EPISOD 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

"Dan sekarang dia dinyatakan....koma." sambung doktor itu perlahan.

"Ya Allah.....Rafiq...." Tuan Fattah terduduk di atas lantai setelah mendengar ucapan dari doktor itu.

Semakin banyak air mata yang keluar dari Mak Jah sehinggakan dia tidak dapat bercakap apa-apa.

"Sabar Jah. Ini ujian daripada Allah." Ujar Pak Amir cuba menenangkan Mak Jah.

Tuan Fattah segera bangkit dan beredar dari situ.

Tuan Firdaus yang melihat turut sama mengikuti secara senyap-senyap kemana Tuan Fattah pergi.

Dan pada akhirnya membawa Tuan Fattah berhenti di bahagian ruangan hospital yang tidak ada orang.

Tuan Fattah duduk di kerusi yang ada di situ dan termenung buat seketika.

Semakin lama Tuan Firdaus memerhati, semakin dia perasan yang Tuan Fattah bukan termenung. Tetapi dia sedang.....menangis.

"Ya Allah...kenapa kau berikan ujian yang sangat berat kepada Rafiq....hisk...sedangkan dia budak yang sangat baik Ya Allah..."

"Along..." Tuan Firdaus menegur Tuan Fattah dan terus duduk di sebelahnya.

Tuan Fattah terkejut dengan kehadiran Tuan Firdaus segera mengelap air matanya dan tersenyum melihat Tuan Firdaus.

"Eh, angah. Erm...angah buat apa dekat sini?" Tanya Tuan Fattah dengan ramah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tuan Firdaus tahu yang abangnya itu sangat pandai menyorokkan perasaan dengan lakonannya.

"Long, angah ni bukannya baru kenal along semalam tau. Angah bersama dengan along sejak dari kecil lagi. Angah tahu yang along tengah sedih sekarang ni."

"Angah, jujur along cakap.....along tak kuat.....hisk....along tak kuat nak hadapi masalah ni ngah." Akhirnya Tuan Fattah sudah tidak dapat sorokkan perasaannya lagi.

"Along gagal ngah....along gagal sebagai abang, gagal sebagai bapa saudara yang baik untuk semua anak-anak buah along. Along gagal ngah!"

"Tak, along tak pernah gagal jalankan tanggungjawab along. Bagi angah, along lah abang yang paling terbaik pernah angah dapat. Cuma.....Zahran je yang tak sedar semua tu." Kata Tuan Firdaus sambil memeluk Tuan Fattah.

"Huh....tapi sekarang ni Rafiq-"

"Along, semua tu bukannya kehendak along. Itu semua ujian dari Allah....kita doa banyak-banyak semoga Rafiq semakin sembuh. Ok?" Pujuk Tuan Firdaus.

Selama Tuan Firdaus hidup, boleh dikira dengan jari berapa kali dia nampak abangnya menangis. Setiap kali abangnya menangis, mesti perkara itu sangat berat sehingga dia tidak dapat menahan perasaan.

"Hmm ok.....along nak pergi jumpa doktor yang rawat Rafiq. Ada benda yang along nak tanya dekat doktor tu. Angah nak ikut?" Tanya Tuan Fattah dan dijawab dengan anggukan oleh Tuan Firdaus

Tuan Fattah segera bangkit dan beredar dari situ diikuti Tuan Firdaus.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sementara itu di dalam wad Rafiq dipindahkan, Mak Jah dengan setianya menjaga Rafiq.

"Mak Jah minta maaf Rafiq....Mak Jah tak jaga Rafiq betul-betul....hisk....maafkan Mak Jah nak...." Mak Jah merintih di hadapan Rafiq.

Mak Jah sangat sayangkan Rafiq. Disebabkan Mak Jah dan Pak Amir tidak mempunyai anak, Rafiq sudah diibaratkan seperti anak mereka sendiri.

Tujuh belas tahun bukanlah waktu yang singkat. Tujuh belas tahun Mak Jah dan Pak Amir membela Rafiq.

Biarpun bukan ibu bapa yang sebenar, tetapi kasih sayang itulah yang membuatkan Rafiq menjadi seperti sekarang. Seorang yang baik hati dan penyayang.

"Jah, sabar ye. Janganlah meratap sampai macam ni. Kalau Rafiq sedar, mesti dia tak suka awak meratap macam ni." Pujuk Pak Amir. Dia sendiri pun tidak sampai hati melihat Mak Jah seperti itu.

"Saya tak tahu bang....hisk....saya sedih dengan Rafiq. Hidup dia tak pernah bahagia, tuan sendiri pun tak pernah anggap dia sebagai seorang anak."

"Kita kena tabah Jah. Kita kena kuat. Kalau kita tak kuat, macam mana dengan Rafiq? Dia perlukan sokongan dari kita Jah." Kata Pak Amir sambil memandang wajah Rafiq yang masih tidak sedarkan diri.

Mak Jah terdiam. Hanya esakan yang kedengaran.

"Kita doakan yang terbaik ye Jah. In Syaa Allah semuanya akan ok."

"Hisk....baiklah bang...." Jawab Mak Jah.

"Cik Jah! Macam mana dengan Rafiq?" Tanya Irfan yang baru saja sampai bersama dengan Faris dan Aisyah.

Sungguh Irfan sangat terkejut apabila menerima berita daripada Puan Maziah yang Rafiq koma.

Terus dia merayu pada Puan Maziah supaya meminjamkan kereta kepada Irfan.

Pada mulanya Puan Maziah tidak memberi kebenaran pada Irfan kerana Irfan baru sahaja mendapat lesen memandu dan risau akan keselamatannya.

Tetapi setelah dipujuk rayu beberapa kali akhirnya Puan Maziah membenarkan.

Irfan juga tidak lupa untuk memberitahu pada Faris dan juga Aisyah.

Dan disinilah mereka. Hospital tempat Rafiq dirawat.

"Macam ni lah Irfan....masih belum sedar lagi." Ujar Pak Amir.

Pak Amir memberi isyarat mata pada Mak Jah untuk mereka berdua keluar dari wad membiarkan Irfan Faris dan Aisyah yang berada di situ.

Setelah mereka berdua keluar, suasana menjadi sunyi seketika. Tiada suara yang keluar dari sesiapa.

"Terima kasih Fiq...." Suara Aisyah mula kedengaran setelah sekian lama berdiam diri.

"Terima kasih sangat sebab dah buatkan kami berdua mengakui perasaan masing-masing." Kata Aisyah merujuk kepada dirinya dan Faris.

"Kalau lah kau tak tolong aku Rafiq.... entah-entah sampai sekarang aku masih lagi tak tahu perasaan Aisyah dekat aku."

"Mungkin aku masih lagi anggap yang cinta aku ni hanya bertepuk sebelah tangan." Sambung Faris tergelak kecil.

"Itulah kau, aku dah pernah beritahu dulu. Aisyah sukakan kau. Tapi kau tu tak habis-habis dengan overthinking. Last-last, Rafiq juga yang berjaya yakinkan kau." Balas Irfan dengan muka tak puas hati.

"Ye lah sebab muka kau tu memang tak meyakinkan!" Kata Faris yang membuatkan muka Irfan semakin masam.

"Hish! Kau ni...." Sejurus berkata demikian, Irfan memandang wajah Rafiq.

"Huh....selalunya kalau kita berdua gaduh, mesti Fiq akan leraikan. Tapi kalini....tak."  sedih nada Irfan berbicara.

Walaupun baru satu hari Rafiq koma, tetapi telah mencetuskan perasaan rindu yang teramat pada diri mereka bertiga.

"Betul. Harap cepatlah kau sedar ye Fiq. Lagi lima hari je nak raya ni. Cepatlah bangun ye. Boleh lah kita raya sama-sama." Sahut Faris turut sama sedih kerana melihat keadaan Rafiq.

Lalu mereka bertiga pun duduk seketika di dalam wad untuk menjaga Rafiq. Kemudian mereka pun pulang ke rumah kerana waktu berbuka puasa sudah hampir.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bilik Doktor Zamri

Ada sesuatu yang Tuan Fattah ingin tanyakan kepada doktor itu tadi. Tetapi disebabkan waktu berbuka puasa sudah hampir, mereka tangguhkan dahulu niat itu.

Selesai saja berbuka, kini Tuan Fattah dan Tuan Firdaus berada di dalam bilik doktor yang merawat Rafiq.

"Doktor, maafkan saya sebab berjumpa dengan doktor di waktu macam ni." Tuan Fattah memohon maaf terlebih dahulu kepada Doktor Zamri kerana berjumpa dengannya di waktu selepas berbuka puasa.

"Tak apa Encik, sudah tugas saya untuk berkhidmat sebagai doktor." Balas Doktor Zamri tersenyum melihat adab yang ditonjolkan oleh Tuan Fattah.

"Baiklah, sebenarnya ada sesuatu yang saya mahu bertanya kepada doktor. Tentang pesakit yang doktor sedang rawat iaitu Rafiq."

"Baiklah, apa soalannya tu?"

Tuan Firdaus hanya melihat perbualan Tuan Fattah dan Doktor Zamri tanpa ada niat mahu mencelah perbualan.

"Begini doktor, saya musykil. Jika diikut logik, memang kalau Rafiq kena pukul dia akan cedera.....tapi takkanlah sampai koma?" Tanya Tuan Fattah dengan sangat serius. Perkara ini sangat mendatangkan kemusykilan pada dia.

Memang agak teruk pukulan yang Tuan Zahran berikan pada Rafiq. Tetapi berdasarkan pengalaman Tuan Fattah, pukulan seperti itu tidak akan menyebabkan koma.

"Ok begini Encik....sebenarnya saya sendiri pun perasan akan hal ni. Dan saya dah menjalankan ujian terhadap sampel darah Rafiq. Dan In Syaa Allah keputusan itu akan keluar esok." Balas Doktor Zamri yang turut merasai benda yang sama.

"Baiklah terima kasih doktor. Saya beransur dulu." Tuan Fattah mengajak Tuan Firdaus untuk beredar dari bilik Doktor Zamri.

"Sama-sama Encik." Balas Doktor Zamri ramah.

Jarang Doktor Zamri berjumpa dengan orang yang setenang macam Tuan Fattah. Selalunya orang yang dia jumpa akan beremosi jika melibatkan pesakit.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Along memang dah agak. Ada benda yang tak kena." Ujar Tuan Fattah sambil berfikir sesuatu.

Mereka kini sedang duduk berbincang di kafeteria hospital.

"Betul, lepas saya dengar dari along dan juga Doktor Zamri tu memang saya rasa ada benda yang tak kena."

"Seolah-olah.....ada punca lain yang menyebabkan Rafiq koma." Tambah Tuan Firdaus lagi sambil menongkat dagu.

"Along ada idea."

"Hmm? Apa dia idea tu?" Tanya Tuan Firdaus sedikit kagum dengan abangnya yang sangat cepat mendapat jalan penyelesaian.

Tuan Fattah tidak membalas. Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang.

Tidak menunggu lama, panggilan dijawab seseorang.

"Hello Assalamualaikum, Alif. Ha abah ni. Abah ada benda nak minta tolong dengan kau. Nanti abah whatsapp kan. Ok bye." Tuan Fattah menamatkan panggilan.

"Hmm? Siapa tu long?" Tanya Tuan Firdaus.

"Inilah jalan penyelesaian yang kita akan gunakan. Kita tunggu esok....." Tuan Fattah tersengih melihatkan wajah adiknya itu yang kelihatan blur.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro