TEASER TIGA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Goncangan tubuh menyebabkan lena Lucas terganggu. Dia betulkan duduk sebelum kembali menyambung lena. Tidak lama sebelum sekali lagi dia diganggu. Kali ini dia memaksa bola matanya terbuka jelas. Mendapat kesedaran semula, spontan tangan menggosok lengan yang merinding kesejukkan.

“Anak? Nak?"

Lucas terpinga-pinga. Dia menoleh mencari punca suara.

“Kenapa tidur dekat sini?”

Lucas memeluk tubuh. Matanya memerah. Dia terpinga-pinga melihat sekeliling

“Sejuk ke? Nah, pakailah atok punya jacket ni.”

Lelaki itu membuka jacket yang dipakai dan diletakkan di bahu lelaki yang lebih tinggi darinya. Nasiblah dia memang biasa bawa jacket ini. Waktu-waktu macam ni memang sejuk. Lagi-lagi malam tadi hujan. Sampai ke pagilah sejuknya terasa.

“Terima kasih.”

“Kenapa tidur dalam sini?” soal lelaki itu.

“Erm...”

“Tak apalah. Mari kita masuk dulu. Tok nak buka lampu kat dalam.”

Lucas akur. Dia mengikuti langkah lelaki tua itu. Seketika dia tersedar. Kepala mendongak. Dan-dan, dia terbeliak besar. Melihat kubah besar, dia sedar dia di mana.

“Tok,” seru Lucas, menahan lelaki itu masuk. Dia masih tidak masuk ke dalam.
Lelaki itu berpaling. “Ya, kenapa?”

“Boleh ke saya masuk? Saya ni bukan Islam. Ini kan... rumah Tuhan Islam?” berhati-hati Lucas menutur kata. Menyebut nama agama itu, Lucas teringat kejadian semalam di rumah Abdullah. Nafas ditarik dalam-dalam.
Lelaki itu mengukir senyuman.

“Tak ada masalah. Hukumnya Harus. Marilah masuk. Sejuk di luar ni.”

Bibir Lucas terkunci. Dia dapat dengar denyutan jantungnya sendiri. Sepanjang lima tahun dia menetap di sini, dia tak pernah berkesempatan untuk masuk ke dalam masjid. Bahkan, dia takut. Takut andai menyalahi hukum agama Islam. Sebab itu, dia bertanya dulu.

Buat pertama kalinya, Lucas melangkah masuk. Pijak sahaja lantai marmar itu, hati Lucas terasa tenang. Dia ukir senyuman kecil. Mata meliar melihat isi masjid. Nampak tersusun dan cantik. Paling penting, rasa suci.

“Kamu duduklah dulu. Tok nak buka suis utama.”

“Tok!”

Lelaki itu berpaling, menunggu bicarar Lucas yang seterusnya.

“Boleh tak, kalau saya nak bersujud di sini.”

Kali ini lelaki itu mendiam panjang. Laju Lucas memberi penjelasan. “Tok jangan risau. Saya tiada agama. Saya atheist.”

Lambat-lambat, lelaki itu mengangguk.
Apabila ditinggalkan sendirian, Lucas meraup wajah. Dia berlutut. Permukaan lantai marmar dipandang lama. Dia kembali teringat bicara semalam.

“Sebab kau tak layak. For your information mr foreigner, orang yahudi macam kau tu hina. Orang yahudi takkan pernah merasa syurga yang Allah cipta. Jadi tak payah nak susah payah berlagak macam kau tu Islam walhal diri kau tu kotor.”

“Oh, ke kau kena campak ke sini? Kenapa? Mak ayah kau pun tak nak terima kau? How pity you.”

Lucas pejam mata. Kata nista semalam terulang kembali di dalam kepala. Dia tahu dia kotor. Tapi sekotor dia, dia dapat rasa Tuhan itu wujud. Hanya dia tak pasti, agama mana yang membawa dia bertemu Tuhan yang sebenar. Sakit hatinya bila mak dan ayahnya juga terlibat. Walhal, dia tak pernah cerita yang kedua ibu dan ayahnya tiada. Ayahnya terlibat dalam nahas pesawat manakala ibunya pula gantung diri kerana tidak mampu menanggung kerinduan terhadap suami dan juga beban hutang. Dia tinggal bersama pakcik dan makciknya sahaja.

Jejak di Malaysia, dia mula menyedari sesuatu. Kerana hidup tiada Tuhan, mungkin ini punca keluarganya retak.
Lucas hela nafas panjang. Dia labuhkan dahi ke lantai. Entah mengapa, hatinya tergerak untuk bersujud seperti yang dia lihat rakan serumahnya sujud ketika solat. Serentak itu, air matanya tumpah.

“Tuhan... aku tahu kau wujud. Aku dapat rasa Engkau. Tapi aku tak tahu, jalan apa yang aku patut pilih. Salah ke aku dihidupkan tak bertuhan? Salah ke aku belajar tentang agama-agama yang ada di dunia? Betul ke darah aku kotor, Tuhan? Hati aku sakit bila aku nafikan kewujudan Kau. Hati aku hancur bila aku kata agama kau keji. Aku minta maaf, Tuhan... aku tak tahu, Tuhan... Tolonglah aku...”

Berjujuran air mata Lucas tumpah. Kali ini dia bersuara dari hati. Kata-katanya semalam, datang dari rasa sakit hati dengan sikap Mariam. Dia tak terniat. Sungguh. Namun bila mengenangkan semula, dia mula rasa bersalah. Bukan bersalah pada sesiapa, tapi pada Tuhan.

Lelaki tadi kembali ke Lucas. Dia terdiam melihat Lucas sujud menghadap kiblat. Dia hanya menanti sehingga Lucas bangkit sebelum mendekati. Sengaja dia pura-pura tak nampak tindakan Lucas tadi.

“Tok...”

Lelaki itu mendongak. Mereka duduk berhadapan.

“Boleh tak... tok ajar saya? Saya rasa tenang duduk dekat sini. Saya rasa Tuhan tu dekat sangat dengan saya. Hati saya rasa lapang sangat bila sujud pada Tuhan walaupun saya belum peluk lagi agama dia. Izinkan saya belajar tok. Saya tak kisah kalau perlu duduk dengan tok sekali kalau nak belajar. Saya serius, tok.” Pinta Lucas. Tersendu-sendan dia berharap. Wajah dari tadi menunduk.

Dia hanya mengharapkan satu lagi peluang untuk mengenali Islam. Tapi dia takut kalau hinaan juga yang dia bakal terima. Andai benar dia tidak boleh diterima untuk menuntut ilmu, dia tekad untuk terbang ke negara asal dan hidup seperti sedia kala.

Lelaki tua itu lama membisu. Melihat wajah lencun, lelaki itu terdetik tentang malam penuh rahmat yang terselit dalam bulan ramadhan.

“Boleh...”

Lucas bagaikan tidak percaya. Dia merenung wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu mengangguk sekali lagi. Dan-dan Lucas jadi sebak.

“Terima kasih... terima kasih, tok...”

“Nama atok... Ibrahim.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro