Bab 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku membelek diriku untuk terakhir kalinya di depan cermin. Gaya simple yang boleh aku kenakan hari ini hanyalah T-shirt putih dan jeans hitam bersama selendang biru tua. Setelah puas, terus aku menuju ke beranda apabila terdengar deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah banglo kami. Seperti tebakanku, kereta BMW berwarna merah sudahpun terparkir di hadapan rumah kami.

Segera aku mengatur langkah ke luar dari bilik lalu menuruni anak tangga. Setelah mengunci pintu rumah, aku sudah lihat Pak Abu, pemandu peribadi arwah Tan Sri Mukim sudahpun keluar dari perut kereta menunggu ketibaanku. Segera aku mempercepatkan langkahku. Taknak pula orang tua itu terlalu menungguku dalam masa yang lama.

"Cik Aira, sihat?"soal Pak Abu apabila melihat kelibatku menghampiri.

Aku memberikannya senyuman selamat pagi. "Sihat, Pak Abu. Pak Abu macam mana? Keluarga?"soalku ramah.

Disebabkan aku ni memang tak reti bawa kereta maka Pak Abu telah dilantik menjadi pemandu peribadiku. Dulu, Pak Abu merupakan pemandu peribadi arwah Tan Sri Mukim dan sehingga sekarang setia berkhidmat untuk keturunan Tan Sri Mukim. Puan Sri Tania kata Pak Abu ni ibarat keluarga kedua buat arwah atuk dulu. Jadi, Pak Abu sudah anggap aku ni seperti cucu kandungnya sendiri.

"Puan Sri Tania teruja sangat nak jumpa Puan Aira. Katanya, dia sudah rindu."ujar Pak Abu memasuki perut kereta.

Aku turut memasuki perut kereta dan duduk di bahagian belakang. Kereta BMW itu perlahan-lahan meninggalkan perumahan dan bergerak ke rumah agam Tan Sri Mukim. Dalam perjalanan, banyak cerita yang kami kongsikan. Pak Abu ni boleh tahan jugalah orangnya. Luar dalam rumah agam Tan Sri Mukim dia tahu. Al-maklumlah, orang lama.

Setibanya di hadapan rumah agam, aku lihat kelibat Puan Sri Tania yang sedang duduk di buaian. Apabila melihat kereta BMW memasuki perkarangan rumah, terus dia berlari mendapatkan kereta. Terujanya bila dia dapat jumpa aku. Aku pun lagi teruja bila jumpa dia. Nak bergosip juga.

"Ma, apa khabar?"soalku sambil mengucup tangannya.

Puan Sri Tania mengusap kepalaku. Pandangannya lain macam pula pagi ini. Pandangan pilu pula aku rasakan namun aku tak pedulikan. Mungkin mama penat sangat kot. Fikirku cuba menepis fikiran-fikiran lain. Biasalah perempuan, kepala selalu ada problem nak difikirkan.

"Karl macam mana?"soal mama mengiringi ku masuk ke rumah.

Aku mengukir senyum. "Semalam, Karl luka sikit kat pipi dia tapi dia dah okey dah. Aira dah rawat dia. Hmm.. mungkin dia ada terhantuk kat mana-mana kot masa bekerja. Risau juga Aira. Semalam, mood dia jatuh semacam."ceritaku pada Puan Sri Tania. Hanya mama sajalah tempat aku luahkan story. Pada Karl, tak banyak cerita aku boleh kongsikan.

Puan Sri Tania mengangguk perlahan. Tak pula dia melatah. Tenang sahaja bila dapat tahu keadaan anaknya yang seorang itu. Mungkin, Puan Sri Tania tahu anaknya macam mana.

"Anak lelaki itu kalau luka sikit itu, tak apa. Anak jantan. Biasalah lasak sedikit."seloroh Puan Sri Tania. Aku menyambutnya dengan sengihan panjang.

Kami berdua ke ruang tamu. Suasana di dalam rumah sepi sahaja. Mungkin Tan Sri Afran dan Tan Sri Imran sudah pergi ke tempat kerja, tebakku. Puan Sri Yati pula mungkin sedang ada mesyuarat tetangga dengan rakan-rakan datinnya itu.

"Semenjak kamu berdua tiada dalam rumah ni, mama rasa sunyi. Tak ada kawan yang mama nak ajak bercakap. Kalau ada Aira, bolehlah kita mengata kan?"usik mama menepuk lembut lututku. Aku tertawa mendengar kata-kata Puan Sri Tania.

"Erm.. Aira pun sunyi kat rumah.  Tak ada kawan nak diajak bercakap."celahku.

"Haih, Karl itu pun satu. Kenapalah dia taknak tinggal kat sini aje? Bolehlah mama tolong jagakan Aira bila dia tak ada."balas mama sudah buat muka cemberut.

Aku mengukir senyum nipis. Betul juga apa yang mama cakap itu. Kenapalah tak duduk dengan mama aje? Tapi.. erm, dia cakap dia memang belikan rumah itu bila dia kahwin jadi aku tak salahkan Karl. Aku sebagai isteri perlu ada di sisi suami aku sekarang.

"Karl nak berdikari, ma. Dia beritahu Aira yang dia memang nak kami tinggal di sana."ujarku cuba membela Karl di hadapan mama.

Mama mengangguk perlahan. Siaran televisyen dipasang lalu kami sama-sama menonton drama pada pagi itu. Aku dah terikut-ikut hobi mama menonton drama cintan-cintun gitu. Biasalah, drama kan. Semuanya indah belaka. Realiti lain.

Pintu rumah yang dibuka dari luar mengalihkan mata kami berdua ke pintu. Terlihat kelibat Fakhrul memasuki rumah. Matanya tak semena-mena bertembung dengan mataku. Namun, segera aku alihkan. Haih, aku perlu bersemuka dengan Fakhrul. Aku terus tundukkan pandanganku.

"Cepatnya Fakhrul balik? Preparation wedding dah siap?"soal Puan Sri Tania teruja.

Aku tergamam. Abang Fakhrul nak kahwin? Kahwin dengan Dayana ke? Hmm.. akhirnya, memang semuanya sudah tersurat mengikut takdir. Aku dan Fakhrul memang dilahirkan untuk tidak bersatu. Maka, dia bukan lagi sesiapa dalam hatiku kecuali seorang sepupu.

"Erm.. dah siap 60%."jawab Fakhrul dengan suara mendatar. Matanya mengerling ke arahku yang mengelak memandangnya.

"Aira apa khabar?"tiba-tiba Fakhrul menyapaku.

Aku sudah ketap bibir bila dengar namaku diserunya. Jantungku berdebar kencang. Nafasku juga mulai tidak teratur. Ah, sudah! Apa kena dengan aku ni? Aku masih ada perasaan pada Fakhrul lagi ke?? Aduh!!!

Aku berani mengangkat wajahku memandang ke arah Fakhrul. Matanya yang redup bertemu dengan mataku. Kenapa dia berikan pandangan begitu kepada aku?

"Alhamdullilah, Aira baik sekarang. Tahniah sebab abang dah nak kahwin." ucapku cuba berpura-pura senyum. Kenapa perit sangat untuk aku ucapkan perkataan ini. Tolonglah Aira, kau sudah jadi isteri orang!

"Kamu tak bagi kad perkahwinan kamu pada Aira ke, Fakhrul?"soal Puan Sri Tania dengan nada hairan. Sepatutnya ahli keluarga yang terdekat yang perlu tahu tapi nampaknya Aira masih belum tahu.

Fakhrul sekadar tersengih nipis. "Fakhrul dah bagi Karl semalam. Nanti Aira datanglah sekali."balasnya memandangku sejenak sebelum berlalu memanjat tangga.

Aku tergamam. Ya Allah, kenapa hati aku rasa suram semacam ni? Aira! Dia cuma bekas crush kau saja bukannya suami kau! Tolonglah sedar diri, Aira! Aku cuba untuk kuatkan hati.
...
Selesai menunaikan solat fardhu asar di bilikku. Aku mengatur langkah keluar dari bilik. Tak semena-mena aku rasakan ada tangan yang menarikku sejurus aku membuka pintu. Aku jadi terkedu saat abang Fakhrul berdiri di hadapanku.

Segera aku tepis tangannya yang menggenggam tanganku. Jantungku berdegup kencang saat aku rasakan tubuhnya mendekatiku.

"Ap..apa abang buat ni?"soalku tergagap. Cemas dan berdebar menghentam jiwaku ketika ini.

Fakhrul mengeluh perlahan. "Aira, tolong jangan percayakan Karl. Semua cinta yang dia berikan pada Aira adalah tipu. Dia ada niat lain sebenarnya. Tolong percayakan abang."pintanya dengan nada mengharap.

Aku mengacip gigiku. "Kenapa abang beritahu Aira semua ni? Kenapa nak kacau kebahagiaan kami? Abang, Aira ni isteri Karl. Tolonglah faham."

"Karl pergunakan Aira aje. Dia tak pernah sayangkan Aira. Belakang Aira, dia pasang perempuan lain."makin banyak pula cerita pasal Karl dihamburkan oleh Fakhrul.

Hati aku sakit. Karl pergunakan aku atau abang Fakhrul sebenarnya yang pergunakan aku? Fakhrul tipu aku dan takkan mungkin aku akan ditipu untuk sekali lagi.

"Seronok fitnah suami Aira? Dia.. bukan macam abang. Depan Aira cakap lain, belakang Aira cakap lain. Apa motif abang buat macam ni?"soalku dengan nada memerli. Aku berpeluk tubuh.

Fakhrul mengeluh perlahan. Kemudian, matanya menatap wajahku dalam. Aku beranikan mataku menatap wajahnya. Ya, aku perlu singkirkan perasaan ini dengan rasa kebencian.

"Sebab.. abang sukakan Aira. Abang taknak tengok Aira ditipu oleh Karl."ujarnya dengan nada mendatar.

Serentak itu aku terkedu. Ap.. apa? Suka?

"Memang dulu abang tipu Aira tapi lepas abang kenal Aira lebih rapat.. abang sedar yang hati abang dah mula sukakan Aira."luahnya dengan nada yang sedikit kesal.

Lama aku berdiam diri. Bibirku ketap rapat. Egoku aku tinggikan. Semuanya sudah terlambat. "Abang.. sekarang Aira adalah isteri Karl."ujarku. Segera aku percepatkan langkahku meninggalkan Fakhrul.

Sebutir air mataku bertakung di birai mata. Apa yang terjadi sekarang ni? Kenapa aku diuji di antara dua orang lelaki. Karl suami aku, tapi kenapa hati aku masih pada abang Fakhrul? Gila?!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro