Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Panjat sahaja tangga, suara orang membaca Al-Quran berkumandang di segenap ruang. Sekali lagi, Karl terpaku. Sudah dua kali berturut-turut dia terpaku saat bacaan ayat suci Al-Quran singgah menyapa gegendang telinganya.

Karl menghampiri pintu bilik Aira yang sedikit terbuka. Dia mengintip di celah pintu. Aira yang sedang bertelekung diperhatinya lama. Gadis itu benar-benar khusyuk membaca Al-Quran. Alunan bacaan itu sedikit sebanyak membuat hati Karl yang kusut menjadi tenang.

"SadaqAllahulAzim.."

Cepat-cepat Karl menyorok di balik perabot bersebelahan bilik Aira. Dia lihat Aira mengatur langkah menjauhi bilik. Lama Karl menunggu sehinggalah kelibat Aira jauh daripada pandangan.

Dengan penuh berhati-hati, Karl mengatur langkah memasuki bilik Aira. Dia mendekati sejadah yang masih terbentang. Terlihat di hujung sejadah, terletak rapi buku suci Al-Quran. Karl tergamam sejenak.

Lama dia merenung Al-Quran tersebut. Sudah bertahun rasanya dia tidak memegang Al-Quran. Selama ini tangannya sibuk membelek perempuan sana-sini. Matanya hanya digunakan sepenuhnya untuk menilai kecantikan wanita liar yang dia rasa berkenan.

Pada masa yang sama, aku memasuki bilik tidurku. Botol besar berisi air putih aku angkut ke bilikku. Aku mahu membuat air yasin. Ibu pernah berpesan kalau hati rasa tak tenang, amalkan air yasin. Tenang hati bila air yasin digunakan untuk membersihkan hati yang gusar. Petua ibu aku gunakan sampai sekarang.

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku lihat kelibat seorang lelaki sesang berteleku di atas sejadah. Lama dia termenung. Aku tersenyum kecil. Fikirku, abang Fakhrul yang duduk bertandang dalam bilikku.

"Abang Fakhrul."tegurku menghampiri kelibat lelaki itu perlahan.

Saat lelaki itu menoleh ke arahku. Aku tergamam. Tak semena-mena air putih yang aku pegang terlepas dari tangan. Terkejutku bukan kepalang saat melihat Karl ada di dalam bilikku.

Wajah Karl tak kalah cuaknya. Cepat-cepat dia mendapatkan aku lalu menekup mulutku kuat. Batal air sembahyang aku dibuatnya. Aku dengar bunyi pintu bilik dibuka. Aku yakin itu abang Fakhrul. Aku mahu menjerit minta tolong namun Karl bertindak pantas dengan mengunci pintu bilik dengan penuh berhati-hati.

Suasana sunyi dan hening. Aku sudah mulai takut-takut saat memandang Karl. Dia masih menekup perlahan sambil dia berikan isyarat untuk aku diam. Bibirku yang menghempas dinding benar-benar menyesakkan. Lagi-lagi bila tubuh Karl hanya jauh sejengkal dari tubuhku.

"Aira..!!!"bertalu-talu ketukan menghempas pintu bilikku. Suara abang Fakhrul menyorak namaku dari luar hanya mampu aku tadah dengan telinga.

" Aira kata nak baca yasin sama-sama."seru Fakhrul.

Air mata aku hampir sahaja mahu mengalir. Ye, bang. Memamg saya nak baca yasin sama-sama dengan abang tapi Karl jadi penghalang. Dia larang saya bersua muka dengan abang. Aku menggerutu dalam hati.

Lama Fakhrul mengetuk pintu. Akhirnya, lelaki itu menyerah. Mungkin, dia fikirkan aku sudah tidur agaknya. Aku dapat mendengar bunyi pintu bilik Fakhrul ditutup rapat.

Suasana hening antara aku dan Fakhrul. Aku sudah ketakutan. Setelah memastikan keadaan selamat, Karl melepaskan mulutku perlahan. Peluh renek menyimbah dahi aku. Bayangkanlah betapa gemuruhnya aku saat ini.

Belum pernah lagi aku berdua bersama lelaki dalam bilik. Karl bukan mahram aku jadi dia tak ada hak untuk sentuh aku macam tadi. Terus aku mengerut dahi geram.

"Abang tahukan saya haram untuk abang. Kenapa abang suka hati pegang saya macam tadi?"bebelku dengan geram.

Karl mengerut dahi. Nampaknya, dia pun ikut sama geram dengan perangai aku.

"Pandai pula kau bercakap sekaran ini? Aku ingat kau ni bisu."

Aku mengetap bibir. "Saya diam sebab saya mengaku salah tapi kalau bab aurat saya.. jangan haraplah saya boleh berdiam diri."

"Kenapa? Kau fikir kau suci sangat ke?"perli Karl dengan membuat muka jengkel. Dia permainkan aku ke sekarang ini?

"Abang dan saya dilahirkan dalam budaya yang lain. Abang memang dah terajar pegang perempuan sana-sini tapi saya tak. Bagi saya, yang haram tetap haram."ceramahku panjang lebar.

Aku lihat dahi Karl sudah berkerut ganda. Nampaknya teguran aku itu meninggalkan kesan terbakar dalam hatinya. Padan muka. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

"Kau nak cakap aku tak beragama lah sekarang ni?"duga Karl marah.

Aku tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Siapalah aku untuk mengadili orang. Kita dilahirkan berbeza jadi kita tahulah siapa diri kita ini.

Karl tak semena-mena menolak bahuku kasar. Badanku tak semena-mena menghempas dinding batu. Aku lihat wajah Karl sudah menyingga. Nampaknya, kata-kataku tadi membuakkan amarahnya yang sudah kian memuncak.

"Kau perlu sedar diri. Kau siapa dan aku siapa. Kau jangan ingat kau cucu Tan Sri Mukim, kau sedarjat dengan kami? Cermin dulu tempat kau membesar, baru kau boleh nilai level kau dengan aku macam mana?!"jerkah Karl. Secukup-cukupnya dia menghinaku.

Kata-kata Karl sedikit sebanyak mengguris hatiku. Aku terdiam seribu bahasa.  Betul apa yang dikatakan Karl. Walaupun aku cucu Tan Sri Mukim, aku masih budak kampung. Aku pernah dibesarkan dalam kemiskinan dan suasana aku membesar adalah suasana kampung. Aku jadi terdiam.

Karl sudah tersenyum sinis. "Kau.. bukan sesiapa dalam keluarga ini. Kalau kau nak tahu, kau ni hanya layak jadi maid saja dalam rumah ini. Tak lebih daripada itu."tambah Karl dengan penuh sinis.

Lelaki itu tak semena-mena menjentik hidungku. Sakitnya bukan kepalang. Sempat sebuah jelingan penuh mengejek diberikan lelaki itu pada aku sebelum dia keluar meninggalkan aku sendirian di dalam bilik.

Setelah pintu bilikku ditutup, aku rebah menyembah bumi. Tak kuat rasanya aku mahu berdiri. Cukuplah penghinaan demi penghinaan aku terima. Air mataku memgalir deras. Ejekan dan perlian yang dihamburkan Karl menyebabkan kat mana aku sedang berdiri ketika ini. Aku tak layak untuk semua ini. Kat mana pun rumah aku duduk, tittle budak kampung takkan pernah lepas dari aku...

"Ibu.."seruku dalam sendu.

Alangkah bagusnya kalau ada ibu di sini. Ibu pasti akan memujukku dengan memberi kata-kata semangat.
...
Fakhrul menghampiriku yang ketika itu sedang asyik menguli tepung. Hari ini, aku dan Puan Sri Tania mahu membuat karipap. Kata Puan Sri, sekali sekala dia teringin mahu menikmati karipap.

Aku pun dengan senang hatinya membantu. Aku ni pun bukannya pandai memasak. Maka, bolehlah aku belajar daripada yang pro kan? Kadang, aku tabik dengan Puan Sri Tania. Dia datang dari keluarga berada, tapi tak pernah angkuh. Berbeza dengan Puan Sri Yati.

Sudah hampir seminggu aku di rumah agam ini, namun aku langsung tak pernah bertegur sapa dengan Puan Sri Yati. Setiap kali aku bersua muka, aku lihat wajahnya berubah keruh. Tak pernah dia sambut aku dengan senyuman. Aku tidak berkecil hati. Biasalah itu. Kadang kat dunia ini perlu ada yang menyukai dan membenci kita kan?

"Buat apa itu?"soal Fakhrul menyapa dari belakang kami.

Aku dan Puan Sri Tania sama-sama menoleh ke belakang. Sebingkis senyuman aku hadiahkan pada abang Fakhrul. Lelaki itu membalas senyumanku.

"Kami tengah buat kuih karipap ini."jawab Puan Sri Tania yang sedang sibuk membuat inti.

"Karipap? Erm.. sedapnya." Fakhrul sudah menayangkan wajah kecur liur.

Aku tersenyum melihat reaksinya. Comel. Hahah. "Meh, abang tolong sekali."

"Abang tak retilah nak memasak. Lelaki kan kerjanya melihat orang perempuan memasak aje?"

"Amboi-amboi.. itu aje kerja lelaki? Ini auntie nak sumbat ini tepung dalam mulut Fakhrul."balas Puan Sri Tania berpura-pura marah.

Aku sambutnya dengan tawa. Kelakarlah Puan Sri Tania ni. Keluar pula cekak pinggangnya itu. Fakhrul sudah tersenyum sumbing sambil menggaru-garu kepala.

"Ha.. kan bos besar dah marah. Ahhaha"celahku mengenakan abang Fakhrul.

"Orang lelaki tak reti memasaklah . Kan ada orang perempuan yang dijadikan isteri. Orang perempuan lah yang akan memasak untuk suaminya nanti." ujar Fakhrul. Kali ini, dia menjeling ke arahku dengan pandangan semacam.

Aku mengangkat kening. Dia maksudkan aku ke? Aku mengetap bibir. Terus dadaku berdebar semacam.  Itu tanda-tanda abang Fakhrul sukakan aku ke?

"Kalau nak jadi lelaki yang baik kepada seorang perempuan. Dia perlu lengkapkan kelebihan lain. Nanti tak adalah susah bila isteri tak ada di sebelah kita kan?" bebel Puan Sri Tania.

"Betul tak, Aira?"soal Puan Sri Tania bertanya pendapatku. Dia memandang ke arahku.

Bibirku menguntum senyum nipis bila ditanya begitu. Hanya anggukan kecil aku berikan. Fikiran aku menerawang jauh. Betul ke apa tebakan aku? Abang Fakhrul kasih sign sukakan aku ke?

"Nak tak petang ini, Aira ikut abang pergi memancing?"ajak Fakhrul tiba-tiba.

"Kamu berdua saja?"soal Puan Sri Tania kepada abang Fakhrul.

"Fakhrul ada ajak Karl sekali. Dia kata dia setuju. Lagipun, petang ini dia tak buat apa-apa."ujar Fakhrul.

Hampir terbeliak mata aku dibuatnya. Abang Karl ada sekali? Omaigod. Aku taknak berjumpa dengan abang Karl. Setelah dia buat masalah dengan aku tempoh hari, aku seringkali mengelak dari jumpa dia.

Dia selalu akan bangun melepasi 1 petang, maka selepas pukul 1 petang aku akan berkurung dalam bilik. Kadang kalau Puan Sri panggil sahaja aku turun. Nasib baiklah, abang Karl itu jenis tak senang duduk dalam rumah. Lepas bangun tidur, mesti keluar ke mana-mana. Jadi, peluang untuk aku berjumpa dengannya tipis.

Puan Sri Tania menarik nafas lega. Wanita itu terus menyapa bahuku. Terkejut aku dibuatnya.

"Aira ikutlah. Bolehlah kamu rapat dengan sepupu-sepupu kamu lepas ni."cadang Puan Sri Tania.

Aku mengetap bibir. Berkira-kira sebenarnya. Kalau abang Fakhrul sahaja, aku tak kisah tapi kalau dah menyangkut si Karl sekali.. itu aku peduli.

"Aira macam tak suka aje nak ikut."

Aku termangu."Ya.. ya, Aira ikut." aku paksakan sebingkis senyuman terukir di bibir.

Abang Fakhrul tersenyum mendengarkan jawapan aku. Aku membalas senyumannya paksa.

Nasib apalah yang menimpa lepas ini, agaknya?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro