Peragut #1
Bang !
"Argh ! "
Bang !
"Boss ampun ! "
Bang !
"Aku paling benci pembelot bodoh macam kau ! " tengking Iman kasar sebaik saja melepaskan tembakan di kepala lutut Shah dan paha .
Hampir separuh syer syarikatnya lesap begitu saja . Yang paling dia gila syernya hilang jatuh ketangan musuh syarikat mereka , DeLuca.Co kerana pembelot bodoh didalam syarikatnya .
Iman duduk bercangkung dihadapan Shah, pembelot syarikat .
Rahang Shah dicengkam kuat . Shah hanya mampu meronta memandangkan tangannya sudah diikat dibelakang .
Beberapa anak buah Iman mengepung mereka . Memastikan Shah tidak boleh melarikan diri .
"Kau tahu aku paling benci penipu ! " bengis saja wajahnyya menikam mata hitam Shah yang jelas ketakutan .
"Aku minta maaf Dragon..ak..aku perlukan duit.." tergagap-gagap Shah berkata .
Apa kau fikir Iman kesah ? Lelaki ini cukup terkenal dengan sikap 'tidak berperasaannya' . Kau fikir dengan raih simpati dia maafkan kau ?
Siapa saja tidak kenal dengan Taufiq Al Iman ? Ketua Mafia yang digeruni oleh mana-mana Mafia di dunia gelap .
Lelaki ini kejam tanpa perasaan . Dia sanggup buat apa saja termasuk dengan membunuh kalau terpaksa if kau buat onar dengan dia .
"Kau fikir aku kesah ?! Berapa sangat si Luca tu bayar kau sampai kau belot aku macam ni ?! Selama ni tak cukup ke duit aku kasi tu bodoh ? " kepala Shah dihentak kuat kelantai marmar .
Teruk berdarah namun dipandang Iman hujung mata .
"Bercakap dengan orang bodoh macam kau buang masa aku "
Bang !
Tanpa banyak kata dia terus melepaskan satu das tembakkan tepat di dahi Shah . Mayat Shah ditendangnya kasar . G17 silver bertulis namanya disimpan digenggam erat .
Ruang tamu Black Mansion habis bersepah kerana amukkan Iman .
"Bersihkan tempat ni ! Aku taknak setitik darah pun ada ! Mayat dia kau letak dalam hutan terbiar . Biar kena baham dengan rimau " Iman terus berlalu keluar dari situ .
"Iqbal ! Sediakan kereta ! Aku nak keluar " jeritnya sambil langkah menuju ke tingkat atas ; ke bilik tidurnya .
Kemeja putih yang terpalit darah Shah dibuangnya kasar . Tanpa berlengah dia masuk kedalam bilik air membersihkan diri .
Setengah jam kemudian dia turun kembali dengan pakaian kali ini lebih santai . T-shirt hitam dan sweatpants hitam .
"I'm going out . Call me if anything happen. Kalau boleh aku taknak diganggu " dia terus berlalu masuk kedalam kereta Bmw 5521 merah sinarnya .
Kemana ? Dia pun tak tahu hanya bergerak mengikut akal .
- - - - -
"Kau memang pembawa sial ! " gadis yang dilibas dengan tali pinggang hanya meraung kesakitan .
Meminta untuk berhenti dipukul .
"Sakit ayah sakit..ampun ayah..ampun" raungnya saat libasan tali pinggang dilibas kuat dibelakangnya . Pasti berbirat jelas .
"Kau ni lebih baik mampos ! "
"Ayah ! Berhenti ayah ! Sakit ayah " jeritnya habis kuat . Libasan itu akhirnya berhenti . Yang mengakhiri libasan itu adalah tendangan .
Dahlia mengusap badannya . Pedih dilibas dengan tali pinggang kulit milik ayah kandungnya , Encik Doney .
Encik Doney berlalu ke tingkat atas selepas melepaskan gian memukulnya .
Dahlia hanya mampu merintih . Inilah kehidupannya yang jauh berbeza dengan kehidupan remaja sepertinya .
Setiap malam akan dipukul oleh ayah kandungnya sendiri kerana Encik Doney kalah dalam berjudi dan bagi melepaskan amarahnya dia akan memukul Dahlia .
Dia tiada siapa untuk melindunginya . Terpaksa dia melindungi diri sendiri . Ibu? Terasa benci untuk memanggilnya dengan gelaran ibu .
Wanita itu tidak layak dipanggil ibu .
Kenapa ? Sebab tika dia perlukan seorang pelindung dan mengharapkan orang itu adalah ibu kandungnya sendiri wanita itu awal-awal lagi melarikan diri bersama kekasih gelapnya .
Katanya dia tidak betah hidup berumah tangga dengan suami yang panas baran . Tidak sedarkah dia penyebab Encik Doney menjadi seorang yang baran ? Dirinya yang merokok , kaki minum , kaki club dan pelacur ? Siapa yang akan berdiam saja apabila isteri yang sah berkelakuan memalukan seperti itu ?
Dahlia tak pernah memarahi Encik Doney kerana memukulnya . Walaupun sakit dan perit namun sedikit pun tidak pernah terlintas dirinya untuk memarahi ayahnya kerana lelaki tua itu juga pernah membahagiakan dia dahulu .
Menjaga penuh kasih sayang , mencurahkan segala kasih padanya . Ayah berubah kerana Ibu . Encik Doney berubah menjadi murung setelah penceraian dia dan jandannya , Puan Aina difailkan mahkamah .
Hak penjagaan ke atas Dahlia Amira , puteri tunggal mereka diserahkan seratus peratus pada Doney ini kerana Aina sama sekali tidak mengfailkan hak penjagaan anak .
Jam di dinding dikerling Dahlia .
9;30 p.m
Dahlia bangun dari simpuhnya dengan tangan masih meraba lengannya yang berbirait panjang . Kadang dia berdesis semasa menyarungkan baju kerjanya .
Oleh kerana Doney berhutang hampir cecah puluhan ribu terpaksa Dahlia mencari kerja demi melunsaikan hutang ayahnya .
Itupun hanya kerja di kedai makan mamak yang buka hanya pada waktu malam jadi mudah buatnya melakukan kerja sambilan yang lain .
Bukan mudah semua itu bagi gadis yang berusia 18 tahun ini .
Dahlia perlahan-lahan mengorak langkah menuju ke pintu rumah . Tangan yang memegang segenggam kunci disimpan kedalam kocek .
Sandal flipper hitam disarungnya melangkah ke pagar rumah . Dia berjalan kaki dari rumah ke kedai mamak tempat dia berkerja yang hanya mengambil masa 10 minit .
Badannya dipedih dibiarkan begitu saja. Malas terlampau manjakan diri .
"DAHLIA ! MEJA 10 ! " jerit satu suara lantang namun masih kedengaran perlahan kerana ditenggalami orang ramai yang sudah mula menyesakkan kedai mamak .
Dahlia melajukan langkahnya . Dia terus menuju ke meja 10 tanpa nota dan pen . Dah baru sampai kau ingat sempat capai ke ?
"Makan ? "
"Bagi aku nasi goreng kampung dengan milo ais . Taknak sayur ! " ujar lelaki berpakaian serba serbi hitam . Tak lupa topi hitam yang menutupi separuh dari muka dinginnya .
Dahlia mengangguk sebelum berlalu ke lori . It's food truck .
"Bang , nasi goreng kampung taknak sayur" Dahlia menepuk bahu si tukang masak sebelum dia berlalu ke bahagian air dan menyediakan pesanan .
Beberapa minit kemudian nasi goreng dan milo ais yang sudah siap terus dihantar ke meja .
Baru dia ingin berpusing terdengar satu tempikan nyaring yang menghuru harakan keadaan .
"PERAGUT !!! "
Zap !
Sekelip mata Dahlia dipeluk dari belakang. Terus keadaan menjadi panik saat mata pisau yang tertumpu di leher Dahlia .
Oh crap.
Dia , Bidadari Tak Bersayap . Episode 1
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro