Bab 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Karl mengatur langkah kakinya memasuki cafe. Hari ini, pelanggan nampak tak begitu sesak di dalam cafe. Suasana juga tidak begitu sibuk. Haril menuruti dari belakang.

Mata Karl tak semena-mena mengalih pada seorang lelaki yang sedang leka membersihkan meja dan juga seorang gadis yang sedang asyik membersihkan kaunter yang dijaga. Karl langsung tak mendapatkan mereka, melainkan dia melangkah terus ke arah Encik Khalid yang ketika itu baru saja keluar dari dapur cafe.

"Hye, Khalid."sapa Karl dengan mesra. Khalid, rakan perniagaannya. Jadi, senang sikit dia nak berurusan dengan Khalid.

"Eh, encik Karl. Dah lama tak nampak? Dah jarang singgah kafe saya sejak dua menjak ni. Dah pergi kafe lain ke?"senda Encik Khalid. Gurau saja-saja.

Karl sekadar ketawa kecil. "Saya sibuk sejak kebelakangan ni. Jangan kata nak pergi kafe, balik rumah sendiri pun jarang-jarang. Banyak projek nak kena siapkan."

"Biasalah. Orang business memang macam itu. Saya pun kadang tak ada masa untuk anak bini."balas Encik Khalid.

Matanya terpandangkan Haril yang sejak tadi membisu di sebelah Karl. "Encik Haril pun jarang lepak sini sekarang? Busy ke?"tempelaknya.

Ya lah, dulu si Haril ni rajin melepak bersama girlfriendnya ke sini. Hari ni, muka lain.. esok muka lain pula. Yang pasti kebanyakan awek yang Haril bawa memang muka cun-melecunlah.

Haril sekadar tersengih sumbing. " Busy jugalah."balasnya pendek. Saja nak lari daripada soalan cipumas encik Khalid.

"Kami datang sini ada sebab. Saya nak jumpa dengan pekerja nama Linda dan Danny. Diorang ada kerja ke sekarang?"soal Karl tidak mahu melengahkan masa.

Encik Khalid mengetap bibir. Matanya tak semena-mena teralih pada Linda dan Danny. Ketika itu mereka berdua sudah berkumpul bersama. Nampak gayanya macam sedang buat mesyuarat setinggan. Siap tuding-tuding ke arah Karl pula itu. Sah, mengumpat fasal Karl.

"Diorang tak sibuk sekarang. Kalau encik Karl nak jumpa, saya bagi."ujar encik Khalid.

Karl menganggukkan kepala. Dia memandang ke arah Linda dan Danny yang sudah berjalan ke arahnya setelah dipanggil oleh Encik Khalid.

"Boleh saya nak bercakap dengan kamu berdua tak? Kat sana?"soal Karl sambil menunjukkan ke arah tempat perbincangan mereka nanti.

Linda dan Dannya mengangguk setuju. Terpaksa setuju sebenarnya. Kalau tak disebabkan encik Khalid, memang taklah dia nak bersemuka face to face dengan Karl. Kejadian di malam pernikahan Karl dan Aira, masih segar dalam ingatan mereka berdua. Bagaimana layanan buruk Karl kepada mereka terutamanya pada Danny. Salah ke orang biasa datang ke sambutan pernikahan orang berada? Hmm.. nilai pada level padahal semua dicipta oleh Tuhan yang sama.

Setelah mereka berempat duduk berhadapan, suasana hening membelengu. Keempat-empatnya sama-sama membisu. Karl diam kerana sibuk untuk memulakan ayatnya.

"Korang berdua ni kawan Aira semasa dia kerja kat sini kan?"soal Karl setelah sejenak mendiamkan diri.

Linda dan Danny saling berpandangan lalu memandang semula ke arah Karl. Nak tak nak, mereka terpaksa menganggukkan kepala. Dah memang kenyataannya mereka berkawan dengan Aira.

"Kenapa encik Karl tanya macam itu?"soal Danny dengan nada hairan.

Karl mengeluh perlahan. "Korang tahu tak kat mana tempat yang Aira selalu pergi bila dia ada problem? Kalau tahu, tolong beritahu aku." bukannya menjawab soalan, dia pula yang bertanya soalan.

"Erm, dulu.. Aira tak banyak sangat tempat yang dia pergi. Seingat sayalah, dia kalau tak kat cafe mesti kat rumah. Kalau cuti pun, dia takkan keluar dari rumah."ujar Linda.

"Tahu tak rumah dia kat mana?"soal Haril bertanya bagi pihak Karl.

Linda mengerling pada Danny untuk seketika. Mata mereka bertembung. Seakan-akan mereka berkomunikasi menggunakan mata. Tak lama kemudian, Linda pandang Karl semula.

"Saya tak tahulah rumah Aira kat mana. Dia tak pernah beritahu kami berdua."jawab Linda dalam nada rendah. Wajah kesal dipaparnya.

Karl dan Haril saling berpandangan. Karl sekadar menggelengkan kepala. Haril yang memahami maksud Karl menganggukkan kepala tanda faham. Dia pandang wajah Linda dan Danny silih berganti.

"Tak apalah kalau macam itu. Terima kasih sebab luangkan masa untuk kitorang."ujar Haril sambil mengukir senyum nipis.

Setelah itu, Karl dan Haril meninggalkan meja makan dan berlalu keluar dari cafe. Linda dan Dannya sama-sama menarik nafas lega. Nampaknya, plan diorang menjadi juga. Betullah, Karl akan cari mereka  untuk tanya fasal Aira.

"Nasib baiklah, diorang tak banyak tanya. Susah kita kalau dia tanya macam-macam."keluh Danny sambil mengurut dadanya. Sedari tadi, dadanya berkobar bila berdepan dengan Karl. Orang hebat kot yang dia kelentong sekarang ni, siapa tak takut.

Linda mengetap bibir. "Aku rasa memang diorang itu ada problem sekarang ni. Aira aje yang nak sembunyikan daripada kita." ujar Linda.

Danny menganggukkan kepala. Setuju dengan pendapat tunangnya itu. Wah, dah jadi tunang sekarang ni. Lepas, Aira dah kahwin. Danny terpaksa move on. Linda kan ada.  Jadi, dia pun tanpa segan silu melamar Linda jadi peneman hidup.

"Tapi, apa yang penting sekarang ni, tugas kita dah selesai. Apa yang Aira suruh kita dah buat kan?"ujar Danny menarij nafas lega.

Linda sekadar menganggukkan kepala.

Karl dan Haril mengambil tempat di dalam kereta. Mereka berdua sama-sama diam untuk seketika. Banyak benda yang difikirkan oleh mereka berdua ketika ini.

"Nampaknya, diorang berdua taknak bagi kerjasama pada kita."jelas Haril dalam nada kesal.

Karl sekadar menganggukkan kepala. Fikirannya sedang serabut ketika ini. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia paksa Linda dan Danny beritahu kat mana rumah Aira itu tapi dia tahu, mereka berdua itu sembunyikan semua itu pasti atas permintaan Aira. Nampaknya, Aira memang dah tak sudi nak jumpa dengan dia.

"Aku dah berserahlah. Nampaknya, aku dah tak ada jalan lain nak jumpa Aira. Dia pun memang dah meluat sangat nak jumpa aku."keluh Karl dalam nada sebak.

Haril mengetap bibir. Belakang Karl disapunya. Berharap agar tindakannya itu dapat meredakan kegusaran di hati Karl ketika ini.

"Kau jelaskan semuanya. Sekarang ni, dia mungkin tak tahu lagi apa yang jadi sebenarnya. Kau usaha lagi. Mana semangat kau? Janganlah cepat sangat pancit."

Karl tidak membalas. Dia menyapu wajahnya beberapa kali sebelum kepalanya disembamkan pada stereng keretanya. Stress!!

Sedang leka memujuk Karl, Haril tak semena-mena teringatkan sesuatu. Kereta putih yang hampir-hampir melanggar Aira beberapa hari lepas. Matanya tak semena-mena buntang. Segera dia mengejutkan Karl. Karl yang terkejut tak semena-mena terbangun.

"Apa dia kau ni?"soal Karl hairan. Dah gila ke apa?

"Bro, aku rasa better kau cari Aira sekarang. Lagi cepat lagi bagus." ujar Haril dalam nada termengah-mengah. Sah, sawan!

Karl mengerutkan dahi. "Apa maksud kau ni?"

"Nyawa Aira sekarang ni dalam bahaya, kau tahu tak? Ada orang yang cuba nak bunuh dia. Beberapa hari lepas, dia hampir kena langgar. Nasib baik aku semlat tolong dia waktu itu. Kau percayakan aku, memang ada orang nak bunuh dia!"beritahu Haril bersungguh-sungguh.

Karl terpana sejenak. Dia diam serta-merta. Beberapa kali juga dia pernah dengar Aira mengigau fasal ada orang nak bunuh dia. Betul ke semua itu? Hatinya jadi risau tiba-tiba. Kalau betul, dia perlu bertindak segera.

"Siapa yang cuba nak bunuh dia tu?" Karl cuba untuk tahu.

Haril menarik nafas. Sengal ke bengap kawan aku ni? " Kalau aku tahu, dah lama aku angkut bawa balai. Apa bengap soalan kau ni?"tempelak Haril dalam nada sebal.

Karl ketap bibir. Betul juga.
...
Mundar-mandir Puan Sri Yati berjalan dalam biliknya sedari tadi. Hatinya risau dan resah. Kepalanya asyik memikirkan apa yang Encik Jalil katakan tadi. Isy, kenapalah budak Aira itu perlu wujud? Disebabkan dia, kedudukan suami aku tergugat. Sudah berapa lama sekolah itu berada di bawah kuasa suaminya begitu juga dengan syarikat Mukim Holdings tu, takkanlah semudah itu.. syarikat dan sekolah itu diserahkan pada Aira? Apa budak kampung tu boleh buat kalau dia dapat syarikat dan sekolah itu? Silap hari bulan, boleh bankrap syarikat tu.

Akhirnya, Puan Sri Yati menghempaskan punggungnya atas sofa yang tersedia dalam biliknya. Mundar-mandir pun tak guna juga. Benda tetap akan jadi. Sekarang ni, dia perlu bertindak. Kerana syarikat Mukim Holdings itulah dia dan keluarga boleh bertahan. Nak diharapkan harta seciput yang diwasiatkan Tan Sri Mukim, tak cukup untuk 1 generasi pun.

Dia perlu lakukan sesuatu! Tak ada cara lain yang dia boleh buat melainkan.. buat benda yang sama. Macam mana dia buat pada Qaisara dan Ridhwan, dia perlu lakukan benda yang sama pada Aira juga. Mati atau hidup, budak itu memang tak layak untuk hidup. Kalau dia tak ada kat dunia ni.. kekayaan itu akan diturunkan pada suaminya. Harta Aira akan diturunkan pada Tan Sri Amran. Berlipat ganda hartanya.

Puan Sri Yati tak semena-mena tersenyum jahat. Telefon pintarnya dikeluarkan. Nombor telefon seseorang terus ditekannya lalu dihubungi.

"Kau pantau tak budak tu?"soalnya seusai panggilannya mendapat jawapan.

"Bagus. Hmm.. aku nak kau lakukan tugas kau. Yang penting, aku taknak nama aku terkait dalam kes ni sama macam kes-kes lepas. Faham?"ujarnya.

"Lepas kau lakukan tugas kau, aku akan bagi berapa yang kau nak. Kau jangan risau. Nak minta ratus ribu pun tak pe tapi lepas budak Aira tu mati. Kalau dia mati, kau jangan risau pasal bayaran."tambahnya diselitkan dengan tawa sinis.

Tanpa Puan Sri Yati sedari, Dayana memasang telinga di belakang pintu. Apa yang Puan Sri Yati katakan buatkan dia terpaku. Kenapa Puan Sri Yati boleh jadi macam ni?

Telefon pintarnya merakam setiap butir bicara Puan Sri Yati. Maaf, ma.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro