. Sentiasa beku dan dingin.

" Tak nak makan ke?"

Aku senyum pahit lantas menggelengkan kepalaku. Tak berlengah lagi aku terus tutup pintu dengan debaran kecil. Selepas itu aku tersandar belakang pintu sambil mengurut dadaku perlahan. Dan aku dapat dengar perbualan kecil mereka.

" Kenapa you ajak dia?"

" Salah ke? I nak juga berteman."

" Ke you nak sakitkan hati dia?"

" For what?"

" Yala. Sebab dia tak layan you. Layan I je."

Dush! Tuduhan tu memang betul-betul menyentap tangkai hati aku ni. Sampai macam tu sekali ke mereka fikir? Aku pun satu. Semalam asyik tengok Usyair je. Tapi aku tak boleh nak elak sebab dia turut tengok aku. Mama! Nak balik!

**

" Usyair."

Aku tersentak saat mereka berdua memandang ke arahku. Aku terus berura-ura nak pergi tapi si Zia sempat menghalang.

" Hey you! You bukan anak Tuan Hashim ke?"

Aku pejamkan mata dengan rasa kesal. Aku terlambat. Nak lari tapi kena berdepan pula. Mahu tak mahu aku pusingkan badanku semula ke arah mereka dengan senyuman plastik.

" Haah. Korang buat apa dekat sini?"

Mataku terus fokus pada Usyair. Dia nampak bersahaja tapi still tiada senyuman pada wajahnya. Hati aku mengeluh kecil. Di mana senyuman dia menghilang?

" Kami ada kes dekat sini. Sebab tu datang sini."

Ya Allah! Niat aku datang sini nak bercuti tapi kenapa perlu dipertemukan dengan mereka? Patutlah abang call tadi. Mesti dia dah tahu mereka nak datang sini.

" Oh. Pergi dulu la. Bye."

Perlahan-lahan aku meninggalkan mereka berdua. Entah kenapa aku rasa cemburu melihat mereka berdua. Argh! Perasaan kau je tu Fia.

Kring! Kring!

Huh! Tersentak terus aku daripada lamunan saat terdengar bunyi telefon. Aku cepat-cepat menuju ke katil dan capai phone. Abang! Nak angkat ke tak? Biarlah. Lagipun petang nanti aku nak balik dah. Dah hilang mood holiday.

Aku duduk di birai katil dengan seribu perasaan. Arh! Letihnya fikir benda ni. Boleh tak stop fikir fasal dia Fia!

Huh! Stress!

**

Tersengih aku tengok gelagat kanak-kanak yang tengah bermain tepi pantai tu. Yang lagi lawak bila aku pun join sekaki. Tahu apa yang aku tengah buat? Buat istana pasir. Haha. Gara-gara stress sangat dan rasa dah lama tak main. So, aku join adik-adik ni. Nasib dorang okay.

" Akak! Cantiknya!"

Aku buat pagar sebagai langkah terakhir sebelum siap sepenuhnya istana pasir aku ni. Bila dah siap aku tarik sengihan lebar dan tepuk tangan.

" Macam mana?" Soalku pada mereka.

" Cantik! Pandai akak buat."

Aku tertawa kecil. Sebab dulu abang yang selalu ajar aku buat benda macam ni sampai aku pandai. Dia la tuan mengajar. Muahaha. Tangan seni juga aku ni. Haha. Perasan kau Fia.

" Okay terima kasih. Nak akak buat apa lagi?"

Rasa excited pula. Sebab aku tengah tak ada kerja. Nak makan pun rasa kenyang. Lagipun baru pukul 5 petang. So, main la lama sikit. Kan?

" Buat lagi satu. Tapi istana yang ni kecil sikit sebab putera je duduk."

Aku mengerutkan dahi. Macam-macam budak-budak ni. Kita layankan je la. Bukan selalu nak jadi budak-budak ni. Haha.

" Ehem!"

Pergerakan aku untuk tambah pasir terhenti saat dengar suara deheman itu. Cepat saja aku toleh ke belakang sebab nak tengok siapa empunya suara. Dan aku hampir nak terduduk bila tengok tuan punya badan. Terus aku pandang ke hadapan semula. Buat-buat busy dengan kepal pasir dan tambah pasir sampai jadi bukit.

" Boleh aku join?"

Aku tidak hiraukan dia. asal nak join aku pula. Pergilah join si Zia tu. Dari pagi tadi bukan main berkepit lagi. Erk! Aku jealous ke apa?

" Kau buat istana ke bukit?"

Aku tersentak dan tengok semula apa benda yang aku buat. Alamak! Apa benda aku tengah buat ni? Cepat-cepat aku runtuhkan semula bukit dan mula buat istana. Adik dekat sebelah pun dah terdiam tengok kami berdua. Arh! Aku dah tak boleh fokus ni. please!

" Adik. Akak ada hal la. Adik sambung erk? Akak pergi dulu. Bye."

Cepat-cepat aku bangun dan buang pasir yang ada pada tangan dan kakiku. Lepas tu aku cepat saja sarung kasut dan berlalu daripada situ. Hati aku jangan cakap. Rasa nak meletup dah kau tau?

" Hey! Kau!"

Weh! Aku ada nama okay! Huh!

" Fia! Wait!"

Ha. Tahu pun nama aku. But, how? Okay. Mati terus langkah aku dan menoleh melihat dia yang kelihatan letih kejar aku. Lantak dia.

" Macam mana awak tahu nama saya?" Soalku dengan kerutan di dahi.

" Abang kau."

Oh! No wonder la. Okay. Sambung jalan. Tapi dia cepat saja berdiri depan aku. Menghalang jalan aku. Tiada senyuman. Tiada manis pun pada wajah tu. Yang ada hanya kebekuan dengan kerutan di dahi. Apa hal?

" Kau buat apa dekat sini? Ke kau tengah ikut aku?"

Huh? Aku tertawa sinis. What?!

" Dah kenapa saya nak ikut awak pula? Tak kuasa! Saya datang sini nak bercuti! Dan saya tak tahu pun awak akan datang sini. Puas?"

Asal dia macam ni? Nak sakitkan hati aku pula.

" Mana la tahu. Kau kan suka usya aku."

Pap! Rasa terkena setempek kenyataan dia tu pada wajah aku. Aku tarik senyuman plastik buat dia. Kemudian aku berikan dia jelingan maut.

" Okay. Macam ni la Encik Usyair. Saya tak tahu apa tujuan awak ikut saya dan tiba-tiba nak sakitkan hati saya ni. Tapi tolong erk? Tolong jangan kacau saya. Lagipun saya tak ada kena mengena pun dalam hal awak. Dan okay. Saya takkan tengok awak lagi. Tolong la. Hey! Asal la aku kena fikir fasal lelaki ni."

Cepat-cepat aku berlari daripada terus berdepan dengan dia. Rasa sakit dekat hati kau tahu tak?! Rasa macam nak tampar je mulut dia tadi. Sakit hati pun still terfikir lagi. Ke aku memang dah suka dia? Argh!!!

**

Mata panda. Muka sembap. Seri wajah hilang. Semangat merundum. Keluhan terlepas. Tapi kaki tetap melangkah masuk ke dalam rumah. Seperti aku jangkakan, insan itu setia menanti aku balik. Mesti dia risau sebab aku tak jawab call dia dari pagi tadi lagi.

" Fia."

Abang menghampiri aku. Reaksi dia memang sangat risau. Aku pula tak tahu nak bagi reaksi apa. Bila dia mendepakan tangan. Aku tak tahan lagi nak beriak selamba. Terus aku peluk dia dengan linangan air mata.

" Syuhh. Jangan nangis sayang. Tell me. Luahkan semuanya pada abang."

Pujukan abang lagilah membuatkan tangisan aku lagi kuat. Rasa sakit dekat hati ni terluah melalui tangisan. Merengek aku dalam pelukan abang. Abang sabar je layan kerenah adik dia yang mengada ni. Siap tepuk-tepuk lagi belakang aku agar tangisan aku reda.

" Abang.."

Hampir 5 minit barulah tangisan aku reda. Aku keluar daripada pelukan dia. Aku kesat air mata dengan kasar. Aku tengok abang yang tengah tersenyum kecil itu.

" Take your time. But, I'm sorry. Abang tak sangka pula yang mereka akan buat siasatan dekat situ."

Aku tersenyum tawar. Teringat semula kata-kata terakhir aku pada Usyair sebelum aku ambil keputusan untuk terus pulang ke rumah pada waktu itu juga. Balik-balik terus nangis. Cengeng betul kau ni Fia.

" Dia jahat. Dia kata Fia usya dia. Zia tu pula gedik. Dah tu main-main ajak Fia pula. Fia benci! Benci dorang!"

Abang terkejut dengan jeritan kecil aku ni. Rasa puas jerit tapi kesian dekat abang. Tak fasal-fasal kena tadah telinga. Haha.

" Okay. Chill. Jangan fikir dah. Sekarang ni Fia pergi naik atas. Bersihkan diri, solat dan turun makan. Okay dear?"

Aku Cuma angguk dan melangkah naik dengan tidak bermaya. Haih. Apalah nasib.

" Fia."

Huh! Langkah aku terhenti pada anak tangga kelima. Aku menoleh ke belakang. Abang tengok aku. Apa hal?

" Do you love him?"

Erk! Okay. Aku tak ada jawapan untuk itu. Jadi aku pun pusingkan badanku semula dan lari terus naik ke bilik. No! I don't!

**

" Argh!"

Terkejut aku tengok muka aku dekat cermin. Sememehnya! Sembap je muka. Mata panda. Langsung tak ada seri. Tak cukup dengan tu, badan pun panas. Sah! Aku demam. Tekak pun rasa perit. Tak cukup dengan tu. Kepala pula rasa berat je.

" Aduh. Hari ni aku kerja kot. mesti kes banyak fikir dan nangis semalam. Sebab tu boleh demam."

Dengan semangat yang masih berbisa. Aku gagahkan diri bersiap. Tudung bawal berwarna hitam dicapai dan disarungkan je. Aku selit dekat bahu kiri dan kanan. Malas nak lawa-lawa. Pergi mengajar je pun.

Sesudah itu, aku capai beg tangan dan beg yang terisi dengan buku pelajar. Kaki mengatur langkah ke luar bilik. Terserempak pula dengan abang yang segak berpakaian polis. Aku Cuma hadiahkan dia senyuman kecil lantas kembali melangkah.

" Fia."

" Ermm."

" Are you okay?"

Sampai saja di bawah, aku ambil tempat di sofa. Abang dah duduk sebelah aku dan tak fasal-fasal sentuh dahi aku. Tak sempat aku nak tepis.

" Ya Allah. Panas ni Fia. Fia demam ni."

Aku tersenyum dan menggelengkan kepalaku perlahan.

" Sikit je. Dah la. Fia pergi kerja dulu. Mama dan papa mana?"

Aku cari kelibat orang tuaku. Rupanya baru turun daripada bilik.

" Ha. Fia. Belum pergi lagi?" Soal mama.

" Baru nak keluar. Fia pergi dulu."

Usai saja salam tangan mama dan papa. Aku gerak pula dekat abang. Abang tengok aku dengan pandangan risau. Takut aku pengsan ke apa?

" Rileks abang. I'm okay."

" Tapi.."

" Trust me."

Barulah dia buat muka pasrah.

" Yela. Hati-hati."

Okay Fia. Lupakan sejarah semalam. Masa untuk fokus pada masa hadapan. You can Fia.

**

" Fia! Datang office abang. Jangan degil!"

Sebab ugutan tu la aku gagahkan diri memandu ke balai polis. Semangat aku memang dah tak ada. Kepala pun makin berat. Tunggu masa nak rebah je ni. Masa mengajar tadi pun gagah. Mujur tak pengsan dalam kelas.

Aku capai phone ingin call abang. Tapi tak jadi bila aku nampak seseorang dari jauh. Aku tersenyum sinis. Sebab kau la aku demam macam ni. Sebab kau aku nangis. Bodohnya aku. Kenapa mesti kau orangnya Usyair.

Hachum! Ya Allah. Nak selesema pula ke ni. Aku tepuk kedua-dua pipiku perlahan. Come on Fia! Be strong! Jangan tunjuk kau lemah.

Tok! Tok!

" Astagfirullah."

Terkejut aku. Siapa yang ketuk tingkap kereta aku? Aku toleh ke kanan. Terus rasa nak rebah bila tengok tukang ketuk. Aku turunkan tingkap supaya dapat bercakap dengan dia.

" Nak apa?" Soalku dingin. Malas nak berbaik dah.

" Are you okay?"

Aku rasa nak tergelak dengar soalan dia.

" Why? Nampak macam tak okay ke? Kisah pula?"

Dia terdiam. Maybe tak sangka jawapan aku.

" Abang kau ada dekat dalam. Tak nak masuk dulu ke?"

Huh! Ramah tetibe apa hal? Malas nak hadap muka dia. Aku turunkan semula tingkap kereta dan mematikan enjin kereta. Lepas tu aku keluar daripada kereta dan berdepan dengan dia.

" Tepi la. Jangan sibuk hal saya."

Belum sempat aku nak melangkah, lengan aku direntap tiba-tiba. Tersentak aku jadinya.

" Aku minta maaf kalau aku ada buat salah. Aku tak terniat pun."

Aku tertawa sinis. Tiba-tiba? Tapi still dingin. Beku. Huh!

" Suka hati la! Malas nak layan. Daripada saya terus sakit hati layan kerenah awak ni. Better saya jauhkan diri daripada lelaki macam awak! Annoying! Entah apa salah saya pun tak tahu. Huh! Tepi lah!"

Berang sangat aku rasa bila dia still tak berganjak. Dengan sisa semangat yang masih ada aku tolak tubuh dia ke tepi. Tapi bila aku nak melangkah, terus rasa kepala aku berpusing.

" ya Allah!"

Tak sempat aku nak berpaut pada pintu kereta aku terus jatuh rebah. Betul-betul di sisi dia sampai aku dapat lihat riak terkejut dia sebelum aku betul-betul tidak sedarkan diri. Aku Cuma dengar dia memanggil namaku.

" Fia!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro