Bab 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Chalet untuk dua orang."pesan Karl di kaunter.

Aku di sebelah Karl sekadar mendiamkan diri. Sesekali aku pandang suasana chalet. Chalet yang masih segar dalam ingatanku. Aku pernah tidur di sini untuk satu malam dengan percuma. Tiba-tiba aku teringatkan tentang lelaki yang telah datang selamatkan aku pada malam itu dan bawa aku ke sini. Aku tergamam. Kenapalah baru nak ingat sekarang, Aira oit!

"Encik Karl mahu chalet yang sama ke? Kami ada sebuah chalet yang baru. Kualitinya lima bintang. Kalau Encik Karl tak kisah, saya boleh bawakan encik ke chalet tersebut." sempat pula juru kaunter itu buat promosinya.

Aku disebelah sekadar menopang telinga. Nampaknya, Karl sudah menjadi pelanggan tetap buat chalet ni.

"Nope. Its okey. Saya nak chalet yang sama dengan yang sebelum ni. Its enough."putus Karl dengan nada lembut.

Lelaki yang menjaga kaunter itu anggukkan kepala. Dia terus membawa kami ke salah sebuah chalet. Aku berjalan bergandingan dengan Karl ke arah salah satu chalet. Hampir terpaku aku dibuatnya saat melihat chalet itu. Chalet yang sama aku tidur pada malam kejadian itu.

Setelah melayan kami, lelaki itu meninggalkan aku berdua dengan Karl. Karl membuka pintu chalet tersebut lalu menarikku untuk masuk. Aku teragak-agak melangkah masuk ke dalamnya. Susunan perabot masih sama dan tidak berubah.

"Nampaknya abang memang dah jadi pelanggan tetap kat sini kan?"tebakku. Punggungku aku labuhkan pada kerusi rotan yang tersedia.

Karl menanggalkan jaket kulitnya lalu dicampakkan ke atas katil. Jam tangannya dibuka lalu diletakkan di atas meja. Setelah itu, dia mengambil tempat di sebelahku.

"Abang memang selalu pergi sini. Bila abang ada masalah, abang pergi sini. Tenangkan fikiran."jelasnya.

Aku anggukkan kepala bila dengar penjelasannya. Suasana sepi sejenak antara aku dan Karl. Sebenarnya, aku masih dihantui oleh kejadian pada malam itu. Ini lah bilik yang menempatkan aku pada malam itu. Siapa pemilik chalet ini selain Karl?

"Aira ingat tak tempat ni?"soal Karl tiba-tiba.

Dahiku berkerut seribu. Karl aku pandang. Dia sudah angkat-angkat kening bila tengok aku buat muka pelik.

"Kenapa abang tanya?"
"Saja."

Haih, jawapan dia langsung tak memuaskan aku. Tolonglah jangan buat aku berteka-teki macam ni. "Orang yang selamatkan Aira malam itu bawa Aira ke sini kan?" kata-kata Karl berjaya buatkan aku terpaku.

Ma.. macam mana Karl boleh tahu semua itu? Aku tak pernah ceritakan itu pada siapa-siapa. Mungkin ke? "Abang ke orang yang selamatkan Aira malam itu? Orang yang bawa Aira ke sini dan tinggalkan nota itu?"

"Hmm.. akhirnya. Lama juga nak buat Aira sedar semua itu."jawab Karl dengan nada selamba.

Aku tergamam. "Abang... tapi macam mana?"

"Abang pun tak tahulah macam mana semua itu boleh jadi. Malam itu, abang tergerak hati nak turun ke pantai. Bila hujan turun, abang terus balik chalet tapi abang nampak Aira seorang diri kat pantai. Bila tengok Aira pengsan, abang bawa Aira ke sini."cerita Karl dengan jelas.

Kali ini, lidah ku kelu. Tak sangka, Karl boleh selamatkan aku? Kalau tiada dia, mungkin nasib aku tak sebaik hari ini. Aku tak semena-mena menggenggam tangannya. Erat. Karl memandang tanganku yang menggenggam tangannya.

"Terima kasih."ucapku dengan nada sedikit sebak.

Karl mengeluh perlahan. "Abang yang sepatutnya berterima kasih pada Aira. Terima kasih sayang."balas Karl lalu mengucup dahiku lembut.

Aku tak semena-mena memeluk tubuhnya erat. Karl membalas pelukan ku. Air mataku mahu saja bercucuran namun aku tahan. Aku taknak terbawakan emosi.

Karl meleraikan pelukan. Dia pegang ledua-dua belah lenganku. Aku dan dia duduk berhadapan antara satu sama lain.

"Jom kita jalan-jalan tepi pantai."ajak Karl. Wajahnya sangat teruja. Aku lirikkan senyumanku.

Kali ini, aku pula yang berdiri sambil menarik lengannya. Karl terus bangun. Tak semena-mena, aku peluk lengan sasanya. Dah sedia untuk keluar dengan encik suamiku.

Kami melangkah ke luar dari chalet. Aku dan dia berjalan di pesisir pantai. Aku lihat banyak budak-budak yang sedang berlari sakan. Ada juga istana pasir yang terbina. Aku tersenyum bila melihat karenah kanak-kanak yang bermacam. Tak semena-mena perutku aku belai. Karl di sebelah aku toleh. Lelaki itu masih tak tahu yang aku sedang mengandung. Tak sabar nak beritahu bakal papa itu masa hari jadinya nanti.

Sedang kami berjalan-jalan, salah seorang budak yang asyik bermain kejar-kejar terjatuh tidak jauh dari tempat kami. Budak perempuan itu meraung sakit sambil menyapu-nyapu lututnya yang luka. Terus Karl mendekati budak itu lalu membantu budak itu untuk tidak menangis. Aku dari jauh mengukir senyum.

Tak sangka pula Karl pandai melayan budak. Aku berpeluk tubuh melihat karenah Karl melayan budak. Kalau anak orang pun dia boleh baik macam itu, anak kami macam manalah agaknya. Aku melirik sengih.

"Budak itu okey tak?"soalku apabila Karl sudah merapati aku.

Karl memeluk pinggangku lalu kami kembali jalan bergandingan. "Budak itu okey. Nasib baik dia jenis cepat terpujuk."balas Karl dengan nada risau.

Aku sekadar anggukkan kepala. "Bolehlah ni abang jadi papa budak pula kan?"dugaku cuba untuk melihat reaksinya.

Karl ketawa kecil. Dia mengalihkan pandangannya padaku. "Sayanglah, bila nak bagi papa budak ni baby? Dah lama ni nak merasa dukung anak sendiri."tempelak Karl dengan nada bergurau.

Aku tarik senyum lebar. "Meh kita pura-pura Aira tengah mengandung." sakatku. Terus aku menarik tangan Karl untuk memegang perutku yang masih kempis.

Senyuman Karl makin lebar. Dia belai perutku perlahan lalu dia dekatkan kepalanya pada perutku. Aku agak tersentuh bila dapat reaksi begitu daripada Karl.

"Sayang papa, membesarlah dengan sihat. Jangan sakitkan mama. Tumbuh jadi budak yang baik."ucap Karl dengan nada lembut.

Aku terkedu mendengar ucapannya itu. Ucapan paling romantis aku pernah dengar antara ayah dan anak. Aku belai perutku perlahan. 'Sayang, dengar tak apa papa kata? Membesar dengan baik.'bisikku dalam hati.

Karl pandang aku semula. Dia sudah angkat kening. Aku tergelak kecil bila dia buat begitu. Eiihhh, menyampah!

"Nampak tak abang dah layak jadi ayah? So, sekarang abang nak baby."direct dia buat permintaan pada aku.

Tak semena-mena aku tersenyum. Tubuhnya aku tolak jauh lalu aku berlari-lari anak menjauhi Karl. Dari belakang, Karl mengejar aku. Kami sama-sama ketawa. Akhirnya Karl dapat menangkapku lalu memeluk pinggangku erat.

"I love you."ucap Karl lalu mengucup ubun kepalaku.

Aku genggam erat tangannya. "Me too."
...
Puan Sri Yati merapati Fakhrul yang ketika itu sedang leka termenung di beranda biliknya. Dia kemudiannya berdiri bersebelahan Fakhrul lalu sama-sama menikmati pemandangan langit malam yang sangat cantik waktu itu.

"Mama tak sangka lusa anak mama akan jadi suami orang. Mama rasa teruja sangat dan mama bangga kerana kamu jadikan Dayana sebagai isteri kamu." ujar Puan Sri Yati tak mengalihkan perhatiannya langsung. Dia masih mencongak mengira bintang di langit.

Fakhrul menarik senyum paksa. Kerana kasihnya pada seorang ibu, dia rela korbankan perasaannya. Dayana bukan pilihannya namun dia terpaksa pilih Dayana sebagai pilihannya. Makin mendekat hari bahagianya, perasaan Fakhrul makin resah. Tidurnya langsung tak lena dan hatinya juga langsung tak tenteram.

"Fakhrul.."panggil Puan Sri Yati berkali-kali. Terus Fakhrul tersedar dari lamunannya. Dia alihkan matanya pada mama kandungnya yang ketika itu sedang setia menanti jawapannya.

"Mama tanya fasal apa tadi?"soalnya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Serentak itu, Puan Sri Yati menyungging sengih sinis. Dia bukannya bodoh sampai tak dapat baca apa yang anaknya sedang fikirkan ketika ini. Pasti Fakhrul masih memikirkan fasal Aira.

"Kamu masih tak boleh move on daripada Aira ke?"tebak Puan Sri Yati spontan.

Tergamam Fakhrul dibuatnya. Dia alihkan matanya pada Puan Sri Yati. Dahinya sudah berkerut seribu. "Kenapa mama cakap macam itu?"

Puan Sri Yati menyungging sengih. Dia berdiri menghadap anak terunanya yang masih terkebil-kebil menantikan jawapan daripadanya. "Mama tak buta lah Fakhrul. Kamu itu sejak dari awal Aira masuk sampai sekarang.. layanan kamu pada dia sangat istimewa. Mama dapat baca semua itu."

Fakhrul mengeluh perlahan. " Kalau ya pun, benda takkan berubah. Fakhrul akan bersama dengan Dayana juga. Aira pun dah tak pandang Fakhrul lagi sekarang ni."

"Itulah yang mama nak dengar. Fakhrul kena faham, Aira dan kita ni dibezakan dengan standard. Even harta dia lebih banyak daripada kita, tak bermakna standard dia itu lebih tinggi daripada kita kan? Lainlah Dayana itu. Dia sempurna untuk segala sisi." celah Puan Sri Yati dengan nada memerli.

Terkejut Fakhrul bila dengar kata-kata mamanya itu. Dia langsung tidak menyangka mamanya akan bercakap sampai begitu sekali. Nampaknya Puan Sri Yati dan Karl langsung tak jauh beza. Kedua-duanya pandang pada standard.

"Ma.. kenapa mama tergamak cakap macam itu? Aira itu anak saudara mamakan? Dia keluarga kita."tegas Fakhrul cuba membela Aira.

Puan Sri Yati buat muka toya. "Keluarga kita? Mama tak ada anak saudara yang membesar dari kampung. Dia dengan mak dia tak sama dengan kita.. orang kampung tak sepatutnya tinggal dalam rumah ni."balas wanita itu dengan nada meninggi.

Fakhrul berkerut dahi. "Fakhrul tak sangka mama akan hina orang sampai macam ni sekali. Aira itu anak Tan Sri Ridhwan, anak abang suami mama. Mama sedar tak?"

Puan Sri Yati mendengus geram. "Mama tak kisahkan semua itu. Yang penting, kamu kena kahwin juga dengan Dayana. Kamu lupakan budak kampung itu dan hidup bahagia. Fullstop."tegas Puan sri Yati dan terus berlalu meninggalkan Fakhrul terpinga-pinga sendiri.

Fakhrul meraup wajahnya. Satu keluhan berat dilepaskannya. Kenapalah mama boleh sekejam itu? Hatinya menggumam sendirian.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro