EPISOD AKHIR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

"Eh kenapa korang semua ada dekat sini? Ada apa ni?" Tanya Rafiq yang masih tidak faham dengan situasi.

"Dalam makanan tu ada racun. Kalau kamu dah makan tadi, mungkin kamu akan mati...." Suara Tuan Fattah dingin melihat wajah Puan Karlisa yang sedang terkebil-kebil melihat semua orang.

"Hah? Racun! K-kenapa mama buat semua ni!" Tanya Rafiq sangat tidak menyangka yang Puan Karlisa hampir sahaja mahu meracun dia.

"Ma-mana ada! Ni semua fitnah!" Jawab Puan Karlisa menafikan perbuatannya yang memang sudah terang.

"Jangan nak berpura-pura lah!" Kata Tuan Fattah geram melihat Puan Karlisa masih tidak mahu mengaku.

"Aku dah tau segala-galanya! Anak kau sendiri dah ceritakan dekat aku." Tuan Firdaus masuk mencelah.

"M-mana jahat! Mama nak bunuh abang Fiq! Tadi Hanif ikut mama pergi rumah Uncle Fawwaz. Mama dengan dia nak bunuh abang Fiq dengan racun. Mama jahat!" Kata Hanif dengan air mata bergenang. Dia sangat sedih kerana melihat ibunya berbuat sedemikian.

Puan Karlisa terkedu. Tidak tahu dia mahu berkata apa lagi. Semuanya sudah terbongkar.

Tiba-tiba Tuan Zahran dan Puan Marissa masuk secara bersamaan.

Sebenarnya mereka terserempak masa di luar rumah tadi. Oleh kerana pelik kerana melihat banyak orang di rumah, mereka memutuskan untuk masuk ke dalam.

"Ha! Itu dia! Suami dia dah sampai! Zahran! Kalau kau nak tahu, ni....isteri kau yang teramat BAIK ni, rupanya penyangak! Penyamun! Dah bakal jadi pembunuh!" Tuan Fattah melemparkan kata-kata yang sangat sinis pada Tuan Zahran.

"Tak, tak mungkin." Balas Tuan Zahran tidak percaya.

"Tak percaya? Tanya Hanif sendiri, dia sendiri nampak apa yang mama dia dah buat. Dia berkomplot dengan Fawwaz untuk jalankan rancangan ni semua." Balas Tuan Firdaus dengan lantang.

"You! Ni semua tak betul you! Jangan percayakan diaorang semua-"

Pang!

Wajah Puan Karlisa ditampar oleh Tuan Zahran.

"Tak guna! Rupanya selama ni kau lah musuh di dalam selimut! Aku sangkakan kau seorang perempuan yang baik! Rupanya kau tak ubah seperti SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA! AKU BENCI KAU!" Tuan Zahran melontarkan amarahnya

Puan Karlisa menangis tersedu-sedan. Tidak ada apa-apa yang dia boleh lakukan.

"Apa dah jadi ni?" Tanya seseorang yang baru sampai di situ.

"Ha! Tu dia villain utama dah sampai!" Tuan Fattah memandang ke arah pintu dan....dia melihat Encik Fawwaz.

"Eh apa salah aku! Main tuduh-tuduh nampak!" Bentak Encik Fawwaz tidak mahu kalah.

"Kau....kau yang menyebabkan Isha jatuh dari tangga dan bersekongkol dengan Karlisa untuk bunuh Rafiq kan!"

"Sedap mulut kau je Fattah menuduh aku! Aku tak buat dan tak ada kena mengena lah dengan perempuan ni! Jangan ingat kau tu bekas ejen rahsia, kau boleh tuduh sembarangan! Lagipun Isha tu anak aku! Takkanlah aku nak buat macam tu!" Sangkal Encik Fawwaz.

"Aku tak bodoh Fawwaz. Aku takkan menuduh tanpa bukti....." Tuan Fattah membuat isyarat tangan memanggil seseorang untuk masuk.

Kedatangan seseorang itu membuatkan Encik Fawwaz serta Puan Marissa terkejut.

"Isha?! A-apa yang Isha buat dekat sini? Bukan ke Isha-"

"Isha dah ceritakan dekat Pak Long semuanya....." Khalisha memandang dingin wajah Encik Fawwaz.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tengah Malam Tadi....

Tuan Fattah datang untuk menjenguk Khalisha secara senyap-senyap.

"Isha, dah sihat ke?" Tanya Tuan Fattah pada Khalisha yang sudah sedar dari tidur yang panjang.

Dia sudah lama sedar cuma dia tidak memberitahu kepada Encik Fawwaz dan Puan Marissa kerana dia mahu merahsiakan dahulu.

"Alhamdulillah sihat je Pak Long. Terima kasih datang jenguk Isha walaupun Isha ni bukan ahli keluarga Pak Long."

"Eh! Apa cakap macam tu. Semua orang yang baik dengan Pak Long, semuanya akan dilayan dengan baik macam ahli keluarga sendiri." Kata Tuan Fattah sambil tersenyum.

"Erm....sebenarnya Pak Long ada benda nak tanyakan pada Isha ni."

"Hmm apa dia tu? Macam serius je?" Tanya Khalisha dengan wajahnya berkerut kerana melihat Tuan Fattah yang sedang serius itu.

"Erm....Rafiq. Dia kena tuduh tolak Isha jatuh dari tangga.

Tidak tergambar di wajah Khalisha betapa terkejutnya dia mendengar apa yang diberitahu oleh Tuan Fattah.

"Pak Long nak tanya Isha, betul ke Rafiq yang tolak Isha?" Soal Tuan Fattah dengan kedua belah tangannya disilangkan.

"Tak! Semua tu tak betul!" Jawab Khalisha menidakkan semua kenyataan itu.

"Kalau macam tu.....siapa yang lakukan semua ini?"

"Papa dan abang Khalif....diaorang berdua dah plan nak bunuh abang Fiq! Dan kejadian macam mana Isha boleh jatuh dari tangga tu macam ni....."

Khalisha menceritakan semula kejadian yang sebenar bagaimana dia ditolak jadi dari tangga.

"Astaghfirullahal'azim.....jadi betullah Rafiq difitnah. Isha, terima kasih sangat-sangat atas penjelasan Isha. Pak Long hargai sangat." Tuan Fattah segera bergegas ingin beredar dari situ.

"Eh Pak Long! Bawalah Isha sekali. Isha nak tolong abang Fiq juga."

"Tapi Isha dah ok ke ni?"

"Isha ok. Bolehlah Pak Long!"

"Ye lah. Jom, nanti Pak Long bagitau dengan doktor yang Isha dah discharge dari hospital. Mari!" Ajak Tuan Fattah dan mereka berdua pun segera keluar dari hospital dan pulang ke rumah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Papa memang seorang yang keji! Sanggup papa fitnah abang Fiq!" Kata Khalisha sambil menangis kerana sedih dengan nasib Rafiq.

Rafiq juga turut mengalirkan air mata gembira kerana sudah terbukti bahawa dirinya tidak bersalah.

"Semua dekat dalam rumah ni dengar kan! Penjahat-penjahat ni memang kejam. Sanggup fitnah Rafiq semata-mata nakkan harta dan dendam!" Luah Tuan Firdaus. Dia sudah tidak dapat menahan kemarahannya lagi.

Pang!

Puan Marissa dengan sangat marahnya melempang muka Encik Fawwaz.

"KAU DENGAR SINI FAWWAZ! MULAI HARI INI, AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI! AKU AKAN MINTA CERAI DAN SELEPAS NI KITA TAKKAN ADA APA-APA HUBUNGAN!" Tengking Puan Marissa pada Encik Fawwaz.

Dia ditipu hidup-hidup oleh suami sendiri sehingga membuatkan dia membenci anak kandungnya sendiri.

"Tuan Fawwaz dan Puan Lisa memang teruk! Sanggup buat macam tu pada Rafiq! Kami berdua dah jaga Rafiq sejak dia bayi sampai dia dah besar. Tak pernah sikit pun kami jentik atau pukul dia!" Kata Pak Amir dengan sangat marah apabila mengetahui perkara sebenar.

"Tak.....tak! Tak! Rancangan aku takkan gagal! AHHH!" Encik Fawwaz menjerit seperti orang hilang akal.

Tiba-tiba dia ternampak sebilah pisau dapur yang terletak di atas meja. Dia dengan pantas mengambil pisau itu dan meletakkan pada leher Rafiq.

"RAFIQ!" Semua yang berada di situ cemas apabila melihat Rafiq berada di dalam tawanan Encik Fawwaz.

Puan Karlisa awal-awal lagi sudah ditangkap dan dijaga oleh Pak Amir dan Mak Jah supaya dia tidak terlepas lari.

"Puan jangan cuba nak lari! Saya akan pastikan Puan ditangkap dan dapat hukuman yang sepatutnya sebab dah mendera Rafiq!" Mak Jah menyiku kepala Puan Karlisa kerana terlampau geram dengan dia.

"Lepaskan dia Fawwaz!" Tuan Zahran meminta pada Encik Fawwaz untuk melepaskan Rafiq.

"Heh, kau ingat senang je aku nak lepaskan dia? Takkan semudah itu! Aku nak bunuh dia! HAHAHAHA! Korang jangan masuk campur!" Encik Fawwaz ketawa terbahak-bahak.

"Korang sabar kejap. Tahulah aku nak selesaikan binatang ni!" Tuan Fattah berlari keluar sementara mereka cuba merayu pada Encik Fawwaz.

"Kau dah lupa ke Zahran, Marrisa? Bukan ke korang berdua bencikan budak ni. Kalau boleh korang berdua nak dia mati! Jadi aku nak tolong tunaikan permintaan korang berdua je."

"Tolonglah! Jangan apa-apakan anak saya! Dia tak bersalah! Hisk.....tolonglah!" Puan Marissa merayu dan melutut di lantai kerana ingin Rafiq dilepaskan oleh Encik Fawwaz.

"HAHAHAH! Aku takkan lepaskan! Biar dia mampus! HAHAHAH!" Pisau diangkat dan....

"Selamat tinggal Anas Rafiq.... HAHAHA!" Encik Fawwaz menikam pisau itu pada Rafiq.

TING!

Pisau yang dipegang tiba-tiba sahaja melantun dan terlepas dari pegangan Encik Fawwaz.

Rupa-rupanya Tuan Fattah berlari keluar tadi untuk menyusup masuk dari pintu belakang dan dengan sepantas kilat meletakkan dulang besi yang berada atas meja belakang Encik Fawwaz.

"Aku cakap....JANGAN KACAU KELUARGA AKU!!"

PANG!

Tuan Fattah menghentam dulang besi itu pada kepala Encik Fawwaz dan menyebabkannya pengsan serta merta.

Clap! Clap! Clap!

Irfan, Faris, Aisyah, Hanif dan Khalisha bertepuk tangan dengan meriah kerana kagum dengan aksi seorang bekas ejen itu.

"Wah! Pak Long! Hebatnya!" Puji Irfan dengan mata bersinar.

"Uncle! Your action is so great! 5 stars!" Kata Faris pula.

"Terima kasih. Uncle memang hebat! Hahaha! Yang penting sekarang....kita kena heret binatang dua ekor ni ke balai polis. Jom!" Tuan Fattah menarik kolar baju Encik Fawwaz dan menyeretnya dari rumah hingga ke kereta.

Dan Puan Karlisa juga turut sama diheret ke kereta dan mereka berdua dihantar ke balai polis.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokan Harinya....

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar...

Laa ilaaha Wallahu Akbar...

Allaahu Akbar Walillaahil Hamd.

Pagi yang cerah akhirnya menjelma. Suara takbir raya bergema di setiap corong pembesar suara masjid mahupun surau menandakan kesemua umat Islam telah habis menjalani ibadah berpuasa dan merayakan hari raya Aidilfitri.

Keluarga Rafiq sedang bersiap-siap dengan meriah.

Puan Marissa melihat Tuan Zahran sedang sibuk bergaya di hadapan cermin di ruang tamu.

"Abang." Panggil Puan Marissa.

Terkejut Tuan Zahran melihat Puan Marissa berada di belakang. Dengan segera dia menoleh ke belakang.

"Erm...saya nak minta maaf dekat abang atas segala salah silap saya...." Puan Marissa mengakui segala kesilapan yang telah dia lakukan selama ini.

"Tak Marissa, abang yang salah. Abang tak sepatutnya lepaskan tanggungjawab abang pada Rafiq dan juga awak. Saya janji, saya akan terus menikah dengan awak 5 bulan akan datang ye."

Nampaknya ikatan cinta antara Tuan Zahran dan Puan Marissa sudah mula bertaut kembali. Tidak lagi ego yang menghalang.

Selepas mereka selesai sembahyang raya, tibalah masanya untuk mereka bermaaf-maafan.

Rafiq kelihatan sedikit teragak-agak untuk menyalam tangan Tuan Zahran.

"P-papa....Fiq nak minta maaf kalau Fiq ada buat salah pada papa sebelum ni.."

"Rafiq....kamu tak ada salah apa-apa pun. Papa yang sepatutnya minta maaf pada kamu Fiq. Maafkan papa...." Tuan Zahran sangat merasa bersalah bila melihat wajah Rafiq yang kelihatan suci dan bersih. Tiada sebarang dendam di kesan melalui pandangan matanya.

"Papa tak ada salah ataupun dosa pada Fiq. Dah lama Fiq maafkan." Balas Rafiq dengan senyuman manis.

"Fiq, mama pun sama nak minta maaf pada Fiq. Hisk....mama berdosa sangat dengan Fiq. Tolong maafkan mama nak.."

"Mama adalah orang yang lahirkan Fiq ke dunia ni. Mama tak pernah ada buat salah pun pada Fiq. Semuanya Fiq dah maafkan sejak dari lahir lagi."

"Woi! Sudahlah tu buat drama air mata pagi-pagi raya ni. Tu anak-anak korang yang lain pun nak bermaafan juga." Sahut Tuan Fattah yang muncul dari pintu dengan berpakaian baju melayu berwarna merah dengan butang baju berwarna emas menambahkan ketampanan lelaki pertengahan umur itu.

"Eh abang long! Bila sampai ni?" Tanya Puan Marissa dengan ramah sambil mengelap air matanya dengan laju supaya tidak dilihat oleh Tuan Fattah.

"Haha! Itulah korang, dramatik sangat sampaikan aku bagi salam dekat luar pun tak dengar. Budak-budak ni ha yang tolong bukakan pintu." Balas Tuan Fattah merujuk kepada Khalisha dan Hanif.

Apa jadi dengan Khalif? Dia dah kena tangkap dengan polis bersama dengan Puan Karlisa dan Encik Fawwaz. Beraya lah mereka di dalam penjara di hari raya. Hahaha!

"Hisk....maafkan Zahran long! Zahran banyak sangat dosa pada along! Zahran lupa diri. Zahran hina along, orang yang dah besarkan Zahran sampai berjaya. Hisk....maafkan Zahran long...." Tuan Zahran meluru ke arah Tuan Fattah dan memeluknya dengan erat.

"Ya Allah kau ni, jangan lah peluk macam tu. Malu budak-budak tengok ni woi!" Pada mulanya gelabah juga Tuan Fattah apabila melihat Tuan Zahran tiba-tiba sahaja melompat ke arahnya dan memeluknya.

Senyuman terbit dari bibir Tuan Fattah. Lega hatinya yang adik kesayangan sudah berubah.

"Along maafkan kau. Syukur alhamdulillah kau dah berubah. Janji dengan along, jangan buat kesalahan ni lagi. Kalau kau buat juga, ha siap!" Tuan Fattah berpesan bersertakan amaran keras pada Tuan Zahran.

"Ok janji!"

"Pak Long, datang sorang je ke? Mana kak Lia, abang Rel dengan abang Am?" Tanya Rafiq setelah tidak melihat kelibat kakak dan abang-abang sepupunya di situ.

"Kak Lia kau tu ikut suami dia pergi kerja luar. Dia memang tak boleh berenggang dengan abang Alif kau tu. Lagi dua orang tu kejap lagi datang lah. Bersiap mengalahkan perempuan. Dah lambat sangat, Pak Long jalan dulu lah." Balas Tuan Fattah disambut anggukan oleh mereka yang berada di situ.

"Assalamualaikum! Kami datang nak beraya ni!" Tuan Firdaus muncul di depan pintu bersama Puan Maziah dan Irfan.

"Irfan! Masuklah!" Rafiq segera menyambut kedatangan Irfan dan mengajaknya ke meja makan.

"Sihat kau Zi?" Tanya Tuan Fattah pada Puan Maziah.

"Sihat je bang long. Macam ni lah saya." Balas Puan Maziah.

"Alhamdulillah. Ni apahal tercegat lagi ni? Jom lah makan! Dah lapar sangat dah ni."

"Yeay makan!" Sahut budak-budak lain secara bersamaan.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam! Ha Faris, Aisyah! Masuk masuk! Alhamdulillah meriah rumah kamu tahun Rafiq.." Tuan Fattah menjemput mereka berdua untuk masuk ke dalam.

"Alhamdulillah, raya tahun ni adalah raya yang paling bermakna untuk Fiq. Terima kasih Pak Long sebab banyak menolong saya." Ucap Rafiq sambil melihat Tuan Fattah.

"Memang dah tugas seorang bapa saudara untuk tolong anak-anak buahnya di dalam kesusahan. Tak ada hal Rafiq. Demi semua anak buah Pak Long, mati pun Pak Long sanggup."

"Jom lah Pak Long, kita makan. Dah lapar sangat ni." Ajak Rafiq setelah kesemua mereka berada di dalam rumah.

"Jom!" Tuan Fattah mengusap kepala Rafiq dan mereka pun menikmati hidangan yang sangat menyelerakan dan juga berbual sesama rakan-rakan dan ahli keluarga masing-masing.

'Nampaknya rasa nak pergi jauh yang aku cakap hari tu cumalah perasaan aku saja.'

'Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk beraya dengan orang-orang yang tersayang...' desis hati Rafiq tentang perasaan yang pernah dia rasa pada awal-awal dulu.

Ini akan menjadi hari raya yang tidak akan pernah dilupakan oleh Rafiq, Tuan Zahran dan Puan Marissa.

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

Tamat

Hai Assalamualaikum! Akhirnya habis juga cerita ni! Target sebenarnya nak habiskan tepat hari raya. Silap besar buat cerita ni lewat sangat 🤣

Walaupun raya dah habis, aku ucapkan juga lah selamat hari raya aidilfitri dan selamat bercuti 🤣👍🏻✨❤️

Jumpa korang di kisah yang lain pula. Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro