Bab 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Puan Sri Tania bergegas mendekati pintu untuk keluar. Hari ini, dia mahu merawat anaknya. Kasihan dia bila melihat Aira berjaga siang dan malam untuk menjaga Karl yang tak kunjung sedarnya. Dia pula sejak kebelakangan ni sibuk dengan business butik pengantin yang baru dibukanya di Johor, tanah kelahirannya.

Betullah apa kata Aira. Dia patut buka business butik pengantin. Makin hari, makin ramai pula permintaan. Dia bersyukur atas berkat businessnya ini. Bolehlah dia menambah wang saku keluarganya. Tak adalah nanti nak mengharap harta orang lain untuk menanggung kesusahan mereka kelak.

Baru sahaja, Puan Sri Tania mahu mencapai tombol pintu, dia terdengar Puan Sri Yati menyeru namanya dari belakang. Tak semena-mena Puan Sri Tania menoleh ke arah kakak iparnya itu. Aih, datang pula dah penyibuk!

"Nak ke mana tu?"soal Puan Sri Yati berpeluk tubuh. Pakej berlagaknya siap dengan muka yang sangat menjengkelkan.

Puan Sri Tania menggagahkan bibirnya untuk senyum. Sungguh terpaksa nampaknya. "Nak melawat anak saya,Yati."balas Puan Sri Tania dengan lembutnya.

"Eh, tak sedar lagi ke dia? Kenapa lama sangat komanya itu?"makin bertubi pula soalannya.

"Wallahualam. Kerja Tuhan saya tak dapat cakap banyak. Yati, bila lagi nak melawat Karl kat hospital itu?"sengaja Puan Sri Tania mencanang Puan Sri Yati. Huh!!

Harap saja ibu saudara tapi langsung tak ambil kisah fasal anak saudaranya yang sedang tenat di hospital. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja Puan Sri Tania sound Puan Sri Yati. Entah manusia manalah yang tak berhati perut ni?

Puan Sri Yati sudah tersengih-sengih sinis. "Nanti-nantilah aku melawat dia, Nia. Aku pun banyak benda nak dibuat."dalihnya.

Puan Sri Tania paksa diri untuk senyum. "Sebagai keluarga terdekat, sepatutnya Yati pentingkan Karl daripada kerja. Dia anak saudara Yati. Bukan saya nak cakap apa tapi perlakuan Yati tu saya anggap biadab."direct sound cara sopan dihamburkan Puan Sri Tania pada kakak iparnya itu.

Tergamam Puan Sri Yati apabila terdengar kata-kata Puan Sri Tania. Terus giginya dikacip menahan geram. Dahinya sudah berkerut seribu.

"Kau nak sibuk sangat fasal hidup aku kenapa? Kisah apa aku kalau si Karl itu koma ke apa. Salah dia, memang patutlah dia tanggung."bidas Puan sri Yati marah. Jaga tepi kain sendiri-sendirilah!!!

Puan Sri Tania menarik senyum sinis. Dah terserlah kesyaitanan nya itu. Bukan tunjuk taring di mulut tapi menyerlahkan tanduk di kepala, begitulah ibarat Puan Sri Yati.

"Saya tak terkejut kalau Yati cakap macam itu. Itulah perangai Yati yang sebenar, sanggup biarkan orang lain susah asal Yati dapat kesenangannya." ujar Puan Sri Tania masih dalam nada tenang. Dia tak mahu terlalu ikutkan perasaannya.

"Huh! Karl itu memang patut dapat azab macam itu. Selama ni, dia hidup bergelumang dosa, dia kahwin dengan Aira pun tak ikhlas lepas itu bila dah jadi masalah ni, pandai pula nak judge family terdekat. Aku tak terkejutlah kalau perangai Karl macam itu sebab mama dia pun perangai tak serupa bikin."jerkah Puan Sri Yati puas. Ya, dia puas mengenakan Puan Sri Tania.

Pangg!!

"Kenapa bising-bising ni?"celah Fakhrul. Dayana turut sama menuruni tangga lalu berdiri sebelah suaminya itu. Lengan sasa Fakhrul dipeluknya erat.

"Auntie kamu ni tampar mama."adu Puan Sri Yati sambil memegang pipinya. Pedih yang amat bila ditampar tangan besi Puan Sri Tania rasanya.

Fakhrul berkerut dahi. Dia terus mengalihkan ekor matanya pada Puan Sri Tania yang kelihatan sangat tenang.

"Kenapa auntie tampar mama?" soal Fakhrul hairan.

Puan Sri Tania memandang Fakhrul lalu menghulurkan senyum pada anak saudaranya itu. Dia menggelengkan kepala. "Tak perlu difikirkan."balasnya ringkas.

Ketukan bertalu-talu di pintu buatkan perhatian mereka berempat beralih pada pintu. Segera Puan Sri Tania merapati pintu lalu membukanya. Terlihat beberapa anggota polis berdiri tegas di muka pintu.

Puan Sri Yati dan Puan sri Tania tergamam namun wajah cuak Puan Sri Yati tak dapat disangkal. Kehadiran polis benar-benar mendebarkan dadanya. Namun dia cuba untuk berlagak biasa.

Wajah Dayana mulai berkerut serba salah.Bibirnya diketap kuat. Matanya menjeling pada Fakhrul. Makin erat pegangannya pada lengan sasa Fakhrul. Maafkan saya, Fakhrul. Saya terpaksa buat semua ini. Terpaksa!

" Saya Pegawai Inspesktor Farid Ramli binti Jamal ingin menahan Puan Sri Yati Binti Dato' Seri Idris di bawah Akta Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kes langgar lari yang melibatkan Encik Karl sebagai mangsa."jelas pegawai tersebut tegas.

Pucat lesi Puan Sri Yati dibuatnya. Wajahnya pucat tak berdarah. Terasa bagai jantungnya berhenti berdegup. Puan Sri Tania sudah berkerut memandang Puan Sri Yati. Wajahnya seakan-akan dendam pada Puan Sri Yati. Namun, Puan Sri Yati cuba untuk berlagak biasa walaupun sekarang dia sudah gementar sakan. Tenang, Yati.

"Apa bukti Tuan sampai nak bawa mama saya ke balai?"soal Fakhrul mencelah. Tak puas betul hatinya apabila mamanya dituduh sebagai seorang pembunuh. Dia kenal siapa mamanya. Mama takkan berani membunuh orang.

"Be..Betul tu.Apa buktinya yang tuan ada untuk bawa saya ke balai?"tergagap-gagap Puan Sri Yati membela diri.

Puan Sri Tania mengetap bibir. Matanya tajam menikam kakak iparnya itu. Menyirap darahnya apabila mendapat dakwaan Puan Sri Yati terlibat dalam kes kemalangan Karl. Kalau betul, jangan harap dia akan beri muka pada Puan Sri Yati.

"Puan ikut saya ke balai dan kat sana saya akan jelaskan. Puan, berikan kerjasama."arah pegawai yang berusia sekitar 50-an itu.

"Saya nak penjelasannya sekarang. Saya takkan ikut kalau tak ada penjelasan."Puan Sri Yati mulai berdegil.

"Tahan dia."mudah saja arahan yang diberikannya dan dua orang pegawai polis wanita memasuki rumah lalu menangkap Puan Sri Yati.

Fakhrul tak semena-mena menuruni tangga mendapatkan nya. Dayana tergamam sendirian. Dia hanya mampu berdiri melihat apa yang terjadi di depan matanya. Dia memang sudah dapat agak ini yang akan jadi. Kerana itu, dia memilih untuk mendiamkan diri.

"Apa ni?!!! Jangan sesuka hati pegang saya eiyh!!"bentak Puan Sri Yati. Beberapa kali dia meronta untuk melepaskan diri namun hasilnya berhujung gagal. Dia cuba menolak pegawai polis namun langsung tak berkesan.

Fakhrul cuba untuk menghalang mamanya daripada masuk ke dalam kereta. Namun belum beberapa langkah, inspektor Farid menghalangnya. Fakhrul memberontak untuk melepaskan diri namun gagal. Akhirnya, Fakhrul mengalah. Dia hanya mampu melihat Puan Sri Yati dibawa pergi oleh kereta peronda. Air mata Puan Sri Yati yang mengalir dan merayu buatkan hatinya hiba. Mama!!

"Puan Sri, kami perlukan puan di sana. Saya harap puan dapat berjumpa dengan kami secepat mungkin."ujar pegawai tersebut sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga terpinga-pinga.

Fakhrul mengalirkan air mata jantannya. Masih terbayang dalam fikirannya macam mana cara ibunya merayu minta dilepaskan. Sebagai seorang anak, dia tak sanggup melihat mamanya begitu. Fakhrul tak semena-mena meraung marah.

Dia memusingkan kepalanya ke arah Puan Sri Tania. Wanita itu kelihatan tenang. Tak semena-mena Fakhrul merapati Puan Sri Tania.

"Auntie! Mama tak bersalah. Fakhrul kenal mama. Dia takkan tergamak bunuh orang. Tolong mama, auntie."rayu Fakhrul bersungguh. Kalau boleh, sanggup dia berlutut supaya mama nya dilepaskan.

Puan Sri Tania mengetap bibir. Sebenarnya, dia masih separuh percaya dengan apa yang terjadi. Dia langsung tak menyangka Puan Sri Yati akan direman atas tuduhan membunuh Karl. Kalau betullah dakwaan itu, jangan harap dia mahu bersemuka dengan Puan Sri Yati lepas ni.

"Kita tengok nanti. Buat masa sekarang, auntie tak boleh buat apa-apa."ujar Puan Sri Tania cuba menyedapkan hati Fakhrul.

Dayana mengatur langkah merapati mereka berdua. "Tak ada apa yang perlu dibuktikan lagi. Mama memang patut didakwa atas niat mahu membunuh. Bukan setakat Karl tapi Puan Qaisara dan juga Tan Sri Ridhwan." ujar Dayana yang masih takut-takut memandang Fakhrul.

Fakhrul berkerut dahi. Matanya tajam menikam Dayana. Dia tak faham kenapa Dayana perlu bercakap seperti orang bodoh begitu?

"Kenapa Yana cakap macam itu?"soal Fakhrul sambil menyapu pipinya yang sudah berbekas air mata.

Dayana memandang sayu wajah Fakhrul. Wajah Fakhrul yang garang dan kesal itu buatkan Dayana hanya mampu tersenyum nipis. Dia tahu ini akan merosakkan hubungannya dengan Fakhrul. Dia sudahpun berseda untuk itu. Apa yang dilakukannya ini demi Aira, kalau dia diamkan saja.. dia akan dianggap sebagai subahat.

"Saya yang buat laporan supaya mama ditangkap dan dihukum." ujar Dayana dalam nada tenang.

Fakhrul dan Puan Sri Tania kelu lidah. Terkejut yang amat.
.....
Sudah dua bulan lebih Karl koma. Kandunganku juga sudah meningkat usinya. Kini umur janinku mahu masuk angka lima bulan. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi, aku akan mendukung babyku sendiri.

Keadaan Karl masih sama. Dia masih terbaring di atas katil. Langsung tak menunjukkan apa-apa tanda bahawa dia akan sembuh. Namun, aku tak berputus asa. Selagi, degup jantungnya masih ada. Aku yakin yang dia sedang berjuang untuk hidup. Aku selalu berdoa agar Karl takkan mengalah. Dia perlu berjuang demi aku dan bakal anaknya ini.

Aku genggam tangan Karl lalu aku dekatkan pada perutku yang sudah nampak babybumpnya itu. Comel aje perut aku ni. Aku senyum bila tangan Karl menyentuh perutku. Walaupun tak rasa sangat tapi aku dapat rasai pergerakan janin di dalam perutku. Hahahaha.. terujanya dia papa dia sentuh dia. Nampak tak anak aku ni awal-awal dah ada connection dengan Karl. Haih, bolehlah diorang pakat nak kenakan aku lepas ni.

"Seronoknya, anak mama ni papa dia pegang dia. Sayang, doa-doakanlah papa dapat sembuh cepat. Bolehlah papa selalu main dengan dia."ujarku sambil mengusap perutku perlahan.

Aku senyum bila rasakan sedikit pergerakan. Aih, comel aje. Aku alihkan mataku pada Karl. Hiba pula aku lihat dia.

"Abang, bangunlah. Saya nak jumpa abang."pintaku dalam nada merayu.

Sia-sia sahaja, bukannya Karl akan menyahut pun.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro