Bab 12:

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi-pagi lagi aku sudah dikejutnya dengan lagu rancak yang membingitkan telinga. Siapalah manusia yang suka kacau orang tidur ini, gerutuku dalam hati. Beberapa kali, aku menukar cara tidurku namun masih tak berjaya. Akhirnya, aku bangkit lalu mendengus.

Lagu itu datang daripada bilik Karl. Aku membelek jam loceng yang terletak di sisi meja. Baru pukul 2 pagi. Kan bagus, kalau mamat ni tak balik rumah. Tenang sikit hidup aku!

Aku turun dari katil dan kaki ku laju ki atur menuju ke beranda. Sekarang, lagu itu makin jelas kedengaran. Ketika itu, Karl sedang asyik bersantai di beranda. Aku mengetap bibir.

Wajah lelaki itu langsung tak menggambarkan perasaan bersalah. Siap minum jus pula itu. Memang nak kena anak orang ini. Aku sudah berkerut dahi memandangnya.

"Aphal buat muka?"gertaknya bila melihat wajahku masam mencuka.

"Abang boleh perlahankan lagu itu tak? Saya tak boleh tidur kalau abang pasang lagu itu kuat-kuat."rungutku. Aku haraplah dia mendengar permintaan aku yang satu ini.

Senyuman sinis Karl melirik. Dia menyentuh speakernya. Bukan nak turunkan volume, lelaki itu naikkan volume lagi. Lelaki kurang ajar. Aku sudah menekap telinga.

"Kau minta kuatkan tadi?"sakatnya dengan senyuman mengejek.

Aku mengetap gigi. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku smackdown anak Puan Sri Tania ni. Mak dah okey dah, anak pula perangai macam haremmm.. Tak makan saman langsung. Berlagak gila nak mati!

"Tolonglah bang. Perlahankan sikit aje."

"Apa? Nak kuatkan lagi?" lain orang cakap, lain pula yang dia buat. Karl ini memang tak makan saman betul.

Akhirnya, aku mengalah. Dengan perasaan geram, aku masuk ke dalam bilikku lalu aq hempas pintu beranda. Kalau diikutkan hati, rasanya esok Karl dah tak dapat tengok dunia rasanya. Tak habis-habis lelaki itu cari fasal. Suka sangat ke simpan dosa?

Dalam samar-samar lagu berdendang, aku dengar suara lelaki ketawa. Itu pasti Karl. Dia mungkin gelak kerana dia fikir dia sudah menang agaknya. Aku mengacip gigi. Perlahan aku urut dada. Meminta pada hati supaya abaikan syaitan yang merasuk Karl.

Kalau aku lawan Karl, makin berlarutan pergaduhan antara aku dan dia nanti. Lebih baik aku mengalah. Aku cuba untuk pujuk hati. Pujuk hati supaya bersabar dengan manusia seperti Karl. Biarlah lelaki itu mahu kumpul dosa, jangan pula aku join sekaki..

Aku berlalu ke bilik air. Daripada terus melayan perasaan marahku, lebih baik aku solat Tahajjud. Aku ambil wudhuk secara tertib. Usai itu, aku memakai telekung lalu menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. Redha sedikit kemarahan yang tadinya membelengu hati aku sedari tadi.

Selesai berdoa, aku capai Al-Quran.. Lagu rancak yang berdendang di luar, aku tidak hiraukan. Kini, aku fokuskan sepenuh panca indera ku kepada Al-Quran. Kitab suci yang menjadi wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa aku sedar, lagu yang tadinya rancak berdendang kembali perlahan. Akhirnya lagu itu terpadam tanpa aku perasan. Kini, hanya suaraku yang berdendanh ayat suci Al-Quran.

Pada masa yang sama, Karl memejam mata. Telinganya mengamati setiap ayat yang dibaca oleh Aira. Sekali lagi, hatinya menjadi tenang saag Aira membaca ayat Yusuf. Tak semena-mena air mata Karl berlinangan.

Setiap kali ayat suci Al-Quran itu dibaca, dia rasakan seperti pendosa yang akan mendapat balasannya tak lama lagi. Baru dia sedar, betapa jauhnya jiwa dia dari Islam. Betapa hinanya dia di bumi Allah ini. Karl menggumam perlahan.
...
Aku menghampiri bengkel Fakhrul yang terletak di belakang rumah agam Tan Sri Mukim. Bengkel itu kecil sahaja. Di sanalah tempat Fakhrul menghabiskan masanya seharian. Kadanh kalau tak ada urusan di pejabat, Fakhrul akan lakukan sesuatu di bengkel kecilnya itu.

Hari ini, masa aku terluang sedikit. Jadi, menggatal lah nak dekat dengan Fakhrul. Bukan menggatal apa, saja nak usha apa dia buat kat bengkel itu. Puan Sri Tania tiada di rumah jadi Fakhrul lah target untuk aku luangkan sepenuh masaku.

Aku mengetuk pintu perlahan. Tak lama kemudian, pintu terbuka dan aku lihat kelibat abang Fakhrul yang memakai mask di wajahnya. Pakaiannya penuh dengan debu dan habuk kayu.

"Aira jumpa abang di masa yang salah ke?"aku ketap bibir kerana rasa bersalah.

Fakhrul menanggalkan mask yang dipakainya lalu dia menggelengkan kepala. Tak lepas, senyumannya diberikan padaku. Abang Fakhrul ini murah betul dengan senyuman. Suka senyum. Sudahlah senyumnya cantik, manis pula itu.

"Tak adalah. Aira datang pada masa yang tempat. Jemputlah masuk."pelawa Fakhrul.

Aku mengatur langkah memasuki bengkel tersebut. Aku terpana sejenak. Banyak betul koleksi-koleksi daripada kayu yang tertayang di dalam bengkel itu. Warna warni. Ada kayu yang diukir berbentuk hati dan ada juga yang dibuat sebagai tabung. Aku tergamam.

"Inilah koleksi abang yang tak seberapa. Bakat tak baik mana pun, hasil pun macam nilah dapat."ujar Fakhrul rendah diri.

"Ini lebih baik tau, bang. Belum pernah Aira tengok ukiran kayu yang teliti macam ni. Sudut semuanya mantap."pujiku sambil memegang salah satu ukiran berbentuk burung. Ada rupa burung pula itu. Haish.. Bakat yang jarang orang miliki.

"Tak adalah. Ini masih level di bawah lagi."

Aku tersenyum menoleh ke arah Fakhrul. Lelaki itu memang suka merendah diri. Memang sudah terang lagi bersuluh, bakatnya memang terserlah masih lagi menidakkan.

Perlahan, aku mengatur langkah mengamati setiap karya Fakhrul yang tertayang. Semuanya cantik dan licin. Rona warna pun nampak menjadi. Aku puji dalam hati. Fakhrul membuntuti ku dari belakang.

"Jarang abang bawa orang masuk dalam bengkel ini."tutur Fakhrul memecah kesunyian antara aku dan dia.

Aku mematikan langkahku. Tanganku aku silangkan ke belakang. Kali ini, aku nak berjalan bersebelahan dengan Fakhrul. Biar kami sama-sama menikmati hasil seninya ini.

"Maksud abang, Aira orang pertama ke?"

Fakhrul menarik sengih. "Perasannya Aira ni."

"Owh, jadi sebelum ini.. ada orang lainlah yang pernah masuk dalam bilik ini. Girlfriend abang?"tebak ku. Terbelit lidah aku mahu sebut girlfriend. Sedih sebenarnya.

Fakhrul menggelengkan kepala. Pandangannya dilarikan ke tempat lain.

"Abang pernah bawa papa abang masuk sini. Dialah orang pertama yang abang bawa masuk ke sini." luah Fakhrul sambil mengukir senyum hambar. Mendatar sahaja nada suaranya.

"Mesti dia bangga dengan abang kan?"dugaku ceria.

Fakhrul menggelengkan kepala. "Dia tak bangga dengan abang. Dia kata apa yang abang buat ni semuanya membuang masa. Langsung tak mendatangkan apa-apa faedah. Dia minta abang tinggalkan semua ini dan fokuskan pada bisnes keluarga." keluhnya dengan nada sebak.

Aku memandangnya kelam. Aku lihat abang Fakhrul sudah mengurut pelipis matanya. Rasanya, lelaki itu mahu memujuk hati supaya tidak menangis. Egonya lagi tinggi dari perasaannya jadi Fakhrul menahan diri daripada menangis.

"Tapi.. ini sepatutnya bakat yang patuy dihargai. Jarang ada orang yang tercipta dengan bakat ini." aku cuba suntikkan kata-kata semangat.

Aku dengar suara Fakhrul ketawa. Aku tak buat lawak okey?! Aku tengah pujuk dia ni.. Wajahku sudah berkerut tak faham. Kenapa dia gelak tiba-tiba ini?

"Aira lah orang pertama yang puji bakat abang yang tak seberapa ni."luahnya memandang redup ke arahku.

Aku menyungging sengih. "Bersyukur itu lebih baik kan?"

Lelaki itu anggukan kepala. Lama dia merenung aku. Mata kami bertembung. Aku tergamam. Cepat-cepat aku larikan mata ku ke  tempat lain. Astaghfirullahalazim! Naaib baik aku mengelak. Sudahlah aku berdua saja dengan dia sekarang ini.

"Apa ni?"soal ku melihat sesuatu yang dibalut dengan kain. Nampak macam sebuah kanvas lukisan saja.

"Cuma kanvas kosong."jawab Fakhrul seperti melarang aku untuk membuka balutan itu.

Entah keberanian mana datang, tanpa izin, aku tarik kain itu. Abang Fakhrul cuba menghalangku namun tak menyempat. Lukisan seorang gadis terdedah. Aku tergamam saat mengamati lukisan itu.

Di belakang, aku dengar suara Fakhrul mengeluh perlahan. Dia sudah mengurut dahinya sambil menggelengkan kepala.

Senyumanku yang tadinya mekar kini berubah hambar. Aku kenal gadis dalam gambar itu. Ya. Dia pernah menjadi idola aku sewaktu di sekolah dahulu. Gadis kasanova yang dahagakan perhatian.

Dayana..

"Aira, abang boleh explain."celah Fakhrul kalut.
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro