Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sinar pagi menerobos masuk melalui tingkap bilik. Terkebil-kebil aku membuka mata saat cahaya mentari mengganggu lenaku. Buka sahaja mata, wajah Karl yang menjadi pemandangan pertama ku pada pagi itu. Lelaki itu masih terlena di sebelahku. Aku dengar dengkuran kecilnya.

Aku mengukir senyum nipis. Tanganku perlahan-lahan membelai pipinya lembut. Karl ini memang dilahirkan dengan wajah tampan. Waktu buka mata pun kacak.. waktu dia tidur pun nampak comel maskulin gitu. Kenapalah aku baru sedar sekarang?

Aku belek wajahnya puas-puas. Waktu ini sahaja aku boleh memandang wajahnya puas-puas. Kulit Karl sangat bersih dari jerawat atau sebarang jeragat. Kelihatan jambang-jambang halus tumbuh di sekitar dagu dan rahangnya sekaligus menambahkan kemaskulinan Karl sebagai seorang lelaki. Hidungnya mancung seperti lelaki asia. Tidak terlalu mancung sangat tapi tidak pesek juga. Sedang-sedang mancung saja. Rambut Karl yang keperang-perangan di bahagian jendulnya juga menyerlahkan lagi kekacakannya. Alis mata Karl yang sedikit tebal aku sentuh. Isy, nak aje aku tukar alis mataku dengan alis matanya. Memang cantik!

Jadi, tidak ada sebablah Karl tak digilai ramai. Dia memang ada wajah yang sangat mencairkan hati wanita. Selain kaya dan sudah pandai mengurus bisnes, dia memang sempurna pada pandanganku. Aku melirik senyum. Tak sangka, lelaki ego itu milik aku sekarang.

"Woi, budak!"
Langkah kakiku yang ku atur menuju ke kelas mati apabila terdengar suara garau memanggilku. Aku terus memusingkan tubuhku ke belakang dan aku lihat kelibat Karl yang sedang berpakaian sukan berjalan mendekatiku. Bola ragbi dipeluknya di lengan kanannya.

Selalu juga aku dengar ramai budak-budak tajaan biasiswa dibuli oleh senior. Sekolah ini pelajarnya pandang level dan bukannya kualiti belajar. Walaupun mendapat nombor satu dalam tingkatan tapi kau budak tajaan biasiswa.. sama saja level kau dengan budak kelas bawah. Itulah, amalan yang masih dipraktikkan sampai sekarang. Aku ni baru tingkatan 1 dan pemegang title junior di sekolah ni.. jadi, memang targetlah untuk budak-budak senior yang kaya raya itu.

Aku mengetap bibir ketakutan apabila Karl sudah berdiri di hadapanku. Dia belek aku atas bawah setelah itu aku dengae sengihan sinisnya. Mungkin dia ejek kasut sukan lusuh yang aku pakai ketika ini.

Karl, dialah senior pertama yang aku kenal. Dia jugalah yang mencipta pelajar perlu dipandang oleh level kewangannya bukan level akademiknya. Dia kejam, itu pendapat aku. Sudah banyak cerita kejam yang aku dengar fasalnya. Salah satunya, seorang pelajar tingkatan 3 diberhentikan sekolah serta-merta kerana tidak ikut arahannya. Itu baru satu cerita.. belum tambah dengan cerita lain lagi.

"Kau ni budak tajaan biasiswa yang baru kan?"soalnya memandangku.

Aku anggukkan kepala takut-takut.

"Aku.. taknak tahu pun siapa kau tapi sebagai budak tajaan kat sekolah ni, kau perlu tahu peraturan untuk budak tajaan macam kau ni kat sekolah aku ni!"ujarnya dengan nada bongkak.

Bibir ku ketap perlahan. Cermin mata yang aku pakai aku betulkan. Tak pernah lepas cermin mata itu dari wajahku semenjak ibu belikannya untukku.

"Dalam sekolah ni, orang miskin macam kau tak selevel dengan kitorang. Kau pandai tetap kau miskin. So, nothing yang kau boleh banggakan kat sini."terangnya memandang wajahku tajam.

Tak ada pun secalit senyuman yang dia berikan padaku. Sedari tadi, dia asyik menjeling aku. Macam tak suka saja dengan aku gayanya. Isy, dia ingat.. aku suka dia ke? Haktuihhh! Berlagak bagus!

Karl tiba-tiba menyeluk poket seluar sukannya lalu dia bawa keluar dompetnya. Wang kertas bernilai RM20 dikeluarkan lalu diberikannya pada aku. Terkebil-kebil aku menyambutnya. Apa fungsi dia bagi duit ni kat aku? Nak sedekah ke?

"Ini.. untuk apa?"soalku cuba beranikan mataku memandangnya.

"Untuk tugasan pertama kau kat sini.. kau tolong belikan makanan untuk aku. Aku nak makanan yang panas-panas dan yang paling penting bukan nasi atau roti. Lepas kau dah beli.. kau bawa pergi padang dan beri pada awek aku, Adira. Kalau aku dapat tahu kau bawa lari duit ni.. siap kau aku kerjakan!" ugutnya dengan muka acah-acah geram.

Aku tergamam. "Ta.. tapi, saya ada kelas lepas ni, abang Karl. Kalau saya tak masuk kelas nanti.."belum sempat aku habiskan ayatku. Aku dengar tawa sinis Karl bergema. Ketawa yang sangat memanaskan hati aku.

"Kau fikir aku kisah ke kau nak kena marah? Aku tak kisah tapi yang pasti aku nak makanan tu sampai sekarang juga!"bentaknya dengan nada suara meninggi.

Aku terpaku. "Ta.. tapi.."

"Aku kira sampai sepuluh.. kalau aku tak nampak makanan aku, ucap selamat tinggal untuk sekolah ni." ugutnya dan berlalu pergi ke padang sekolah semula.

Cepat-cepat aku berlalu ke kantin sekolah untuk membeli makanannya. Disebabkan Karl, aku terpaksa berdiri atas kerusi. Hmmm.. malunya yang amat bila bayangkan waktu itu. Isy! Tak sangka sekarang.. Karl boleh ada hati dengan aku.

Bibirku menguntum senyum nipis. Karl memang jahat dulu sampai beberapa kali aku cakap aku bencikan dia. Namun.. akhirnya, dari benci jadi cinta. Sebab tulah, orang tua-tua kata.. Kalau benci jangan benci sangat, kalau cinta jangan cinta sangat. Nanti kalau benci berubah cinta dan yang cinta berubah benci.

Lengan sasa Karl aku usap perlahan. Setelah itu, aku urut pipinya semula. Hangat. Terus aku melentokkan kepalaku ke dadanya. Sekarang ni, aku rasa taknak jauh daripada Karl. Aku nak dia selalu ada di samping aku untuk jaga aku.

"Sayang.."seru Karl. Dia tak semena-mena memeluk tubuhku erat.

Terkejutnya aku bukan kepalang. Aku ingatkan Karl tidur rupa-rupanya dia dah bangun. Cis, mengelat! Ini, nak kena cubit ni.

"Abang dah lama bangun ke?"soalku mendongakkan kepala memandang wajahnya.

Karl membuka mata lalu menundukkan mata memandangku. Tak semena-mena bibirnya menguntum senyum menggoda. Hujung hidungku dikucupnya lembut. Aku terkejut mendapat ciuman tiba-tiba itu.

"Sejak sayang pegang pipi abang, debaran hati abang yang bangunkan abang."dia sudah mula mengeluarkan kata-kata manisnya.

Terus aku mencubit dadanya. Tak semena-mena Karl mengaduh sakit namun tak lama lepas itu dia ketawa. Aik, kena cubit pun still ketawa juga ke? Erm-erm..

"Aira ni comellah. Kenapalah baru sekarang abang sedar?"ucapnya ralit memandang wajahku.

Aku tersipu-sipu malu. "Selama inikan, abang bencikan Aira. Abang tak ingat ke? Masa pergi memancing dulu, abang cakap abang benci..."belum sempat aku menghabiskan ayat, Karl meletakkan jari telunjuknya ke bibirku. Aku terdiam. Mataku membulat memandangnya.

"Jangan buka cerita lama. Semua itu akan buka luka lama aje."balas Karl lalu mengucup dahiku lama.

Aku mengeluh perlahan. Apa yang Karl katakan itu ada benarnya juga. Sebaiknya, aku lupakan semua kenangan pahit aku bersamanya dan buka kisah baru yang penuh manis masamnya.

Telefon pintarku yang bergetar di atas laci meja di sebelah katilku mematikan cerekerama kami sebentar. Karl mengenyitkan matanya selepas itu dia berikan kucupan sekali lagi di dahiku. Aku biarkan saja dia buat begitu.

"Sayang, angkatlah call dulu.. abang nak bersiap pergi office."arah Karl. Dia mencapai jubah mandinya yang tergantung di birai katil lalu melangkah ke bilik mandi.

Aku pula segera mengangkat panggilan. Tertera nama Airin pada skrin telefon.

"Aira, aku dah bincangkan tentang rancangan sekolah tahfiz itu jadi semuanya dah siap. Pembinaan sekolah itu tak lama.. hanya dalam masa dua bulan setengah saja." jelas Airin setelah memberi salam.

Aku mengukir senyum teruja. Terlihat susunan gigi putihku terbaris cantik. Alhamdullilah, apa yang aku rancang ini.. tidak menerima sebarang dugaan yang besar sangat.

"Alhamdullilah. Jadi, berapa peratus yang siap buat masa sekarang ni?"soalku ingin tahu.

"Kira-kira 15% dah siap since projek ni dah dimulakan sejak tiga hari lepas. Erm.. by the way, orang kampung kau nak jumpa katanya nak buat majlis kecil-kecil sikit untuk ucap terima kasih."beritahu Airin dengan nada gembira.

Aku tergamam sejenak. "Aku tak kisah pun. Janganlah sampai buat majlis, aku pula yang rasa serba-serbi."

"Hahahah.. ada orang hargai jasa kau tu... pergilah. Nanti, apa-apa hal, aku beritahu kau."ujar Airin.

Aku anggukkan kepala. Selepas talian ditamatkan, aku meraup wajahku. Bersyukur ke atas rezeki yang Allah berikan kepadaku.

Tak lama kemudian, Karl keluar dari bilik mandi. Rambutnya yang basah dikeringkan menggunakan tuala. Matanya memandang ke arahku.

"Siapa yang call itu?"soal Karl masih mengeringkan kepalanya.

"Airin. Dia beritahu Aira fasal..projek yang Aira nak buat untuk orang kampung."beritahuku.

Dahi Karl berkerut. "Projek apa?"

"Projek nak bina sekolah tahfiz di kampung Aira."jawabku.
...
Karl dan Fakhrul berselisih di koridor. Seperti biasa, Karl memberikan sengihan sinisnya pada Fakhrul. Sejak dulu lagi, dia memang tak sukakan Fakhrul kerana Fakhrul selalu lebih daripadanya. Untuk segala hal.

"Tahniah,bro. Tak lama lagi kau akan berkahwin dengan Dayana."ucap Karl sambil menghulurkan salam kepada Fakhrul.

Fakhrul mencebik. Salam daripada Karl dibalas dengan jelingan. Karl menjungkit senyum. Dia tarik semula tangannya. Dia tak kisah sangat sebenarnya.

"Lepas ni, tak adalah orang nak kacau hidup aku lagi. Plan aku pun akan berjalan denga lancar."spontan Karl bersuara.

Terdengar dengusan marah dari Fakhrul. Dahinya sudah berkerut marah. "Walaupun aku sudah berkahwin tapi hati aku masih pada Aira."

Karl tersengih sumbing. "Tapi.. hati Aira ada pada aku. Kau kena ingat, dia isteri aku."Karl mematahkan kata-kata Fakhrul.

Karl sudah berura-ura mahu pergi namun Fakhrul menahan dada Karl demgan tangannya. Karl mengundur semula lalu dia mengerlimg pada Fakhrul. Apa lagi yang Fakhrul mahukan?

"Aku akan cuba dapatkan Aira semula. Aku akan pastikan Aira dapat tahu plan busuk kau ni sebelum dia terkena."ujar Fakhrul. Tak semena-mena dia melanggar bahu Karl dan terus berlalu pergi.

Karl tersengih. Dia menjeling ke belakang. Lelaki berlagak hero? Kau fikir kau siapa nak lawan aku? Aku takkan benarkan perkara itu daripada terjadi. Ini Karl Hazriq lah..

Dia menyapu bahunya lalu pergi.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro