Bab 3:-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Puan Sri Tania menghampiri suaminya yang sejak tadi asyik gelisah semacam. Dia membawakan kopi untuk suaminya. Berharap agar kopi itu dapat meredakan kegelisahan suaminya ketika ini.

"Abang, Nia ada bawakan kopi untuk abang."jemput Puan Sri Tania. Dia meletakkan kopi itu di atas meja yang terletak di dalam bilik bacaan suaminya.

Tan Sri Imran tidak menyahut seruan Puan Sri Tania. Dia asyik mundar-mandir di beranda seperti memikirkan sesuatu. Puan Sri Tania tak semena-mena mendekati suaminya.

"Kenapa bang?"tegurnya menyapa bahu Tan Sri Imran.

Tan Sri Imran terus menoleh memandang isterinya. Kaca mata yang dipakainya dibuka lalu dia mengesat kedua-dua belah matanya. Terdengar keluhan kecil meniti keluar dari bibirnya.

"Business abang dalam problem sekarang ni."luahnya dengan nada lemah.

Puan Sri Tania mengerut dahi. "Kenapa dengan business abang?"

"Abang rugi besar. Kalaulah abang ikut cakap Ismail, mungkin abang takkan rugi sebanyak ni. Sekarang bank nak minta kita bayar balik hutang. Abang dah tak tahu nak dapatkan duit itu dari mana."ujar Tan Sri Imran penuh kesal.

"Abang dah cuba minta pada abang Afran?"

Tan Sri Imran tersengih sinis. "Nak harapkan dia? Abang dah banyak kali minta tolong dengan dia tetapi dia buat tak peduli aje. Menyesal abang minta tolong daripada dia."

Puan Sri Tania sudah terdiam. Dia faham perhubungan suaminya dengan Tan Sri Afran tidaklah baik mana. Hanya kerana harta,  Tan Sri Afran bermasam muka dengan suaminya kerana suaminya mendapat lebih 5% disebabkan suaminya lebih tua.

Lama mereka berdiam diri. Kedua-duanya mencari jalan untuk melepaskan diri daripada masalah yang terjadi.

Akhirnya, Tan Sri Imran bersuara. Mungkin dia sudah ada idea di benak kepala.

"Anak abang Ridhwan dah jumpa?"soalnya tiba-tiba.

Puan Sri Tania berkerut dahi. "Erm, dah jumpa."

"Macam mana dia sekarang?"

"Dia masih belum buat keputusan lagi untuk duduk di rumah arwah ayah. Mungkin sebab dia masih terkejut lagi agaknya dengan berita ni. Sebelum ini pun, arwah abang Ridhwan sara keluarga dia dalam kesusahan."jelas Puan Sri Tania.

Tiba-tiba dia terkenangkan kakak iparnya, Puan Qaisara. Mereka sekeluarga dahulu tinggal bersama di rumah agam milik ayah mereka. Namun, semuanya berubah bila arwah Tan Sri Mukim menghina Puan Qaisara di hadapan Tan Sri Ridhwan.

Qaisara datang daripada kampung. Dia dan kakak iparnya, Puan Sri Yati datang daripada keluarga berada. Jadi, status menjadi pengukur dalam keluarga mereka. Pada awalnya, Tan Sri Mukim tak menerima Qaisara namun setelah mendapat tahu Qaisara mengandungkan cucunya, terus dia menjemput Qaisara tinggal bersama. Namun, semuanya hanya bertahan dalam tiga bulan sahaja.

Setelah Qaisara dituduh mencuri barang kemas milik Puan Sri Yati, dia dihalau keluar dari rumah. Ketika itu Qaisara sedang dalam pantang. Kerana kasihan melihat isterinya diperlakukan begitu, Tan Sri Ridhwan juga turut angkat kaki dari rumah. Kerana itulah, sekarang Aira berada di kampung.

"Anak abang Ridhwan perempuan kan?"kali ini soalan Tan Sri Imran kedengaran pelik.

Puan Sri Tania mengerutkan dahi. Dia masih tidak dapat membaca apa yang difikirkan suaminya ketika ini.

"Kenapa abang tanya?"

"Apa kata kalau kita kahwinkan dia dengan anak kita, Karl? Selepas itu kita minta Karl pujuk dia untuk berikan separuh harta dia pada kita. Dengan cara itu saja, abang boleh back up kerugian ni." cadang Tan Sri Imran.

Tergamam Puan Sri Tania mendengarnya. Suaminya sudah gila ke?

"Abang, tolong jangan libatkan Karl dalam hal ini."rayu Puan Sri Tania. Dia berharap agar suaminya mendengar nasihatnya.

Namun, nampak gayanya Tan Sri Imran sudah muktamad pada keputusannya. Dia pun bukannya jenis yang suka makan nasihat. Demi selamatkan business yang sudah dua puluh tahun dia bangunkan, Karl perlu rela berkorban.

"Awak minta Aira tinggal dengan kita."Tan Sri Imran sudah mengatur rencana.

Puan Sri Tania mengeluh. Dia tahu berapa kali pun dia cuba untuk memujuk Tan Sri Imran, dia pasti akan kalah pada pengakhirannya.

"Abang.. betul ke abang nak buat semua ni?"

Tan Sri Imran tersenyum nipis. Kereta BMW berwarna biru yang memasuki perkarangan rumah mereka dipandangnya. Terlihat anak terunanya keluar dari perut kereta.

Ketika itu, Karl juga turut memandang padanya lalu memberikan sebingkis senyuman. Tan Sri Imran membalas senyuman Karl.

"Abang pasti."jawabnya tegas.
.....
Aira membonceng motorsikal menyelusuri jalan sepi. Hanya lampu jalan yang menerangi. Nasib baiklah jalan yang dilaluinya itu tidak dikelilingi hutan. Kalau tidak, jangan beranilah dia nak lalu jalan itu.

Namun, suasana jalan masih terasa seramnya. Aira cuba tabahkan hati untuk tidak takut. Sambil membonceng motorsikal arwah ayahnya, dia fokuskan sepenuh perhatiannya pada jalan.

"Hihihi!!"
argh sudah!

Aira sudah telan liur. Matanya gatal mahu meliar memandang sekeliling. Hilang fokusnya pada pemanduannya membuatkan Aira tidak perasan ada kereta yang sedang dipandu ke arahnya.

Hampir sahaja motorsikalnya mahu bertembung dengan kereta Volkswagen merah itu. Nasib baiklah dia sempat menekan brek dan kereta itu juga sempat mengelak.

Aira menarik nafas lega. Nasib badan, dia masih diberi peluang untuk hidup. Dia mengurut dada. Kalau boleh sujud syukur, mahu sahaja dia lakukan.

"Woi, bro!"tegur suara lelaki yang sudah mengatur langkah kaki mendekatiku.

Aku tak semena-mena menoleh ke arahnya. Mataku terpaku saat meneliti wajah lelaki itu. Wajah lelaki yang takkan pernah lepas dari ingatanku sampai bila-bila.

" Abang Fa-Fakhrul?!"tergagap aku memanggil namanya.

Lelaki itu juga turut berkerut dahi memandangku. Mungkin helmet yang aku pakai sedikit mengaburi pandangannya. Tak semena-mena aku menanggalkan topi keledar lalu menoleh ke arahnya kembali.

Entah kenapa, aku berharap agar dia mengingatiku kembali. Terkebil-kebil aku mengukir senyum padanya. Malu punya pasal.

"Awak Aira kan?"

Ya Allah, betapa gembiranya hati aku ni rasa. Crush sendiri sebut nama aku. Hidung aku sudah mulai kembang kempis. Tunggu masa sahaja mahu kembang tak kempis-kempis. Pipi aku sudah merona merah.

"Abang kenal saya?"tegurku sipu-sipu malu.

Dia tak semena-mena mengerutkan dahi. "Awak.. still tak tahu lagi ke?"soalnya serius.

"Tahu apa?"

"Bukan Auntie Tania ada jumpa awak untuk ceritakan semuanya. Tentang ayah awak."jelas Fakhrul dengan penuh teliti.

Terus aku terdiam. Macam manalah aku boleh lupa fasal itu? Kalau betullah ayah adalah anak Tan Sri Mukim bermakna aku dan abang Fakhrul... sepupu? Omaigod! Tak sangkanya!!!!

"Awak cousin saya, Aira."jelas Fakhrul lalu menghulurkan senyuman padaku.

Kali ini senyumannya tidak aku balas. Aku masih dibelengu rasa tak percaya. Mataku membulat memandangnya.

"Aira.."seru Fakhrul berkali-kali. Lelaki itu tak semena-mena melambaikan tangan di wajahku. Aku terus tersedar dari lamunanku lalu aku mengalihkan pandanganku padanya.

"Ya???" blur sekejap.

Tiba-tiba Fakhrul ketawa. Mungkin dia ketawakan wajahku yang sedikit menjengkelkan pada malam itu. Makin bertambahlah sengal di wajah jawabnya.

"Dah lama rasanya kita tak berjumpa kan?"suaranya kembali mendatar.

"Erm.."aku tak tahu untuk berikan reaksi apa.

Aku tak dapat nak berfikir dengan betul. Jantung aku masih tak berhenti berdebar. Melihat wajah Fakhrul begitu lama. Aku jadi makin tak keruan.

Fakhrul semakin tampan. Rambutnya yang sedikit kecoklatan dan kini dia memakai kaca mata menyerlahkan kematangannya sebagai seorang lelaki. Bertambah lagi bila dia mengenakan jaket kulit berwarna coklat pada malam itu. Makin terserlah kekacakannya.

Fakhrul menggaru kepala. Mungkin suasana hening antara aku dan dia buatkan Fakhrul sedikit kekok. Tapi.. nak buat macam mana. Aku segan dan malu sekarang ini.

"Aira.. taknak tinggal rumah datuk ke?"soal Fakhrul tiba-tiba.

Aku mengerutkan dahi. Rumah datuk? Aku pun tak kenal siapa datukku.. Takkan mungkin aku tanpa segan silu mahu duduk di situ.

"Saya-saya.."

Fakhrul menghulurkan senyum padaku. Dia mendekatkan dirinya padaku. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Bolehlah, nanti abang kenal Aira dengan lebih rapat. Aira lah sepupu perempuan yang abang ada."ujarnya.

Terpana aku dibuatnya. Anak mata coklat milik Fakhrul aku tenung dalam. Jantungku tak semena-mena berdebar kencang. Deru nafasku juga tak teratur.

"Sa-saya.."aku masih tergagap seperti tadi.

"Take your time, my girl. Nanti kita jumpa lagi. Bye."

Sempat Fakhrul menghadiahkan senyuman padaku. Aduh, kenapa indah sekali malam ini. Baru kena marah dengan Encik Khalid, tetapi Allah beri yang lebih indah lagi. Abang Fakhrul tiba-tiba sahaja hadir dalam hidup aku.

Sebelum berlalu, Fakhrul melambai tangan padaku. Terkebil-kebil aku membalas lambaiannya.

Kereta Volkswagen yang dipandunya dibawa laju menyelusuri jalan sunyi itu. Aku terus melepaskan keluhan lega. Bersama abang Fakhrul tadi, terasa nafasku tersekat di kerongkong rasanya.

"My girl dia panggil aku? Oh mai.. "terlonjak-lonjak aku gembira.
.........

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro