Part 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana yang sepatutnya menjadi ceria bertukar hambar. Aku rasa orang sekeliling aku ni cuba menceriakan aku. Sedangkan aku tetap macam tadi. Beku. Tiada senyuman pada wajah. Melainkan renungan kosong yang dipamerkan. Langsung tak macam diri aku.

" Luthfia."

Aku mengerling sebelah. Dah lama aku tak dengar abang memanggil nama penuh aku. Selalu Fia je dia panggil. Macam ada sesuatu je ni.

" I'm sorry."

Aku menjongketkan kening. Tanda mengapa abang minta maaf. Tetiba.

" Abang yang jemput Usyair. I mean dia anak maklong. Abang tak sangka korang akan bertemu semalam."

Aku terdiam. Tak menjangka jawapan yang akan keluar daripada mulut abang sebentar tadi. Sedangkan aku dah tak fikir fasal semalam. Cuma agak terkesan la. Even sedikit.

" Dia pun minta maaf sebab muncul macam tu depan Fia."

Aku mengangkat tangan ke arah abang tanda tidak mahu dengar lagi. Rasa muak asyik dengar perihal lelaki tu.

" Sorry."

Aku tarik senyuman even hambar. Lengan abang aku tarik sampai ke arah luar rumah. Aku mendongak ke langit. Dia turut lakukan perkara yang sama.

" Anggap semua ini takdir Allah. Fia tak rasa apa dah. Fia okay. Lagipun Fia dah nak kahwin. Kan?"

Abang merenung aku dengan keluhan kecil. Bahuku dipaut kejap.

" Abang tahu jauh di sudut hati Fia terasa dengan sikap dia. Abang minta maaf."

" Stop abang. Atau abang nak Fia tumbuk abang?"

Aku dah ready nak menumbuk dia. siap tunjukkan penumbuk lagi. Dia pula dah tarik sengihan kecil. Kepalanya digelengkan.

" Okay. okay. I wont."

Dia buat-buat zip mulut dan tengok ke hadapan. Aku Cuma tersenyum nipis.

" Yusri tu macam mana? Betul ke dia orangnya Fia?"

Aku terdiam. Cara abang tanya macam tak yakin je dengan pilihan yang sudah dibuat aku.

" Kami dah tunang wahai abang kesayangan. InsyaAllah. Fia yakin dia orangnya."

" Abang Cuma tak nak Fia menyesal di kemudian hari. Itu je."

" Tak. Fia takkan menyesal. Yusri baik sangat abang. Dia tak pernah give up dengan Fia."

" Baguslah. Lega abang dengar. Abang harap lepas ni Fia fokus sepenuhnya pada majlis akan datang. Kurang daripada sebulan je lagi."

Aku mengangguk perlahan. InsyaAllah. Lupakan semuanya fasal semalam. Terutama tentang dia. Kalau terserempak lagi buat-buat tak kenal. Buat macam orang asing. Tapi memang stranger pun kan? Huh!

**

Hari demi hari berlalu. Aku bekerja macam biasa. Meneruskan hidup seperti biasa. Tanpa ada gangguan daripada sesiapa. Fokus pada kerjaya dan majlis yang akan datang. Sedar tak sedar lagi dua minggu je majlis akad nikah akan berlangsung.

Aku belek cincin tunang yang berada di jari manisku itu. Alahai. Macam tak percaya je aku akan berkahwin tak lama lagi. Cincin ni tanda aku dah terikat dengan Yusri. Aku tersenyum kecil saat teringat wajah teruja Yusri pada hari pertunangan kami beberapa minggu yang lepas.

Tapi senyuman aku kembali pudar saat teringat perbualan kami minggu lepas. Tipulah kalau aku tak terasa apa-apa bila dia cakap macam tu. Cuma aku tepis dan pujuk dengan keyakinan aku. Semuanya bermula saat dia menyebut tentang lelaki yang memang aku dah tak nak ada kaitan lagi.

" Fia."

" Ya saya."

" Boleh Yusri tanya sikit?"

" Sure. Why not?"

Aku tengok dia dengan kerutan di dahi. Kenapa nampak serius je ni.

" Siapa lelaki yang datang masa hari pertunangan kita tu?"

Jelas dahiku berkerut cuba memahami maksud Yusri.

" Lelaki? Lelaki mana? Ramai kot yang datang time tu."

" Masa saya nak balik. Ada lelaki berdepan dengan family awak. Saya perhati lelaki tu tengok awak time awak tengok ke arah lain."

Aku terkedu. Adakah dia maksudkan Usyair? Ya Allah. Aku ingat dia tak perasan.

" Oh. Dia tu. Tu kawan abang. Kawan sekerja. Pekerja papa. Kenapa?"

Aku buat rileks. Hakikatnya hati dah berdebar menanti jawapan Yusri. Aku tak nak dia fikir yang bukan-bukan.

" Tapi kenapa cara dia tengok awak lain macam."

" Maksud awak?"

Aku terteguk air liur. Apa yang Yusri cuba maksudkan ni? Tolonglah! Janganlah dia fikir yang bukan-bukan. Aku dah letih nak memikir jawapan.

" Saya lelaki. Dia lelaki. So, saya tahu renungan seorang lelaki yang suka pada perempuan macam mana."

Sekali lagi aku terkedu. Kali ni memang dua kali ganda aku terkejut. Dia pula nampak serius sangat. Tak mahu suasana jadi kekok. Aku terus buat-buat ketawa. Nampak sangat tak ikhlas Fia.

" Apa la awak ni. Perasaan awak je tu. Dia memang macam tu. Lagipun dia jenis dingin dengan perempuan. Saya pun tak tahu kenapa."

Aku menjongketkan bahu dan pura-pura tengok ke arah lain. Tolonglah Yusri. Tolong jangan panjangkan topik ni. Argh!

" Fia."

Aku menoleh memandang ke arah dia. Wajahnya dah mulai kendur. Dia kembali tenang.

" Saya Cuma takut kehilangan awak. Kalau boleh saya nak bersama awak selamanya."

Aku tersenyum mendengar jawapan dia.

" InsyaAllah. Dah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Fikir je tentang majlis kita nanti."

" Sorry. Saya terlebih fikir."

Aku tarik senyuman kemudian tengok ke arah lain. Yusri. Andai awak tahu apa dah jadi antara kami. Mesti awak takkan duduk rileks macam ni kan? Mesti awak akan pergi serang si Usyair tu.

" Cikgu! Cikgu!"

Tersentak aku daripada lamunan yang panjang. Cepat-cepat aku toleh ke belakang saat terdengar suara menjerit tadi. Bukan menjerit tapi memanggil. Huhu.

" Saya ke?" Soalku pada seorang pelajar. Dia berada belakang aku.

" Ya. Saya nak curi masa cikgu sikit boleh?"

" InsyaAllah boleh. Kenapa?"

Dia menapak ke arah aku dengan membawa buku. Aku tersenyum. Alhamdulillah. Nampak kesungguhan budak ni nak belajar. Sudahlah Fia. Stop fikir fasal benda remeh temeh tu. Memenatkan otak je.

**

" Okay class. Cukup dulu untuk hari ini. Jangan lupa buat homework yang cikgu beri tu. Ada apa-apa yang tak faham boleh datang tanya cikgu. Saya keluar dulu."

" Terima kasih cikgu!"

" Sama-sama."

Perlahan-lahan aku keluar daripada kelas 6 Jaya itu lantas berlalu ke bilik guru. Aku perhati sekeliling. Mencari kelibat jiran meja aku ni. Tapi tak ada. Maybe ada class. Dengan keluhan kecil aku duduk di meja.

Aku kerling jam. Sedar tak sedar tamatlah tugas aku untuk hari ini. Lepas ni aku dah boleh balik. Esok cuti. Bagusnya. Rasa macam nak pergi bercuti la. Macam aku buat sebelum ni. Agak-agak boleh tak? Aku tarik sengihan nakal. Lagipun ada dua minggu sebelum majlis akad nikah. Sempat lah aku nak pergi rilekskan diri dulu. Hoho.

Cepat-cepat aku kemas barang yang patut dan capai beg tangan. Aku mula menuju ke pejabat dan hantar buku tugasanku. Selepas itu cepat saja aku gerak ke arah kereta dan masuk ke dalam. Kalau boleh aku nak pergi petang ni jugalah. Ahad pagi baru aku balik KL. Okay! cun! So, kena tanya mama dan papa dulu. Heh!

Hampir 10 minit memandu, akhirnya aku sampai ke rumah. Aku keluar juga dengan tergesa-gesa. Macam tempat yang aku nak pergi tu nak lari je. Haha. Aku cari-cari kelibat mama. Maybe dekat dapur. Dan tekaan aku tepat. Mama tengah memasak. Masak tengah hari. Hari Jumaat semua orang akan balik ke rumah. Sebab petang papa dan abang tak masuk kerja dah. Hari Jumaat mereka kerja halfday je.

" Mama!"

Aku peluk mama dari belakang. Sampai terkejut mama aku dibuatnya. Haha.

" Ish! Kamu ni. Terkejut mama."

Lengan aku jadi mangsa. Aku tertawa kecil.

" Sorry mama. Papa dan abang tak balik lagi erk?"

" Belum. On the way katanya. Ha kamu pergilah tukar baju dulu. Then tolong mama hidangkan makanan dekat meja."

" Sebelum tu. Boleh Fia minta sesuatu tak?"

Mama dah tengok aku pelik. Aku siap tarik senyuman manis dan muka comel. Haha.

" Minta apa ni Fia?"

" Fia nak pergi bercuti. Please ma."

Mama nampak terdiam. Nampak macam terfikir. Please mama. Just for one more chance.

" Tanya papa then okay."

Aku mula tarik sengihan lebar.

" Okay mama. Thanks."

" Tapi kamu nak ke mana."

Aku menjongketkan kening dengan nakal. Mama Cuma tergeleng melihat sikap aku. Yala. Aku nak berahsia sikit kali ni. Haha.

**

" No!"

Sekali lagi. Aku buat muka derk dan sambung kemas pakaian ke dalam beg. Langsung tak hiraukan orang yang bantah sekeras-kerasnya tu.

" Biarlah dia Man. Lagipun ini je peluang dia untuk bercuti secara solo. Lepas ni bertemankan suami pula."

Mama memujuk. Aku tersenyum dalam diam. Ini yang sayang sangat dekat mama. Papa pun izinkan. Dah kenapa abang aku tak benarkan pula kan?

" Tapi ma. Dia dah nak kahwin. Lagi dua minggu kot ma!"

Abang nampak tak puas hati. Siap bercekak pinggang lagi. Membantah sungguh. Tapi mama dan aku buat dono je. Mama siap bantu lagi aku mengemas pakaian. Petang ni juga aku akan bertolak. Malas nak tunggu esok. Aku nak ke mana? Penang! Yeah!

" Ma..."

" Lokman. Please."

" Abang please."

Kami masing-masing buat muka kesian sambil merayu. Haha. Kelakar pula aku rasa time ni.

" Fine! Apa jadi tanggung sendiri."

Terus abang keluar daripada bilik. Marah benar tu. Huhu. Nanti lah aku pujuk. Sekarang siapkan semua ni dulu. Baru fikir macam mana nak pujuk abang kesayangan tu. Heh!

**

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerna terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Bibirku menarik senyuman hambar. Kenapa lagu ni menyedihkan sangat? Sama sedih macam hidup aku. Dulu terlalu ingin tahu sampai akhirnya terluka sendiri. Sampai menangis gara-gara lelaki bernama Usyair. Dan kerana dia juga baru aku sedar aku sayang tapi akhirnya aku juga terluka sendiri. Terima kasih Usyair.

Entah. Kadang-kadang aku rasa dunia ni tak adil. Tapi tak baik aku fikir macam tu kan? Aku mendongak melihat langit malam yang penuh dengan bintang itu. Terbayang wajah Usyair berganti dengan Yusri.

Tak sedar air mataku dah mula bergenang. Yusri. Saya sedang cuba untuk cintakan awak. Saya tipu awak Yusri. Saya Cuma tak nak ingat memori lalu dan saya sedar saya teruk. Tapi ketahuilah saya sayang awak sangat-sangat. Tolong tanamkan rasa cinta tu dalam diri saya.

Usyair. Siapa kau sebenarnya? Apa salah aku? Sampai aku kena terluka macam ni sebab kau. Sampai kau perlu muncul lagi depan mata aku. Kenapa kau misteri sangat? Dan kenapa renungan kau penuh dengan tanda tanya? Kau bencikan aku tapi kenapa aku nampak sebaliknya?

Argh! Serabut aku fikir fasal kau Usyair. Tolonglah Fia. Kau datang Penang ni nak bercuti. Lupakan segala-galanya. Tapi kenapa mesti fikir benda sensitif macam tu? Tengok. Kan dah nangis. Aku tertawa dalam tangisan. Fake sangat.

Aku bangun daripada terus duduk berhadapan dengan pantai. Aku melihat sekeliling. Cukuplah. Better aku balik bilik. Rehatkan diri. Aku dah terlalu letih. Letih dengan perasaan dan badan.

Baru je aku nak berganjak pergi, aku dapat dengar satu suara yang menjerit meminta pertolongan. Tersentak aku jadinya. Aku toleh sekeliling. Cuba cari orang yang ada dalam kesusahan. Tapi malangnya susah nak nampak. Orang terlalu ramai dan semuanya macam buat hal masing-masing. Habis suara tu datang dari mana?

Aku berlari ke hadapan sedikit. Masih cuba mencari suara itu. Tapi gagal. Tiada. Maybe perasaan aku je kot. Akhirnya aku hanya menjongketkan bahu. Aku sambung jalan untuk menuju ke hotel. Balik tidur lagi bagus.

Tiba-tiba telefonku berdering. Nama yang tertera membuatkan aku terdiam. Ragu-ragu sama ada nak angkat atau tidak. Aku tarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan tersebut.

" Assalamualaikum Fia!"

" Waalaikumussalam. Ya Yusri. Kenapa?"

" Awak pergi mana? Saya call dari tadi tak dapat."

Aku ketap bibir. Mesti tadi aku tengah berangan sampai orang call pun tak perasan. Teruk betul.

" Tak dengar. Maybe saya silent phone. Kenapa Yusri?"

Aku terdengar keluhan dari sana. Aku terdiam lagi. Dia tengah cari aku ke?

" Awak ada dekat mana sebenarnya Fia? Saya pergi rumah awak. Mama awak kata awak pergi bercuti. Kenapa tak cakap dekat saya?"

Aku dihuni rasa bersalah. Aku pun satu. Kenapa tak cakap dekat dia? Walaweyh!

" Sorry Yusri. Last minute punya plan."

Aku gigit bibir. Lantaklah. Malas nak fikir.

" Awak pergi mana?"

Aku tengok kiri kanan. Asal aku rasa macam sesuatu je ni. Ada orang ekori aku ke?

" Penang. Yusri. Nanti saya call balik. Saya ada hal sikit."

" Yela. Hati-hati dekat sana. Bye. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Tak berlengah lagi, aku majukan langkah bila dah sampai depan hotel. Aku tak tengok kiri kanan dah. Hanya fokus dekat depan. Yang penting dapat masuk bilik. Tapi lain pula jadi bila aku terdengar jeritan seseorang. Betul-betul dekat dengan aku.

" Jangan! Tolong! Jangan buat aku macam ni lah!"

Langkahku terhenti. Jarak aku nak ke bilik rasa macam jauh. Sedangkan ada dalam 10 langkah je lagi. Semua ni sebab suara menjerit tadi ada betul-betul tidak jauh di hadapan aku. Selang 10 bilik daripada tempat aku berada sekarang. Aku jadi kaku. Tak tahu nak gerak atau tak.

" Hang nak lari mana? Hang ingat hang senang je boleh lari dari kami semua? Nak habuan ke ha?!"

Perempuan itu dipukul sampai jatuh rebah. Aku yang tengok dah menggeletar. Ya Allah. Apa patut aku buat ni?

" Bos. Baik kita bawa masuk dia dulu. Bahaya buat dekat sini."

Aku terteguk air liur. Apa nasib perempuan tu?

" Huh!"

Mereka mula mendukung perempuan tu. Aku jadi gelisah. Mereka macam nak menuju ke sini. Apa patut aku buat? Aku mula rasa nak menangis. Kenapa kaki aku tak nak gerak! Tolonglah! Gerak sekarang!

" Eh! Bos! Ada orang!"

Aku tersentak. Anak buah dia perasan. Aku dah rasa nak rebah. Tapi tak sempat aku nak bereaksi apa-apa tiba-tiba tubuhku ditarik daripada belakang dan menuju ke satu sudut.

" Mana ada. Hang ni mamai ka apa?"

" Erk."

Aku rasa sesak nafas. Mulutku dikatup dan aku dipeluk daripada belakang. Lagilah aku rasa takut. Bila suara tu dah hilang barulah orang yang menutup mulut aku ni melepaskan aku. Aku terus rasa tercungap-cungap. Cuba mencari nafas balik.

" Lain kali kalau nampak lari. Jangan tercegat dekat situ je."

Suara itu berkata. Yang pasti lelaki. Aku jadi teragak-agak nak tengok atau tak. Tapi dia dah berjaya selamatkan aku.

" Baik kau pergi sekarang sebelum dorang perasan."

Dia mula melangkah tapi aku cepat-cepat tahan dengan tertarik lengan dia yang berlapik itu. Serentak itu dia menghentikan langkah dan menoleh memandangku. Kami sama-sama tergamam.

" Fia?"

Aku terus lepaskan lengan dia dan terundur dua langkah ke belakang. Tak percaya apa yang aku nampak depan mata saat ini. Aku baru nak cakap terima kasih tapi lain pula yang jadi. Cepat-cepat aku nak beredar daripada situ. Tapi lengan aku pula ditarik.

" Fia."

" Terima kasih sebab selamatkan aku tadi."

Tanpa memandang ke arahnya aku berkata. Jika sebelum ni aku panggil dia dengan awak. Tapi tidak untuk kali ini. Biar lah ada jurang antara kami.

" Apa yang kau buat dekat sini?"

Aku tidak hiraukan dia malah tolak tangan dia supaya lepaskan aku. Bila dah berjaya aku kembali melangkah untuk ke bilik. Sambil berjalan sambil pegang dada. Serentak itu aku rasa nak lari daripada sini.

Kenapa mesti Usyair? Kenapa?!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro