Bab 1:-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pejam celik pejam celik, sudah hampir dua bulan ibu pergi meninggalkan aku sendiri. Entah kenapa, kehadirannya dalam hidupku masih dapat aku rasai. Ketika menerima berita pemergiannya, itu adalah yang paling pahit yang terpaksa aku telan.

Ibu pergi biarkan aku keseorangan di sini. Sudahlah, aku tidak mempunyai saudara mara di sini. Sejak kecil, aku langsung tak pernah kenal siapa saudaraku yang lain. Ibu tak pernah pun beritahu aku siapa mereka..

Usiaku kini sudah menginjak 20 tahun. Tak sangka akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku di sekolah Menengah orang kaya itu.

Sekarang tiba masanya untuk aku pula yang merancang hidup aku lepas ni. Aira Farzan bukannya orang yang lemah. Aku kuat. Kehilangan bukannya penghalang untuk aku terus hidup tetapi pedoman untuk aku terus bersemangat.

"Aira, bersihkan meja sana!"arah ketuaku yang berambut kerinting. Encik Khalid memang terkenal garang namun kalau dah rapat, tak adalah garang mana.

"Baik,bos."patuhku.

Segera aku berpindah ke meja yang dimaksudkannya. Sembur sedikit air sabun lalu aku mulakan aktiviti membersihkan meja seperti biasa.

Sudah masuk tujuh bulan aku bekerja di Restoran Abang Macho ini. Sudah dua tahun lebih rasanya aku meninggalkan zaman belajar ku. Nak sambung belajar? Teringin tetapi tak pasti bila.. Mungkin dua tahun akan datang.

"Meh, biar aku tolong angkut pinggan itu."tiba-tiba Danny datang mencelah dari belakang.

Pinggan yang aku bawa tadi terus dirampasnya lalu dibawa masuk ke dapur. Aku sudah tergamam. Lelaki itu selalu tolong aku bila aku tak minta pertolongan daripadanya.

Aku sudah nampak Linda menyengih padaku. Rasanya ada topik untuk dia bahan aku kali ini. Mesti tak lari punya nama si Danny.

Selesai membersihkan meja, aku mendekati Linda yang berada di kaunter. Hari ini tak ramai pelanggan jadi kami tak begitu sibuk.

Kain buruk tadi yang aku gunakan untuk lap meja, aku gantung di kocek seluarku.

"Rajin si Danny itu tolong kau. Kenapalah dia tak pernah tolong aku?"rungut Linda sambil matanya tak lepas daripada memandang Danny yang ketika itu sedang sibuk menyapu lantai.

Aku sudah angkat kening memandang Linda. Bukan main angau lagi si Linda ini pada Danny. Hmm.. Aku pun tahu yang Linda itu ada perasaan pada Danny cuma dia tak mampu untuk luahkan.

"Biasalah. Diakan memang selalu caring tentang member dia."ujarku sambil mengurut lenganku yang sudah lenguh.

"Dia caring fasal kau aje. Fasal aku dia tak peduli sangat."keluh Linda dengan muka monyok.

Makin terangkat kening aku dibuatnya. Pelik juga bila dengar kata-kata Linda. Macam semacam saja bunyinya.

"Maksud kau?"

"Abu ada cerita pada aku yang Danny kata dia suka kau. Hmm.."

Aku tak semena-mena tergelak kecil. Linda sudah pandang aku hairan. Sukalah itu, duga Linda dalam hati kecilnya.

"Kau percaya si Abu itu? Dia itu dah lah kuat mengelat. Kalau bos pun dia berani tipu, inikan lagi kita yang slow sikit ini."perliku diselangi tawaku yang masih bersisa.

Sebaliknya, Linda tidak gelak. Dia merasakan perkara itu langsung tidak lucu. Wajahnya serius dan berona cemburu.

"Bagi aku, apa yang dia katakan itu betul."tegas Linda.

Aku tak semena-mena terdiam. Apahal pula si Linda ini. Serius semacam saja hari ini. Aku pula yang naik bulu roma tengok dia macam ni.

"Abu siap kirim dalam whatsapp rakaman perbualan dia dengan si Danny itu."ujar Linda lagi.

Dia menoleh kiri dan kanan dahulu. Takut-takut kalau pemilik yang garang itu ada berdekatan. Setelah memastikan keadaan sudah selamat, Linda mengeluarkan telefin bimbitnya. Aku mula merapatkan diri.

Gadis berambut tocang dua itu terus membuka whatsapp. Perbualannya dengan Abu ditekan.

"Entahlah, aku rasa semacam sahaja dengan Aira. Aku rasa aku dah sukakan dia."

Aku tergamam mendengar rakaman itu. Gerus wajah Linda aku pandang setelah itu aku pandang ke arah Danny. Ketika itu, lelaki itu turut mendekati ke arah kami berdua.

"Jangan sembang lama-lama sangat, takut bos perasan." bisiknya perlahan. Matanya meliar ke sekeliling sejenak selepas itu beralih kepada Aira dan Linda kembali.

Sempat mataku mengerling wajah Linda. Jelas riak cemburu pada wajah Linda. Aku pula yang tak senang melihatnya.

Danny turut perasan akan perubahan air muka Linda. Dia sempat mengerling ke arahku sebelum kembali menatap wajah Linda semula.

"Kau kenapa tiba-tiba pandang aku semacam ni?"soal Danny hairan.

"Tak ada apa-apa."balas Linda cuba untuk sibukkan diri. Dia berpura-pura membersihkan kaunter walaupun tempat itu memang sudah bersih.

"Kenapa dengan dia, Aira?"soal Danny padaku pula.

Aku gigit bibir. Buat masa sekarang ini lebih baik aku undurkan diri. Taknaklah masuk campur. Aku sebagai dalang tak boleh menjadi orang ketiga.

"Aku nak sambung kerja dulu. Bye!"pinta ku sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

Setelah menjauhkan diri, aku melepaskan keluhan lega. Nasib baik sempat lari. Susah betul kalau melayan ragam perempuan yang sedang cemburu. Gaya nak terkam orang sahaja.
......
Balik sahaja ke rumah, aku lemparkan beg sandangku ke kerusi kayu yang sudah kelihatan usang. Usang pun namun masih utuh lagi.

Setelah itu aku mencapai remote control lalu membuka tv. Beberapa kali aku menukar siaran. Semuanya tak kena dengan seleraku petang ini. Filem membosankan, drama klise sangat.. hmm.. Akhirnya, aku tutup televisyen kembali.

Satu keluhan penat aku lepaskan. Siling putih ku pandang kosong. Tiba-tiba sahaja aku teringat tentang ibu. Bibirku tak semena-mena mengukir senyum kelat..

"Aira..."seru ibu dari dapur.

Ketika itu ibu sedang asyik menyiapkan bahan-bahan untuk meniaga. Aku yang sudah siap berpakaian kerja dengan langkah cepat mendekatinya.

"Kenapa ibu?"soalku yang sudah tergesa-gesa membetulkan tudung.

Ibu senyum pandang aku. Senyumannya kelihatan pelik pada pagi itu. Kalau tidak, tiap hari dia membebel sebab aku bangun lambat lagi tetapi hari ini tidak. Namun, kerana terlalu sibuk untuk bersiap aku langsung tak perasan.

"Kamu ni dah besar pun masih macam ini lagi."bebel ibu sekejap cuma.

Aku sengih sahaja. "Erm.. dah pasang jam loceng tapi.."

"Haihlah.. macam manalah hidup kamu bila ibu dah tak ada nanti? Ibu ni pun hidup bukannya lama. Bila-bila masa sahaja, Tuhan boleh tarik nyawa ibu ni."

Aku sudah mencebik. Entah kenapa, aku anggap kata-kata ibu itu sebagai suatu gurauan. Tak serius bunyinya.

"Ibu takkannya berani nak tinggalkan Aira. Ibukan sayangkan Aira."balasku lalu merangkul pinggang ibu. Ketika itu ibu sedang memotong timun.

"Hmm.. yalah. Ibu sayannnngg dia ni, hah!"satu kucupan singgah pada pipiku belah kiri. Aku tersengih sendiri.

Jam dinding aku kerling. Jarum jam sudah menuding ke angka 7.25 pagi. Aku terkejut. Segera aku melepaskan rangkulan ku pada pinggang ibu lalu aku mencapai beg sandangku yang berada di meja makan. Terkial-kial aku mengatur langkah keluar dari dapur.

"Taknak sarapan dulu?"sorak ibu dari dapur.

"Erm.. balik nanti kot ibu. Bye!!!" ucapku lalu pergi begitu saja. Aku tak sempat mencium tangannya.

Air mataku tak semena-mena mengalir. Itulah kali terakhir aku bercakap dengannya sebelum berita kematiannya menyambut kepulanganku dari kerja. Ibu menjadi mangsa langgar lari. Tiada saksi kejadian itu.

Entah kenapa, setiap kali membayangkan perkara itu.. aku jadi bersalah. Kalaulah aku boleh larang ibu pergi meniaga, mungkin saat ini ibu masih ada di dapur sambil memasakkan makanan untukku.

Air mataku makin lama makin hebat berderas. Masih terngiang-ngiang ibu memanggil namaku. Aku harap aku dapat dengar suara itu untuk kali terakhir.
.......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro