Bab 14:-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Tan Sri Imran mematikan kerjanya buat seketika. Terlihat kelibat anak lelakinya memasuki bilik kerjanya. Karl mendekatinya lalu mengambil tempat di hadapan meja kerjanya. Kelihatan wajah lelaki itu cemberut semacam.

"Papa dengar kamu gaduh dengan mama semalam."mulanya dengan nada mendatar.

Karl mengeluh perlahan. Baru sahaja dia mahu melupakan perkara semalam, sekarang papanya mahu ungkit semula. Sudahlah, semalam rasa bersalahnya menebal sampai tak nyenyak tidurnya semalaman. Rasa berdosa yang amat.

"Karl taknak buka cerita semalam lah pa. Papa teruskan dengan apa yang papa nak cakapkan."keluh Karl malas.

Tan Sri Imran tersenyum melihat wajah Karl yang sudah sebal. Kening Karl sudah berkerut. Marah barangkali.

"Kenapa Karl boleh marah sampai macam itu sekali?"

Karl menjeling ke arah ayahnya. Tak semena-mena Karl mengeluh perlahan. Nampaknya papanya itu masih mahu menghangatkan topik semalam.

"Mama nak kahwinkan Karl dengan Aira." nada suaranya perlahan.

"Karl setuju tak?"

Laju Karl menggelengkan kepala. Gila?! Itu idea paling gila yang dia akan buat. Berkahwin dengan perempuan tak selevel dengannya? Tak kan mungkin sama sekali.

"Gila! Karl takkan kahwin dengan kampung girl."

"Salah ke kalau Karl berkahwin dengan Aira? Aira pun okey juga. Dia cantik, baik dan sopan." balas Tan Sri Imran.

Karl sudah mencebik. Dia tak pernah pun terfikir untuk berkahwin. Usianya masih muda. Dia baru sahaja berusia 24tahun. Masih muda lagi. Tak ada benda lagi yang dia nak buat. Seronok pun tak cukup lagi. Tunggu umur 32 tahun.. baru dia akan fikirkan.

Bila melihatkan Karl berdiam diri. Tan Sri Imran berdehem. "Sebenarnya, papa yang minta mama melamar Aira untuk jadi isteri Karl."terang Tan Sri Imran tanpa berselindung.

Terbuntang mata Karl dibuatnya. Pengakuan Tan Sri Imran mengejutkannya. Sanggup betul mak dan ayahnya perlakukan dia sedemikian rupa. Dia ni anak kandung ke anak lembu dicucuk hidung sebenarnya?

"Kenapa papa lakukan semua ini?"

"Ini sebabnya."Tan Sri Imran menyerahkan sebuah fail tebal ke hadapan Karl.

Pandangan hairan Karl berikan pada papanya. Perlahan-lahan dia mencapai fail tersebut lalu dibukanya. Satu persatu dokumen di dalam fail itu dikeluarnya lalu dibelek lama. Isi kandungan surat dibacanya dan difahamkan. Matanya mati bila baca surat daripada bank. Kemudian, dia alihkan pandangannya pada papanya.

"Muflis?"

Tan Sri Imran yang menggaru dagunya terus menganggukkan kepalanya perlahan. "Yup! Kalau papa tak bayar hutang bank dalam masa tiga bulan ini, papa akan muflis. Kita akan ditendang dari rumah dan lepas itu.. hmm.. Karl boleh faham sendiri kan apa nasib kita lepas itu?"tak sanggup rasanya Tan Sri Imran mahu menyambung kata-katanya. Tak dapat membayangkan hidup kemiskinan dan kedaifan yang bakal dilaluinya di kemudian hari.

Karl sudah mengurut pelipis matanya. Penat. Penat dengan helah dunia yang sungguh melelahkan ini. "Jadi, apa kaitannya dengan Aira?"redup matanya memandang papa kandungnya itu.

"Aira pewaris harta Tan Sri Ridhwan seterusnya. Karl tahu tak yang Aira mewarisi 1/2 dari harta Tan Sri Mukim? Sedangkan kita dibahagikan 1/3 daripada separuh harta. Harta itu tak cukup untuk kita bayar hutang bank."jelas Tan Sri Imran berwajah serius.

"1/2 dari harta? Kenapa atuk lebihkan Tan Sri Ridhwan daripada kita?"soal Karl yang sudah berkerut dahi.

Tan Sri Imran angkat bahu. Dia pun sendiri tak faham kenapa ayahnya itu lebihkan abangnya berbanding dia dan Afran. Sedangkan semasa ayahnya itu sakit, dia dan Afran yang membanting tulang menjaga ayahnya itu.

"Papa taknak cuba pinjam duit uncle Afran?"soal Karl cuba cari jalan penyelesaian lain. Mungkin ada jalan lain selain kahwin.

Tan Sri Imran gelengkan kepala lemah. "Uncle kamu itu tak bagi kerjasama yang baik dengan papa. Sekarang, hanya kamu yang papa harapkan. Kahwin dengan Aira dan pujuk dia untuk bekerjasama dengan syarikat kita dan bayar hutang itu."luah Tan Sri Imran. Wajahnya penuh tekad.

Karl mengeluh perlahan. Bagaimanalah dia mahu pujuk Aira mahu berkahwin dengannya? Dia tidak ada sekelumit rasa cinta pada gadis itu. Menyampah memang menebal. Gadis itu tak ada senarai gadis yang diinginkannya. Dia mahukan gadis yang seksi yang pandai menggodanya dan memikatnya, gadis yang pandai melayannya dengan baik dan pandai bergaya. Aira tak ada semua ciri-ciri itu. Aira hanya gadis kampung yang biasa saja.

"Karl, boleh tolong papa kan?" pujuk Tan Sri Imran penuh mengharap.

Karl tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Dia sudah menggigit jari. Kepalanya dicanang bagi mendapatkan idea bernas. Ah, sudah! Dia memang sudah buntu!
...
Telefon bimbitku berdering di atas katil. Aku yang ketika itu sedang menyarungkan baju tidurku terus berlari anak mendapatkan telefon. Aku tilik sejenak skrin telefon. Nampaknya nombor telefon daripada orang yang tak dikenali.

Tanpa was-was aku menjawabnya. Salam aku hulurkan sebagai pembuka bicara. Kedengaran suara seorang wanita yang menghububgiku di corong telefon.

"Cik Aira.. boleh tak esok cik Aira berjumpa dengan saya?"soal wanita itu seusai menjawab soalan ku. Penuh tertib dia berbicara.

"Kalau boleh saya tahu, ini siapa?"soalku semula. Tak kenal, tiba-tiba sahaja ajak jumpa.

"Saya Airin, penasihat harta Tan Sri Mukim. Esok, saya mahu uruskan tentang pembahagian harta Tan Sri Mukim."ujar gadis itu dengan nada mendatar.

"Owh. Saya boleh saja jumpa awak. Di mana kita mahu jumpa?"

"Kita berjumpa di restoran Manhattan Fish di The Mines kalau awak tak kisah?"

Aku angguk kepala tanda setuju. "Baiklah kalau begitu. Esok saya jumpa awak dalam pukul 2 petang."tegasku.

Setelah mengakhiri panggilan dengan salam, aku campak telefon pintarku ke atas katil. Aku terus mencampakkan tubuhku di atas katil. Siling putih aku renung dengan kepala kosong.

Kata-kata Puan Sri Yati tadi petang sedikit sebanyak mengguris hati aku. Tak berhenti ayatnya berulang dalam kepalaku. Kata-katanya sangat menghina ku. Tanpa sengaja, aku terdengar butir bicaranya bersama rakan-rakannya.

"Mana anak saudara you tu, Yati? I tak nampak pun."soal salah seorang temannya. Lehernya dipanjangkan mencari manusia bernama Aira.

Aku berselindung di sebalik tiang berdekatan dapur. Entah takdir apa yang buat aku berani mendengar perbualan orang. Lagi-lagi orang seperti Puan Sri Yati yang tak pernah mesra denganku langsung selama aku berada di rumah ini.

"Kenapa nak cari dia? Dia tak pandai bergaul."jawabnya selamba sambil menghirup teh hijau yang dihidangkan pembantu rumah.

"Tak pandai bergaul?"

"Yalah. Dia tak pandai bergaul orangnya. Dia datang dari kampung jadi dia malulah nak jumpa orang yang lagi tinggi tarafnya daripada kita. You semua tahukan kehidupan dia macam mana sebelum ini."ujar Puan Sri Yati penuh menghina.

Hatiku terguris tatkala itu. Sanggup ibu saudaraku itu hina aku sedemikian rupa? Apa salahnha aku pada dia? Kenapa hina sangat aku di mata dia? Takkan taraf jadi pemisah hubungan keluarga ini untuk membentuk?

"Haah kan. I dengar mak dia pun bukan orang kaya sebenarnya. Tan Sri Ridhwan tu saja yang terhegeh-hegeh kat mak dia itu. Entah jampi serapah apalah si Qaisara tu gunakan sampai Ridhwan boleh terpujuk sampai macam itu sekali."aku dengar salah seorang teman Puan Sri Yati menghina ibuku.

Aku menggenggam penumbukku. Okey, enough! Kalau hina aku, boleh lagi tapi jangan hina mak aku. Tapi.. hmm.. tahan dulu Aira. sabarkan hati kau.

"Orang kampung you. Bomoh mungkin?"celah yang lain. Gelak ketawa mereke bergema. Kuat dan telinga aku sudah berdesing mendengar hinaan itu.

Kami tak sekalut itulah sampai tak dapat nak bezakan halal dan haram. Aku masih ada maruah lagi. Jangan disebabkan aku dibesarkan dari kampung, mereka boleh hina aku sampai macam itu sekali.

Terus aku menumbuk bantal yang dipelukku sebentar tadi. Puan Sri Yati memang jahat tapi anaknya Fakhrul baik. Puan Sri Tania baik tapi Karl jahat. Mereka berdua itu tertukar ibu ke apa? Aku menggerutu geram. Menyampah betul dengan orang yang suka menghina orang kampung ini. Huh!! Dengusku geram.

Ketukan di pintu terus mematikan tumbukan ku pada bantal guling yang sudah lunyai. Aku terus mengatur langkah ke arah pintu. Tudung sarung yang tergantung di belakang pintu aku capai. Tombol pintu aku buka.

Tak semena-mena tubuhku ditolak masuk ke dalam bilik. Tanganku tak semena-mena ditarik dan tubuh genitku dihempas ke dinding. Aku tergamam dan kaku. Mahu telan liur aku dibuatnya. Karl sudah berdiri di depanku dengan wajah yang sedikit kusut.

"Ap.. Apa.."belum sempat aku bercakap. Dia menekup mulutku. Lelaki itu minta aku diam.

Aku tidak memberontak. Mataku aku alihkan sepenuhnya memandang ke arah dia. Takut. Aku risau kalau Karl lakukan perkara tak baik pada aku.

"Kau boleh diam tak?"

Laju aku anggukkan kepala. Selepas itu aku kuncikan mulut aku kuat-kuat. Dia suruh aku diam, jadi aku diam.

Karl menarik nafas dalam-dalam. Tak semena-mena dia usik pintu semula. Tombol pintu ditekannya. Takut ada yang menerobos masuk tiba-tiba.

"Ab.. abang nak buat apa ni?"soalku tergagap.

"Ak..Aku.. aku nak melamar kau."luahnya dengab wajah serius.

Hampir terbuntang mataku dibuatnya. Melamar tapi pakai cara macam nak menculik aku. Aku tergamam. Sungguh, tak sangka kegilaan abang Karl yang memang tak masuk akal.

"Abang nak melamar saya?"soalku masih tak percaya. Memang tak percaya pun.

Karl anggukkan kepala. Matanya melilau ke tempat lain. Gaya macam nak tak nak aje pandang aku. Serius ke tak dia ni?

"Ya."jawabnya sepatah. Dia berpeluk tubuh sambil buat muka bosan. Siap mengipas-ngipas badannya. Ada air-cond tapi still buat gaya dia macam dalam neraka.

"Saya tak sudi."jawabku muktamad.

Kali ini dia pandang aku dengan pandangan hairan. Heiyh? Perempuan ini baru tolak aku ke?
"Apsal pula?"

"Yalah. Abang tiba-tiba saja nak melamar saya. Bukan selama ini, abang tak suka saya ke? Bukan selama ini abang cakap abang tak suka perempuan kampung macam saya ke?"luah ku tak puas hati.

Karl mengeluh perlahan. "Kau memang bukan taste aku pun. Tak payah tanya pun orang tahu taste aku ni macam mana."jawabnya jujur.

"Dah tu? Kenapa ambil saya sebagai isteri abang?"

"Saja tukar taste."jawabnya selamba.

Aku menyungging sengih. Kelakar dapat jawapan pelik dari mulut lelaki playboy. Jawapan tak pernah serius. Membangga diri saja dia tahu.

"Abang fikir kahwin itu ikut taste abang ke? Ini soal kahwin tau abang. Saya taknak kahwin dengan lelaki yang tak cintakan saya."jawabku tegas.

Karl terdiam membisu. "Jadi, kau reject aku lah ni?"

Aku anggukkan kepala. Tak faham bahasa melayu ke apa mamat ni? Lama sangat ke study kat overseas sampai bahasa melayu pun tak faham?

"Kau reject aku? Heiyh, belum pernah lagi ada perempuan reject aku tau."dia beri peringatan padaku.

Aku mencebik. "Biar saya perempuan pertama yang reject abang. Perempuan tak sama. Jangan ingat semua perempuan sukakan abang. Seperti contoh, saya yang memang tak sukakan abang."balasku berani.

Karl mengetap bibir. Tubuhku sekali lagi ditolaknya kasar ke dinding. Aku terpana sejenak. Dia mengunci tubuhku merapati dinding. Kiri kananku ditahannya menggunakan tangan. Aku tak dapat melepaskan diri.

Aku dapat rasakan deru nafasnya menyapa dahiku. Perbezaan ketinggian antara aku dan dia amat ketara. Baru aku sedar, tinggiku hanya pada paras hidungnya saja. Dia yang terlampau tinggi atau aku sebenarnya si genit?

"Kita tengok. Aku akan buat kau melutut kat aku."cabarnya dengan sengihan sinis.

Aku mengetap bibir. Aku beranikan mataku memandang kedua-dua belah matanya. Sungguh, wajahnya sangat menghampiri wajahku. Aku pula yang terasa susah untuk bernafas..Terasa tersekat di kerongkong.

"Gadis bandar pun aku boleh jatuhkan inikan lagi perempuan macam kau kan? Sayang.."panggilnya dengan nada romantis.

Aku tak semena-mena menyengih. "Cubalah goda saya.. abang takkan boleh."cabarku berani.

Dia menyungging sengih. Wajahnya penuh dengan keyakinan. Nampaknya, dia fikirkan aku ni mangsa yang sangat rapuh untuk dia dapatkan.

"Pity girl.."balasnya.

Dia alihkan tubuhnya dari terus menerus menghimpit tubuhku ke dinding. Pintu bilikku dibukanya lalu dia keluar. Sebelum dia keluar, dia melayangkan flying kiss pada aku. Aku tangkap flying kissnya itu lalu aku hempas ke lantai dan terus aku pijak berkali-kali.

Cinta palsu kau itu memang layak terletak di bawah tapak kaki aku, Karl.Getus ku dalam hati.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro