Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi-pagi lagi aku sudah dikejutkan dengan kehadiran Puan Sri Tania ke rumah. Nasib baiklah Karl sudah pergi kerja pagi tadi. Jadi, dia tidaklah terdengar perbualan perempuan kami pagi itu.

"Macam mana layanan Karl pada Aira? Dia baik-baik saja kan?" soal Puan Sri Tania ingin tahu. Sebagai seorang ibu, dia risaukan kehidupan anaknya itu. Manalah tahu perangai Karl yang playboy itu masih ada. Risau juga.

Aku mengukir senyum lalu menggeleng. Dia jadi playboy bila depan aku aje. Bila bangun pagi itu, mulalah dia menutur keramat cintanya itu. 'Selamat pagi, cinta hati abang!', 'My sunshine dah bangun.' dan tak lupa juga ayat manis-manis kelatnya itu 'Tak lengkap pagi abang kalau tak nampak muka sayang.'

Allah! Kalau tiap-tiap hari aku tadah telinga dengar ayat manis-manisnya itu, mau kena diabetes aku dibuatnya! Argh!! Tapi, bahagia juga terkadang bila Karl ucap kata cintanya itu. Baru terasa diri ini dicintai. Hahaha!!

"Dia terlebih manis, ma. Tak sangka anak mama tu pandai main jiwang eiyh? Hahah.. ikut perangai mama agaknya itu." sakatku mengusik Puan Sri Tania.

Tertawa Puan Sri Tania dibuatnya. Gamak betul. "Mungkin ikut perangai papanya lah tu. Haih, tahan ajelah Aira. Karl itu memang mulut manis sikit bila dengan perempuan." balas Puan Sri Tania.

"Tak apa, sekarang depan Aira aje mulut manis dia datang."tambah mama. Kini, giliran pipi ku pula merona merah.

Rancangan Nona yang terpasang di kaca televisyen kami pandang semula. Apabila adegan masak memasak keluar, aku tiba-tiba teringatkan sesuatu. Aku nak tanya pada mama tentang masakan kesukaan Karl.

"Ma, Karl tu tak suka makan nasi ke?"soalku mengalih topik.

Puan Sri Tania pandang aku. Bibirnya menguntum senyum. "Karl itu kalau makan memang kuat memilih. Dia kalau boleh makan memang taknak karbo. Jadi, kalau Aira masak janganlah nasi atau roti.. memang dia takkan sentuh. Mihun ke mee pun kalau boleh elakkan juga."wanita itu beri tips berguna pada aku.

Buku nota kecil yang terselit dalam poket seluarku terus aku keluarkan. Kena catat ni! Kalau tersalah masak nanti, meragam pula mamat banyak songeh itu nanti. Meragam memang susah nak pujuk. Puan Sri Tania yang melihat tindakan itu tak semena-mena ketawa berdekah. Aku sudah tersengih sumbing.

"Bagus betul Aira ni. Siap ada buku nota sendiri untuk Karl. Tak salah mama pilih menantu."usik Puan Sri Tania sambil memukul lembut lenganku.

Aku tersengih. Segan pula dipuji ibu mertua ni. Haih, disebabkan nak jadi isteri solehah.. kenalah tahu apa suami suka dan suami tak suka. Memandangkan aku ni lemah ingatan jadi aku kena catat.

"Karl itu sukakan pasta tapi elakkan daging cincang. Kalau Aira nak masak ayam, pastikan bahagian dada tu dipanggang bukannya digoreng. Sama juga dengan ikan atau daging. Karl itu pantang kalau ada minyak sikit dalam makanan dia. Kalau sarapan pagi itu, Aira masakkan saja dia sup.Tak kisah sup apa asalkan benda tu berkuah. Jauhi roti atau nasi. Dia takkan sentuh." meleret rips hebat yang mama berikan.

Setiap satu aku catat. Terkejut juga bila dengar pantang larang Karl ini bila makan. Semuanya tak boleh. Haih, tak lama lagi boroilah perut dia itu bila tua. Jangan jaga sangat. Jaga ke tak jaga ke.. aku tetap akan sayangkan dia. Ecececeh!! Sawit sangat!

"Makanan favourite Karl apa, ma?"soalku beralih ke topik lain. Tanganku sudah bersiap sedia mencatit perkataan yang keluar dari mulut mama.

"Ada satu makanan ni, Karl memang suka makan. Mama pernah try masak tapi dia kata tak sama dengan apa yang dia makan. Mama pun pelik macam mana dia boleh suka makanan ni."ujar Puan Sri Tania memandang ke arahku.

Aku sudah angkat kening. Apa agaknya makanan tu? Wajahku sudah berkerut ingin tahu. "Apa dia, ma?"

"Sambal hijau ikan bilis."singkat saja jawapan mama namun memang buat aku tercengang habis. Serius lah? Lelaki kuat memilih itu suka sambal hijau ikan bilis?

Rasanya ibu pernah ajar aku masak benda alah itu. Senang aje tapi style aku style kampung. Mesti tak kena dengan selera Karl nanti. Aku keluh perlahan.

"Kenapa Aira mengeluh?"Soal mama risau. Tanganku digenggamnya erat.

Aku alihkan pandanganku kepada Puan Sri Tania. "Aira nak cuba masak benda itu tapi Aira risau Karl taknak makan nanti."suaraku perlahan.

"Jangan risau. Kalau dia betul-betul sayang Aira, dia akan makan apa yang Aira masak. Aira jangan risau."pujuk Puan Sri Tania cuba meredakan kesebakan ku.

Aku mengukir senyum nipis. Mataku kembali ku alihkan ke kaca tv.

"Erm.. Aira. Mama ada satu tips lagi untuk Aira."kata-kata Puan Sri Tania memecahkan kesunyian antara aku dan dia. Aku pandang wajah bersih Puan Sri Tania semula.

Dahiku berkerut. Orang lama ni memang ada banyak tips berguna. Puan Sri Tania sudah lama melayari bahtera perkahwinan jadi aku sebagai budak baru ni.. kenalah belajar dari senior.

"Apa dia, ma?"soalku.

Puan Sri Tania mengukir senyum penuh makna. Dia suruh aku tunggu sebentar lalu keluar rumah untuk sejenak. Aku menunggu rasa debaran di dada. Pelbagai persoalan timbul di benak kepalaku.

Beberapa minit kemudian, Puan Sri Tania kembali bersama sebuah beg kertas. Wanita itu terus mengambil tempat di sebelahku lalu menyerahkan beg itu kepada aku. Aku yang masih dalam kebingungan, mengambil pemberiannya itu.

"Apa ni, ma?"soalku.

Bibir Puan Sri Tania sudah melirik senyum lebar. "Bukalah." arahnya. Nampaknya Puan Sri Tania memang nak berteka-teki panjang dengan aku.

Aku membuka beg kertas itu. Aku keluarkan isinya. Sebuah dress tidur yang sangat jarang bersama bikini.. Omaigod! Buntang mataku dibuatnya. Terus aku pandang  Puan Sri Tania dengan mata tak berkedip. Mama bergurau ke?

"Dua hari lepas, mama jalan-jalan keluar. Bila nampak dress ini, terus mama berniat nak belikan untuk kamu. Pakailah. Karl itu memang suka perempuan seksi-seksi."ujar Puan Sri Tania.

"Seganlah ma. Aira tak pernah lagi pakai baju-baju yang mengazabkan ni."tulah ku. Pipiku sudah panas kerana menahan malu. Segan!

"Alah, depan suami aje pun. Aira kena ingat tau. Isteri pun syurga suami tau."tips berguna lagi Puan Sri Tania berikan kepadaku.

Aku sudah terkulat-kulat membelek dress itu. Meremang bulu roma bila belek kali kedua. Takkanlah, aku nak pakai baju ni depan Karl. Isy!!! Merepek!! Nanti, dia perli aku macam mana? Tak dapat nak bayang lebih.

"Tapi, ma.. erm.. baju ni.."aku angkat dress itu mahu menayangkan pada Puan Sri Tania.

Terus Puan Sri Tania menolak tanganku lembut. Dia pun aku rasa tak sanggup nak tengok dress itu. hahahah!! Mama punya selera boleh tahan nakal juga eiyh?!

"Cuba aje dulu. Kalau Karl still tak terpikat, baru cuba cara lain." cadang Puan Sri Tania. Wanita itu sudah buat muka sedih. Tipu-tipu aje tu. Trik nak buat aku bersalah agaknya. Pandai, ma!

Aku sudah ketap bibir. Aku belek dress itu sekali lagi. Setelah itu, aku alihkan pandanganku pada Puan Sri Tania. Wajah wanita itu sudah penuh mengharap. Akhirnya, aku angkat bendera putih.

"Aira pakai nanti."janjiku.

Barulah nampak sedikit senyum manis mama. Haih!! Kalau tidak, sedih masam mencuka saja mukanya. Sukalah  aku pakai tips nya itu.
...
Ketukan di pintu membuatkan Tan Sri Imran memberhentikan kerjanya sekejap. Dia meminta orang di luar masuk setelah itu kerja yang tertangguh tadi diteruskan semula.

Karl memasuki ruang pejabat papanya. Tanpa pamitan, dia melabuhkan punggung berhadapan meja kerja Tan Sri Imran.

"Apa yang papa kata tentang etika bekerja?" tegur Tan Sri Imran dengan suara tegas. Matanya masih tak beralih dari tugasnya dan dia masih menyiapkan kerjanya.

"Kat mana pun kita still we are father and son kan, pa? Even on your private office." balas Karl. Dia memang jenis tak makan nasihat. Berapa kali nasihat pun still tak dengar.

Terdengur keluhan meniti dari mulut Tan Sri Imran. Matanya terus merenung ke wajah Karl. Karl masih berwajah selamba. Dia sudah bersilang kaki di hadapan papanya.

"Dua hari lepas, Karl keluar dengan Anita kan? Is it true?" soal Tan Sri Imran tak memainkan sebarang ekspresi.

Karl terkejut. Terus dahinya berkerut. Dari manalah papanya dapat tahu tentang date nya itu. Anita report pada papanya ke? Karl sudah mengetap bibir.

"Dari mana papa dapat tahu?" soalan berbalas soalan.

"Staff yang beritahu papa. Kamu masih buat perangai lama kamu itu walaupun kamu dah jadi suami orang sekarang ni?" tebik Tan Sri Imran mendatar.

Karl mengeluh perlahan. Dia menjeling ke tempat lain. "Even she is my wife, she still not in my heart. Karl buat semua ini sebab papa. Karl nak tolong papa selamatkan bisnes papa."balas Karl dengan nada meninggi.

Tan Sri Imran tergamam. "Jadi, Karl memang betul-betul tak cintakan Aira?"

"Semuanya hanya lakonan pa. Taktik Karl untuk buat Aira senang untuk tolong kita. After that, Karl akan ceraikan dia." muktamad Karl memberi jawapan.

Tan Sri Imran sudah rasa serba- serbi. Dia tak boleh nak memihak pada sesiapa. Kerana sifat tamaknya, dia dikurung dalam situasi melibatkan Aira dan Karl. Dia dalang sebenarnya.

Lama Tan Sdi Imran berdiam diri akhirnya dia menarik nafas dalam. Dia membuka lacinya lalu mengeluarkan sepucuk surat. Surat itu diberikannya pada Karl. Wajahnya serius menikam Karl.

Karl mengambil surat itu lalu dibukanya. Surat itu dibeleknya dengan penuh teliti.

"Itu surat penanggungan. Kamu minta Aira untuk tandatangan surat itu dan semuanya akan selesai."ujar Tan Sri Imran dengan nada tegas.

Senyuman sinis Karl meleret. Wajah Tan Sri Imran dipandangnya dengan perasaan gembira.

"Selepas semua ni selesai, Karl nak minta papa berikan Karl kereta baru. Kereta lama dah bosan."pinta Karl lalu berlalu keluar dari ruang pejabat.

Tan Sri Imran mengurut pelipis matanya. Sakit kepala kalau selalu fikirkan masalah Karl. Entah perangai siapalah Karl tiru sampai tak berhati perut macam itu? Umur sudah menginjak tua tapi perangai masih macam budak-budak. Tak pernah berubah.

Keluhan berat dilepaskannya perlahan. Fikirannya memikirkan nasib Aira selepas ini. Kasihan gadis itu. Disebabkannya, Aira jadi mangsa.

Dia buntu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro