Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bangun pagi, aku terus meregangkan badanku. Malam tadi, adalah tidur paling lena yang pernah aku rasa. Berada di atas katil yang empuk dan tidur di dalam bilik berpenghawa dingin, selesanya sampai ke pagi. Mimpi yang aku alami malam tadi pun indah belaka. Mungkin ini agaknya berkat solat tahajjud. Jauh daripada gangguan Syaitan.

Selesai mengemas diri, aku menyarungkan tudung bawal hitam di kepalaku. Auratku di dalam rumah ini masih aku jaga. Ahli keluarga bukannya tiket aku untuk membuka tudung di dalam rumah ini.

Ketika aku membuka pintu, sebuah ketukan singgah di pintu bilikku. Segera aku buka pintu. Kelibat abang Fakhrul yang sedang menunggu di depan pintu buatkan aku tergamam sejenak. Abang Fakhrul tunggu aku?

"Ab.. abang tunggu Aira ke?"tergagap aku memaculkan soalan.

Terasa bagai mimpi menjadi nyata pula bila crush aku menunggu di depan pintu. Apa lagi indah daripada ini?

Fakhrul menghulurkan senyum. "Abang nak panggil Aira breakfast sekali. Semua ahli keluarga kita semua dah berkumpul. Tunggu Aira seorang saja sekarang ini."ujar Fakhrul.

Aku menguntum senyum nipis. Entah kenapa, dadaku tiba-tiba sahaja berkobar. Gemuruh mungkin.

"Papa dan uncle Imran pun ada sekali. Jomlah, Aira."ajak Fakhrul.

Aku menganggukkan kepala menuruti langkahnya menuruni anak tangga. Di ruang makan, aku lihat ahli keluarga yang lain sedang enak menikmati sarapan pagi.

Terpana aku sejenak. Sarapan pagi ibarat makan tengah hari sahaja. Ada pelbagai jenis hidangan yang terhidang di atas meja. Cakap sahaja apa, semuanya ada. Nasi goreng, sup dan mihun goreng tersenarai sekali. Bukan setakat menu utama, pencuci mulut pun ada sekali.

Mewah betul.

Aku melabuhkan punggung di sebelah Puan Sri Tania dan duduk berhadapan Fakhrul. Puan Sri Tania menggosok belakangku lembut.

"Macam mana tidur malam semalam?"soal Puan Sri Tania sopan.

Aku menjawab dengan senyuman panjang di bibir. Jelas menggambarkan betapa selesanya tidur aku malam semalam.

"Dah besar Aira sekarang. Terasa seperti semalam Uncle dukung Aira rasanya."ujar Tan Sri Afran memandang aku.

"Kita ni sahaja yang semakin menua sebenarnya, Afran."kata-kata Tan Sri Imran mengundang tawa.

Aku sekadar tersengih. Sesekali aku menjeling ke arah Fakhrul yang ketika itu sedang leka menikmati sup. Lama aku perhatikan dia. Impian menjadi kenyataan. Tak sangka aku dapat makan semeja dengan abang Fakhrul. Waktu zaman sekolah dulu, jangan haraplah dapat makan satu meja, makan kat meja sebelah pun susah nak dapat.

"Umur Aira berapa sekarang?" soal Tan Sri Afran kepadaku.

"20 tahun."

"Dah 20 tahun? Hmm.. kamu muda empat tahunlah daripada Karl dengan Fakhrul kan?"soal Tan Sri Afran maaih terkejut.

Aku menganggukkan kepala. Selepas itu, aku menikmati hidangan ku semula.

"Oh ye, Karl mana?"soal Puan Sri Tania memandang ke arah Fakhrul yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Dia tak bangun lagi."

"Anak kita itu kalau belum pukul 1, selagi itulah jasadnya tak bangun dari tempat tidurnya." keluh Tan Sri Imran. Sesih sahaja nada suaranya.

"Sabarlah Imran. Lama kelamaan berubahlah Karl itu nanti."ujar Tan Sri Afran cuba merendahkan kegusaran di hati adiknya itu.

"Karl takkan berubah selagi dia tak ubah perangai buruknya itu." sampuk Puan Sri Yati spontan. Dia seperti cuba untuk menambah perisa pedas dalam perbualan itu.

"Yati?! Jangan cakap macam itu." jerkah Tan Sri Afran.

"Betulkan apa yang saya cakapkan, bang? Selagi si Karl itu tak berkepit dengan perempuan ke hulu ke hilir, dia tak akan berubah." katanya sambil menjeling ke arahku.

Aku terdiam. Karl punya topik, aku pula yang dijelingnya. Kalau marah Karl, marah sajalah dia janganlah nak menjeling padaku pula.

Puan Sri Tania mengetap bibir. Kata-kata Puan Sri Yati tadi mungkin sedikit sebanyak mengguris hatinya. Hati seorang ibu yang sedih bila anaknya dihina begitu namun sayangnya dia tiada tempat untuk membela anaknya kerana hinaan itu semuanya benar belaka.

Karl, anak lelaki yang ditatang bagai minyak yang penuh. Tak secalit bekas luka pun singgah pada tubuh Karl. Keperluan Karl semuanya dia jaga. Namun, balasan Karl tak serupa. Karl membesar menjadi seorang lelaki yang degil dan keras kepala. A katanya, A jugalah dia perlu turuti.

Kadang Puan Sri Tania cemburukan Puan Sri Yati. Fakhrul membesar dengan sangat baik. Mereka berdua membesarkan anak mereka sama-sama. Namun, Fakhrul menjadi seorang lelaki yang baik dan patuh kata. Tinggi nilai budi bahasanya dan tak mudah melenting.

"Karl akan berubah tak lama lagi. Saya jamin."ujar Puan Sri Tania memandang pada Puan Sri Yati. Tak semena-mena tangannya menggenggam tanganku erat. Aku tergamam.

Puan Sri Tania menoleh ke arahku sejenak. Mata kami berdua bertembung. Dia mengukir senyum nipis padaku setelah itu dia kembali memandang wajah semua.

"Karl akan berubah bila ada perempuan yang tepat bersamanya."ujar Puan Sri Tania.

Aku makin blurr.. Apa maksud Puan Sri Tania tadi? Pegang tangan aku lepas itu sebut nama Karl pula? Aku lihat semuanya sudah terdiam. Abang Fakhrul juga jelas termangu.

Namun, Tan Sri Imran lain pula reaksinya. Sengihannya menyungging saat Puan Sri Tania katakan begitu. Sengihan yang membawa banyak makna..
...
Selesai menolong Puan Sri Tania mengemas koleksi pinggan mangkuknya, aku terus berlalu naik ke bilik. Makin lama makin rapat pula hubungan aku dengan Puan Sri Tania hari ini.Siap boleh bergurau senda, bertepuk tampar lagi.

Tatkala aku menaiki tangga, lagu 'Bad Beatle' melatari ruang. Kuat dan menyesakkan. Sempat aku tutup telinga. Dari manalah pula datang lagu ni. Kalau perlahan, tak apalah juga.Aku membebel dalam hati.

Makin aku mendekati bilikku, makin bingit telingaku dibuatnya. Lagu itu datang daripada bilik sebelahku. Aku perlahan-lahan mendekati bilik itu. Siapalah pula yang tinggal di sebelah bilik aku itu? Karl ke?

Pintu biliknya tertutup rapat. Aku mendekatkan telinga ke permukaan pintu. Mana tahu ada suara orang menyanyi sekali ke. Bolehlah tahu, pemilik bilik ini lelaki ke perempuan kan? Kalau bukan Karl, mungkin bilik pembantu rumah ke kan? Boleh buat jadi kawan sekali.

Belum sempat, aku mahu memasang telinga. Bunyi bising tadi terus diam. Pintu bilik tak semena-mena terbuka. Tak sempat mengelak, tubuh aku dilanggar kuat dari hadapan menyebabkan aku terjatuh duduk ke lantai.

Dahiku yang sudah berdenyut sakit, aku urut perlahan. Dagu apa lah yang langgar dahi aku ini. Tajam semacam. Aku dengar juga suara seseorang mengaduh. Aku kenal suara itu. Suara Karl? Aduh, jangan cakap aku berdepan dengan dia dalam masalah lagi. Matilah nak.

"Apa kau ni? Mengintip bilik orang pula? Tak ada kerja lain ke?" berangnya dengan nada mendatar.

"Sorry."sepatah sahaja aku mampu cakap. Cakap lebih-lebih pun tak boleh.

Kerana mahu mengelak dari bersemuka dengannya, aku pilih untuk tundukkan kepala. Mengelak lebih baik buat masa sekarang ini.

"Kau.. pembantu rumah yang baru ke?"suaranya kini beralih nada. Lembut pula kali ini.

Aku sekadar menggelengkan kepala.

"Kau Aira?"soalnya cuba mendapatkan kepastian.

Aku menggigit bibir. Dia tahu siapa aku? Aku tidak mengangguk,tidak menggeleng.

"Kau ni.. Boleh tak bercakap tu pandang muka? Kau tak ada wajah ke?"bentaknya semula. Mungkin geram kerana bukan bercakap face to face.

Lama aku diam. Perlahan-lahan, aku bangun dari jatuhku. Aku masih menunduk memandang lantai. Tak beranilah nak berdepan dengan Karl buat masa sekarang ini.

Tanpa pamitan, tergesa-gesa aku mahu pergi. Namun, tangan Karl mencapai pergelangan tanganku. Langkahku mati saat dia menarik tanganku. Aku tak semena-mena tertarik ke belakang dan tubuhku melanggar tubuhnya buat kali kedua membuatkan kami berdua sama-sama terjatuh.

Tubuh aku menindih tubuh lelaki itu. Aku hampir hilang darah dibuatnya. Wajah Karl dan wajah aku sangat dekat. Hembusan nafasnya menyapa bibirku. Panas dan hangat. Aku bertentang mata dengannya. Sungguh, aku tak dapat lakukan apa-apa waktu itu. Aku kelu dan tubuhku terasa kaku tak berdarah.

"Kau?!"suaranya seperti terkejut.

"Apa kamu berdua buat ini?" jerkah Puan Sri Tania.

Tak semena-mena, aku ditolak kasar oleh Karl. Aku turut sama bangun dari tempatku jatuh. Aku menggenggam erat tanganku. Wajahku menunduk memandang lantai.

"Tak puas nak ganggu anak dara orang, sepupu kamu sendiri pun kamu nak goda?"sergah Puan Sri Tania.

Tangan Puan Sri Tania menarik tanganku untuk berada di belakangnya. Aku turutkan sahaja. Nampaknya, Karl dipersalahkan sepenuhnya atas apa yang terjadi tadi. Memang dia yang salah. Kalau dia tak buat macam tadi, aku takkan... ergh!!!

"Jadi, dia Aira?"nada suara Karl masih terkejut. Dia menuding jari ke arahku.

Puan Sri Tania menganggukkan kepala. "Inilah Aira. Kenapa? Kamu nak goda dia pula seperti mana kamu goda perempuan lain?"

"Apa yang mama cakap ni? Karl pun tak hinginlah nak goda dia. Perempuan macam dia ni layak ke jadi sepupu Karl? Nasib malang aje Karl bila dengan perempuan ini."perli Karl dengan muka jengkel.

"Apa yang Karl cakapkan ini?"

"Ma, dia ni ada problem sikit. Entah nasib malang apalah yang dia bawa sampai Karl  kena sekali. Tak pernah sekalipun nasib Karl baik kalau berjumpa  dengan dia."

Aku mengetap bibir. Betul ke aku pembawa malang? Betul juga apa yang dikatakan Karl. Selama aku berjumpa dengan dia, nasib aku dan dia takkan pernah baik. Mungkin malang aku bila berjumpa dengan Karl tapi bukan dengan orang lain. Aku pun memang anti dengan mamat acah-acah bagus ini.

"Mulut Karl itu jaga sikit. Sedar dengan siapa Karl bercakap. Aira ni ahli keluarga kita jadi jaga sikit perkataaan kamu itu."marah Puan Sri Tania.

"Siapa anak mama sebenarnya? Karl atau dia sebenarnya? Mama bela dia ke?"

Puan Sri Tania mengeluh perlahan. "Mama dah anggap Aira ni seperti anak mama sendiri. Kamu jagalah dia baik-baik."pinta Puan Sri Tania.

Aku tergamam. Kata-kata Puan Sri Tania menyentuh hatiku. Dia benar-benar menyayangiku seperti seorang anak. Buktinya, dia membela aku lebih dari Karl.

Aku lihat wajah Karl sudah merona merah. Wajah Puan Sri Tania dan aku dipandangnya silih berganti. Dia tidak membalas dan memilih untuk mendiamkan diri.

Tak semena-mena Karl melangkah pergi. Sempat bahuku dilanggarnya kasar. Aku mengaduh sakit namun aku cuba tahan kesakitan. Badan lelaki itu dibuat sepenuhnya daripada besi ke apa? Kuatnya bukan kepalang.

Beberapa kali, Puan Sri Tania memanggil Karl namun lelaki itu langsung tak menyahut. Akhirnya, Karl pergi menuruni tangga.

Aku dengar suara Puan Sri Tania mengeluh. Nada suaranya lelah. Aku mengetap bibir. Rasa bersalah tak semena-mena membuak dalam hati ku. Akulah punca anak beranak ini bergaduh. Kalau tak disebabkan aku, mungkin Puan Sri Tania dan Karl dapat selesaikan secara baik.

"Mama pun tak tahulah macam mana nak mendidik Karl itu. Apa yang mama larang, itulah yang dia buat. Tak dengar kata, keras kepala.."keluh Puan Sri Tania lelah.

"Mungkin Karl perlukan seseorang untuk dia luahkan segalanya ma. Beri Karl masa."ujarku perlahan.

Perlukan seseorang? pfttt... dia ada ramai perempuan untuk dengar masalahnya. Hubungi sahaja perempuan yang dia nak, dan perempuan itu akan melayaninya dengan lebih daripada apa yang dipinta. Fikirku jelek. Karl memang terkenal playboy sejagat.

Tittle playboy sejagat itu memang kena dengannya. Hasil dari wajah tampannya dan kekayaan yang dimiliki, tak salah rasanya kalau dia ada koleksi teman wanita. Mungkin kerana itulah, perangai Karl jadi sombong dan dengkil begitu.

"Kadang, mama selalu berharap agar Karl dapat jadi macam Fakhrul. Dia lelaki yang baik dan taat.Hmm.."

Tak semena-mena bibirku menguntum senyum. Itu benar. Fakhrul tiga kali ganda lebih baik baik dari Karl. Lelaki itu terkenal dengan sifat baik hatinya. Aku turut akui itu.

"Ma, anak orang lain dari anak kita. Mungkin Karl ada kebaikannya yang tersendiri. Suatu hari nanti, Karl pasti akan berubah. Mama percaya sahaja." aku jual kata manisku. Kata-kata untuk memujuk Puan Sri Tania yang sudah sedih semacam.

Aku kasihan sebenarnya pada Puan Sri Tania. Dia seorang ibu yang baik namun memiliki anak seperti Karl yang sangat keras kepala. Mungkin ada ikhtibar semua ini terjadi.

Puan Sri Tania tak semena-mena memelukku erat. "Mama harap kamu lah orangnya, Aira.."

Terkejut aku bukan kepalang. Aku orangnya? Orang yang nak mengubah karl itu ke? Aku? Nak berdepan dengan Karl pun aku tak berani.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro